Labels

Monday, March 31, 2008

FITNA : APA TINDAKAN KITA?



FILEM "fitna" nampaknya sudah boleh dilihat secara percuma di mana-mana sahaja. Pergi sahaja ke youtube dan taip fitna, anda boleh menontonnya. Anda sudah boleh membuat penilaian tentang fitna.

1. Mengapa orang kafir suka sangat menghina orang Islam?
2. Mengapa orang Islam suka sangat bertindak separuh jalan?

Ramai pemimpin politik di Malaya beriya-iya mahu melakukan perlabagi perkara terhadap Belanda yang mana ahli parlimennya yang bikin dan mengedarkan fitna. Ada yang ingn boikot barangan Belanda. Ada yang ingin bertindak lebih daripada itu. Namun tindakannya tidak dapat dilihat, cuma sekadar cakap-cakap saja. Malahan saya percaya yang bercakap tersebut tidakpun menonton Fitna.

(penulis blog ini juga begitu, sekadar tulis-tulis sahaja, cuma dia sudah tonton)

Friday, March 28, 2008

BLOG ADALAH SUARA HATI

[Petikan daripada Utusan Malaysia yg menyampaikan maksudnya yang tersendiri]


Jangan pandang sebelah mata medium blog

ISTILAH globalisasi merujuk kepada fenomena yang menjadikan dunia kelihatan seperti mengecil dari segi perhubungan manusia kerana kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Dewasa ini, Internet merupakan alat globalisasi yang tidak dapat dinafikan kepentingannya dalam menyebarkan maklumat.

Blog pula ialah salah satu media alternatif yang menggunakan jaringan Internet dan semakin popular digunakan, khasnya oleh golongan muda kerana masa dan ruangannya yang tidak terhad seperti media-media lain.

Baru-baru ini, iaitu pada 11 Mac 2008, satu diskusi berkaitan blog bertajuk ‘Penulis dan Blog: Trend Masa Kini’ telah diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam diskusi tersebut, panelis-panelis telah mendedahkan bahawa sehingga Februari lalu, terdapat 108 juta laman blog yang wujud, dengan 120,000 blog baru setiap hari atau 1.4 blog sesaat.

Perangkaan ini jelas menunjukkan bahawa blog merupakan medium yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat bagi menyalurkan maklumat antaranya agama, pendidikan, undang-undang, politik dan bisnes.

Malah ia turut menyuarakan pandangan mereka menerusi catatan-catatan atau diari dalam talian, keluh-kesah, artikel dan komen berkenaan pelbagai perkara, lazimnya dalam isu melibatkan masyarakat dan pemerintahan negara.

Sehubungan itu, hasrat Menteri Penerangan yang baru, iaitu Datuk Ahmad Shabery Cheek, untuk mendekati para penulis blog adalah sangat wajar dan harus dipuji.

Beliau berpendapat bahawa pandangan penulis blog tidak boleh diketepikan, dan menyatakan keinginannya untuk membuat pertemuan dengan mereka bagi mendapatkan maklum balas sebagai usaha membantu pembangunan negara.

Ini adalah kerana, pandangan-pandangan yang dimuatkan ke dalam blog lazimnya merupakan ‘suara hati’ yang sebenarnya kerana tidak melalui sebarang ‘penapisan’. Jadi, ketulenan pandangan tersebut adalah lebih tinggi dan perlu diambil kira dalam menilai hasrat dan keinginan masyarakat terhadap negara khususnya.

Kesimpulannya, blog merupakan medium yang tidak boleh dipandang ‘sebelah mata’ seperti pada awal penggunaan Internet di negara kita.

Masyarakat hari ini semakin peka dan bijak menggunakan teknologi dalam menyalurkan sebarang idea, pandangan dan ketidakpuasan terhadap sesuatu perkara.

Justeru, usaha yang ingin dilakukan oleh beliau bagi mendekati penulis blog adalah wajar disokong.

– Mohd Faisal Mustaffa,

Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya.

