Mohd Sidek Ketua Setiausaha Negara Baru
KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) -- Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa and Industri Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah dilantik Ketua Setiausaha Negara yang baru berkuatkuasa 3 Sept.
Beliau akan menggantikan Tan Sri Samsudin Osman, yang akan tamat kontrak perkhidmatannya pada 2 Sept, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan dalam satu kenyataan Khamis.
Pelantikan Mohd Sidek, 55, telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.
Dilahirkan di Pekan, Pahang pada 24 Jun 1951, Mohd Sidek berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari New Hampshire College, Amerika Syarikat.
Beliau mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 April 1974 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Mohd Sidek mempunyai pengalaman kerja yang amat luas di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan semasa berkhidmat di kementerian itu, beliau antara lainnya pernah ditugaskan sebagai Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia di Sydney, Australia.
Beliau juga pernah bertugas sebagai Timbalan Pengarah Dasar, Bahagian Pembangunan Perindustrian, Timbalan Pengarah (Operasi) Bahagian Dasar dan Penyelidikan, Menteri Penasihat Hal Ehwal Ekonomi di Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia di Washington, Amerika Syarikat dan Pengarah Bahagian Perhubungan Pelbagai Hala, ketika dalam kementerian yang sama.
Mohd Sidek dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) kementerian itu pada 19 Jan 2001 dan seterusnya Ketua Setiausaha kementerian sama pada 24 Okt 2004.
-- BERNAMA
Thursday, August 31, 2006
Wednesday, August 30, 2006
Tuesday, August 29, 2006
Siti-Datuk K atau Ina-Mawi ?
Malam tadi saya menonton:-
A: Ina-Mawi di Astro/TV1
B: Siti-Datuk K si TV3
C: Siaran Lain
D: Tidak menonton
[Undian ada di sebelah]
Monday, August 28, 2006
KSN: SIAPA DIA SELEPAS DAKU?
Ketua Setiausaha Negara (KSN) adalah jawatan tertinggi dalam perkhidmatan awam. KSN sekarang, Tan Sri Samsudin Osman akan tamat perkhidmatan pada akhir bulan ini dan siapakah pengganti beliau?.
Mengikut The Star hari ini, terdapat tiga calon yang disebut-sebut, iaitu:
KSU Kementerian Kesihatan: Datuk Dr Nasir Ashraf
KSU MITI: Tan Sri Mohd Sidek Hassan
KSU Kementerian Luar: Datuk Rastam Isa
Mengikut sumber tersebut, pengumumannya ialah pada minggu ini.

Thursday, August 24, 2006
NOVEL YANG TIDAK AKAN DIBACA
NOVEL TERBARU 'MAHLIGAI CINTA'
KINI MENANTI ANDA DI PASARAN SEKARANG
SRI DIAH kini menampilkan novel terbaru beliau bertajuk 'Mahligai Cinta'. Novel beliau kini sudah mula dijual di kedai-kedai buku berhampiran.
Novel beliau kali ini mampu mengajak anda menyelami watak-watak yang bermain dengan perasaan terhadap pasangan masing-masing sama ada kecewa, gembira, pasrah, sayang, cinta dan sebagainya.
Namun, lumrah percintaan; ada cerita duka, ada cerita ceria, semuanya saling menyinggah. Tidak kiralah anak dara, tunangan, isteri, suami, janda malah dua sekalipun berjak memiliki anugerah paling agung - CINTA.
MAHLIGAI CINTA - memuatkan momen-momen cinta, sengsara, suda dan duka. Antara kejujuran dan kepuraan, antara keikhlasan dan pendustaan. Ada cinta yang terhalang... ada rindu yang tercicir.
Tajuk: Mahligai Cinta
Harga: RM19.90
Halaman: 508
P.S Novel ini tidak akan ku baca. Kenapa?. Jawapannya ada dalam novel ini. Jika anda nak tahu, anda beli dan bacalah sendiri.

