Labels

Wednesday, June 28, 2006

MUNAFIK

APA yang hangat diperkatakan dalam dunia hiburan Malaya seminggu dua ini?. MUNAFIK! dan Jangan Hisap Dadah.


Bob Lokman kata kepada Rich, saya tak suka orang munafik dalam persembahan. Apa dia munafik?. Munafik ialah pura-pura. Oleh kerana munafik ialah istilah agama, maka ia jadi sensitif.

Jangan hisap ganja yang diucapkan oleh Adlin kepada Faizal lagi sensitif. Mengapa pulak?. Ala.... biasalah dadah kan?.

BERLEBER

Mengapa manusia suka berleber?. Ah... engkau tak tahu makna berleber?. Tengoklah Kamus Dewan.

Bila bos berleber depan anak-buah, panas telinga, merah muka dan panas punggung jadinya. Lepas tu nampak gelapppp jer masa depan.

Jika mak tak berleber pada anak-anak, maknanya ada sesuatu yang tak kenalah pada mak tu. Isteri berleber pada suami tu tandanya sayang.....

Tapi kan, berleber ni tak sama dengan berleter. Sebabnya berleter adalah secara depan-depan. Berleber ialah berleter di depan orang lain tetapi dimaksudkan untuk orang lain. Mengapa suka berleber dan tidak berleter sahaja?.

Monday, June 26, 2006

ISLAM UNTUK ORANG MATI (SAJA)?

NAMPAK gayanya semakin banyak (ramai?) jenazah orang Melayu (Islam?) disemadikan di kubur orang kafir. Satu demi satu ditemui. Dapat tuntut satu, dapat tanam satu, korek satu, satu lagi dituntut semula. Tak habis-habis.

Kubur orang Melayu ditemui di tanah perkuburan orang Cina. Pihak berkuasa ugama (Islam) bersungguh-sungguh nak buat uji-kaji aka DNA untuk pastikan memang sahih dan akan korek kubur tersebut untuk disemadikan di perkuburan Islam.

Jika ditemui pula kubur orang Cina (yang tak/belum bersunat), apakah pihak berkuasa ugama juga akan korek dan gali untuk disemadikan di tempat lain pula?. Tak habis-habis gaduh-gaduh pasal berebut orang mati.

Jika dah 40 tahun jenazah si-anu disemadikan di jirat Cina, apakah faedahnya digali (barangkali tulangpun dah takj ditemui lagi) dan kemudiannya disemadikan di tanah perkuburan Islam?. Adakah keIslaman si-mati terjejas semata-mata kerana tidak dikuburkan di satu-satu kubur?.

Bukankah ramai lagi orang hidup yang perlu diperbetulkan akidah mereka supaya matinya di jalan yang lurus?. Mungkin juga Unit Orang Mati lebih agresif berbanding dengan Cawangan Orang Hidup kot.

Sambut raya sama-sama kongsi, mati boleh jadi sama-sama temui ajal, tapi mana boleh dikuburkan sama-sama?. ha ha ha ha.

Agaknya kan.... (agak sajalah ni) si Melayu yang disemadikan di jirat Cina tu, lebih kerap diziarahi dan dibersihkan kuburnya berbanding dengan Melayu yang ditanam di kubur Melayu. Berapa kerap orang Melayu ziarah kubur?.

Ayo...yo banyak syusahlah ini macam.

Jika ada Nas tolong beritahu ya, saya memang tak tahu. Hukum akal tak boleh pakai



Jais siasat jirat ada nama Islam
Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar

Identiti Harun Mohamad akan disemak di JPN

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menyiasat dan mengenal pasti identiti Harun Mohamad melalui rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengesahkan sama ada lelaki berkenaan benar-benar wujud serta sahih beragama Islam.

Pengesahan melalui JPN itu perlu bagi membongkar misteri kewujudan batu nisan tertera nama berkenaan dijumpai sekumpulan krew penggambaran di sebuah tanah perkuburan cina terletak lima kilometer dari Hospital Sungai Buloh.