Wednesday, March 26, 2008

04.04.08 (AKAN TERBIT)


Kerjaya Dalam Bidang ICT
Muhamad Bin Ali
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
RM RM 18.50 / RM RM 21.50 (Sabah & Sarawak),
983-3586-84-8;
978-983-3586-84-4;
9789833586844
Tarikh Terbit: 4 April 2008 ;
Jumlah Muka Surat : 164 halaman

"INTEGRITI AMALAN KITA"

PDRM telah menukar logo dan moto baru daripada "Saya Anti rasuah" kepada "Integriti Amalan Kita".

Secara jujur, saya tidak faham apa itu "integriti" dan terpaksa merujuk kepada Kamus Dewan. Ia bermaksud kejujuran. Jadi "Integriti Amalan Kita" adalah bersamaan dengan "Kejujuran Amalan Kita". Jika menggunakan perkataan "jujur" ataupun "kejujuran", saya fikir ramai orang yang akan faham berbanding dengan perkataan "integriti". Jadi, mengapa kita lebih suka menggunakan kata-kata yang susah berbanding dengan yang lebih mudah dan difahami umum?. Inilah kita yang sebenarnya ...

Kita mempunyai Institut Integriti Nasional (IIN) dan Pelan Integriti Nasional (PIN) yang mempunyai visi Membentuk masyarakat Malaysia yang beretika dan berintegriti di mana warganya mempunyai nilai-nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang murni”.uk membangunkan sebuah bangsa Malaysia yang berintegriti, berdaya tahan dan menghayati nilai-nilai murni sejagat. Objektif IIN ialah membangunkan sebuah bangsa Malaysia yang berintegriti, berdaya tahan dan menghayati nilai-nilai murni sejagat. Dalam erti lain yang lebih mudah ialah supaya kita mempunyai rakyat yang jujur. Itu sahaja.

Tuesday, March 25, 2008

SAKURA MALAYA



INI adalah pokok Bunga Kertas di laman rumah saya. Nama saintifiknya ialah Bougainvillea. Yang menariknya tentang pokok bunga ini ialah ia berbunga lebat sepanjang tahun dan penjagaannya adalah mudah dan senang. Bunga Kertas mempunyai banyak spesis dan pelbagai warna. Namun ia dapat dikacuk supaya sebatang pokok bunga kertas boleh menghasilkan beberapa jenis bunga dan warna. Seperti yang dio laman saya itu, ia mengeluarkan lima (5) jenis bunga atau warna yang berlainan dalam satu masa.

Tidak seperti Sakura yang hanya berbunga setahun sekali, Bougainvillea berbunga sepanjang tahun. Cuma Bougainvillea, sama juga seperti Sakura, tidak mempunyai bau (Barangkali sudah ada yang berbau, ia di luar pengetahuan saya). Rasa-rasanya apabila saintis Jepun berjaya mencipta Sakura yang berbunga sepanjang tahun, saintis Malaysia akan berjaya menghasilkan Bunga Kertas yang berbau wangi pula.

[Inilah contoh pokok bunga yang boleh didapati di Pusat Flora Cheras, yang barangkali tidak terdapat di Sungai Buloh].

Monday, March 24, 2008

F1 (LAGI)


"berbelanja RM500 dan menikmati kebisingan"



"sanggup berhujan berpanas dan habiskan tidak kurang daripada RM100"



"semuanya nak sokong drebar no.1 dan keretanya"

Sunday, March 23, 2008

SEDESAWARSA F1


SUDAH 10 tahun (sedesawarsa) rupanya pertandingan lumba kereta Formula One (F1) di Malaysia. Dalam sedesawarsa tersebut, saya percaya masih ramai lagi rakyat Malaysia yang belum pernah menonton F1 di Subang International Circuit (SIC) secara nyata. Setiap kali F1 berlangsung, cuma sekitar 100 ribu sahaja penonton yang hadir. Sekitar 40% adalah warga asing dan lebih daripada 60% saya kira adalah penonton tegar yang hadir saban tahun.

Mengapa tidak ramai rakyat Malaysia yang berpeluang menonton F1 di SIC?

1. Harga tiket amat mahal. Paling murah ialah RM100. Itupun terpaksa duduk atau berdiri di tengah panas atas bukit dan jika bernasib baik adalah lindungan daripada pokok-pokok kelapa sawit. Sayup mata memandang. Tiket-tiket di tempat berbumbung ialah RM500 ke atas.

