Labels

Friday, July 31, 2009

MPH : BESTSELLERS NON-FICTION (LOCAL)


ALHAMDULILLAH.
Buku "Buat Duit Dengan Foto" meningkat naik daripada tempat ke-20 ke tempat ke-9 dalam carta bestsellers non-fiction MPH.

Berkat sokongan anda semua.

Updated: For week ending 26th July 2009

1. Najib Razak: Prime Minister of Malaysia
Author : Chamil Wariya

2.New Malaysian Essays # 2
Author : Amir Muhammad (Editor)

3. Indahnya Hidup Bersyariat (Panduan Fardu Ain Lengkap Bergambar)
Author : Dato' Ismail Kamus

4. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj: His Life Journey Leading to the Declaration of Independence (1903 - 1957)
Author : E. Yu

5. Aku Terima Nikahnya
Author : Hasrizal Abdul Jamil

6. D is for Depression
Author : Choong Khuat Hock


7. Health & Beauty from the Rainforest: Malaysian Traditions of Ramuan
Author : Bodeker, Gerard; Forbes, Andrew

8. Gerakan Orientalisme & Kristianisasi: Ancaman kepada Ummah!
Author : Hj Nik Azran Mohamed; Hj Mohd Mahadi Hj Isa


9. Buat Duit dengan Foto (Bisnes & Pengurusan)
Author : Muhamad bin Ali

Hampir semua orang mempunyai kamera. Kamera bukan lagi barangan mewah. Merakam foto pula bukan lagi sesuatu yang eksklusif ...


10. Riwayat Bidadari Syurga
Author : Munif Ahmad

11. The Memoirs of Shamsiah Fakeh from AWAS to the 10th Regiment
Author : Ben Fajar Hu; Chuah Siew Eng

12. Biar Kecil Asal Berhasil (Edisi Jimat)
Author : Dato' Dr. Rusly Abdullah

13. Catatan Hati Nik Nur Madihah: Kesusahan Bukan Penghalang Kejayaan
Author : Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal; et. al.

14. Life is an Open Secret: Ramadan Special - 25 Inspirational Stories from Ordinary Life Experiences
Author : Zabrina A. Bakar

15. Menangani Individu Sukar: Teknik dan Pendekatan yang Dipraktikan Oleh Nabi Allah Musa a.s
Author : Nordin Jaafar

16. Ceritalah 3: Malaysia: A Dream Deferred
Author : Karim Raslan

17. Taxi Tales: On a Crooked Bridge
Author : Charlene Rajendran

18. Sifu: An Unusual Teacher in the Turbulence of the Malayan War
Author : Khoo Kheng-Hor

19. Time Bomb in Malaysia (30th Annivesary Edition)
Author : Lim Kit Siang

20. Berdialog dengan Jin: Diari Seorang Perawat
Author : Ustaz Abd Majid Hassan

CLOTH HALL VOL. 2

Pandangan daripada luar Cloth Hall ini, jika diambil fotonya dari jarak jauh, cantik menawanlah juga.

Cath;
Nawi mencadangkan saya kenc*** sahaja dekat kubur tu, mana ada hantu di negeri Mat Salleh katanya. Saya kata hantu memang tidak ada, yang ada ialah ghost di sini. Saya tidak berani pecahkan empangan. Tahan juga. Sehingga penjaga rumah ini Patricia Charles-Hunt balik.

p.s Vol.3 akan berikan gambaran Cloth Hall dari dalam.






Thursday, July 30, 2009

LEPAK DI HEATHROW


bilik sembahyang pelbagai ugama

adegan filem

ambulan berbasikal di sebelah van ambulan

gelagat orang tunggu orang

Setelah berehat seketika (tidur sebab tiada manusia dan tidak ada kenderaan untuk ke mana-mana) di Cloth Hall, Pat datang dan ajak bersembang mengenai rancangan saya tinggal di sini. Beliau beri beberapa cadangan dan syor. Pertama saya minta hantarkan saya ke stesen keretapi pada jam 7 hari Ahad untuk ke London. Kedua saya minta tempah teksi untuk ke lapanganterbang Heathrow pada jam 7 pagi Isnin.

Pada hari Isnin, saya bangun seawal jam 4 pagi. Soalt Subuh, mandi, bersiap, makan pagi dan menunggu teksi. Cuaca di luar terang, tetapi hari hujan. Pemandu teksi lambat tiba. Katanya dia tidak biasa dengan Cloth Hall, barangjkali Tom-tom dia juga tidak dapat mengesan kawasan ini dan memang liputan telefon bimbit sangat sedikit sekali.

Setelah teksi tiba, Pat ambil gambar saya (dia akan abadikan foto setiap penghuni di sini dalam album untuk diceritakan kepada pengunjung seterusnya). Perjalanan ke Heathrow pada awalnya lancar namun setelah tiba di lebuhraya, ia menjadi perlahan akibat kesesakan lalulintas. Akhirnya tiba juga pada jam 9.30 pagi setelah beberapa kali saya tersengguk kerana mengantuk. Pemandu teksi ini menghentikan saya di sebuah perhentian dan meletakkan beg-beg saya atas troli dalam hujan. Bagi saya, seorang pemandu yang baik seharusnya menghantar penumpangnya ke pintu terminal. Terminal 3 lapangan terbang Heathrow ini mempunyai 7 pintu, iaiatu A hingga G untuk penerbangan yang berlainan. Setelah membuat bayaran UKP80 dan meminta resit, saya terpaksalah menolak troli dalam hujan mencari perlindungan yang terdekat, ia iatu pintu A. Kemudiannya dari satu pintu ke satu pintu mencari penerbangan Malaysia dan akhirnya bertemu kaunter tiket di Pintu F.