Pengarahnya, Mohammed Khusrin Munawi, berkata pihaknya akan ke kawasan perkuburan itu bagi meninjau jirat Cina itu bagi memastikan sama ada jasad lelaki itu dikebumikan dalam satu liang lahad besar bersama jasad lain atau berasingan.

“Jais akan turun padang menyiasat perkara ini dengan terperinci kerana kes ini kes rumit yang melalui banyak prosedur termasuk pengesahan identiti serta usaha mengesan warisnya selain perlu mencari tenaga kerja yang menyemadikan jasad terbabit.

“Jika, jasad Harun Mohamad ditanam dalam satu liang lahad berasingan daripada jasad lain maka Jais akan menjalankan kerja menggali semula secepat mungkin dan akan memindahkannya ke kawasan perkuburan Islam,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Berita Minggu semalam melaporkan penemuan batu nisan yang tertera nama lelaki Melayu, Harun Mohamad di jirat Cina yang menempatkan mangsa tragedi 13 Mei 1969.

Batu nisan misteri itu terletak dalam kawasan petak seluas 30 meter lebar dan 50 meter panjang dipagari binaan simen yang mana batu nisan disusun rapat, dipercayai jasad semua mangsa dikebumikan dalam satu liang lahad besar.

Mohammed Khusrin berkata, proses memindahkan jasad akan menjadi rumit sekiranya JPN tidak dapat mengesan identiti sebenar Harun Mohamad sekali gus gagal memastikan sama ada dia benar-benar wujud dan beragama Islam.

“Malah, jika Harun Mohamad disemadikan dalam satu liang lahad besar bercampur dengan jasad bukan beragama Islam maka keadaan mungkin menjadi lebih sukar kerana kita tidak mungkin dapat mengenal pasti yang mana satu jasadnya kerana ia sudah disemadikan lebih 37 tahun.

“Jais mencari jalan penyelesaian terbaik mengendalikan kes ini, namun kita perlu berserah kepada Allah supaya dipermudahkan urusan mengesan identitinya,” katanya.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata, jika jasad Harun Mohamad dikebumikan dalam satu liang lahad besar bersama jasad orang bukan Islam disebabkan darurat seperti bencana alam dan peperangan maka ia dibenarkan syarak.

Sehubungan itu beliau berkata, sekiranya Harun Mohamad disemadikan dalam satu liang lahad besar bersama-sama jasad orang bukan Islam sekali gus menyebabkan usaha mengecam jasadnya sukar berikutan faktor masa maka Islam tidak mewajibkan perkara itu dilaksanakan.

“Islam tidak akan menyusahkan umatnya untuk melakukan sesuatu perkara yang sukar atau mustahil untuk dilakukan, melainkan jasad Harun Mohamad dikebumikan berasingan maka tindakan mengalihkan jenazahnya wajib disempurnakan,” katanya.

Saturday, June 24, 2006

TERENGGANU KITA


Anak-anak saya di lahirkan di Kuala Lumpur, tapi mereka berjiwa Terengganu lebih dari saya :).

Foto di atas adalah daripada baju dia dorang pakai:-

Friday, June 23, 2006

KL BANDARAYA PALING BIADAP

KAJISELIDIK dari majalah Reader's Digest mendapati KL adalah bandaraya ke-3 paling biadap dalam 35 buah bandaraya yang diuji-kaji.

Berikut adalah kedudukan kebiadapannya:-
1. MUmbai, India
2. Bucharest, Romania
3. KL, MALAYSIA
4. Seoul, Korea
5. Moscow, Rusia
6. Singapore
6. Jakarta, Indonesia
7. Taipe, Taiwan
8. Ljubljana, Slovenia
9. Hong Kong
10. Bangkok, Thailand
11. Sydney, Australia
12. Milan, Italy
13. Manila, Phillipines
14. Helsinki, Findland
15. MOntreal, Canada
16. Amsterdam, Belanda


Dalam kaji selidik itu, majalah tersebut membuat rumusan mengenai tahap sopan santun atau biadapnya penduduk bandar raya itu berdasarkan kepada kesanggupan mereka membuka pintu untuk orang yang tidak dikenali, membantu orang lain dan pekerja memberikan perkhidmatan dengan keramahan dan senyuman.


menteri-menteri kita kata, kita sedar dan kempen senyum yang dibuat kerajaan adalah salah satu langkah untuk memperbaikinya.

