Tuesday, September 30, 2008
REKOD RAMADAN
SEMENJAK kebelakangan ini saya sering sakit kepala. Apatah lagi pada beberapa hari pertama di bulan Ramadan. Ia telah berlaku dalam empat ke lina tahun kebelakangan ini. Saya anggap ia adalah perkara biasa sahaja, kerana beberapa orang kawan lain juga mengalami fenomena yang sama. ia itu sakit kepala dalam hari-hari pertama Ramadan. ha ha ha gastrik dalam bulan Ramadan adalah trik lama beb!.
Sakit kepala ini barangkali kerana sistem badan belum adjust dengan persekitaran baru yang datang setahun sekali. Seperkara lagi jika dah rasa mula nak sakit, nak telan panadol juga tidak boleh kerana berpuasa. Itulah teori kami.
ALHAMDULILLAH. Hari ini sudah 30 Ramadhan. Satu rekod bagi saya ialah, tahun ini saya tidak sakit kepala walaupun sehari sepanjang bulan ramadan ini. Bebas sakit kepala. Alhamdulillah.
Saya juga telah memecahkan rekod peribadi dalam bulan Ramadhan ini dengan menolak semua jemputan berbuka puasa di hotel. Saya berbuka di rumah sahaja bersama keluarga. Mudah-mudahan di tahun mendatang saya akan berbuka di surau pula. Maklumlah jarak surau dengan rumah hanya beberapa langkah sahaja.
Satu lagi rekod Ramadan saya ialah, saya sekeluarga tidak pulang ke kampung pada tahun ini. Oleh kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kami sekeluarga beraya di Puncak Mutiara sahaja. Mana-mana pembaca yang juga tidak pulang beraya, jemputlah datang ke rumah saya pada hari pertama atau kedua. hari raya ketiga saya sudah bertugas semula.
Oops!.... ini satu lagi rekod. malam tadi saya anak beranak bersama jiran bakar lemang buatan sendiri di belakang rumah.
Bakar lemang buatan sendiri
Tak cukup rendang gunalah sardin
Selamat hari raya Aidilfitri
Mohon maaf Zahir batin.
Saturday, September 27, 2008
TIDAK PUASA? HILANG HAK MELAYU
MENGIKUT Perlembagaan Malaysia, Orang Melayu mestilah Islam. JIka dia keluar daripada Islam, dia bukan lagi Orang Melayu. Jadi apa ke bangsa orang yang dulunya Islam dan berbangsa Melayu kemudian menukar ugama?. Siapa tahu sila beri jawapan!.
Selain daripada berugama Islam, orang Melayu juga mesti bercakap bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Fuhhh.... berapa ramai pula yang akan dilucutkan taraf Melayu mereka kerana memang ramai Melayu yang tidak bercakap Melayu. Apa tah lagi tidak mengamalkan adat istiadat dan budaya Melayu. Contoh, =blue>Mdlayu makan nasi dengan tangan, depa makan (apa sahaja) dengan sudu & garfu.
Itu jika ikut Perlembagaan. Jika ikut "adat" pula:-
Melayu tidak makan babi, walaupun minum arak
Melayu tetap berpuasa, walaupun tidak sembahyang
Nah.... berapa banyak Melayu yang tidak berpuasa di bulan ramadhan ini?.
Friday, September 26, 2008
HAPPY BIRTHDAY
Happy Birthday to Me....
Alamak punyalah sibuk hinggakan terlupa nak ucapkan happy birthday kepada diri sendiri.
Hmmmmmm dah setengah abad rupanya.
SELAMAT TINGGAL
Wednesday, September 24, 2008
MENGAPA ORANG CINA MALAYSIA TIDAK GUNAKAN BAHASA MALAYSIA?
Mengapa orang Cina Malaysia tidak gunakan Bahasa Malaysia sebagai mana orang Cina Indonesia menggunakan Bahasa Indonesia?. Malahan orang Cina Thai, bukan sahaja menggunakan bahasa Thai, malahan nama juga ditukar kepada nama Thai.
Monday, September 22, 2008
MENGAPA BANGSA MELAYU BENCI BAHASA MELAYU?
PERCAYA ataupun tidak, ia adalah suatu kenyataan bahawa orang Melayu tidak mendaulatkan Bahasa Melayu, ia iatu bahasa ibunda mereka sendiri.
Jika di kampung-kampung, orang Melayu akan bercakap stail Cina apabila bercakap dengan orang Cina. Mereka akan bercakap telor India apabila bersembang dengan orang India. Begitulah seterusnya dengan semua bangsa asing. Ini menyebabkan bahasa Melayu lisan menjadi rosak.
