Labels

Friday, June 29, 2007

MURUNG

hari ini saya murung
dah seminggu muram
barangkali terlebih makan ubat
tahan sakit
macam-macam penyakit

barangkali
perlu makan ubat
anti kemurungan pula

adus!

Thursday, June 28, 2007

JANGAN AJAR SAYA

ORANG yang bukan pakarnya, janganlah ajar saya. Saya sudah 130 tahun buat penyelenggaran bangunan. Saya tahu apa yang perlu dibuat. Saya tahu tugas saya.

Awak apa tahu?.

Itu siling bukan bocor tau!. Itu air juga jatuh dari atas. Mesti ada beza mana satu bocor mana satu air melimpah. Mana satu air turun dari atas.

Ini semua kontraktor bikin salah. Tidak ikut peraturan. Tidak ikut spesifikasi. Bukan saya salah.

Itu bangunan juga bukan bulum siap. Mesti faham butul-butul. Kontraktor masih bulum hantar barang. Itu saja. Ini bukan besar punya hal. Ini bukan bangunan tidak siap. Barang saja tidak sampai. Macamana mau bikin siap?.

Siling runtuh saya tau. Saya sudah arahkan orang saya pigi tengok. Itu siling runtuh, bukan bangunan runtuh. Bukan masalah struktur. Ia masalah siling saja. Kita akan tukar semua siling baru, mahal punya. Itu apa akustik ka dia punya nama. Saya tau saya tau.

Paip bocorpun bukan paip yang bocor, itu isu kena tau. Tuala wanita sudah sekat air dari mengalir. Air mana mau pergi?. Tuala sudah ada dalam paip?. Kita suda arahkan lain kali hanya tuala lelaki saja boleh masuk tandas. Macamana ini, tuala wanita pula buat kacau. Saya ingat itu tuala mau cari tuala lelakilah.

SAYA MINTA MAAF

TONY BLAIR minta maaf daripada rakuat UK sebab dia menyebabkan ramai askar UK terbunuh di Iraq. Namun dia tidak menyesal. Dia juga tidak hingin minta maaf kepada rakyat Iraq yang diserangnya. Beliau juga berasa bangga walaupun rakyat menganggap dia adalah anjing suruhan Bush dalam Perang Teluk.

Ini baru orang berjiwa besar namanya. Cakap pun besar.

Wednesday, June 27, 2007

NAIK PENCEN

Terasa cool sahaja membaca blog kawan-kawan mengenai kehidupan. mal dengan kehidupan simple yang diinginkan. Hidup sederhana di pinggir kota. Sebuah kereta sederhana. Berdekatan pasaraya dan sebuah masjid. Tidak jauh daripada stesen komuter. Anak-anak (atau cucu?) ke sekolah hanya berjalan kaki. Duduk-duduk di wakaf sambil menunggu masuk waktu.

Pok Ku pula dengan POP (Persatuan Orang Pencen)nya. Breakfast bersama-sama. Sesekali keluar sesama POP. Hmmmmm masih adakah lagi yang sudi mengajak kita keluar bersarapan sesudah meninggalkan jawatan?. Atau akan ditegurkah lagi apabila berselisih dengan si pencen?. Entahlah.

Gaji Naik, Pencen juga naik, Usia menuju pencen juga naik.

Tuesday, June 26, 2007

KITA ADALAH ... (HIPOTESIS)



RATA_RATA orang ramai berpendapat bahawa Mariam (kanan), seorang Melayu yang dilarikan oleh askar Jepun pada tahun 1943 dan hidup di Korea Selatan sudah hilang wajah Melayunya. Sebaliknya beliau berwajah Korea. Tinggal lebih dari 60 tahun di Korea, seorang Melayu telah bertukar wajah menjadi orang Korea. Bukan sahaja bahasa Melayunya telah hilang, wajah Melayunya juga hilang. Mengapa begitu ya?.

Hipotesisnya ialah ...Kita adalah apa yang kita makan. Lebih dari 60 tahun berada di Korea. Menyedut udara Korea. Minum air Korea. Makan makanan Korea. Hipotesisnya wajah juga berubah menjadi Korea.

Cuba kita lihat pula kepada pasangan suami isteri. Juga adik beradik yang tinggal bersama. Bukankah wajah mereka adalah seiras?. Hipotesisnya ialah ... mereka tinggal bersama, makan makanan yang sama, mengamalkan cara hidup yang sama dan "kita adalah apa yang kita makan".