KL oh KL ......

Wednesday, June 21, 2006

KIBLAT


ARAH KIBLAT TENGAH JALAN


DIPIJAK SEPATU,


DIGILIS RODA


KIBLAT MASIH DI SITU.

NASI KERABU


malam tadi makan ini.....

Saturday, June 17, 2006

PONTENG KERJA

Seronoknya jadi staf yang tidak dipedulikan ya?.

Ada kakitangan ponteng 3 tahun

KOTA KINABALU: Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Tan Sri Subhan Jasmon semalam mendedahkan ada anggota perkhidmatan awam di kementeriannya yang ponteng tugas sehingga tiga tahun tanpa dikenakan tindakan.

"Peliknya, kakitangan ini tetap mendapat gaji. Apa yang membuatkan saya naik marah dan geram, saya langsung tidak dimaklumkan mengenainya sehinggalah baru-baru ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Kementerian Pertahanan (Kementah) cawangan Sabah di Kem Lok Kawi, dekat sini, semalam.

Subhan berkata berikutan kes seperti itu, pihaknya sudah mengarahkan semua Pengarah Kementah serta Panglima Briged di setiap negeri memberi perhatian terhadap displin anggota perkhidmatan awam di tempat masing-masing.

Katanya, masalah ponteng atau tidak datang bertugas dikenal pasti sebagai masalah displin paling banyak direkodkan kementeriannya sejak beberapa tahun lalu.

Tahun lalu saja, katanya, sebanyak 60 kes direkodkan manakala setahun sebelum itu sebanyak 76 kes.

"Daripada 60 kes yang direkodkan pada 2005, sebanyak 10 kakitangan sudah dibuang kerja.

"Kita ada 14,000 anggota perkhidmatan awam bertugas di kementerian di seluruh negara. Jika dibandingkan dengan 60 kes tahun lalu dan 76 pada 2004, ia masih besar dan saya tidak berpuas hati," katanya.

Subhan berkata kes `selalu lesap' tanpa dikesan ketika bertugas juga banyak direkodkan berlaku membabitkan anggota perkhidmatan awam di kementeriannya.

"Mereka ini selalunya datang jam 8 pagi dan setengah jam selepas itu terus lesap tanpa sesiapa mengetahuinya termasuk ketua mereka,” katanya.





. Selalunya mereka akan muncul semula jam 3 petang.

"Mungkin mereka ini ada ilmu lesap, tapi saya dimaklumkan ada diantaranya membuat kerja lain seperti membantu ibu bapa di kantin sekolah. Kita sedang siasat perkara ini semua.

"Saya ingin nasihatkan semua pihak berkenaan, sekiranya tidak lagi ingin berkhidmat dengan kementerian, baik hantar notis dan tumpukan pada kerja lain yang lebih diminati," katanya.

Mengenai masalah penagihan dadah, Subhan berkata pihaknya sudah mengambil beberapa langkah termasuk mengadakan ujian air kencing setiap kakitangan seperti diarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Katanya, buat permulaan ujian itu dilakukan terhadap kakitangan lelaki kerana golongan ini dipercayai mudah terjebak dengan masalah itu dan sehingga ini seramai 2,000 sudah selesai menjalaninya.

"Hasil ujian ini, sembilan disahkan positif dan lima sedang dalam pertimbangan untuk dibuang kerja," katanya.

Sementara itu, seramai 51 kakitangan cemerlang Kementah cawangan Sabah menerima anugerah pada majlis itu manakala 21 lagi sijil penghargaan bersara.