Di bandar pula, jarang kita dapati orang Melayu boleh bercakap dalam bahasa Melayu sepenuhnya. Tidak banyak, sedikit pasti dicampur dengan bahasa Inggeris. Mengapakah keadaan ini berlaku?.
1. Bercakap Melayu campur Inggeris akan menampakkan mereka itu orang intelek. Jika cakap Melayu sahaja, nampak kampung sangat. Orang Melayu tidak suka dicop sebagai orang kampung. Itu jakun namanya.
2. Orang-orang besar yang bersekolah pra-merdeka semuanya berpendidikan Inggeris. Gaya hidup mereka adalah gaya Inggeris, termasuklah dalam soal bahasa.
3. Orang-orang besar yang muda dan bersekolah selepas merdeka, medapat pendidikan di luar negara. Mereka memang fasih berbahasa Inggeris berbanding dengan bahasa sendiri.
4. Orang-orang biasa yang bersekolah Melayu atau bersekolah Inggeris dalam negara merasakan istilah dalam BM aalah tidak mencukupi dalam perbendaharaan kata masing-masing untuk bertutur (apatah lagi menulis) dalam bahasa Melayu.
5. Pemimpin Melayupun cakap Ingeris (atau campur-campur Inggeris) dalam media masa, walaupun soalan ditanya dalam BM
6. Mana ada artis ataupun manusia Melayu yang menjadi idola budak-budak Melayu yang bercakap Melayu sepenuhnya?.
7. Bos kat ofis juga cakap omputih dan berasa kekok menulis dalam BM
8. Barangkali dasar DBP yang kerap sangat tukar istilah BM menjadi penyebabnya juga.
9. Banyak sangat perkataan rasmi BM diambil daripada BI walaupun istilah asal dalam BM sudah mantap dan diterima umum. Misalnya belanjawan jadi bajet. Perniagaan jadi bisnes.
10. Di sekolahpun Sains dan Matematik diajar dalam BI.
Silalah sambung lagi...
Sunday, September 21, 2008
BAHASA KITA - BANGSA KITA
MALAM tadi saya melaksanakan tugas berbuka puasa dengan warga Jepun (yang tidak berpuasa). Demi tugas (yang ala-ala wajib), maka ibadah sunat tarawikh terpaksalah dikorbankan. Moga-moga sekali ini sahajalah di bulan Ramadan ini. Pada 1 Syawal saya bertugas lagi secara sukarela mengadakan rumah terbuka hari raya untuk mereka semua bersama keluarga.
Majlis berjalan cukup santai dan dalam penuh muhibah serta perasaan ingin tahu daripada kedua-dua belah pihak. Salah seorang daripada mereka sangat fasih berbahasa Melayu dan menggunakan bahasa Melayu sepanjang sesi berjalan.
Dia: Mengapa orang Melayu sesama Melayu tidak bercakap Melayu?
Kami: Kami bercakap Melayu
Dia: Baru sebentar tadi saya dengar anda cakap Inggeris. Jika tidak penuhpun, Melayu campur Ingeris
Kami: Mana yang lebih senang, bahasa Melayu atau bahasa Inggeris
Dia: Saya mula kenal bahasa Inggeris semenjak sekolah rendah. Saya belajar bahasa Melayu hanya tiga bulan. Bahasa Melayu lebih senang. Sangat Mudah.
(Kami sedang mereka-reka apakah jawapan yang mahu diberikan kepada soalan Dia)
Kami: Negara kami dijajah oleh Inggeris lebih 100 tahun. Sebab itu kami cakap Inggeris atau campur Melayu dengan Inggeris
Dia: Negara Indonesia dijajah oleh Belanda lebih 400 tahun. Mereka masih bercakap Bahasa Indonesia.
Kami: (Cuba mengalih perhatian). Anda belajar bahasa Indonesia atau Bahasa Malaysia semasa di Jepun?
Dia: Saya belajar Bahasa Melayu
Kami: Bahasa Melayu Indonesia atau Bahasa Melayu Malaysia?
Dia: Bahasa Melayu sahaja. Cikgu saya orang Malaysia.
Kami: Bahasa Indonesia lebih mudah daripada Bahasa Malaysia. Bahasa Indonesia straight forward sahaja, Bahasa Malaysia ada banyak penambahan Ke ... an
Dia: Bahasa Melayu mudah dan senang
Kami: (cubaaan kedua mengalih pandangan). Isetan ada sales sebanyak 70%
Dia: Jualan itu untuk ahli sahaja. Saya sudah pergi. Harganya agak murah berbanding dengan di Jepun walaupun sebelum diskaun.