2. Tambang pengangkuitan awam juga mahal untuk ke sana. Jika menaiki ERL daripada KLIA, harganya ialah RM80

3. Tempat letak kereta juga mahal, iaiatu RM50

4. Makanan juga mahal. Air mineral sebotol RM5. Burger RM25. Satay 8 cucuk RM25. Makanan dan minuman dari luar tidak dibenarkan dibawa masuk

Namun walaupun serba mahal, bilangan 100,000 pengunjung sudah memadai bagi SIC apabila ditambah dengan wang penajaan.

Saya ke SIC kali kedua dalam sedesawarsa.

Saturday, March 22, 2008

TOKOH MAULIDUR RASUL



APAKAH Tokoh Maulidur Rasul? : Barangkali tokoh yang dipilih sempena sambutan kelahiran Rasul kita.

SIAPA Tokoh Maulidur Rasul?

1. Dia wanita Melayu pertama yang sampai ke puncak Everest
- Barangkali dia patut bukukan bagaimana ibadah wajib dilakukan sepangang ekspedisi tersebut.

2. Dia seorang pakar bendah jantung pertama di Malaysia. Oh ya, dia Melayu.
- Barangkali antara solat dan nyawa pesakit, bagimana dia membahagikannya?. Ya, kita sekadar ingin tahu.

3. Dia seorang OKU. Buta matanya. Mengaji sehingga ke PhD. Kini dilantik senator.
- Tidak ada soalan tambahan. Jika nak cerita bagaimana seorang OKU menjalani kehidupan harian, memang berbaloi mendengarnya

4. Dia "angkasawan" pertama Malaysia. Dia meninggal dunia selama sepuluh hari dan selamat di kembumi selepas itu. Dia bukan Muslim pertama di angkasa, tetapi dia bawa buku panduan solat di angkasa yang dikeluarkan JAKIM. Itu yang pertama.

5. Dia juga OKU. Tulis-baca pakai kaki. Insan istimewa. SPM dapat 8A.


Ada apa-apa mau tanya?.

Friday, March 21, 2008

SELAMAT, AMAN, MAKMUR

KINI kerajaan baru telah ditubuhkan. Manifesto yang dijanjikan kepada rakyat dengan slogan Selamat, Aman, Makmur perlulah dilaksanakan.

Bagaimanakah Selamat, Aman dan Makmur yang anda inginkan?.

SELAMAT
Selamat di tempat kerja.
Selamat di rumah
Selamat di sekolah
Selamat di jalanraya
Selamat di mana-mana
Awang Selamat!

AMAN
Aman di mana-mana
Aman di dunia
Aman Malaysia
Kedah Darul Aman
Bukit Aman

MAKMUR
Pahang Darul Makmur
Kuih Makmur


Ya. Selamat, Aman dan Makmur yang bagaimana kelian harapkan?.
'Biar lambat asal selamat'

Thursday, March 20, 2008

SALAM MAULIDUR RASUL


Salam Maulidur Rasul kepada semua pembaca:

"Semoga sambutan Maulidur Rasul tahun ini mampu mengukuhkan dan mengeratkan silatulrahim yang seia terjalin antara kita"

>

Wednesday, March 19, 2008

MANA KELIAN?


Seawal 1983 saya diarahkan oleh bos pada masa itu untuk menjadi tutor peribadi kepada Menteri Kerja Raya ini. Nasib baiklah beliau tidak minat komputer (pada masa itu, terma IT atau ICT belum wujud). Jadi setiap kali saya turun mengajar (saya di tingkat 16, beliau di tingkat 3) beliau sentiasa tida ada di bilik. Jadi saya ajarlah pembantu-pembantunya. Akhirnya kelas komputer tersebut tamat begitu sahaja. Ya lah... mana ada menteri yang minat komputer?. Seingat saya hanya Tun DM sahaja yang minat dan cekap menggunakan komputer. Kebetulan roomate saya adalah tutor beliau.