Hadir sama Pengarah Kementah Sabah, Parang Abai @ Thomas serta Panglima 5 Briged, Brig Jen Md Ruslan Md Ali Hanafiah.


GULA


satu sudu gula halus


satu camca gula merah


gula-gula


manusia terkaya di malaysia, jutawan gula

Tuesday, June 13, 2006

KITA SEMUA NI ASSABIYAH



Karen: 'Walaupun Karen dah terkeluar dari AF4, saya harap kawan-kawan semua teruskanlah perjuangan. Kepada Faizal, teruskanlah perjuangan ini. Kita sama-sama dari pantai timur, walaupun Karen dah terkeluar, Faizal masih ada. Semoga Faizal meneruskan perjuangan kita dari pantai timur' (lebih kurang gitulah)

roomate: 'wah bagusnya orang Kelantan ni... Walaupun dia ni Cina, semangat kenegerian dia kuat sekali. Dah tak ada orang Kelantan, orang Terengganupun jadi geng kamcing dia. Assobiah sungguh....'

saya: Dah kalau tak ada orang Terengganu, dia cari orang Pahang pulak. Tapi kan... orang Kelantan dan Terengganu ni, kurang sikit dengan orang Pahang. Sebabnya orang Pahang kerja hari Jumaat. ha ha ha ha.

Memang kita ni assobiayah kan?.

Jika kita pergi luar negara, orang Malaysia (tanpa mengira bangsa) akan jadi sahabat karib kita. Bila kita ke luar negeri pulak, orang dari negeri kita pula akan jadi geng kita dan seterusnya dan seterusnya. Sebab itulah dalam piala dunia ni ramai orang Malaysia yang sokong Jepun dan Korea, sebabnya Malaysia dah memang tak boleh nak disokong... hidup Asia!.

PATAH SAYAP TERBANG JUA



create your own visited countries map
or vertaling Duits Nederlands
visited 9 countries (4%)

DALAM dunia ni ada berapa negara?. Setakat ni saya hanya berpeluang ke 9 buah negara, atau 4% sahaja!. Apa? jeles? Apa nak buat.... itu saja rezeki saya. Selama 6 tahun bekerja di jabatan pertama saya, sekalipun saya tak pernah berpeluang nak naik kapal terbang.

Di Jabatan kedua, saya tak lama. Orang lain kiri-kanan naik turun kapalterbang, saya jadi jaga kat ofis. Akhirnya bos offer saya gi kursus. Pilihlah kursus mana yang kau nak, isi borang nanti saya sokong. Fuh.... saya pilih kursus paling panjang, walaupun kena sains kontrak 2 tahun, tak pa. Dapatlah merasa naik kapalterbang. Kini selepas 17 tahun berlalu, saya jumpa semula bos saya tu, kerja satu kementerian dan akan bersara hujung tahun ni. Thank you bos.

Di jabatan ketiga memang banyak naik kapalterbang, tapi domestik sajalah. Sebabnya jabatan ni ada 70 cawangan dan skop kerja memang kena round ofis. Akhirnya minta buat further study kat oversea. Itu saja peluang nak gi oversea.

Jabatan seterusnya murah sikit rezeki. Dapatlah ke US, China, Filipina, Thailand dan Jepun. Wah lima negara di satu jabatan. Murah tol rezekinya ya?. Ada kalanya dalam satu bulan, dua kali saya dapat ke oversea. US & China dihantar kursus/seminar. Filipina, Thailand & Jepun saya diminta bentang kertas.

Jabatan seterusnya tak ada apa

Jabatan berikutnya domestikpun tak merasa.

Jabatan seterusnya macam tu juga.

Kini..... (dulu dan selamanya) ;-)

Monday, June 12, 2006

DUDUK SEMEJA? PAS DAN UMNO BIADAP !

TERTARIK baca berita semalam: "Pemuda Pas dan UMNO duduk semeja?". Biadap sungguh mereka ini. Sudah tak ada adab agaknya ya?.

