HARI ini adalah hari terakhir tahun 2008. Saya memang berkira-kira untuk menyediakan rekabentuk blog yang baru sempena dengan tahun baru ini.
Blog baru lebih senang diselenggara.
Blog baru kurang error.
Namun saya akan hilang beberapa features dalam blog sedia ada sekarang, khususnya setiap foto pada header yang bertukar-tukar setiap kali blog diakses.
Patutkah saya tukar kepada rekabentuk blog baru?.
Wednesday, December 31, 2008
Tuesday, December 30, 2008
AKHIR TAHUN
DUA hari lagi 2008 akan berakhir. Dalam tahun 2008 ini saya melakukan beberapa perkara "pelik", iaitu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Pertamanya, buku saya yang pertama telah diterbutkan pada April 2008. Ia itu sempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008. Selepas buku tersebut diterbitkan, saya terus menulis lima (5) buah lagi buku dengan harapan dan janji ia akan diterbitkan pada tahun 2008 juga. Walau bagaimanapun dengan beralasan umum harga minak naik, buku-buku tersebut tidak keluar khabar beritanya. Kini saya ingin menyiapkan dua buah buku lagi yang saya tulis dengan separuh hati sahaja.
Keduanya saya bertemu dengan hobi baru, iaitu mengayuh basikal. Saya sudah mengayuh basikal semenjak lebih daripada 45 tahun yang lalu. Ia itu semenjak saya mula mengenal basikal. Saya juga telah mempunyai beberapa buah basikal yang kerap bertukar tangan. Kadang-kadang belum lagi puas saya mengayuhnya, pencuri telahpun mengambilnya dan saya hanya berputih mata. Semasa di UK juga, selain daripada kereta, saya juga membeli beberapa buah basikal. Kesemuanya juga telahpun bertukar milik. Kini saya memiliki sebuah Proton T-Bolt dan bersama-sama dengan kumpulan Putrajaya Easy Riders (www.kayuh.co.cc) Hobi ini menyebabkan saya telah berkayuh siang dan malam selang setiap hari.
Hari ini saya masih sakit kepala dan malam nanti saya akan berkayuh sebagai ganti kepada panadol. Oh ya... malam semalam saya menginap di Hotel Primula, Kuala Terengganu. Bangkit di pagi hari, kepala saya sakit. Kemudian saya memandu selama 9 jam pulang ke KL (Kajang sebenarnya). Tiba di rumah terus tidur berbekalkan 2 biji ponstant. Dalam jam 3 pagi saya terasa segar dan sakit kepala telah hilang. Walau bagaimanapun sekitar 11am, ia datang semula dan kini masih lagi berdenyut.... Jadi tidak adalah kerja produktif yang boleh saya lakukan seharian bercuti pada hari ini.
Keduanya saya bertemu dengan hobi baru, iaitu mengayuh basikal. Saya sudah mengayuh basikal semenjak lebih daripada 45 tahun yang lalu. Ia itu semenjak saya mula mengenal basikal. Saya juga telah mempunyai beberapa buah basikal yang kerap bertukar tangan. Kadang-kadang belum lagi puas saya mengayuhnya, pencuri telahpun mengambilnya dan saya hanya berputih mata. Semasa di UK juga, selain daripada kereta, saya juga membeli beberapa buah basikal. Kesemuanya juga telahpun bertukar milik. Kini saya memiliki sebuah Proton T-Bolt dan bersama-sama dengan kumpulan Putrajaya Easy Riders (www.kayuh.co.cc) Hobi ini menyebabkan saya telah berkayuh siang dan malam selang setiap hari.
Hari ini saya masih sakit kepala dan malam nanti saya akan berkayuh sebagai ganti kepada panadol. Oh ya... malam semalam saya menginap di Hotel Primula, Kuala Terengganu. Bangkit di pagi hari, kepala saya sakit. Kemudian saya memandu selama 9 jam pulang ke KL (Kajang sebenarnya). Tiba di rumah terus tidur berbekalkan 2 biji ponstant. Dalam jam 3 pagi saya terasa segar dan sakit kepala telah hilang. Walau bagaimanapun sekitar 11am, ia datang semula dan kini masih lagi berdenyut.... Jadi tidak adalah kerja produktif yang boleh saya lakukan seharian bercuti pada hari ini.