Semasa saya di Kementerian Kewangan, JJ adalah timbalan menteri. Ada jugalah bertemu dalam satu-dua acara. Dalam satu seminar di sebuah hotel di KL, saya datang sebagai peserta dan dia datang untuk merasmikannya. Semasa rehat, saya solat zohor dan dia adalah imamnya. Ya, saya masih ingat lagi. Biasanya kita sentiasa sibuk dan kadang-kadang terlupa untuk solat. Namun sikap beliau yang mengimamkan solat ini rasanya bukanlah satu tugas politik. Jika ramai menteri kita begitu, aman rasanya rakyatnya.



BARANG SIAPA yang pernah kerja di MITI, sudah pasti tahu bahawa adalah tidak sah menjadi sebagai wagra MITI sehingga bersalam dengan YBM dan menerima fail watikah. Komen beliau kepada saya: "Pegawai lelaki tidak elok menyimpan misai dan janggut. Jika suka sangat, potong janggut dan simpan misai (bukan potong misai dan simpan janggut). Walau bagaimanapun jika potong kedua-duanya lagi bagus. Walaupun simpan misai, jagalah dan misai perlu kemas, bukan berserabut. Ikut standard misai Sidek" (sekarang Tan Sri - and U know who).

Saya siapkan portal Kuala Kangsar (www.kualakangsar.net) sebelum berpindah ke kementerian sekarang.

Sekarang ketiga-tiganya sudah tiadak ada lagi dalam barisan kabinet. Kelian ke mana?.

Tuesday, March 18, 2008

PUSAT FLORA CHERAS



Pusat Flora Cheras (PFC) terletak di KM17.6 Jalan Cheras, iaitu selepas Plaza Tol Batu 11, Lebuhraya Cheras-Kajang. Saya diperkenalkan dengan PFC semasa Bengkel Taman Jepun anjuran myJICA yang lalu. PFC ini dimiliki oleh Jabatan Pertanian Selangor. Namun operasinya dijalankan oleh pengusaha-pengusaha nurseri pokok sendiri. Sebanyak 13 tapak semaian terdapat di sini. Setiap dua minggu sekali sale diadakan di mana pengusaha nurseri dari luar PFC juga turut hadir mempamer dan menjual tanaman mereka.

Ini kata orang:-

suasana redup, tenang dan hijau di pusat flora itu pasti menarik perhatian pengunjung sebaik sahaja mereka melangkah masuk.

Pilihan yang sedia ada bukan sahaja terhad kepada bunga-bunga biasa yang mudah dilihat setiap hari seperti bunga kertas atau orkid tetapi juga bunga yang sukar ditemui sekarang ini seperti kesidang dan siantan.

Pengunjung boleh mendapat jaminan kualiti produk yang dijual kerana ia mendapat sentuhan dan khidmat kepakaran dari Jabatan Pertanian Hulu Langat.

Ini kerana Pusat Flora Cheras merupakan satu-satunya pusat flora bawah jagaan Jabatan Pertanian di Malaysia.

Tambahnya, selain jualan, PFC juga menawarkan khidmat nasihat tentang cara menanam dan pemilihan tanah yang betul untuk mendapat hasil yang terbaik.

Selain pelbagai jenis pokok hiasan dan buah-buahan, orang ramai juga boleh memilih pasu yang bersesuaian untuk dipadankan dengan tanaman hiasan mereka.

Orang ramai boleh mendapatkan pasu-pasu yang menarik dalam pelbagai bentuk semurah RM1 hinggalah ke RM100.

Jemputlah singgah di PFC.

Monday, March 17, 2008

POKOK: SUNGAI BULUH ATAU DI MANA?


gambar hiasan

APABILA di sebut Sungai Buluh, apakah yang terlintas di minda anda?. Barangkali:-

A. Kusta
B. Penjara
C. Pokok
D. ???

Barangkali ada lagi keistimewaan atau sinonim kepada Sungai Buluh. Namun kali ini saya ingin perkatakan mengenai pokok dan tanam-tanaman. Orang kata di Sungai Buluh kita boleh perolejhi pelbagai jenis pokok untuk ditanam. Adakah ia benar?. Adakah ia murah?. Adakah ia dari spesis yang bermutu?.