Meja bukan tempat duduk. Tempat duduk adalah atas kerusi. Tapi kan, jika duduk sekerusi tentulah di luar tabi'i pula jadinya kan? Jadi ... duduk kerusi masing-masing, berkongsi satu meja. Itu barulah betul.

Tapi yang sebenarnya ialah "duduk sebangku". Itulah yang paling tepat.
"bangku ialah papan panjang yang berkaki empat (tempat duduk) - Kamus Dewan".

Oleh kerana kita semua dah canggih, maka bangku dah ditukar kepada meja dan kita duduk semeja, walaupun duduknya atas kerusi.

.... ada-ada aja:_


bangku



Pemuda Pas dan UMNO duduk semeja?

Dalam muktamar tahun lalu, Pemuda Pas menawarkan kerjasama dengan Pemuda UMNO. Bagaimana perkembangannya?

SALAHUDDIN: Kita melihat terlalu banyak remaja Melayu terlibat dalam masalah sosial. Statistik menunjukkan semuanya dijuarai oleh orang Melayu. Kes buang anak, ponteng sekolah, penagihan dadah dan lumba haram, semuanya dijuarai oleh remaja Melayu. Kini timbul pula masalah kedaulatan agama Islam. Ada orang luar yang cuba mencabar kedaulatan Islam.

Saya telah pelawa Pemuda UMNO duduk semeja tetapi sehingga kini jawapan masih kita nantikan. Kita tidak pernah putus asa. Kami tidak ada kepentingan politik. Anak orang Pas boleh terlibat dalam gejala sosial. Anak orang UMNO pun sama. Pada saya, semua isu ini boleh dibincangkan secara serius bersama.

Apakah aspek-aspek lain yang Pemuda Pas boleh bergerak seiring dengan Pemuda UMNO?

SALAHUDDIN: Banyak isu. Kita perlu melihat orang lain berjuang untuk kepentingan bersama mereka. Dalam isu pendidikan misalnya. Sama ada MCA, DAP atau Gerakan, apabila mereka berhadapan dengan isu ini, mereka mengetepikan sentimen politik. Ini kejayaan Dong Jiao Zhong. Dalam satu majlis Dong Jiao Zhong yang saya hadiri, saya melihat pemimpin MCA, DAP dan Gerakan turut hadir.

Mereka berjuang untuk kepentingan pendidikan anak- anak mereka. Kalau itu boleh dijadikan satu contoh, mengapa banyak isu yang mempunyai kepentingan negara, Pemuda Pas dan Pemuda UMNO tidak boleh duduk semeja?

Saya membuka pintu itu kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Biar kita melakarkan sejarah. Mengapa kita perlu takut? Biar generasi akan datang melihat bahawa dalam isu-isu tertentu, kita boleh duduk bersama.

Isu pendidikan bukan masalah parti. Kalau Hishammuddin boleh duduk semeja dengan saya, beliau tidak akan hilang jawatan Menteri Pelajarannya.

Ini sebenarnya rakyat mahu melihat. Mungkin sebahagian mereka sudah bosan dengan pertelingkahan politik antara kedua-dua parti ini. Mereka mahu melihat satu dimensi baru supaya kita boleh bekerjasama dalam banyak hal.

Pada pandangan saudara, apakah halangan yang menyebabkan Pemuda UMNO begitu sukar untuk menjalinkan kerjasama dengan Pemuda Pas?

SALAHUDDIN: Itu saya tidak tahu. Mungkin mereka terpaksa mendapat persetujuan daripada rakan-rakan mereka dalam Barisan Nasional (BN).

Mungkinkah pendirian Pas yang menentang penggunaan bahasa Inggeris di sekolah menjadi penghalang Pemuda UMNO untuk bekerjasama dengan Pemuda Pas dalam aspek pendidikan?