Wednesday, August 23, 2006
Tuesday, August 22, 2006
MEE MAGGI
SEMUA orang tahu, ini ialah foto mee maggi. Walaupun ia bukan berjenama Maggi, namun oleh kerana BIASANYA orang kita menyebut fotocopy sebagai xerox, minyak rambut sebagai brylcreem, ubat gigi sebagai colgate, filem sebagai kodak (dan banyak lagi), maka tak salahlah jika saya sebutkan di sini mee segera sebagai mee maggi sahaja.
Semasa sesi minum pagi berprestasi tinggi minggu lepas, dalam banyak-banyak perkara yang dicakapkan (yang hampir semuanya tak difahami), satu perkara yang saya faham ialah mengenai mee maggi. (Ah, memanglah, tahap kefahaman manusia ialah yang setaraf dengannya. Jika dia bertaraf mee maggi, dia fahamlah mengenai mee maggi dan bukannya marcaroni atau pasta).
Seorang ahli panel tu kata, kita tak mau staf mee maggi. Hanya boleh bertahan 2 minit jer, sebab itu ia boleh dimasak 2 minit juga (moto terkenal mee maggi ialah 2-minit mee: Cepat dimasak, sedap dimakan dan biasanya ditambah senang dibuang). Kesian kat mee maggi sebenarnya.... Jika kita (golongan marhain ini) renung-renung semula, betapa banyak dan besarnya jasa-jasa mee maggi tu. Memang banyak jasa dia. Tapi sudah tentu mee maggi bukan diperlukan setiap hari, setiap masa. Keperluannya adalah sewaktu mendesak saja.
Apabila kita terdesak, kita akan cari mee maggi:
- Kehabisan duit (ingatlah zaman studet dulu)
- Kelaparan (tak sempat nak masak)
- Tengah malam (semua kedai dah tutup)
- Pergi oversea (susah nak cari makanan halal)
- Sekali-sekala (tak ada selera tengok makanan lain)
- Banyak lagi....
Jadi, pada masa-masa terdesak begini, mee maggiklah yang dicari dan ternyata mee maggi boleh menyelesaikan masalah semasa. Memang.... mee maggi tak perlukan chef, nak masak mee maggi tak perlukan resepi atau methodologi tertentu, tetapi hasilnya kan membantu? Mengapa mee maggi diperkecil-kecilkan jasa dan peranannya?
Sememangnya mee maggi tidak diperlukan pada setiap masa ..... dan akulah staf mee maggi itu yang tak mungkin tersenarai dalam apa-apa anugerah makanan yang baik, enak dan sihat.
Jom makan secara sihat!.
Sunday, August 20, 2006
SAYA NAMPAK BODOH JIKA BERCAKAP MELAYU
SEMUA orang dah tahu pasal pelakon Syarifah Amani mengeluarkan kata-kata "it sound stupid, if I speak Malay' (saya nampak bodoh, jika bercakap Melayu) semasa anugerah Festival Filem Malaysia Ke-19 (FFM19) hari tu.
SEBENARNYA majoriti rakyat Melayu Malaysia memangpun mengamalkan apa yang Amani kata tu, cuma kita-kita semua ni tidaklah bercakap di depan khalayak sebegitu. Lagipun siapalah kita ini untuk diberi peluang untuk bercakap sebegitu, nak pegang mikrofonpun tak mahir.
APAPUN pada hakikatnya begitulah. Memang orang Melayu tidak bangga dengan bahasa dan budaya sendiri. Rakan Jepun saya yang bertugas di pejabat JICA Malaysia rasa cemburu dengan rakan-rakan mereka di JICA Indonesia yang begitu fasih berbahasa Indonesia. Sebabnya, hidup di Malaysia, khususnya di KL tidak memberi apa-apa peluang kepada beliau untuk mempelajari BM. Semua orang cakap English katanya, macamana saya mau belajar dan mengamalkan BM?
JADI, tak perlulah kita salahkan budak pelakon tu tentang isu bahasa ini. Salahkanlah kita sendiri. (Walau bagaimanapun budak tu memang tak patut, macam-macam kontraversi dia timbulkan, entah sengaja entah tidak entahlah, namun banyak yang tak betul ler dari budaya dan amalan kita).
Friday, August 18, 2006
BREAKFAST
PAGI tadi hadir ke sesi minum pagi "berprestasi tinggi", bersama-sama dengan CEO-CEO dan pengarah-pengarah HR berprestasi tinggi di Malaysia dalam sesi "high performance workforce 2006".
Entah hapa-hapa entah breakfast hari ini. Entah hapa-hapa ntah buah butir yang mereka cakapkan.
Serba salah: Nak suap tak reti, nak dengar tak faham.
SEKEPING LUKISAN SEBUAH RUMAH
Thursday, August 17, 2006
DIRGAHAYU RI
HARI ini tanggal 17 Augustus 2006, adalah ulangtahun kemerdekaan ke-61 Republik Indonesia. Dirgahayu RI. Seluruh pelusuk Indonesia dihiasi dengan bendera merah-putih dan mulai hari ini seluruh Indonesia bercuti panjang selama 5 hari.
Tuesday, August 15, 2006
KONGRES IT ASIA
Kongres IT Asia berlangsung di Jakarta dari 14 - 15 Ogos 2006. Puluhan kertas kerja dibentangkan. Puluhan booth bagi pameran didirikan. Ribu-ribu RM dibelanjakan oleh para delegasi dan juga pembentang kertas.
Berbulan menyediakan kertas. Beribu bayar tambang dan penginapan. Tapi kan.... berbaloi ke jika yang mendengarnya cuma sedozen manusia saja?. Ini adalah gara-gara sesi selari yang diadakan oleh penganjur.
penganjur.