Thursday, December 25, 2008
HADIAH AKSESORI BASIKAL
PETANG semalam (kebetulan petang Krismas pulak), saya menerima 2 bungkusan hantaran daripada USA. Ianya telah dijangkakan. Ia itu aksesori basikal. Satu kotak mengandungi pelana fizik dan sekotak lagi alat mengukur denyutan jantung, Polar A1.
Pelana berjenama Fizik in paling mahal pernah saya lihat di RodaLink, Bangsar dijual dengan harga RM800.
Namun apa yang amat memeranjatkan saya ialah, HRM (Heart Rate Monitor) berjenama Polar A1 tersebut adalah buatan Malaysia!.
Tuesday, December 23, 2008
APA KATA ORANG LAIN (AKOL)
BARANGKALI kita biasa dengar "saya ni baik orangnya walaupun nampak garang" ataupun "Sebenarnya saya adalah seorang yang peramah walaupun jarang bercakap". Walau apapun yang kita kata, orang akan melihat apa yang kita buat. Berikut adalah apa yang anak buah kata mengenai diri saya AKOL:
Sesi ‘ SUGAR GRAM ‘ Semasa Program Team Building BPM 2008
Di Genting View Resort Pada 17 - 19 Disember 2008
1. You ’ ve been a great boss , and as a person , you are great too.
I adore you as a fatrher figure.
Really hope you’re doing well in your future undertaking.
2. Seronok dapat simbah air kat you. Bukan senang nak simbah air kat Bos.
3. Saya sudah makin mengenali anda, sebelum ini saya rasa ada gap, nak bagi salam pun segan. Lepas ni saya rasa ok.
4. Salam, Team Building kali ini 1st time saya bercakap dengan En Mat . Saya bukan tak nak tegur , tapi malu. Ha….ha…..ha…
5. Lawak gila betul, tak sangka En Mat beri kerjasama yang sungguh baik.
6. Thank you for everything . Hoping to learn more from you. Terima kasih atas menerima saya dengan mesra.
7. Mula-mula nampak serius, lama-lama nampak cepat mesra.
8. Aku sangka kau seorang yang serius tapi setelah mengenalimu , ku tahu kau juga gila-gila. Walaupun usiamu jauh lebih tua.
9. Terima kasih atas bimbingan.
10. Walaupun taraf berbeza tapi jurang tak terasa n x pernah buat yang dibawah terasa hati …..BEST !!!.
11. Great Boss.
12. Biarlah sikap ceria dan sporting anda akan terus di kekalkan di BPM. Jadikan hari –hari yang mendatang sentiasa ceria. Semoga keceriaan dan kegembiraan dapat mengurangkan penyakit-penyakit yang anda hadapi “ Jangan Lupa Ambil Ubat “ GAOT =GO OUT
13. Baguslah En Mat seorang yang sporting Hoorey……Hoorey….Hoeray.
Seorang Boss yang ceria, baik hati tapi SMART.
14. Semasa di pejabat saya rasakan En Mat macam ada angin sebab kadang-kadang ok kadang-kadang ko.
15. Thanks for treat me as your friend. Senang bergurau dengan En Mat dengan syarat tak keterlaluan.
16. Semuga ceria dan sihat sejahtera selalu.
17. Walau pun tugas-tugas saya tak seberapa tapi saya bahagia menjalankan tanpa merasa bosan atau pun bebanan tugas.
18. Tuan ada ketokohan untuk menjadi seorang pemimpin sebab kejayaan tuan dalam membimbing group bos bos bos dengan cemerlang.
19. “ Enjoy sangat dengan joke anda menceriakan 3 hari saya di sini “
20. Kekalkan keceriaan tuan….
Apa kata anda?.
Tuesday, December 16, 2008
PCFAIR 2008: DIALOG BELAKANG TABIR.
MEMANG ramai pengguna komputer tertunggu-tunggukan PCFAIR. Ia adalah pesta jualan komputer dan perantinya di bawah satu bumbung. Dulu PCFair hanya diadakan di Lembah Kelang, kini sudah merebak ke seluruh negara.
Adakah jualan di PCFAIR murah?.
Saya ke sana untuk membeli internal HDD untuk notebook saya.