SALAHUDDIN: Saya rasa tidak kerana kalau kita benar-benar jujur dan ikhlas, saya yakin ramai kalangan ahli UMNO tidak bersetuju dengan pelaksanaan bahasa Inggeris di sekolah. Malangnya, mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka UMNO. Jika saya dan Hishammuddin berpeluang untuk pergi ke sekolah-sekolah pedalaman, kita dapat menyaksikan bagaimana dahsyatnya anak-anak yang gagal menguasai bahasa Inggeris.

Itulah sebabnya, saya mengesyorkan Pemuda UMNO lupakan sentimen politik tetapi melihat kepada isu yang sebenarnya berlaku di depan mata kita.

Sunday, June 11, 2006

AKADEMI FANTASIA (AF4): MENGAPA KAREN TERSINGKIR?




SUDAH empat musim akademi fantasia rupa-rupanya. Ini kali pertama saya tonton. Itupun terlepas konsert yang pertama. Mengapa hanya kali ini?. Istimewa sangat ke?. Oh... tidak, saya baru ada Astro pada kali ini. Jika dulu-dulu tu, jika tengokpun, cuma ulangan atau hanya final di TV3 sahaja.

Tertanya-tanya diri sendiri, mengapa ada 11 orang sahaja pelajar AF4?. Rupa-rupanya Nora dah tersingkir dalam konsert pertama lagi. Mengapa Nora tersingkir?. Entahlah, tak tengok dan tak tahu yang mana satu Nora.

Semasa konsert kedua tadi, masa Aznil cakap pasal budu-budu tu, naiklah John beri hadiah budu kepada Karen. Aznil tanya, siapa John tu? Karen cakap gewe (pakwe). Alamak.... saya beritahu pada orang rumah, ini akan menjadikan afundi untuk Karen akan menurun dan mungkin Karen adalah dalam senarai final yang akan digugurkan. Lagipun dia nyanyipun tak bagus sangat. Yalah... biasanya artis pompuan ni, bila ada steady pakwe jer (apatah lagi dah kahwin) menurunlah populariti dia.

Budak Haziq tu nyanyi terketar-ketarpun boleh tak kalah (sedapnya mengata orang).

Rasa-rasanya sapa menang AF4 ini tahun?.

- Faizal : Ada harapan

- Lotter : Cerah masa depan dgn bakat lawak dia

- Amirul : Bolehlah dengan muka cute dia

- Salima : Undi simpati sebab pakai tudung

- Farhan : Suara bagus, bakat ada tapi pakej kurang

- Haziq : Jika dapat lagu selain 'asli' habislah

- Diddy : Bagus juga

- Rich : Ada harapan

- Zila : yg mana satu ha?

- Velvet : Jika tersingkir, dah ada orang amik buat album kot ;-)

Wednesday, June 07, 2006

SONGKET PALSU

SEPAGI di Pasar Kedai Payang

Pembeli: Berapa harga sengket ni?

Penjual: Murah je, RM400. Ini songket asli Terengganu.

Pembeli: Wow mahalnya.....

Penjual: Ini dah murah mbeng dik, ini songket tenunan asli Terengganu. Adik jangan tertipu, yang murah tu ialah songket India atau songket Siam @ Thai. Ini murah abih reng dah ni...

Pembeli: Apa bezanya songket Terengganu dengan songket India atau songket Thai?.

Penjual: Hok oloh adik weee... tukang nenung sediri dok kenal, semeteloh lagi kita hok jual ni. Memang dok leh nok beza. Halus betul tenunan dia tu. Memang dok leh nok beza, hok mana asli hok mana tiruan. Cuma jangan terbeli hok tiruan sudahlah.

Pembeli: Jika tukang tenunpun tak boleh nak bezakan, maknanya tenunan aslilah tu... jika begitu lebih baik saya beli yang India atau THai, sebab harga dia murah. Saya rasa songket Terengganu yang mahal, bukannya songket India atau Thai yang murah. Itu memang harga patut tu...