Monday, August 14, 2006
MBA DI JAKARTA
TIDAK berapa lama dulu, MBA pernah terlihat banner yang bertulis MBA in KL. Kini MBA berada di Jakarta dan MBA ketemu yang ini:-
Putar-putar di Tanah Abang, jalan-jalan di Mangga Dua, ternyata warga di sini ayik bertanyakan hal Siti Nurhaliza. Wah popular juga diadi sini ya?.
TV di sini menayangkan mengenai kisah Mahathir - Badawi mengikut perspeksi mereka.

Saturday, August 12, 2006
PAKEJ ZIARAH MUSLIM
MUSLIM PACKAGE dalam lawatan atau melancong atau zaiarah?. Apakah maknanya?.
Dulu-dulu pakej ziarah ini mungkin untuk pergi umrah dan ziarah ke tempat-tempat bersejarah, khususnya di negara-negara Asia Barat. Namun tempat bersejarah, tempat menarik bukan sahaja di Asia Barat, malahan di seluruh dunia. Islam juga terdapat di seluruh dunia. Dengan itu muncullah barangkali pakej pelancongan yang dijual atas nama "Muslim Package".
Islam memang menggalakkan umatnya supaya berjalan merantau ke seluruh pelusuk dunia ini untuk mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Muslim package barangkali banyak membantu.
Walau bagaimanapun, pada jangkaan saya, pakej begini diadakan semata-ma a untuk tujuan perniagaan semata-mata dan tidak lebih dari itu. Apakah yang terdapat dalam program pelancongan Pakej Muslim?. Biasanya melawat masjid, melawat tempat-tempat menarik, makan di restoran halal dan tidak lupa membeli belah.
Biasanya lawatan ke masjid dibuat bukan dalam waktu sembahyang. Misalnya pada jam 11 pagi. Ia dikuti dengan lunch dan kemudian sesi jalan-jalan sehinggalah lewat petang. Bila pulang ke hotel, dah maghrib. Nah! di mana solat Zohor dan Asar djamak-qasarkan? Bila ditanya pada operator atau ketua lawatan, ah..... tadikan dah lawat masjid?. (Operator pakej ISlam ini mungkin orang ISlam di Malaysia, namun counter-part di negara destinasi tidak semestinya Muslim, jadi? bagaimana?).
ALHAMDULILLAH, semasa sesi XPDC myJICA ke Mt. Fuji baru-baru ini, semua peserta diberikan peluang untuk solat secukupnya. Kerana dikhuatiri tempat solat, waktu rehat dan kesukaran mendapat air di puncak, kami solat dahulu di kaki gunung sebelum mendaki.
--- Salam dari Jakarta.

Friday, August 11, 2006
MOLESKINE
SAYA (mungkin seperti anda juga) tidak pernah tahu apa-apa mengenai moleskine, sehinggalah saya memilikinya.
Moleskine ialah buku nota lagenda, yang digunakan oleh artis dan pemikir Eropah semenjak dua abad yang lalu.
Ia telah diperkenalkan semula oleh syarikat Modo & Modo dari Itali pada tahun 1998 dengan pelbagai stail. Moleskine adalah dari keluarga buku nota yang mempunyai pelbagai fungsi seperti buku catatan, diari, muzium, buku lakaran, cahiers, atlas dan banyak lagi.
Apa Istimewanya Moleskine?
Entahlah.... saya tak pasti, tetapi harganya adalah mahal.....
Barangkali sayalah manusia pertama yang telah membawa moleskine ke puncak mt. Fuji
Ya... saya bawa moleskine ke puncak Mt. Fuji, namun adakah sebarang catatan atau lakaran dibuat?. Fuh.... jangankan nak buat catatan, nak hela dan tarik nafas sendiri juga terasa payah. Nak makanpun tak berselera dan tak terasa laparnya. Beg yang disandang juga tak terasa beratnya. Hanya sekadar minum air sahaja.... itupun kerana arahan dari renjer di setiap perhentian "myJICA are you ready? 5 minutes break please drink water".