Saya: Ada internal HDD untuk notebook?
pcfair: Ada, tapi awak beli external HDD sahajalah. Murah.
saya: saya mahu internal HDD
pcfair: sama saja maa... external lagi murah
saya: saya sudah ada external, sekarang mahu internal
pcfair: apa pasal mahu internal?
saya: HDD saya sudanh kong, tak boleh boot
pcfair: OK ini dia internal HDD. Ia mahal sikit.
saya: boleh tolong pasang pada notebook saya?
pcfair: maaf. Sini tak ada servis itu. Semua gerai sama. Bayar dan ambil saja. Servis tidak ada. Lagipun, wa cakap sama lu, harga sini mahal. Pergi Low Yatt lagi murah. Boleh test, boleh tawar, macam-macam.
saya: Apa pasal sini mahal?
pcfair: 3 hari sewa booth sini, lebih mahal dari satu bulan sewa kedai di Low Yatt. Macamana mau jual murah?
saya: Tapi apa apasal awak masuk juga pcfair?
pcfair: sales banyak maaa.... orang ingat murah. Beli saja. Volume banyak. lagipun, kita dalam persatuan, kena tolong persatuan juga maa
Akhirnya saya ke Low Yatt dan ternyata ia adalah lebih murah.
Wednesday, December 10, 2008
BLOG BASIKAL BERPINDAH
Monday, December 08, 2008
SELAMAT HARI RAYA KURBAN
INSYAALLAH ini adalah kali ke-3 sembahyang raya di surau ini. Kami pindah ke sini pada Aidiladha yang lepas. Kira dah genap setahunlah dengan kedatangan Aidiladha yang ini. Sudah tiga raya jugalah tidak pulang ke kampung.
Raya 1 (Aidiladha) biasalah tidak ada cuti dan budak-budak juga tidak cuti dari sekolah. Solat raya buat pertama kali di surau Al-Hidayah ini. Biasa sahaja. Lepas solat, majlis korban. Lepas Zohor makan daging korban.
Raya 2 (Aidilfitri). Saya telah dilantik sebagai AJK surau. Wakil taman baru. Pegang fotfolio ICT. Saya mula buat portal untuk surau. Solat raya kali ini saya bertugas penuh menjaga video, kamera dan CCTV. Ia buat live-telecast ke tingkat bawah untuk jemaah wanita. OH ya.... pada malam raya, ada takbir dari rumah ke rumah. Rumah kami hinggakan tidak muat dek ramainya yang datang bertakbir. Inilah takbir yang pertama bagi rumah kami. Rumah yang dulu-dulu tidak pernah dibuat.
Raya ini gililiran Perak. OLeh kerana mertua datang beraya di sini, maka kami tidaklah jadi balik.
Raya 3 (Aidiladha). Beberapa hari sebelum raya, memang sibuk sekali. Surau mahu beli sistem projektor untuk kegunaan solat. Projektor yang dahulu saya pinjamkan. Saya perlulah cari sebutharga, uruskan pembelian, pemasangan dan ujian. Pada hari pemasangan, hingga jam 3 pagi di surau. Keesokan harinya pula dari 11am hingga ke Asar. Lepas itu, ujian penerimaan pula oleh imam, bilala dan seluruh AJK (yg tidak pulang ke kampung). Setakat ini sukseslah.
Raya kali ini sepatutnya ke Terengganu. Namun, anak bongsu berkhatan dan masih belum sembuh betul lagi. hari ini baru boleh pakai seluar. Cuti telah banyak diambil untuk menjaganya. Oleh itu kami terpaksalah beraya di sini sahaja. Sudah tentu tugasan biasa diserahkan kpd saya lagi....
Selamat hari raya aidiladha.
Sunday, December 07, 2008
Friday, December 05, 2008
PEMERIKSAAN BASIKAL DI PUSPAKOM
ADA permintaan supaya basikal-basikal mendaki Genting Highland. Ya... Genting Highland. Namun ramai sangat yang tidak bersetuju. Alasan terbanyak yang diberikan ialah:-
1. Basikal tidak fit
2. Basikal tidak lulus pemeriksaan PUSPAKOM
3. Pengayuh tidak biasa ke Genting. Jika ke Seremban atau Melaka OK saja.
Apabila diberitahu bahawa basikal tidak pernah dihantar ke Puspakom, dia mula marah. Mengapa tidak hantar?. Mengapa buat kerja mudah?. Ambil tindakan tatatertib!. Alamak, cakap salah, tak cakappun salah.