Ini pengalaman rakan saya: "Saya belanjakan RM12 ribu beli beberapa pokok di nurseri di Sungai Buluh. Saya beli itu untuk gantikan pokok di rumah Tan Sri yang mati kerana saluran air tersumbat, lalu kawasan landskap dia ditangkungi air hampir seminggu. Dua belas ribu itu banyak sangatlah bagi kita. Macam orang kaya saya memilih dan membeli pokok. Selepas selesai ditanam, seminggu lepas itu saya pergi lagi ke nurseri yang sama. Hajat hati nak beli dua-tiga pokok untuk kegunaan sendiri. Awak tahu apa jadi?. Dia buat tidak kenal saja kepada saya. Patutnya dah 12 ribu belanja, bayar tunai, tak kan lupa begitu saja. Lagipun baru seminggu. Itulah anak dia tu, samsing betul. Saya dah taubat tidak akan pergi lagi beli pokok do Sungai Buluh.

Cerita saya juga lebih kurang sama dengan cerita sahabat saya di atas. Cumanya saya hanya berbelanja RM2,500 sahaja untuk 25 batang pokok dan ditanam sendiri oleh pekerja nurseri tersebut. Tidak sampai seminggu lepas itu, pokok itu mati dan saya pergi semula ke nurseri tersebut. Kalau-kalau dia nak ganti ataupun jual pokok lain dengan harga diskaun. Jangankan hendak digantinya, dia ajak bergaduh lagi ada. Saya juga menyambut pelawaan dia untuk bergaduh dan beritahu dia, bila-bila masa sahaja saya bersedia. Namun sebelum itu saya akan buat laporan terlebih dahulu kepada Persatuan Pengguna, Kementerian Pengguna & HEP, kawan-kawan dan banyak lagi. Saya bertaubat tidak akan lagi menyokong industri nurseri pokok yang dikendalikan oleh samseng seperti di Sungai Buluh tersebut.

Jadi ... jika tidak ke Sungai Buluh, di mana lagi?. Untuk pengetahuan semua, pokok-pokok yang paling bermutu dan paling murah di Malaysia ada dijual di Pusat Flora Cheras. Ia adalah milik Jabatan Pertanian Selangor.

(tunggu entri berikutnya).

Wednesday, March 12, 2008

PORTAL KERAJAAN NEGERI

PRU KE-12 sudah berakhir. Kerajaan lama telah dimansuhkan. Kerajaan baru dalam proses pembentukan. Tinjauan di beberapa portal kerajaan negeri, khususnya yang mendapat kerajaan baru mendapati:-

1. Pulau Pinang www.penang.gov.my
- Nama Ketua Menteri yang baru telah dikemaskini

2. Perak www.perak.gov.my
- Semuanya masih seperti asal. Masih MB lama

3. Kedah www.kedah.gov.my
- Sudah dikemaskini

4. Selangor www.selangor.gov.my
- Menteri Besar: "Bahagian ini sedang dikemaskini"

5. Kelantan www.kelantan.gov.my
- Tidak berubah (tiada perubahan kerajaan)


Kesimpulannya?. Sila simpulkan sendiri...


Kebajikan itu ialah budi yang indah. Sedangkan dosa ialah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau sendiri segan perbuatanmu itu akan di ketahui orang lain. (Sahih Muslim)

Tuesday, March 11, 2008

DUN - MARI BERHIBUR

PEMILU atau Pilihan Raya Umum ke-12 sudah berlalu. Yang menang, yang kalah sudah diketahui. Namun masih ada beberapa negeri yang masih belum dibentuk kerajaannya (di kalangan partai yang menang). Dalam pemilu ini, dua jenis pertandingan diadakan, iaiatu Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Dewan Rakyat ataupun Parlimen.