Penerbangan ke Malaysia ada pada jam 12pm dan 10pm. Saya masih bertkesempatan untuk daftar masuk penerbangan 12pm. Berikut adalah pertimbangan saya. Penerbangan 12pm dari Heathrow akan tiba di KLIA pada jam 7am. Ini bermakna saya perlu solat Zohor, Asar, Maghrib, Isya dan Subuh dalam penerbangan. Penerbangan 10pm dari Heathrow akan tiba pada jam 5pm di KLIA. Ini bermakna saya hanya Subuh dalam penerbangan dan Zohor-Asar boleh jamak setelah tiba di KLIA. Saya membuat perkiraan untuk menaiki penerbvangan 10pm (memang tiket saya pada 10pm). Selama 12 Jam di Heathrow apa yang perlu saya buat?.

Pertamanya saya simpan bag dengan bayaran UKP8 sebuah. Tanpa bag ditangan, pergerakan saya agak bebas sedikit. Saya cuma bawa notebook bersama. Pilihan yang ada kini ialah samada duduk di Heathrow ataupun ke London lagi. Lapan ke sepuluh jam masa yang ada boleh dimenafaatkan di LOndon. Pat kata pergilah ke Malaysia Hall ataupun naik Eye of London. Memandangkan penat berjalan di London semalam masih belum hilang, saya mengambil keputusan untuk lepak di Heathrow sahaja.

Sesi lepak 12 jam di Heathrow bermula:

Saya dari satu pintu ke satu pintu. Dari satu kaunter ke satu kaunter. Di kaunter Penerbangan Malaysia (MAS) ada poster yang sangat jelas mengenai 'hand luggage' hanya satu setiap orang kerana atas dasar keselamatan lapanganterbang oleh BAA. Saya yang membawa 2 bag termasuk notebook terpaksalah menjadikannya satu sahaja.

Saya kemudiannya ke balai ketibaan. Saya sempatlah menyambut ketibaan penerbangan MH003 dari Malaysia yang tiba pada jam 3:30pm (tercepat 45 minit). Di perhatikan mereka yang sampai di balai ketibaan nampaknya terpinga-pinga mencari orang yang dikenali ataupun agen yang memegang tanda nama mereka. Seterusnya saya pergi dari satu kedai ke kedai yang lain. Mengintai kalau-kalau nasi atau makanan halal ada dijual. Hampa. Di Heathrow terdapat bilik sembahyang rupanya. Ia adalah bilik sembahyang pelbagai ugama. Siap dengan arah kiblat sekali. Di sini saya solat Zohor dan Asar. Pendek kata Terminal 3 Heathrow ini kecil sahaja, tidak banyak kedai walaupun orangnya sangat ramai.

Di sini tidak ada wifi atau hotspot percuma. Penat sahaja kelek notebook ke sana ke mari. Jika tidak ada akaun dengan t-mobile, bayar sahaja UKP1 bagi 10 minit surfing. Sangat mahal. Pandangan yang menarik di sini ialah polis berbasikal. Mereka masuk bangunan lapanganterbang, keluar masuk lif dengan basikal. Mereka gunakan basikal jenama POLICE. Kemudian pasukan ambulan juga berbasikal. Dia kayuh di celah-elah orang ramai dengan basikal. Unik.

Di luar pula adalah kawasan merokok. Duduk di luar adalah lebih segar. Kurang mengantuk. Di sini saya sempat lihat krew filem sedang buat penggambaran filem. Adegan pelakon wanita dengan orang gaji dan pemandunya keluar dari lapangan terbang menuju ke kereta. Ia diulang-ulang sebanyak tiga kali shoot. Tiga kali shoot, tiga kali make-up.

Orang yang lalu lalang, orang yang duduk menunggu, penumpang yang menanti dan pekerja yang keluar merokok di sini cukup ramai. Saya lihat di mana bas berhenti, di mana teksi berlesen, di mana teksi preber sapu dan sudah tentunga tren untuk ke London. Berjam-jam di luar sini, sudah boleh jadi pemandu pelancong kepada orang yang pertama kali tiba di Heathrow. Jika setakat di mana untuk ambil teksi haram, bolehlah tunjukkan di mana. Saya di sini seolah-olah watak dalam satu filem "The Airport" yang bertahun tinggal di airpot kerana ia tidak dibenarkan memasuki negara. Tinggallah dia di bahagian dalam airport.

Haji Salleh ada bekalkan air zamzam. Bagaimana mahu dibawa pulang?. Air dilarang dibawa masuk. Minum habis.

Kaunter MAS sudah berganti dengan PIA. Inilah nasib di lapanganterbang yang penerbangannya cuma 2 kali sehari. Jika dua atau tiga hari seminggu lagilah teruk. Ia ahanya akan dibuka pada jam 6 petang, iaiatu empat jam sebelum penerbangan. Jika ia dibuka awal, bolehlah saya daftar-masuk dan duduk dalam MAS Golden Lounge.

