Labels

Friday, January 25, 2013

HARI KERJA ANTARA CUTI

SEMALAM cuti Maulidulrasul. Hari ini, Jumaat adalah hari kerja. Esok dan lusa cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad. Isnin pula cuti Thaipusam.

Ini bermakna sesiapa yang ambil cuti rehat satu hari pada hari ini, akan dapat 5 hari cuti.

Namun begitu, ada majikan yang berasakan ia akan kehilangan RM10 ribu jika sehari seorang stafnya bercuti.

sekian.

Wednesday, January 16, 2013

ROBOT BERNYAWA

SESEKALI terasa diri ini bagaikan robot sahaja.

Bangun pagi, buat rutin pagi, pergi kerja, minum pagi, makan, rehat, petang-petang (atau malam) balik kerja.

Siang-malam-siang-malam habis sebulan. Cukup bulan dapat gaji.

Dalam mesyuarat pun nampak majoritinya yang sudah banyak uban. Jika di rumah tu, semuanya sudah bergelar Datuk...




Thursday, January 10, 2013

SURAT LETAK JAWATAN SEBAB BLOG


Wednesday, January 09, 2013

JOM PENCEN AWAL




SEMASA entri ini ditulis, saya sudahpun mengemukakan surat permohonan untuk pencen awal. Pencen 7 tahun lebih awal daripada tarikh pencen sebenar.

? Kenapa pencen awal?

? Apa nak dibuat selepas pencen?

? Tuan sudah kayakah, maka mahu pencen?

? Stress di tempat kerja? Jika ya pencen pun stress juga, nanti stress duit pula.

? Anak-anak tuan kesemuanya sudah bekerja? Maka tuan ingin pencen?.


ENTAHLAH. Saya tidak mempunyai jawapan konkrit kepada semua soalan tersebut. Apa yang pastinya, jika kita boleh dapat semua apa yang kita kehendaki semasa bertugas dan bekerja, maka tidak perlulah kita pencen, walaupun masanya sudah tiba.

-Jika kita ingin bermain golf, ada orang (kuli batak) uruskan golf untuk kita.
-Jika kita ingin melancong ke luar negara, ada orang uruskan program di luar negara
-Jika kita ingin bersantai dalam negara, bila-bila masa sahaja ada staf yang halalkan cara
-Jika kita ingin makan sedap, makanan datang jumpa kita
-Jika kita ingin menginap di hotel 10 bintang, taukeh hotel datang melutut buat program untuk kita.

Pendek kata, jika bekerja sudah bagaikan duduk dalam syurga dunia(masyaallah, kelebihan syurga akhirat tidak dapat digambarkan), maka tidak perlulah pencen. Kerjalah selagi ada nyawa di badan.

Saya ingin pencen awal sebab saya ingin lakukan perkara-perkara yang saya ingin lakukan dan tidak boleh dilakukan semasa saya bekerja. Ia bukan perkara pelik. Ia bukan perkara terlarang, cuma ia tidak boleh dilakukan. Ia barangkali melanggar peraturan.

Perkara-perkara yang ingin saya lakukan.

1. Saya ingin tulis buku. Tulis banyak-banyak dan terbitkan.
2. Saya ingin menerbitkan buku @jadi penerbit
3. Saya ingin memberi kursus atau bercakap mengenai perkara-perkara tertentu dalam bidang yang saya tahu, atau saya fikir saya tahu.
4. Saya ingin berniaga, walaupun saya belum pasti apa yang ingin saya niagakan.
5. Saya ingin melancong ke luar negara. Bukan jauh, tempat-tempat yang murah-murah sahaja.
6. Saya ingin kayuh basikal keliling
7. Saya ingin lepak, sambil minum-minum dengan rakan-rakan. Entahlah, barangkali setelah pencen, rakan pun sudah lari.

Itu sahaja perkara yang ingin saya lakukan. Bukan perkara pelik. Apa yang pelik ialah, mengapa saya tidak dapat lakukan semasa bekerja, sedangkan mungkin orang lain boleh buat. Jawapan mudahnya ialah sebab saya seorang pekerja yang baik, pekerja yang patuh dan mengikut peraturan.

Sekian terima kasih.

Sunday, January 06, 2013

2013


SECARA praktikalnya, esok (Isnin) adalah hari pertama bekerja bagi tahun 2013. Ia juga bermakna saya sudah bekerja selama 30 tahun dengan majikan sekarang. Barangkali "Jibunshi Dari Tingkatan Biasa ke JUSA" adalah sesuatu yang dinanti-nantikan pada tahun ini.

Semenjak akhir-akhir ini, saya perhatikan ramai pekerja "menggunakan hari dan masa cuti, terutamanya cuti hujung minggu untuk membuat kerja majikan". Jika dulu, mungkin majikan bising mengenai kuli menggunakan waktu majikan, ia itu waktu kerja untuk membuat kerja peribadi. Jika dulu, majikan bising, saya fikir kini waris kepada kuli pula patut buat bising. KUli yang bekerja 5 hari seminggu dari jam 8 hingga 5, bukan sahaja dikerah bekerja tanpa upah sehingga 11 malam, atau pun lebih, malahan juga meliputi hari cuti Sabtu dan Ahad. Ia berlaku bukan sekali-sekala, tetapi hampir setiap hari.

Di manakah keadilannya? Di manakah masa kuli untuk ahli keluarganya?. Bagaimana produktiviti kuli boleh meningkat jika kerja tanpa rehat yang mencukupi?.

Entahlah Labu...