Labels

Sunday, April 21, 2019

KENDURI KAHWIN ORANG MELAYU ZAMAN AKAN DATANG

1. Kenduri kahwin orang Melayu sudah mula berubah dari dulu hingga sekarang. Dulu kenduri di rumah dan jemputan saudara-mara dan jiran dekat sahaja.  Jamuan dulu dimasak secara gotong royong. Kini kenduri dibuat di dewan atau hotel. Jika buat di rumahpun masakannya ditempah dari katerer.

2. Dulu jempu sendiri atau wakil guna mulut. Kemudian guna kad. Sekarang jeputan sudah guna e-kad atau whatsapp sahaja.

3. Dulu jemputan seribu, kini masih seribu (atau beribu). Dulu tumbang seekor-dua lembu atau kerbau. Sekarang melayang 50-60 ribu ringgit.

4. Kenduri sekarang ialah tempat kawan-kawan bertemu. Sungguh pun begitu, biasanya banyak halangan berlaku seperti banyaknya kenduri pada tarikh yang sama dan jalan raya yang sesak. Jem.

5. Saya fikir, pada masa hadapan orang Melayu akan buat kenduri kahwin di alam maya sahaja. Buat live. Masing2 makan sendiri di rumah atau lokasi masing-masing. Pengantin dan keluarga mereka di lokasi lain. Buat live wedding. Makan. Ucap selamat. Bergambar bagai.

Itu agakan saya sahaja lah .....  banyak yg boleh jimat!.


Saturday, April 20, 2019

AHLI KELUARGA BARU



Sekarang sudah ada lima belas (15) orang.

Saturday, April 13, 2019

JEMPUTAN KENDURI : DULU DAN SEKARANG

DULU

DI KAMPUNG saya dahulu, dan saya jangle ia sama sahaja pengan kampung-kampung Melayu yang lain. Jika kita ingin buat jemputan ke kenduri Kahwin misalnya, kita (bapa kita lah) perlu pergi jemput orang itu sendiri di rumah dia. Tidak boleh main jemput ketika bertemu di kedai kopi atau di balai raya.

Jika tidak boleh hadir sendiri kena lastik seorang wakil yang mu'tabar. Bukan sebarangan wakil. Bukan main wakil-wakil saja.

Jemputan guna kad juga dikira tidak kuat dan tidak muktabar. Nak guna telefon, memang tak ada telefon. Telefon itu kira untuk kes kecemasan saja. Telefon ke balai polis, nanti polis datang cari.

SEKARANG

Mula-mula guna kad. Kini kan pun orang dah tak buat. Jika ada pun tanya e-kad sahaja. Jemput guna whatsapp saja. Tapi ... masih lagi ada generasi yang tidak mahu terima wasap-wasap ini, nak kad juga.

Begitulah perubahan zaman ...