Sekadar hipotesis.


p.s Apabila dia pulang ke Malaysia. Adakah dia akan menjadi "Melayu" semula dan boleh masuk partai Melayu?.

Monday, June 25, 2007

TONGKAT ALI POWER ROOT



[AWAS:Ini adalah ruangan iklan yang tidak berbayar]

BARANGKALI saya adalah manusia pertama yang membawa Tongkat Ali Power Root ke gunung Fuji.

KAMI berlatih samada Sabtu atau Ahad selama enam minggu. Latihannya Cuma menaiki tangga di Taman Tasik Perdana, anak bukit di PICC Putrajaya dan yang terakhir di Bukit Gasing, PJ. Kami ke Mt. Fuji berbekalkan semangat yang berkobar-kobar dan menjangkakan latihan yang telah kami lalui adalah sangat mencukupi.

Selain dari air minuman, kami juga membawa bekalan makanan penambah tenaga seperti power bar, power gel dan kismis. Pendakian kami menuju puncak mengambil masa selama lapan jam. Bayangkanlah, sesi latihan yang tidak melebihi dua jampun kami rasa dah nak pitam, ini lapan jam untuk mendaki naik sahaja dan empat jam lagi untuk turun!.

Apakah rahsianya?. Mudah sahaja..... kami berjalan dan berhenti rehat bila penat. Bila tenaga pulih semula, teruskan pendakian dan begitulah seterusnya. Secara jujur saya katakan yang saya hanya memakan sekeping sahaja daripada power bar yang dibawa, itupun berkongsi berdua. Power gel langsung tidak berusik. Lantas dari manakah tenaga diperolehi?. Entahlah, tetapi yang pasti di pertengahan jalan seorang rakan yang membawa bekal Power Root Tongkat Ali memberikan satu tin kepada saya dan tanpa berlengah lagi, terus saya minum. Sungguh lazat dann hasilnya.... di puncak Mt. Fuji.

5 Ogos 2006
Gunung Fuji, Jepun.

Jika anda adalah pengurus pengiklanan Power Root: Adakah anda akan menaja kumpulan ini mendaki lagi?

Friday, June 22, 2007

BERAMBUS

dah tiga tahun kau tak datang
ingatkan kau memang dan kecundang
namun aku tersilap perhitungan
tiba-tiba kau dah di halaman

biadabnya engkau
masuk tanpa salam
bukannya ke dapur
terus ke kamar tidur

kau tahu
apa yang aku mahu
dah pelbagai orang aku temu
dah pelbagai ubat aku jamu
dah pelbagai ikhtiar aku laku
untuk halau engkau
supaya timbul rasa benci
aku dan engkau
namun hanya aku yang benci
engkau tetap juga sudi
datang ke mari

mengapa engkau masih tak mengerti?
engkau memang aku benci!
pergi! pergi! pergi!

engkau hanya untuk si kaya
engkau hanya untuk raja
aku bukan kaya
aku bukan raja
pilihlah dia
tinggalkanlah aku yang papa
merana
tersiksa
hanya kerana
kau tak bertimbang rasa

sebagai tetamu
terpaksalah kau dilayan
adab bertamu
tiga hari sahaja
taoi kini dah dua minggu
berambuslah
encik gout

Thursday, June 21, 2007

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah sakit kaki
Alhamdulillah dapat MC
Alhamdulillah duduk rumah
Alhamdulillah jaga anak
Alhamdulillah ada masa
Alhamdulillah boleh baca
Alhamdulillah boleh tulis
Alhamdulillah ada kerja
Alhamdulillah dapat rezeki

KepadaMu jua aku berserah

Wednesday, June 20, 2007

HOMESTAY LAGI

SEKALI lagi saya diminta untuk mencari keluarga angkat bagi warga Jepun yang akan bertandang ke Malaysia dari 29 Jun hingga 9 Julai 2007 ini. Seramai enam orang akan tinggal di rumah keluarga Malaysia di sekitar KL. Empat wanita dan dua lelaki. Ms. Yoshie DAN, Mr. Kazuo SHIMIZU, Ms. Eri YAMAMOTO, Mr. Daichi HIRANO, Ms. Hiromi KOSHIMA, Ms. Yukiko SUMI.