Sebaik sahaja kaunter dibuka, terus daftar-masuk dan terus memasuki balai berlepas untuk ke lounge. Lounge MAS di sini terasa lebih besar daripada di KLIA. Saiznya jauh lebih kecil, tetapi oleh kerana ia lengang, tidak berorang maka ia kelihatan lebih besar. Walau bagaimanapun boleh dikatakan tidak ada makanan. Mesin minuman panas disediakan. Kuih langsung tidak ada. Air sejuk cuma air tin dan mineral sahaja. Air buah-buahan langsung tidak ada. Apa yang ada semuanya minuman keras pelbagai jenama. Akhirnya saya dapatkan katalaluan wifi daripada staf di sini dan surfing sehingga Maghrib. Selepas solat Maghrib dan Isya, ada sedikit masa untuk meninjau ke adaan di luar. Wah ... ia adalah jauh lebih besar, berkali ganda berbanding dengan di luar. Namun memandangkan masa terlalu suntuk, satu habukpun tidak sempat dibeli.

Wednesday, July 29, 2009

CLOTH HALL VOL.1


pemandu teksi ternampak tanda ini di pagar


dan tanda ini di bangsal



inilah bangsalnya

saya letakkan beg di sini. Tengoklah tangganya.



Saya meninggalkan hotel The Kingsway pada jam 9.30 pagi dengan teksi menuju Cloth Hall, Kent. Pemandu teksi tidak mengetahui di mana Cloth Hall ini. Dia memandu berpandukan Tom-tom . Saya rasakan perjalanan daripada Worthing ke Kent melalui lebuhraya ini terlalu jauh. Lebih dari satu jam, papan tanda masih menunjukkan Dover, London dan beberapa tempat yang saya kurang tahu.

Akhirnya perjalanan memasuki jalan-jalan kampung. Jalan semakin sempit. Kemudiannya memasuki desa, belukar, hutan jalan hanya satu lorong. Hati sudah berbisik, macamana aku mahu tinggal di sini bagi tempoh dua malam ini?. Menyesal ada, risau pun ada. Alangkah baiknya jika mencari hotel murah di London sahaja?

Teksi tiba ke destinasinya, Tom-tom tidak dapat mengesan Cloth Hall. Saya ingatkan tentu ia berada di pekan. Pemandu teksi cuba mencari dari satu lorong ke lorong . Akhirnya ternampak perkataan cloth hall tertulis di dahan pokok, di tepi pagar. Teksi menyusur masuk. Kelihatan seperti rumah terbiar tanpa penghuni. Bagitu teruk sekali tempat ini. Terdapat empat atau lima rumah buruk di sini. Bangsal pertama dipenuhi kayu api. Bangsal-bangsal lain semuanya terkunci. Rumah yang paling besar, juga berkunci.

“Inilah Cloth Hall. Kamu mahu jumpa kawan di sini?”. Pemandu teksi bersuara.

“Ya, jumpa kawan”. Saya menjawab antara yakin dengan tidak. Dalam hati sudah cuak.
Tidak ada seorangpun di sini. Ia seolah-olah rumah tinggal. Akhirnya kami menemui tukan kebun yang sedang membersihkan kawasan. Pemandu teksi terus bertanya mengenai tempat ini.

“Ini ada orang mahu jumpa kawannya di sini. Mana orangnya?”
‘Oh. Dia baru sahaja keluar 20 minit yang lalu. Dia akan tiba dalam masa seminit lagi” Jawabnya.

“OK jika begitu, inilah tempatnya. Kerja saya sudah selesai” Ujar pemandu teksi.
Saya menghulurkan duit tambang sebanyak UKP50 dan meminta resit.
‘resit?” Pemandu teksi ini seolah-olah terkejut

“Untuk 100 pound?” Beliau kelihatan bersungguh-sungguh.

“Bagikan saya resit kosong sahaja”. Akhirnya pemandu memberikan saya sekeping resit kosong dan berlalu.

Saya kebingungan Ke sana dan ke mari memikirkan nasib badan. Hati sudah menyesal. Jikalah aku bayar 50 pound lagi kepada pemandu teksi tadi dan suruh dia bawa aku semula ke Worthing, selesai segala masalah aku rasanya. Tempat apakah ini?. Tukan kebun masih menjalankan tugasnya tanpa mahu diganggu. Begitu menyeramkan tempat ini.
Satu jam setengah dalam teksi, empangan sudah mahu pecah rasanya. Tandas tidak ada. Bolehkah aku melepas dalam semak-semak ini? Alamak…. Susahnya…. Di sekitar kawasan ini semuanya semak dan terdapat beberapa buah rumah. Saya berjalan ke hulu dan kehilir. Beg ditinggalkan di luar rumah. Jika hujan, tentu basah kuyup.

Saya cuba meninjau kawasan sekitar. Semuanya rumah-rumah yang bertutup rapat. Di bangunan sebelah kerap berbunyi loceng. Adakah ia gereja?. Mengapa loceng berbunyi pada hari Sabtu?. Tinjauan seterusnya mendapati ia adalah perkuburan. Kawasan sekitar yang paling besar ialah sebuah pejabat pos mini dan dihadapannya ialah perhentian bas. Itu sahaja.

Pulang semula ke Cloth Hall, penjaga masih belum tiba. Tukang kebun sudah selesai menjalankan kerjanya.

“Biasanya dia sudah balik pada waktu ini” Dia menyapa dengan acuh tidak acuh.

“Kamu tinggal berdekatan sini?”. Saya sekadar bertanya.

“Ya. Saya buat kerja sambilan. Saya adalah penjaga kubur di kawasan gereja di sebelah ini”. Beliau member tahu.

Saya diam dia juga diam. Akhirnya dia berkata. “Aku belum pernah sekalipun bertemu hantu sepanjang kerjaya aku”.