Sementara menunggu barisan kabinet baru dan barisan kerajaan negeri baru, jom berhibur dengan DUN:-




DUN yang paling sejuk, DUN Batu Berendam
DUN yang paling tiada rasa, DUN Air Tawar
DUN yang paling panas, DUN Pedas
DUN yang paling miskin, DUN Sekupang
DUN yang paling muda, DUN Sri Muda
DUN yang paling lemah, DUN Batang Berjuntai
DUN yang paling basah, DUN Sg Besar
DUN yang kuat makan satay, DUN Kajang
DUN yang banyak hantu, DUN Pucong
DUN yang ada istana, DUN Kota Raja.
DUN yang banyak ikan, DUN Tanjung Sepat
DUN yang paling keras, DUN Batu Tiga
DUN paling pendalaman, DUN Hulu Klang
DUN banyak air, DUN Ampangan
DUN banyak pengganas, DUN Kuala Kubu
DUN paling tiada kemajuan, DUN Gurun
DUN paling bahaya, DUN Baling
DUN banyak semut, DUN Kota Sarang Semut.
DUN paling pelik, DUN Sg Ada Burung.
DUN ada binatang, DUN Kijang
DUN paling wangi, DUN Pokok Sena
DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk
DUN paling garang, DUN Senggarang
DUN paling banyak batang, DUN Kinabatangan
DUN paling banyak berahsia, ( Don’t tell anybody ) he…he…he...
DUN yang paling kaya ( I don’t know )
DUN yang paling kuat auta ( I ‘m not involved laaa ! ).

hahahaha {sumber: sms & e-mel yang diterima}

Monday, March 10, 2008

SURAT KHABAR LAMA



PADA kebiasaannya, akhbar arus perdana seperti Utusan, Berita, NST dan sebagainya tidak laku sangat. Ia lebih bersifat formal. Namun selepas pilihan raya, saya perhatikan semua kedai yang menjual surat khabar tidak lagi mempamerkan akhbar arus perdana. Semuanya habis dijual. Sold-out. Yang tinggal hanyalah akhbar-akhbar kecil. Mengapa ya?. Adakah berita pilihanraya dalam akhbar arus perdana lebih terperinci?

Thursday, March 06, 2008

KM: RELA ATAU TERPAKSA?



[KM di sini ialah Knowledge Management ataupun Pengurusan Pengetahuan]

SAYA pernah menjadi Ketua Jabatan di sebuah hospital kira-kira lima tahun yang lalu. Seperti mana-mana jabatan kerajaan, apabila kita melapor diri, perkara biasa yang perlu kita buat ialah mengisi borang itu dan ini. Menyerahkan gambar bagi tujuan rekod dan pelbagai jenis pas. Memperolehi pelekat untul parkir kereta dan segala yang rutin sebagai orang baru. Seperkara yang ekstra ialah, bagi setiap orang baru, mereka mesti mengisi borang untuk mendapatkan ID dan alamat e-mel. Ia tidak terkecuali kepada sesiapa sahaja. Doktor pakar, doktor perunding, doktor pelatih, pelawat dan sebagainya yang ingin bekerja di hospital tersebut perlu mempunyai ID. Tanpa ID komputer ini, memang bagaikan doktor tanpa statuskop atau misi tanpa jarum penyuntik.

Mengikut sejarah, saya adalah ketua yang ke-lima bagi jabatan tersebut. Nota serah tugas daripada ketua jabatan yang terdahulu cuma sehelai kertas mengandungi catatan ringkas sahaja. Selebihnya semuanya terdapat dalam dalam komputer. Saya boleh membaca semua cerita bermula daripada ketua jabatan yang pertama hingga yang terkini dalam komputer. E-mel menjadi hak hospital dan tidak dihapuskan. Semua urusan perhubungan melalui e-mel dapat diketahui dari awal hingga akhir.

Inilah yang saya takrifkan sebagai KM atau pengurusan pengetahuan. Para doktor yang membuat penyelidikan dan yang seumpama dengannya perlu menyimpan kertas kajian dalam server hospital. Tidak ada kandungan CD atau thumdrive dibenarkan dibawa masuk atau dibawa keluar daripada hospital tanpa kebenaran. Kebenaran khas diperlukan untuk mengaktifkan CDROM ataupun port USB.

Penggunaan kertas dalam urusan harian adalah amat minima dan secara berhemah. Ada kuota tertentu. Segala-galanya saya nampak adalah kerana 'tidak cukup kertas' ataupun bajet lebih elok disalurkan untuk membeli ubat berbanding dengan pembelian aksesori ICT.