Selama sepuluh hari tersebut, mereka akan berulang dari rumah keluarga angkat ke pejabat JICA di Menara Citibank, Jalan Ampang dengan pengangkutan awam pada setiap hari kerja. Hari minggu akan lepak bersama aktiviti keluarga angkat. Mereka akan belajar Bahasa Malaysia semasa di pejabat JICA dan akan mengamalkannya semasa bersama keluarga. (Telah belajar BM 3 bulan di Jepun).

Imbuhan sebanyak RM500 akan dibayar kepada keluarga angkat.

Berminat?. Hubungi saya.

Tuesday, June 19, 2007

BOTAK ITU CANTIK HARAM?



+ Cantik pulak abang tengok Syarifah Amani tu berkepala botak.
(sambil belek akhbar pagi minggu)

- Alaa orang cantik, buat fesyen macamanapun, tetap cantik jugak.
(sambil mencemik muka)

+ Eh eh jika Ayang botak tentu cantik kan?. Jomlah biar abang botakkan kepala Ayang.

(Sambil berkerut muka membaca akhbar yang sama)
+ Alamak ulamak kata perempuan botak kepala itu haram ler... Apa pasal pulak?

- Dah ulamak kata haram, haram ler. Janganlah banyak soal lagi.

+ Tapi kan..... abang rasa tidak botak pun haram juga. Bukankah mendedahkan aurat itu yang haram?. Botak ke ikal mayang ke, jika dedah aurat memanglah haram. Apa la cakap botak haram pulak!, Nanti orang ingat jika tak botak tak haram lah pulak.

Monday, June 18, 2007

DURIAN KITA - DURIAN SIAM

Peserta Asing Lari, Pertandingan Makan Durian Dibatalkan

Sampai bilakah "durian kita" akan jadi begini?
Sampai bila-bilapun durian kita tidak boleh dipasakan ke peringkat global
Busuk benarkah durian kita?
Tercium baupun dah cabut lari. Makan apatah lagi
Orang kita selalu berkata "Mat Salleh badannya hapak"
Namun tidaklah sampai cabut lari
Malahan ingin lagi cuba didekati

"Durian Siam" telah dibuang baunya
Hilang bau hilang rasa
Namun itulah yang diperlukan dunia
Dipasarkan di peringkat global.

MUDAHNYA JADI MELAYU

Takrif Melayu (Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan)

1. Seorang yang beragama Islam
2. Bertutur Bahasa Melayu
3. Mengamalkan Adat istiadat Melayu
4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Takrif Bumiputera (Perkara 161(6) Perlembagaan Peresekutuan

(a) mengenai sarawak, seseorang warganegara dan ianya adalah seorang dari mana-mana kaum yang dinyatakan dalam Fasal (7) sebagai kaum asli negeri itu atau ianya adalah seorang yangberketurunan campuran yang berasal daripadakaum-kaum itu; dan

(b) mengenai sabah, seseorang warganegara dan ianya adalah anak atau cucu kepada seseorang dari satu kaum asli sabah, dan telah lahir (sama ada atau tidak pada atau selepas hari malaysia) di sabah atau bapanya, pada masa ia lahir itu adalah berberdomisil di sabah.

(7) Kaum kaum yang ditakrifkan sebagai asli bagi sarawak bagi maksud maksud takrif bumiputera dalam Fasal (6) ialah Bukiyan, Bisayah, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan. Kalabit, Kayan, Kenyah (termasuk sabup dan sipeng)Kajang (termasuk Sekapan, Kejaman, Lehanan, Punan, Tanjung dan kanowit), Lugat, Lisum, Melayu, Melano, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit.

Fasal 5.1 Perlembagaan UMNO:-

Tiap-tiap orang Melayu dan Bumiputera berhak mendaftar diri sebagai ahli UMNO mengikut Perlembagaan dan peraturannya.



Jeanne Denker @ Jeanne Abdullah - Ahli UMNO Kepala Batas

Sunday, June 17, 2007

RANGKAIAN SOSIAL

KEHIDUPAN sosial manusia sekarang barangkali sudah berkurangan. Pertemuan di antara manusia dengan manusia secara fizikal sudah banyak berkurang, namun komunikasi mungkin bertambah. Ya lah kita sudah ada telefon bimbit, SMS, 3G dan banyak lagi. Barangkali juga masyarakat kita telah ramai yang dilanda 3G (Gebu, Gempal dan Gemuk). Barangkali juga 3G yang ini adalah kerana adanya komunikasi 3G yang tersedia.