Thursday, August 10, 2006
TONGKAT ALI
Wednesday, August 09, 2006
CATATAN MANIS DI MT. FUJI
Tuesday, August 08, 2006
ADUH...... PEDIHNYA!
SEMASA menuruni mt. fuji, kami tidak lagi memerlukan khidmat renjer. Sebenarnya dari awal lagi, perkhidmatan renjer gunung ini memang tidak ada dalam kamus kami. Sebab itu kami bahagikan rombongan mendaki kepada dua kumpulan. A-Team untuk pendaki yang pantas dan J-Team bagi pendaki yang perlahan dan kemungkinan give-up di pertengahan perjalanan. Namun JAL beria-iya sangat untuk memberi renjer dan akhirnya kesemua 24 pendaki berada dalam satu kumpulan sahaja. Kesian kepada pendaki laju kerana terpaksa terlalu lama berehat menanti pendaki yang perlahan. Kesian juga kepada yang perlahan kerana terpaksa mengikut rentak yang laju. Pengajaran dari sini ialah - ikut saja rasa hati, tinjaulah maklumat dari Internet, bagaimana orang lain lakukan.
Menuruni fujiyama rasanya adalah kurang dari 4 jam. Ada kalanya berlari atau perjalan laju. Tidak lagi terpaksa berhenti "myJICA 5 minute breake, drink water" sepertimana arahan renjer bagi setiap perhentian. Lagi pula memang sudah sampai klimaks, apa lagi yang ingin dilihat?. Berlari sajalah ke bawah, bersihkan diri, solat, rehat cukup-cukup. Makan? ah tidak berselera langsung. Power-bar cuma disentuh setengah bar sahaja semasa pendakian. Dirasakan tidak ada masa untuk mengunyah makan. Semasa perjalanan turun, langsung makanan tidak disentuh. Tidak terasa langsung berat beg yang digalas.
Akhirnya..... tumit pecah melecek, jari bengkak-berdarah. Itulah yang diperolehi dari sesi tersebut. Padan muka!.
Keesokannya, masih lagi menjalankan tugas ke Tokyo Tower, Ueno dan Akihabara. Barulah terasa kesengsaraan sebenar pendakian.
Isnin ... ada mesyuarat di HQ. Kami pergi berempat dan yang lainnya meneruskan acara lawatan atau membeli-belah. Inilah mesyuarat/ lawatan formal pertama yang kami pakai t-shirt dan kasut sukan sahaja. Sebabnya? Tidak membawa sebarang pakaian formal.
Q: Adakah benar dalam proses mendaki gunung, turun adalah lebih sukar dari naik?
A: tidak semestinya benar. Mungkin psikologi sahaja. Maklumlah semasa naik, penuh semangat, masih bertenaga. Bila menuruni, semangat dah habis, tenaga dah kurang, dah tentu terasa macam susah. Jika tak percaya, bolehlah dicuba, naik gunung guna helikopter, lepas tu turun dan naik semula. Cuba tengok mana lebih susah?.
Kami tiba di KLIA 6:25pm tadi....
Aduh pedih sekali...

Sunday, August 06, 2006
berita ringkas dari tokyo
tiba di Tokyo jam 7am. Urusan imigresen dan kastam berjalan lancar. Terus ke Narita Garden Hotel. Mandi.
Jam 5.30pm tiba di Kawaguchi Lake Ryoken (traditional hotel). Dinner tradisi Jepun.
12.30 bangkit. 1.30am bertolak ke mt. Fuji (station 5). Selepas solat subuh (berjemaah) bertolak dan mulakan pendakian jam 3.30am. Lihat matahari naik di pertengahan jalan. Jalan, naik, turun, berhenti, rehat, power bar, power gel, tiba di stesen 6. Pertengahan stesen 6, 2 ahli kepenatan dan ambil keputusan bersara awal. Team leader hantar balik ke jalan untuk turun ke stesen 5.
Anggota lain jalan lagi, naik lagi dalam penuh kepenatan tapi meriah. Berhenti di setiap stesen untuk cop tongkat sakti dengan 200 yen. Dapatlah kira-kira 10 cop sebelum tiba di stesen 8. Ya .... 7 jam baru tiba di stesen 8 (patutnya 4 jam sahaja). Di sini renjer dah hot.... kami juga bercadang nak beli bag utk renjer supaya dia AF keluar.... sebab renjer yang melambatkan perjalanan. Akhirnya majoriti mengalah dan sebahagian kecil sahaja terpilih untuk meneruskan perjalanan ke puncak dan..... jalan turun lagi susah wooo