Kami: OKlah, sebabnya Matematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris
Dia: Sudah berapa tahun?. Anda semua belajar dalam bahasa Inggeris?. Angkasawan Malaysiapun belajar dalam Bahasa Melayu dan sudah naik sampai di angkasa. Masakan anda belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingeris kerana mahu naik ke bintang.
Kami: Alamak... kamipun tidak pastilah mengapa. Rasa-rasnya sebab MALAYSIA BOLEH!!!
Wednesday, September 17, 2008
PERKEMBANGAN PENULISAN
[EDITOR - 17.9.08]
Assalamualaikum wrt wbt
Semoga tuan berada dalam keadaan sehat dan terus mendapat keberkatan Ramadhan.
Tujuan emel ini adalah untuk mengetahui status penulisan tuan bagi projek Siri Buat Duit yang berjudul Buat Duit dengan Kamera. Apakah status terkini penulisan bagi tajuk ini?
Emel bertarikh 25 Ogos 2008, tuan telah melaporkan status terkini penulisan tuan iaitu sedang berusaha mendapatkan persetujuan mereka yang terlibat dalam Stok Fotografi. bagaimana perkembanganya? Semoga ia membuahkan hasil. Bila agaknya tuan dapat menyiapkan manuskrip ini? Besar harapan saya jika tuan dapat menyiapkan selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2008.
Adakah tarikh ini mengganggu penulisan tuan bagi buku Strategi Laut Biru: Penjawat awam? Jika ia, saya akan tunda tarikh akhir manuskrip ini yang sepatutnya dihantar pada 11 November 2008. Jika tuan tidak dapat menyiapkan mengikut tarikh asal, tuan boleh menyiapkannya selewat-lewat pada 11 Disember 2008.
Semoga Keberkatan Ramadhan dapat meningkatkan lagi semangat tuan dalam menyiapkan manuskrip bagi judul tersebut.
Mohon tuan dapat memberi maklum balas terhadap emel saya.
Sekian Wassalam
Terima Kasih
[PENULIS - DERAF SIAP 16.10.08]
Assalamualaikum tuan;
Selamat hari raya, maaf zahir & batin.
Bersama-sama ini disertakan deraf manuskrip "Buat Duit Dengan Kamera" untuk perhatian pihak tuan.
Sekiranya ada apa-apa pertanyaan ataupun permintaan mengenainya, sukacita dapat hubungi saya.
Berbanyak maaf kerana terpaksa hantar selepas hari raya, tidak seperti mana yang dijanjikan lebih awal, iaitu sebelum raya.
Sekian, wassalam.
Assalamualaikum wrt wbt
Semoga tuan berada dalam keadaan sehat dan terus mendapat keberkatan Ramadhan.
Tujuan emel ini adalah untuk mengetahui status penulisan tuan bagi projek Siri Buat Duit yang berjudul Buat Duit dengan Kamera. Apakah status terkini penulisan bagi tajuk ini?
Emel bertarikh 25 Ogos 2008, tuan telah melaporkan status terkini penulisan tuan iaitu sedang berusaha mendapatkan persetujuan mereka yang terlibat dalam Stok Fotografi. bagaimana perkembanganya? Semoga ia membuahkan hasil. Bila agaknya tuan dapat menyiapkan manuskrip ini? Besar harapan saya jika tuan dapat menyiapkan selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2008.
Adakah tarikh ini mengganggu penulisan tuan bagi buku Strategi Laut Biru: Penjawat awam? Jika ia, saya akan tunda tarikh akhir manuskrip ini yang sepatutnya dihantar pada 11 November 2008. Jika tuan tidak dapat menyiapkan mengikut tarikh asal, tuan boleh menyiapkannya selewat-lewat pada 11 Disember 2008.
Semoga Keberkatan Ramadhan dapat meningkatkan lagi semangat tuan dalam menyiapkan manuskrip bagi judul tersebut.
Mohon tuan dapat memberi maklum balas terhadap emel saya.
Sekian Wassalam
Terima Kasih
[PENULIS - DERAF SIAP 16.10.08]
Assalamualaikum tuan;
Selamat hari raya, maaf zahir & batin.
Bersama-sama ini disertakan deraf manuskrip "Buat Duit Dengan Kamera" untuk perhatian pihak tuan.
Sekiranya ada apa-apa pertanyaan ataupun permintaan mengenainya, sukacita dapat hubungi saya.
Berbanyak maaf kerana terpaksa hantar selepas hari raya, tidak seperti mana yang dijanjikan lebih awal, iaitu sebelum raya.