Pagi tadi turun dari Genting selepas 3D2N berseminar. Antara intipati yang diperolehi ialah: Selain daripada network komputer, manusia juga mempunyai network tersendiri dan ini dipanggil The Human Network ataupun Social Network.

Teknologi dalam Social Network ini ialah:-

YouTube
Flickr
Skype
Facebook
Cyworld
myspace

Berapa akaun yang ada ada?. Jumlah akaun ini menggambarkan kekuatan sosial anda :)

Wednesday, June 13, 2007

CERMIN DIRI

AKU
Saya adalah seorang yang baik. Murah hati. Peramah. Walau bagaimanapun anda perlulah kenali rapat dengan saya, maka anda akan tahu perangai saya. nampak saja muka saya ni serius tapi hati baik beb!.

ORANG
Alahai dia tu. Teruk tol ler. Sombong semacam jer. Eksyen tu...

JIRAN
I tak kenal sangatlah dengan dia. Dia jarang bergaul dengan masyarakat kat sini. Dia sendiri-sendiri jer

ANAK BUAH
U jangan mengata. Dia tu bos I tau!.
(dalam hati: Bilalah bos aku nak dapat promotion?. Dapatlah aku bos baru).

Pendek kata, cermin diri kita ialah orang lain. Orang disekeliling kita. Orang bawah kita. Orang atas kita. Kiri-kanan. Belakang-depan. Semuanya orang. Kita bukan boleh cermin diri sendiri.

[habis].

Monday, June 11, 2007

INDAHNYA KL BILA BANJIR



alangkah indahnya KL
takkala banjir
bagaikan Venice
banjir yang smart

DARI PUTRAJAYA KE KL

RATA-RATA penghuni Putrajaya amat liat untuk ke KL. Apabila ada mesyuarat atau demo atau seminar di KL, biasanya penghuni Putrajaya tidak banyak yang menunjukkan minat.

Dulu saya tertanya-tanya mengapa. Apa istimewanya Putrajaya hinggakan kawan-kawan tidak mahu ke KL lagi.

Setelah menghuni Putrajaya, hari ini saya perlu ke KL di awal pagi. Masyaallah Jemmmm. Kita yang dah lama tak bertemu jem ni, terasa berat sekali untuk mengharunginya.

KL oh KL.

Beberapa hari lagi harus duharungi jemnya.

Sunday, June 10, 2007

SYUKUR

syukurlah perdana menteri
sudah ada isteri
syukurlah pada sang isteri
sudah dapat suami
syukurlah aku bukan perdana menteri
syukurlah isteriku bukan melayu asli
syukurlah isteriku mengerti
makna duniawi

Friday, June 08, 2007

HILANGNYA BAHASA MELAYU

HANG TUAH kata: "Tidak Melayu Hilang Di Dunia"
Hang kata: "Tidak Malaysia Hilang Di Dunia".

Tun Seri Lanang tulis buku "Sejarah Melayu"
Hang akan tulis buku "Sejarah Malaysia"

Pada musim raya nanti, pemegang mohor raja-raja akan berkata:
"Dengan titah perintah duli-duli yang maha mulia raja-raja Melayu Malaysia, maka diistiharkan tarikh hari raya bangun pada hari esok.

Baju Melayu dah lama jadi Baju Malaysia.

Dalam satu majlis antarabangsa di sebuah negara asing tidak berapa lama dahulu, saya pakai 'Baju Melayu'. Seorang peserta dari negara jiran menegur. "Wah kacak ya bapak memakai baju Malaysia".

Saya jawab. "Ini namanya Baju Melayu"

"Ah.... masakan baju Melayu. Saya juga orang Melayu dong!. Saya ngak ada baju ini. Sebenernya ini baju Malaysia Pak, bukan baju Melayu".

"Waduh-waduh.... bener juga kata kamu ya".

HAPUSKAN PTK ?

CEUPACS: Hapuskan PTK. Ia tidak ada menafaat. PTK tidak menggambarkan kecekapan seseorang

KERAJAAN: PTK tetap akan diteruskan

JPA: 70% kakitangan awam yang ambil PTK, Lulus!