Saya senyum diam dia juga diam. Dalam hati seribu penyesalan sudah berkunjung. Penantian berterusan. Jika begitu teruk keadaan di luar, di dalam bagaimana agaknya? Signal telefon bimbit Cuma 1 bar sahaja di kawasan ini, internet atau WiFi memang tidak ada.

Tuesday, July 28, 2009

TRAVELOG IRAN



SAYA sedang menghabiskan bacaan buku Travelog Iran. Buku ini menyingkap perjalanan penulisnya, Dina Sulaiman dan keluarga ke Iran. Pelbagai cerita perjalanan mereka diceritakan dalam buku ini. Menarik. Saya membaca buku ini untuk dijadikan panduan tentang penulisan saya “Travelog UK”.

Travelog Iran (TI) dan Travelog UK (TUK) sangat berbeza. TI lebih berupa buku pelancongan. Ia menceritakan banyak tempat di Iran. Hampir seluruh Iran dilawati oleh penulis. Lagi pula penulis belajar dan bekerja di Iran selama lapan tahun sebelum tulisan ini dihasilkan.

TUK menceritakan pengalaman saya sekeluarga tinggal di UK untuk menyempurnakan ijazah sarjana. Saya belajar, isteri bekerja dan anak-anak bersekolah.

TUK adalah seperti Travelog Jepun (TJ) yang menceritakan pengalaman saya berada di Jepun untuk menuntut ilmu.

Monday, July 27, 2009

MAKAN PAGI TERAKHIR DI WORTHING


SETIAP pagi, makan pagi di hotel The Kingsway ini saya bersendirian. Ia sepatutnya untuk 10 orang. Orang lain semua lewat dan saya tepat 7.30am sudah duduk di sini, memulakan makan separa buffet. Lepas makan 8am terus mengangkat langkah menuju ke kelas beberapa batu (bukan km) jauhnya.

Makanan bufet yang disediakan cuma air buahan, air kopi dan teh, cereal, susu, prun dan yogurt. Banyak bunyinya, tetapi ia bukan makanan, lebih kepada minuman. Selebihnya kena order dan menu dalam order yang boleh dimakan cuma toast dan telor sahaja. Makan setiap hari saya makan 2 keping toast dan telor setengah masak.





Ini ialah rupa telor 'setengah masak' di sini. Ia sangat masak hinggakan kulit telorpun naik retak. Sudahlah begitu, lambat pulak ia disiapkan. Tidak kurang 30 minit saya perlu menunggu. Saya jangkakan mesti ada alat tertentu untuk rebus telor ini seperti di tempat kita. Hari ini tukang masak (chef) cuti dan telor setengah masak tidak dapat disediakan. Hebat sungguh nasib telor di sini, ia perlu direbus oleh chef.

Saturday, July 25, 2009

HARI TERAKHIR KAMI BERSAMA





SELEPAS menerima sijil, semua kami pualng ke hotel sendiri-sendiri. Entah bagaimana, mereka mengajak saya berjalan-jalan. Mereka berempat menunggu saya di “Beach”. Sayapun turun dan pergi ke hotel “The Beach” yang terletak di sebelah hotel saya, The Kingsway. Rupa-rupanya mereka menunggu di pantai. Kami berlima berjalan-jalan menyusuri pantai tanpa kata-kata. Cuma berjalan merasai kedinginan petang hari terakhir kami berlima bersama di Worthing. Besok sudah ada yang akan pulang dan selebihnya lusa.

Tiba di funfair, dua daripada wanita menaikinya dan menjerit-jerit ketakutan. Jika diupak 100 pound pun ssaya tidak akan naik. Kami berjalan lagi. Singgah di kedai kopi. Duduk dan memesan teh panas. Berjalan lagi. Singgah di KFC ada yang memesan untuk dibungkus. Berjalan lagi dan singah di Mc.D ada yang memesan tapau. Berjalan lagi dan berjalan lagi. Akhirnya singgah di restoran Lebanon, kesemua mereka memesan pizza. Saya cuma memerhati. Dua daripada mereka Islam, namun makan segalanya yang kelihatan halal pada mereka. Oh ya, mereka solat macam kita. Mereka tidak sabar-sabar ingin pulang untuk menyambut Ramadhan yang akan menjelang tiba. Mereka solat setiap waktu, saya jamak-qasar. Ya, kita serupa walaupun saiz, rupa dan warna berbeza.

Sayu rasanya hari ini.

Selamat tinggal Worthing.

Friday, July 24, 2009

WAJAH-WAJAH YANG TERTIPU


Wajah-wajah empat budak hitam yang tertipu dengan orang putih, penjajah nenek moyang mereka. Seorang lagi budak hitam memang tertipu besar apabila ketinggalan keretapi untuk turut bergambar. kesian kami semua


SEMALAM adalah merupakan hari terakhir tidak rasmi kursus CAHRM. Sehari suntuk kami berlima menghadapi exam. Selepas exam majlis penyampaian sijil dilakukan.

Saya telah banyak jugalah menghadiri kursus, samada dalam negara ataupun di luar negara. Ini adalah merupakan kursus yang paling teruk (saya tidak terjumpa perkataan yang lebih teruk yang boleh digunakan). Kandungan kursus cuma word, Excel, Access, Power Point dan E-Mel. Banyak subjek dalam jadual tidak diajar langsung. Ada kalanya dalam sehari Cuma setengah jam ada kelas, lepas itu kami dibiarkan main FaceBook atau buat kerja lain.