Sekian, wassalam.
KAYUH BASIKAL BALIK RAYA
KEPADA peminat basikal dan ingin berkayuh, satu sesi Kayuh Balik Raya akan diadakana pada:-
Tarikh: 19 September 2008
Tempat: Restoran Darussalam Presint 9 (Mamak Double Trouble)
Masa berkumpul: 11.00 PM SHARP SHARP!
Masa berkayuh: 11.30 PM
Jarak: Lebih kurang 20km
Kelajuan kayuh: 15-25km/h
Putrajaya Critical Mass adalah sebahagian daripada Critical Mass yang diadakan di seluruh kota di dunia bagi kempen kesedaran kota mesra basikal. ia diadakan pada Jumaat terakhir setiap bulan. PCM diadakan awal seminggu kerana "cuti raya" dan diadakan jam 11pm untuk memberi peluang peserta berterawikh terlebih dahulu.
17 SEPTEMBER @ NUZUL QURAN
HARI ini adalah merupakan hari cuti bagi beberapa negeri, termasuk Selangor. Kami tinggal di selangor dan bekerja di Wilayah Persekutuan. Anak-anak bersekolah di Selangor. Seorang lagi bekerja di Wilayah dan seorang bekerja di Selangor.
Setiap tahun semasa cuti Nuzul Quran, Kuala Lumpur akan sesak kerana warga Selangor yang bercuti. Mereka datang menawar-beli (mengapa membeli-belah?)di KL.
Setiap tahun semasa cuti Nuzul Quran, Kuala Lumpur akan sesak kerana warga Selangor yang bercuti. Mereka datang menawar-beli (mengapa membeli-belah?)di KL.
Tuesday, September 16, 2008
16 SEPTEMBER
AH hari ini sudah 16 September, bersamaan dengan 16 Ramadhan. Sudah enam belas hari umat Islam berpuasa. Janji dengan diri sendiri tidak tertunai. janji ingin menyerahkan buku kepada editor sebelum bulan puasa sudah berlalu selama enam belas hari juga. Barangkali jika ada kudrat, ia boleh diserahkan sebelum Syawal. Namun berdasarkan penguncupan semasa, tipis harapan...
Setiap hari, apabila pulang ke rumah masa lapang yang ada ialah di antara selepas solat terawikh hingga sahur. Namun tidak lebih setengah jam menghadap keyboard, tilam dan bantal sudah menggoda. hari minggu juga begitu. Apabila diambil cuti juga begitu. Aduh.... susahnya ingin menulis.
Thursday, September 11, 2008
BOS PENIPU
SAYA sudah lupa, barangkalai saya sudah tuliskan dialog sebegini di mana-mana. Suatu hari apabila anak kecil saya pulang dari sekolah:
Anak: Abah bos di pejabat kan?
Abah: Ya
Anak: Macamana nak jadi bos?
Abah: Kena belajar betul-betul, dah lulus kena kerja rajin-rajin
Anak: Tapi semua orang kata, nak jadi bos kena pandai cakap bohong. Betul ke abah?
Abah: Ehhh.... siapa yang ajar ni?
Anak: Abah yang ajar ..... bukankah abah selalu cakap bohong?.
Wednesday, September 10, 2008
Tuesday, September 09, 2008
ANAK AYAM - ANAK ITIK
Dia: Saya mahu anak ayam yang makan dengan menyudu. Jika boleh berenang lagi bagus.
Aku: Itu anak itik, bukan anak ayam. Anak ayam mematuk, anak itik menyudu. lagipun anak itik, bila menetas sahaja sudah tahu berenang. Itu spesifikasi anak itik, bukan anak ayam.
Dia: Aku tahu. Aku kenal yang mana anak itik, yang mana anak ayam. Aku mahu anak ayam yang menyudu.
Aku: Mana ada anak ayam normal yang menyudu. Jika ada, mesti sewel punya anak ayam, tak panjang umur dia tu. (dalam hati: engkau yang sewel, hendakkan anak ayam yang menyudu).
Dia: Engkau carikan anak ayam yang mengikut spesifikasi tersebut. Panggil sebutharga, sebab direct-nego sudah tidak dibenarkan.
Aku: Pencipta sudah mencipta anak ayam dengan sifat ayam, anak itik dengan sifat itik. Itik yang diram oleh ibu ayampun bersifat itik. Macamana ni?.
Dia: Aku kan bos!
Aku: Baiklah. Saya akan usahakan.
Monday, September 08, 2008
BAGAIMANA MENJADI STAF YANG BAIK: BUKAN SETAKAT BUSYBODY
Bagaimanakah seseorang pekerja boleh menjadi staf yang baik?