Untuk pengetahuan tuan yang berhormat, hanya basikal komersial sahaja yang diwajibkan diperiksa oleh Puspakom setiaon 6 bulan. Basikal persendirian dan milik Jabatan tidak disyaratkan begitu oleh peraturan dan undang-undang. Kes macam ini, perlu ambil tindakan undang-undang juga ke kepada penggubal undang-undang mengapa tidak gubal undang?.
Sudah berapa kali tuan hantar kereta tuan untuk diperiksa oleh Puspakom? He he he tidak pernah kan?. Mengapa tidak pernah?. Mau dikenakan tindakan ke?. Untuk makluman tuan, saya sudah dua kali hantar kereta buruk saya ke Puspakom, dan lulus pemeriksaan tau!.
Lain kali lebih baik aku diam saja, biarkan labu terjun dengan labu-labunya.
p.s Puspakom bermaksud Pusat Pemeriksaan Kenderaan berkomputer dan BASIKAL tidak termasuk dalam kategori kenderaan.
Harap faham.
Thursday, December 04, 2008
KAYUHAN MALAM PERs
Won, Alif, Col Azudin, Azhar, Shahrin, Dr.Taufik, Dr.Azrin, MBA, Muhaimy dan Azmi (jurufoto)
TIGA hari berturut-turut baerakyuh. Ia dimulakan pada hari Isnin - Kayuhan petang, diikuti dengan Selasa - Kayuhan Petang dan malam tadi, Rabu - Kayuhan malam.
Kayuhan pertama meneroka laluan baru yang sungguh indah. Kayuhan kedua juga laluan baru yang menyebabkan rasa kenaling semasa menurungi bukit yang curam. Kayuhan ketiga sejauh 15km agak santai, kecuali sedikit bebanan semasa menaiki PICC hingga ke puncak.
PERs selanjutnya akan mengadakan kayuhan malam lagi pada hari Jumaat ini (dan setiap Jumaat) pada jam 9pm. Lokasi pertemuan ialah di kedai mamak double-trouble berdekatan Klinik Putrajaya. Sesiapa yang ingin turut serta, sila berada di sana pada masa yang disebutkan.
Wednesday, December 03, 2008
PUTRAJAYA WEDNESDAY NIGHT RIDE (KAYUHAN MALAM KHAMIS)
PETANG semalam kami berempat lakukan kayuhan PER lagi. Kali ini di laluan yang berlainan pula. Bermula di persekitaran Masjid Putra, kami mendaki bukit di belakang Kementerian Kewangan (AG) menuju ke puncak Wisma Putra. Alamak..... bagaikan nak putus nafas dibuatnya. Semasa menurun bukit, punyalah laju dan saya nyaris-nyaris terjun tasik. Memang "kenaling" sungguh orang kata, hinggakan kaki bergerak sendiri.
Semalam menggunakan pelana standard proton dan seluat trak tanpa pad. Memang sakit yang amat bon***. Hari ini menggunakan pelana besar dan *terbukti* tidak sakit. Jadi ..... jika tidak pakai pad, eloklah beli pelana yang canggih @ mahal yang mempunyai gel. Di RodaLink, ada pelana yang berharga RM800. Walau bagaimanapun yang berharga RM200 rasanya sudah memadai.
OK ..... Mulai hari ini (Rabu), PER (Putrajaya Easy Riders) akan mengadakan kayuhan malam khamis (Wednesday NIght Ride). Ia akan bermula jam 9pm di Teman Warisan Pertanian. Sesiapa yang berminat, boleh jumpa di sana. Program dijangka berakhir paling lewat 10.30pm.
Tuesday, December 02, 2008
PUTRAJAYA EVENING RIDE (PER)
BIASANYA kami buat PMR (Putrajaya Morning Ride), tapi semalam kami buat PER pula. Dr.Taufik sememangnya hampir setiap hari buat PER ini. Semalam saya, Muhaimy dan Won ikut serta. Muhaimy bawa kami dari Masjid Putra ke Parcel D, E, Alamanda dan mengelilingi Taman Botani dan kembali semula ke Masjid Putra apabila azan Maghrib akan dikumandangkan.
Kayuhan santai yang amat menyeronokkan. Apatah lagi apabila banyak spot menarik yang pertama kali kami temui.
Hari ini (Selasa) PER akan berlangsung lagi. Jumpa di persekitaran Masjid Putra jam 5.45pm.
Subscribe to:
Posts (Atom)