Syarahan pula dilakukan oleh si suami dan isterinya. Si isteri boleh dikatakan buta IT (kecuali surfing). Pensyarah jemputan ialah ibu mertua si pensyarah, iaiatu ibu isterinya. Kami tertaya-tanya juga, mengapa dia tidak jemput pula anaknya untuk jadi pensyarah kami.

Perjalanan kursus sangat tidak teratur. Main ikut dan sahaja. Sungguh membosankan.
Semasa majlis pemberian sijil, mula-mula ada acara ambil gambar beramai-ramai dan diikuti dengan pemberian sijil oleh pensyarah. Kami hanya berlima, yang bergambar adalah empat orang sahaja. Seorang lagi lambat datang (pergi surfing selepas exam) kerana ikut jadual ambil gambar 5.10 petang sedangkan acara dilakukan pada 4.50pm. Jika 50 orang peserta, entahlah apa yang jadi.

Majlis penyampaian sijil ini tidak ada sebarang ucapan. Lebih dungu lagi ialah sijil diberikan oleh pensyarah. Ini menampakkan seolah-olah kursus ini diadakan oleh si pensyarah laki-bini sahaja dan bukannya oleh Crown Agents International. Mengapa orang Crown Agents tidak ada?

Lepas pemberian sijil, kami berlima balik tanpa menyentuh jamuan yang disediakan. Hanya pensyarah laki-bini sahaja yang minum arak yang disediakan.

SETIAP JUMAAT



SAYA beli novel ini di Putrajaya kerana di kulitnya menceritakan tentang kehidupan di Jepun. Saya ingin tahu. Saya ingin bandingkan dengan apa yang telah saya lalui semasa di Jepun. Novel ini tebal, ia iatu 723 halaman. Saya juga tidak pernah membaca tulisan Norhayati Berahim.


Hidup di negara orang memang payah. Apatah lagi di Negara Jepun yang rumah sewanya hanya sekangkang kera. Benar kata orang, biar hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Negara sendiri lebih indah. Tetapi kerana dendam, payah dan gundah, suka atau tidak, Jasmine gagah mengharungi sendiri. Bertahun berlalu, marah pada emak tidak pernah surut. Memang tidak ada haramnya emak berkahwin lain, tidak ada hinanya. Ayah pun sudah meninggal dunia. Tetapi apa perlunya emak berkahwin dengan lelaki bujang? Namun Jasmine tidak tahu, ada rahsia sebenarnya yang emak tidak mahu cerita….

Persahabatan itu telah menjadi racun.


Berbulan-bulan saya tidak sentuh novel ini. Saya bawanya ke UK. Minggu pertama berakhir tanpa menyentuhnya. Sebaliknya saya baca "Travelog Iran" yang hingga kini masih belum khatam. Mulai Isnin lepas, novel ini saya baca berselang seli dengan Travelog Iran dan hari ini, Khamis novel tebal ini sudah saya khatam. Sekarang saya jadi risau sebab novel sudah habis .... tempoh tinggal di sini masih panjang lagi.

Thursday, July 23, 2009

44 EASTERLY AVENUE




Inilah rumah sewaan saya sesa di Leeds. Saya tiba semula di rumah ini setelah 12 tahun meninggalkannya dengan pelbagai kenangan. Rumah ini sudah mempunyai pagar, namun tetap tidak berkunci seperti dahulu juga. Di bahagian belakang rumah ini sudah dibina garaj kereta. Dahulunya di situ tempat anak-anak bermain salji di musim sejuk dan kami membakar lemang di musim raya. Semasa kami tiba di sini, tidak ada sesiapa di rumah. Jiran saya Mr. Morris juga tidak ada. Entahkan dia masih hidup ataupun sudah meninggal. Anjingnya Morisson juga tidak kelihatan.

Banyak sekali kenangan di rumah ini. Di rumah inilah kami buat jamuan rumah terbuka yang pertama dalam sejarah hidup kami. Di sinilah kami sekeluarga bergaduh dengan plumber yang enggan membuka kasut apabila ingin membaiki tangki air yang bocor. Di rumah inilah aya dipaksa bermaaf-maafan dan berpeluk arab oleh Iqbal dengan adiknya Iqbal. Lucu bunyinya. Adiknya adalah pemilik rumah yang saya sewa. Saya ugut ingin keluar rumah kerana dia tidak menyenggara rumah dengan baik. Akibatnya pintu rumah terkunci dengan sendirinya. Kami berbalah. Kami bertengkar. Abangnya datang mendamaikan. Kedua-duanya adalah Iqbal. Mereka gunakan nama keluarga.
Di rumah inilah Uncle Sim datang menghantar sayur dan buah-buahan beberapa hari dalam seminggu. Ramai orang beranggapan Uncle Sim adalah orang yang tidak siuman, tidak betul. Dia berjalan berbatu-batu dari rumahnya untuk menghantar sayur dan buah ke rumah ini dan berlalu pergi. Cerita mengenai Uncle Sim ada saya tuliskan dalam novel “Mahligai Cinta” oleh Sri Diah.

Di hadapan rumah ini jugalah kereta kawan saya dipecahkan pencuri. Sekampung Easterly Avenue kecoh dan berkumpul di halaman rumah saya. Bermasyarakat juga penduduk di sini. Dari tingkap rumah ini jugalah kami sekeluarga melihat salji pertama. Kami bermain salji di laman rumah. Dari tingkap rumah inilah setiap pagi di musim sejuk kami menunggu salji turun. Kami rindukan salji. Di sini jugalah kami anak-beranak terpaksa menolak kereta yang tidak boleh dihidupkan kerana ditimbuni salji. Kami pernah memandu dan memiliki beberapa buah Mercedes di rumah ini.
Dalam rumah inilah saya dengan segala susah payahnya menyiapkan thesis. Kadang-kadang berpuluh kali naik turun tangga hanya untuk membentuk setengah ayat. Aduh peritnya.