Thursday, August 03, 2006
GENCATAN PAPAN KEKUNCI
Tuesday, August 01, 2006
ENTAH MENGAPA
KAMI berempat asalnya dari jabatan yang sama. Saya, Sob dan Bed kerja sama-sama. Mec pula menyertai jabatan setelah saya keluar. Bed keluar dari gomen sebaik sahaja kontrak biasiswanya tamat dan menyertai sektor korporat. Dia jadi usahawan dan menjual segala harta yang mahal-mahal. Sob sempat mengambil biasiswa bagi Master dan resign setelah mendapat tawaran kerja yang baik dan majikan barunya membayar segala hutang kontrak dengan kerajaan. Mec pula keluar setelah sekian lama berbakti kepada gomen. Saya? oh... dah lapan kali bertukar tempat kerja dan masih dalam gomen. Bukan takut nak keluar, cuma tak berapa berani. Bukan juga demand tinggi, cuma dia orang kat luar tu tak berani nak offer ;-)
Memang dah lama kami tak berjumpa. Sekali sekala tu adalah.
Bed ajak keluar lunch. Sob setuju. Kat mana?. Alamanda. Namun tak jadi sebab Bed ada urusan penting dan kena balik kampung. Bila Bed free, dia google-talk minta diaturkan lagi lunch. Saya beri tahu yang Mec dan resign dari company dia yang terkemuka itu. Sekarang ni dia kata dia menganggur, mengikut blog dialah. So, nak ajak dia sekali. Kemudian dimaklumkan yang Sob dah berkurung dan dikurung di ofisnya sejak semalam kerana server back-up tak berfungsi setelah server utama break-down dan menjadi heboh satu Malaya. Akhirnya lunch tak jadi.
Akhirnya Mec ajak saya dinner. Saya pergilah sendiri, somewhere kat PJ sana. Dah parking elok-elok di tempat parking dan masuk restoran dan makan-makan bersama Mec. kami berdua saja. Mec dah kurus sakan. Dulu diabukan over-weight, tapi over-obesiti. Macamana dia buat? Katanya dia pergi akupuncture. Lepas tu dia pergi gim tiap-tiap hari. Sekarang ni dia jadi consultant. Bila ditanya berapa RM target dia setahun, katanya RM9juta. Wow, terkejut saya dibuatnya, ingat dia jadi consultant cabuk jer, macam dulu-dulu, setakat beri ikhlas hati saja.
Dipendekkan cerita, dah habis dinner, kamipun berpisah dan balik. Saya pergi ke tempat parking dan..... tak nampak langsung kelibat kereta saya. OH kat mana aku park MBA tadi?. cari punya cari punya cari dan confirm dan sahlah kereta tu dah lesap. Fening.... frust dan macam-macam lagi. Ooooo merc aku, buruk-burukpun merc juga!. Dok congak-congak, macamana ni?. Report polis?, report insuran?, beli kereta baru?, kongsi kereta dengan wife? macamana? ???
Dalam dok berfikir-berfikir tu, nasib baik diri masih atas katil lagi dan bukan kat tempat parking. Terus bangkit dan tengok kat luar, ah kereta masih ada. Ini entah kali keberapalah agaknya termimpi kan kereta tu ilang.... apa alamatnya??
Entahlah, macamana boleh dicampur adukkan kisah benar dengan sebuah mimpi semasa bermimpi.
Oh ya.... semasa bangkit dari tidur pagi ni, kahak masih berdarah. Bukan setitik dua, tapi banyak..... merah lantai. Entahlah.
[Jika ada salah silap, minta maaflah kepada semua pembaca. Minta ampun]

Subscribe to:
Posts (Atom)