CEUPACS: Majoriti yang duduki PTK gagal, terutama kumpulan Pengurusan dan Profesional. Tunjukkan bukti kumpulan mana yang lulus 70%

PTK oh PTK

Thursday, June 07, 2007

TIDAK NAIK PANGKAT SEBAB DISAYANGI BOS

SAYA juga ada rakan yang tidak dapat kenaikan pangkat (atau lambat dapat kenaikan pangkat) kerana ia menjadi kesayangan bos. Felik?. Tidak!!.

Apabila seseorang menjadi kesayangan (pet) bos, bos amat harapkan dia. Bos tidak mahu dia dipindahkan keluar. Walaupun dia dinaikkan pangkat dan terpaksa berpindah keluar, biasanya bos jenis ini akan tahan dia. Kununnya bos akan wujudkan jawatan baru untuk dia. Sementara jawatan baru dapat diwujudkan, berzamanlah dia tidak boleh naik pangkat. Jika jawatan dapat diwujudkan, dapatlah pangkat itu untuk dia (walaupun lambat). Jika jawatan tidak dapat diwujudkan (atas apa-apa alasan), melepaslah. Paling malang lagi bila bos bersara atau kurang-kurangnya bos yang naik pangkat (atau turun?) dan dipindahkan keluar.

Sayonara.

p.s jangan berpaut di dahan rapuh.

Wednesday, June 06, 2007

JEANE ABDULLAH

NAIK PANGKAT SEBAB TIDAK DISUKAI

BIASANYA pekerja yang dinaikkan pangkat ialah pekerjaan yang rajin, pekerja cemerlang (terbilang dan gemilang), pekerja yang serba-serbi boleh DAN yang penting yang disenangi oleh bos.

Namun saya pernah mengalami peristiwa (dulu-dulu) di mana pekerja yang bermasalah, pekerja yang dibenci oleh bos yang dinaikkan pangkat. Pelik bukan?.

Sebenarnya tidaklah terlalu pelik. Pekerja ini tidak digemari dipejabat. Ia suka melawan. Ia ada kabel sana sini. Ia ada alasan iti ini. Bos tak suka. Bila bos syor ia ditukarkan ke tempat lain, bila dah dapat pertukaran, dia tak mahu pergi. Dia tak lapor diri. Dia buat selamber jer. Dia tak mahu pergi.

Akhir cerita, bos bagi dia naik panggkat dan dia terpaksa keluar kerana kat situ tidak ada pos tersebut. Jadi dia dinaikkan pangkat semata-mata kerana bos benci dia.

Hmmmmm....

Tuesday, June 05, 2007

SALAH SIAPA?

BOS:
Pegawai-pegawai muda sekarang ni teruk betul. NAk tunjuk pandai saja. Cakap serba serbi boleh. Suruh buat tak tahu. Pulak tu tak respek langsung kita sebagai bos. Zaman kita dulu, oooo cukup respek sama bos. Kecut.... tengok bos. Tapi bebudak sekarang buat kita ni macam kawan-kawan diorang saja.

PEGAWAI:
Bos kita tu tak dinamik langsung. Fesyen lama. Itu zaman pre-merdeka bolehlah macam tu. Zaman kini mana ada red tape lagi. Ini zaman service delivery. Kita kena perform. Kita kena deliver. Kita perlu pro-aktif. Masalahnya dia tak mahu dengar kita. Kerja senangpun kena dua tiga meeting. Buang karan jer. Macamana negara nak maju kalau bos macam ni?.

Salah Siapa?. Bos
Kalah Siapa?. Rakyat

Monday, June 04, 2007

TIDAK ADA HATI

SAYA tidak hati hendak buat kerja
Tengok diapun saya sudah hilang hati

Semasa ada hati, saya boleh menulis lima enam bab sehari
Semalam saya free, tetapi tidak ada hati untuk menulis.

* tukarkan hati kepada mood

KHABAR ANGIN

KHABAR angin bertiup seluruh negara.
Orang itu ke sana
Orang ini ke situ

jangan dengar khabar-khabar angin.

Friday, June 01, 2007

MobilBlog: Palm Vs WM5 Vs Symbian



Palm_HW + PalmOS =Treo680
Palm_HW + WM5 = Treo750
x_HW + PalmOS = yileX
x_HW + WM5 = manY

answer = E61i with Symbian