CATATAN KURSUS MINGGU KEDUA

RABU 22 JULAI, 7:45am

Seminggu sudah berlalu. Lima hari berkursus CAHRM (Computer Applications for Human Resorce Management) tidak menunjukkan sebarang kemajuan. Sebaik tamat hari pertama saya sudah khabarkan perkara ini kepada pensyarah. Apa yang ingin diajar dalam jadual sudah saya pelajari 20 tahun dahulu. Bukan bersikap angkuh. Bukan sombong. Tidak sekali-kali ingin menunjuk pandai. Namun orang putih kata kita perlu bersikap terbuka. Kita patut lebih kritikal. Berterus terang.

Nampak gayanya pensyarah sudah serba salah. Namun alas an yang diberikan ialah, peserta tahun lepas ingin klik mouse pun tidak tahu, bagaimana ingin diajar subjek yang lebih tinggi. Lagi pula, tugasnya hanya mengajar, silibus disediakan oleh pihak lain. Alas an ini boleh diterima.

Barangkali dia melaporkan rasa tidak puashati saya kepada penyelaras kursus. Mereka berjanji untuk temuduga saya keesokan harinya. Namun seminggu berlalu, bayangpun tidak nampak. Sebenarnya rakan sekelas daripada afrika juga bosan dengan perjalanan kelas. Namun apa yang pelik ialah, mereka memuji pensyarah dan silibus bagai nak gila. Di belakang cakap bosan, di depan cakap sangat bermenafaat. Akhirnya saya seorang diri sahaja nampaknya yang tidak berpuas hati.

Kini minggu kedua. Isnin dan Selasa tidak menampakkan banyak kemajuan. Malahan Isnin langsung tidak ada kelas. Kami sembang, bincang dan berinternet. Pensyarah berikan nota mengenai KPI (Key Performance Indicator). Memang saya perlu aplikasi atau bangunkan aplikas berkaitan KPI. Namun apa yang diberi adalah sekadar takrifan KPI sahaja.

Selasa satu lagi kertas nota KPI diberikan. Sebelah petangnya diajar lagi MS. Excell. Sangat sederhana tahapnya, tidakpun mencecah fungsi advance. Apatah lagi ke makro.

Hari ini sudah Rabu. Dijanjikan dengan syarahan mengenai isu terkini dalam HR daripada pensyarah jemputan yang hebat katanya …

Wednesday, July 22, 2009

PERJALANAN PULANG SHEFFIELD – WORTHING


Haji Salleh sekeluarga di depan rumah Manan


Sheffield  Doncaster  London King Cross  London Underground London Victoria Worthing

Manan mengadakan jamuan makan tengahari. Keluarga Hj. Salleh Yusof, bekas pendaftar UKM turut serta. Beliau adalah jiran saya di Kajang, datang menemani anak bongsu menamatkan Masters di Sheffield.

Jam 2.30pm menuju ke stesen Sheffield. Memasuki stesen ini tanpa sebarang pintu pemeriksaan tiket. Pelik sungguh. Memandangkan tren saya masih lambat lagi tiba, saya menaiki tren ekspres yang akan berhenti di Doncaster. Turun di Doncaster tanpa sebarang pemeriksaan tiket. Hujan sangat lebat di Doncaster.

Perjalanan seterusnya menuju King Cross. Tidak banyak masalah mengenalpasti platform dan tren kerana King Cross adalah merupakan stesen utama. Tempat duduk dalam tren ke King Cross ini semuanya adalah rezab. Saya tidak memilih untuk membeli tiket dengan nombor tempat duduk. Pertamanya saya perlu bayar beberapa Pound tambahan. Keduanya saya perlu tepat pada masanya. Oleh itu saya terpaksa berdiri setelah ke sana ke mari mencari tempat duduk yang tidak ditempah menemui jalan buntu. Beberapa orang lagi penumpang juga turut berdiri.

Perjalanan lebih 2 jam dengan berdiri tentulah memenatkan. Saya nekad untuk duduk di salah satu tempat duduk rezab. Kemudiannya bertukar ke tempat duduk lain sehinggalah tren berhenti di King Cross.

Tren ini menghadapi masalah teknikal dan terhenti dengan sendirinya di stesen Peterborough dan sekali lagi di Stevenage. Setelah tiba di King Cross ia telah lewat 15 minit daripada jadual asal. Apabila tiba di stesen ini, saya mencari London Underground ataupun tube. Alamak, line mana yang ingin dituruti. Oleh kerana destinasi berikutnya ialah London Victoria, saya nekad memilih Victoria Line. Setelah tiba, satu lagi masalah berlaku:

“Victoria line closed this weekend due to planned engineering works. Going to Victoria Station take Circle Line from platform 1”

Terpaksalah bergegas mencari Cirle Line pula. Akhirnya tiba di Victoria Station (underground) pada jam 7pm. Tren seterusnya ke Worthing ialah 7.17pm. Melilau mencari stesen London Victoria, satu lagi masalah. Stesen ini berada di luar daripada stesen underground. Jika kesuntukan masa, alamak terlepas tren lah jawabnya.