Penjual: Adik weeeeh, songket Terengganu tenunan asli, tenungan tangan. Songket India dan Thai tu tenun pakai mesin, sebab itu harga dia murah.

Pembeli: ooooo begitu.... Jika begitu, rasanya elok tukang tenun songket terengganu ni guna mesin jugak dan boleh ekspot ke seluruh dunia dan harganya lebih murah. Tentulah songket ni akan lebih terkenal.

Penjual: Dok apalah awang weh, jadi berapa rial hok awang berkenan dengan songket asli ni?.

Pembeli: Kalu kira rege songket Siam, saya beli ah...

Pembeli: Abih reng doh ni... kang saya doh kata doh tadi, tukang tenun pong dok dapat beza. Kalu gitu ambillah RM200



Duit bertukar barang dan memang itu adalah songket India yang biasanya dijual kurang dari RM100. ha ha ha ha


songket terengganu, siam & india selonggok...

Tuesday, June 06, 2006

SELAMAT PAGI VIETNAM



Saya kini di Terengganu, bukan Vietnam ;-)


Ini bukan Vietnam Rose, tetapi Rose to Vietnam :-(

Sunday, June 04, 2006

SEBIJI BOLA SEGELAS CARLSBERG

SEMPENA dengan kegilaan bola piala dunia sekarang, jika diperhatikan iklan carlsberg sudah berada di mana-mana. Penaja utama sebuah pasukan bola ini nampaknya telah berjaya menyelitkan jenama dan produknya jauh lebih hebat dari pasukan yang ditajanya.

Kita boleh lihat warna hijau di mana-mana dan di situ ada carlsberg. Perasan tak? Memang tak ramai yang nampak, sebab ramai yang gila. Ya anda yang tak nampak ialah orang gila, memang gila bola adalah satu daripada jenis gila. Wabak gila ini setakat ini melanda 4 tahun sekali dan belum ada vaksin penawarnya.

Dengar ceritanya, seluruh kabinet malaya telah dilanda oleh penyakit ini. Soalan paling afdal untuk ditanya kini tidak lain tidak bukan selain pasukan mana yang akan jadi juara.

gila... gila.

Seorang ulamak pernah berkata, Yahudi campak sebiji bola dalam stadium, 100 ribu umat Islam terpesong akidah. Apa tidaknya, perlawanan jam 7.30, jam 4 dah penuh stadium. Mana Asar, mana Maghrib?. Hanya kerana sebiji bola.

Namun ulamak tersebut mungkin terlupa, bahawasanya, orang gila tidak diwajibkan sembahyang. Ya, jika anda gila, fardhu sembahyang tidak diwajibkan ke atas anda.

Gila bola.

Thursday, June 01, 2006

MINORITI

- Bos, oh arie nie 1 hb. ekk, sebab tu pakai baju batik?. Tapi orang lain tak pakai pun.

+ Mereka lupa tu.. Lagipun mereka tak ada PA, atau PA kat rumah juga lupa nak ingatkan.

- Tapi big bos juga tak pakai batik ari ni.

+ OK ini 10 sebab ngapa dia tak pakai:-

1. Dia lupa ari ni 1 hb
2. Dia tak patriotik
3. Ong gaji dia cuti, tak gosok baju batik
4. Baju batik dia dah abis stok, asyik2 yg tu juga
5. Dia dah insaf, ong lelaki tak boleh pakai silk
6. Dia memang tak nak pakai
7. Dia ingat hari ni 32 hb.
8. PA dia lupa nak ingatkan
9. Dia tak tulis reminder dlm PDA dia
10.Saja dia nak test anak buah dia utk 15 hb depan.

Ah... kita ikut peraturan, majoriti tak ikut, lama-lama yang minoriti rasa bersalah pulak. Pepagi lagi mesti jeling drebar kereta lain, samada ada tak yg berbatik... Dulu-dulu senang, Sabtu=batik, sekarang kena ingat 1hb dan 15hb. Itu yang susah sikit... nak ingatkan h lebih senang dari nak ingatkan hb.