Namun segala-galanya berjalan dengan lancar. Persoalannya, adakah KM ini perlu dirancang dan dilaksanakan secara terancang ataupun secara kebetulan atau terpaksa?.

Wednesday, March 05, 2008

eeePC



DENGAN cuma RM1299 anda boleh membeli sebuah notebook yang comel, lengkap dengan segala perisian asas yang diperlukan oleh seorang pengguna biasa. Notebook comel ini didatangkan dengan 4 warna dan beratnya kurang daripada 1kg. Saya sudah menguci cuba notebook ini dan ia memang sangat berbaloi. Mengapa ia murah?. Teknologi yang digunakan adalah berlainan sekali dengan teknologi notebook sedia ada di pasaran dan ia menggunakan Sistem Sumber Terbuka (OSS) sepenuhnya.

KINI saya menggunakan notebook Sony Vaio. Baterinya dah rosak. Harga sebuah bateri Vaio di Malaysia ialah RM1300. Adakah saya patut tukar bateri atau beli eeePC?. Fikir punya fikir. Timbang punya timbang. Akhirnya saya buat keputusan membeli bateri Vaio di ebay dengan harga UKP17 dan belanja pos UKP13. Dengan membelanjakan UKP40 dalam tempoh 3 hari sahaja bateri tersebut telah selamat saya gunakan. Syukur ...

Tuesday, March 04, 2008

ORANG PUTRAJAYA


SAYA amat tertarik membaca beberapa ungkapan mengenai "Orang Putrajaya" dalam entri Sifu-PTS berkaitan mengapa buku-buku PTS di MPH Alamanda laku keras:-

1.Saya fikir salah satu faktor mudahnya adalah di situ sahaja kompleks membeli belah yang ada dan pastinya ianya menjadi tumpuan. Tambahan pula kedai buku MPH sahaja yang ada di kompleks itu. - Rafidah

2.Setahu saya lokasi Alamanda itu sendiri terletak di kawasan pembangunan terancang. Dahulu, semasa kunjungan bersama keluarga (rombongan kerja) ke tempat tersebut, pemandu pelancong memberitahu kami bahawa Putrajaya adalah lokasi strategik.

Orang-orang yang menetap di situ adalah orang-orang tertentu sahaja, latar belakang dan gaya kehidupan mereka dipenuhi dengan faktor intelektual. Dikatakan juga bahawa penduduk di sekitar Alamanda amat berbudi bahasa dan terpilih.

Dalam erti kata lain, buku merupakan satu keperluan utama di sana. Berdasarkan pemerhatian (kira-kira tiga tahun lepas), saya dapati ramai anak-anak remaja yang gemar membelek buku. Boleh dikatakan hampir semua anak-anak yang saya lihat membawa buku. Budaya tersebut memang mengagumkan. Seolah-olah berada di sebuah tamadun manusia baru dan sukakan ilmu. - Amiene Rev

3.Putrajaya pula ialah kawasan pejabat dan perumahan kakitangan awam yang rata-ratanya masyarakat melayu, boleh dikatakan berpelajaran tinggi (paling rendah mungkin sijil atau diploma). Kebanyakan kakitangan awam ialah kaum wanita. Kaum wanita masa kini mempunyai ‘purchasing power’ yang tinggi. Selain produk buku, pasaran menjual kain baju juga amat baik di sini terutamanya apabila hampir Hari Raya. - Azila

4.Pada saya sebab Putrajaya ialah kawasan pegawai kerajaan yang berpendidikan tinggi. Poket-poket ibu bapa mereka tebal. - Riduan Khairi

Nota: Orang Putrajaya beberbudaya tinggi, sopan santun, amat peramah, tetapi mengapa apabila memandu, mengapa bagaikan pelumba F1?. Barangkali pemandu tersebut bukan penghuni Putraja (sekalipun memekai plat Putrajaya). :)

Monday, March 03, 2008

SILA KOMEN



ANDA ingin kata apa-apa mengenainya?. Dipersilakan.