Saya tiba di stesen London Victoria beberapa minit sebelum tren berlepas. Itupun saya naik tren 30 minit lebih awal di Sheffield. Bayangkan jika saya naik tren yang sepatutnya. Tren 8 gerabak ini akan berakhir di Worthing pada jam 8.31pm. Kemudian gerabak 1-4 ke Portsmount dan gerabak 5-8 ke detinasi lain. Tren ini tergendala dua tiga kali sepanjang perjalanan. Paling lama menunggu di Gatwick Airport apabila tren kehabisan kuasa elektrik dan terhenti sendiri. Katanya terdapat skru di landaan yang hilang. Akhirnya tiba jua di Worthing pada jam 9 malam.


landasan keretapi di sini menggunakan simen, kita gunakan kayu

** Kelewatan 30 minit tren di negara maju adalah merupakan satu mala petaka. Jika di negara membangun, berjam-jam lewat adalah perkara biasa.

*** Nampaknya perkhidmatan tren di UK (dan juga US) tidak dapat mengatasi perkhidmatan tren di Jepun. Ia sangat sistematik dan staf mereka sangat suka membantu. Bahasa bukanlah menjadi penghalang kepada mereka

Tuesday, July 21, 2009

MAKAN PAGI


Menu makan pagi ini bernilai UKP8.99, bersamaan dengan RM54.
Segelas susu, segelas oren
Dua keping roti bakar dipbelah dua disapu jem dan mentega/keju
Kopi atau teh
Satu mangkuk yogurt

Menu lain banyak lagi, tetapi memang pasti tidak boleh dimalkan. bacon merata-rata.

Monday, July 20, 2009

PERJALANAN WORTHING-SHEFFIELD

CATATAN KEMBARA WORTHING-SHEFFIELD

Worthing  East Crydon London St. Pancras  Sheffied

Perjalanan dimulakan dari stesen Worthing dengan pada jam 6.35 petang. Stesen Worthing sederhana besar dan dipenuhi dengan penumpang dengan basikal dan juga anjing. Keretapi menyediakan tempat khas untuk penumpang berbasikal. Saya tidak pasti samada basikal dan anjing juga dikenakan bayaran.

LancingPerjalanan ke Lancing melewati pemandangan indah dengan bukit-bukau dan di beberapa tempat kuda-kuda berkeliaran.

Shoreham-By-SeaPemandangan sepanjang perjalanan sangat indah dengan hiasan lembu-lembu yang berehat di lereng-lereng bukit. Terdapat banyak bot berlabuh di “by-sea”.

PostdaleStesen Portsdale adalah kecil. Pemandangan sepanjang perjalanan dihiasi dengan rumah-rumah Inggeris. Di kiri kanan terdapat padang-padang kriket dengan begiti ramai pemain dan penonton kriket.
Hove
Perjalanan biasa menuju ke stesen yang besar.

Haywards HeathPerjalanan ke sini melalui empat buah terowong. Di sebelah kiri-kanan terdapat banyak lading dan juga kambing biri-biri. Tren berhenti di sini agak lama di stesen ini. Saya tidak pasti sebabnya. Setelah tren berjalanan semula didapati bilangan gerabak sudah bertambah daripada empat menjadi lapab. Rupa-rupanya ia terlambar kerana mengunggu empat buah gerabak lagi untuk sama-sama mengikuti perjalanan.

Gatwick airportHujan sudah turn dengan lebatnya apabila tren tiba di stesen ini. Rami juga penumpang turun-naik di sini. Mereka pastinya adalah penumpang kapalterbang.

East CroydonSaya turun di sini dan membiarkan tren terus menuju ke London Victoria. Saya akan menaiki tren lain untuk ke London st. Pancras. Panic juga mencari platform yang betul. Tren pula tiba lewat dan tidak mengikuti waktu.

London St. Pancras
Perjalanan 30 minit daripada stesen East Croydon le London St. Pancras agak mencemaskan. Sebenarnya tren yang dinaiki tidak pasti akan ke mana. Terdapat pengumuman tren tidak akan berhenti atau melalui London Bridge. Ramai penumpang turun semula apabila mendengar pengumuman tersebut. Saya nekad sahajalah duduk dalam tren ini. Paling-paling teruk pun Cuma akan kena marah sahaja oleh konduktor.
Saya fikir petukar keretapi di UK lebih baik dan bersopan berbanding dengan di US. Saya pernah dimarah macam budak-budak oleh konduktor tiket dalam tren di New York kerana tersilap naik tren. Tren mereka tidak begitu canggih dan tidak ada papan elektronik di dalamnya. Harapkan pengumuman mulut yang bahasa Ingerisnya bukan kita faham sangat.


Seperkara lagi, saya pernah diminta bayar tol oleh pemandu van hotel di Washington DC. Katanya “saya tidak ada suku. Kamu bayarkan tol an boleh tuntut semula daripada hotel”. Oleh kerana “suku” sahaja, iaitu 25 sen, saya bayarkanlah. Pemandu ini pula tidak mahu hantar saya hingga ke detinasi sebenar. “Kamu turun sini, engkau seberang jalan ini dan itu di sana hotel kita. Engkau jalan sahajalah, aku tidak boleh masuk ni, jalan sesak kena buat u-turn jauh lagi”.


Ah … itu di US, kita sekarang di UK.