1. Buat kerja elok-elok, jangan kacau orang
2. Kerja mau baik, mulut mau manis
3. Kutuk musuh bos, puji-puji-puji bos
4. Mesti mau pandai cover - undercover
5. Apa-apa sahajalah asal bos suka
6. Berkongsi mimpi dengan bos
Sebenarnya kadang-kadang, ofis memerlukan seorang pencuri. Staf yang pandai mencuri biasanya boleh survive. Bukan curi barang, bukan curi wang, nanti lokap masuk dalam. Curi idea orang, curi maklumat kawan, curi-curi-curi dan pakejkan semula untuk suatu persembahan yang menawan. Hmmm...
Dalam arena Pengurusan Pengetahuan atau kowledge management sekarang, mana ada orang yang ingin berkongsi ilmu?. Hatta bos sendiripun tidak berkongsi apa yang dia tahu untuk staf beritahu bos dia. Jadi, jawapannya ialah, bukan setakat busybody, tetapi jadilah seorang pencuri yang baik.
BUAT DUIT DENGAN INTERNET?
BOLEHKAH kita buat duit dengan Internet?. Jawapannya bergantung kepada kita sendiri. Ada yang berjaya dan ada yang tidak. Bolehkah jadi jutawan internet?. ENTAH! Barangkali hanya kelentong sahaja.
Adakah anda pernah mendengar myLot?. Ia adalah satu forum yang membincangkan mengenai pelbagai perkara. Setiap perbincangan dan jawapan akan dibayar. Cuba bayangkan, kita tanya soalan akan dibayar, kita menjawab soalan akan dibayar, kita beri komen dibayar. Oh ya.... bayaran dibuat dalam RM, bukan dalam US$. Jika anda ingin cuba, silalah lawat myLot.
Thursday, September 04, 2008
Tuesday, September 02, 2008
GPS
SUDAH lama saya ingin mengikuti jejak kawan-kawan gajet untuk memiliki GPS (Global Positioning System). Namun memandangkan harganya yang tinggi, saya menangguhkan dahulu hajat tersebut. Lagi pula, saya bukannye kerap sangat keluar. Ditambah pula dengan sikap yang malas memandu. Satu lagi pertimbangan ialah, samada ingin memiliki GPS berasingan atau semua-dalam-1 daripada telefon bimbit. Fikir punya fikir punya fikir, ah tidak boleh jadi....
Hari Rabu lepas, hujan begitu lebat di KL. Saya di Putrajaya tidak perasan sangat. Jam 7mlm kami bertolak dari Putrajaya menuju KL untuk makan malam di sebuah restoran Jepun. Kami berempat dijemput khas bagi meraikan kepulangan sucho JICA ke Jepun. Dipendekkan cerita, hanya seorang sahaja yang sampai. Dalam kesesakan jalan raya yang amat sangat, kami bertemu pusingan-U dan sedar-sedar kami sudah tiba di Putrajaya semula. Kami menjamu selera di sana. Oh ... jikalah ada GPS pada masa tersebut!.
Ahad lepas, saya sudah beli seunit GPS Garmin Nuvi 200w yang dijual dengan harga amat murah (tidak mencecah seribu ringgit), berserta dengan petanya sekali. Insyaallah dengan adanya GPS ini, saya tidak miss lagi untuk majlis berbuka puasa.
Monday, September 01, 2008
UCAPAN SMS RAMADAN
Ketika mentari Sya'ban kian meredup, berganti fajar Ramadhan nan suci yang segera mebjelang, izinkan diri ini meminta maaf untuk lisan yang tak terjaga, janji yang terabaikan, hati yang berperasangka dan sikap yang kadangkala tidak pada tempatnya!
Selamat menjalankan ibadah puasa.
Perkataan indah adalah Allah.Lagu merdu adalah azan. Media terbaik ialah Quran. Senam sihat adalah solat. Diet sempurna adalah puasa. Kebersihan menyegarkan adalah wuduk. Perjalanan indah adalah haji. Khayalan yang baik adalah ingat akan dosa dan taubat. Selamat Menyembut Bulan Suci Ramadhan. Maaf segala dalah dan silap.
Jika semua harta adalah racun, maka zakat adalah penawarnya. Jika seluruh umur adalah dosa, maka taubat adalah ubatnya. Jika seluruh hari adalah nista, maka Jumaat adaslah pensucinya. Jika seluruh bulan adalah noda, maka Ramadhan adalah pemutuhnya. Marhaban ya Ramadhan. Selamat mengerjakan ibadah puasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)