Mengikut jadual perjalanan, saya sepatutnya tiba di London St. Pancras pada jam 8.33pm. Saya agak panik apabila ia masaih belum tiba walaupun masanya telah melewati 8.33. Ia berhenti di City Thamslink dan kemudiannya Farrigton pada jam 8.45pm. Jam 8.50 tiba di London St. Pancras International. Saya nekad turun sahajalah. Tren saya yang berikutnya ialah pada jam 8.55pm di London st. pancreas, bukan St.Pancras International dan sekarang Cuma ada 5 mnit sahaja lagi. Kehulu ke hilir mencari papan notis, tidak ketemui tren ke Sheffield. Tidak ada juga petugas atau pusat maklumat untuk bertanya. Manusia agak ramai, masing-masing dengan urusan sendiri dan nampaknya tidak ada yang tahu untuk menjawab soalan. Akhirnya bertemu dengan seseorang yang memberitahu di mana stesen St. Pancras uang sebenar.

Apabila tiba di stesen, tren sudah 15 minit bertolak dan tren berikutnya adalah pada jam 10.25. Ia itu satu setengah jam terlewat. SMS Manan mengenai kelewatan bertolak yang mengakibatkan keleatan tiba. Jadual ketibaan pada jam 11.04pm sudah menjadi 1.21am.

Akhirnya tiba di stesen Sheffied setelah dua jam berada dalam tren ini.

Saturday, July 18, 2009

SELAMAT PAGI SHEFFIELD

SELAMAT tiba di Sheffield jam 1.21am, terlewat 2 jam setengah kerana masalah teknikal.

Selamat pagi Sheffield.

Friday, July 17, 2009

PERJALANAN KE SHEFFIELD

TIME ini mengejar keretapi dari Worthing ke Sheffied. Tujuan sebenar ialah untuk ke Leeds. Hmmm.... 3 keretapi perlu naik turun. Ini yang ponek ni... 4 jam perjalanan dengan harga RM600 pergi balik.

SEMALAM HARI KHAMIS (HARI INI JUMAAT)

CATATAN saya sentiasa terlewat satu hari kerana ketiadaan talian internet di hotel. Ada sebenarnya, T-Mobile tetapi kadarnya saya kira adalah sangat mahal. Jika kita melanggan broadband Maxis, ia boleh roaming dan harganya adalah 50% lebih murah berbanding harga biasa. Saya gunakan Celcom. Untuk itu saya buat catatan dalam bilik darjah sahajalah.

Sepagi suntuk Khamis, tidak ada satu subjekpun yang diajar. Pensyarah suruh buat power point sebagai persediaan persembahan hari Jumaat minggu hadapan. Ebtah mengapa dia risau sangat mengenai persembahan seminggu lagi, entahlah. Persembahan ini ialah mengenai diri, apa buat, software apa pakai dan apa faedah kursus apabila pulang nanti. Adalah lebih baik persembahan ini dibuat pada hari pertama lagi.

Selepas makan tengahari, seorang demi seorang keluar dan balik ke hotel. Saya juga menyusul. Pulang ke hotel dan menulis buku. Hasilnya buku "Travelog UK" saya sudah mencapai 93 muka surat. Datang pagi-pagi hari ini (Jumaat) dan telah siap dicetak. Ia untuk bahan bacaan semasa dalam keretapi ke Sheffied nanti.

Dalam perjalanan pulang ke hotel semalam, saya bertemu dengan Mohammed Lawal yang keluar dari hotel untuk bersiar-siar. Boring duduk dalam kelas katanya. Saya agak selepas makan tengahari hanya tinggal Zubaida dan Lalote saghaja. Kedua-duanya dari Nigeria.

Dalam perjalanan ke hotel saya singgah di lima atau enam kedai charity. Beli sebuah buku 'round the word in 80 days' dengan harga UKP1. Leoas itu beli sepasang kot dengan harga UKP12 dan sehelai kot dengan harga UKP4.5. Bergaya sakanlah nanti...

Mohammed Lawal ajak ke masjid hari ini. Hajat di hati hendak jamak Zohor dan Asar. Namun ikut sahajalah Lawal ini. Balik hotel solat Asar baru ke stesen keretapi untuk ke Sheffield.

Cheers!

CACATAN HARI KE-4





Seperti hari-hari sebelumnya, saya tidak tidur semenjak pukul 12 tengah malam hinggalah selesai solat Subuh pada jam 3.30 pagi. Selepas Subuh saya menulis dan membaca. Jam 7 pagi mandi dan bersedia untuk sarapan pagi pada jam 7.30 pagi. Seperti pagi-pagi sebelumnya juga, sarapan hari ini juga adalah dua keping roti bakar yang dipotong empat. Mengikut menu harganya ialah UKP7.99 yang bersamaan dengan lebih kurang RM48 duit kita. Selesai bersarapan pada jam 8 pagi, aku berjalan longlai ke tempat kursus. Cuaca hari ini hujan renyai. Awan hitam pekat di langit. Suhunyaq entah berapa, sangat sejuk dirasakan walaupun ini adalah musim panas.

Perjalanan menyusur Bandar pada kali ini menemui bazaar pagi yang menjual pelbagai jenis barang. Bazar ini diadakan pada setiap hari Rabu. Masih terlalu awal untuk singgah dan membeli belah. Akhirnya tiba di Wilkinson dan singgah sebentar untuk membeli dua jenis krim Scholl bagi rawatan kaki dan ketuat.

Semalam penyelaras kursus berjanji untuk bertemu bagi membincangkan mengenai ekspektasi kursus. Sehingga ke petang batang hidungnya pun tidak kelihatan.
Hari ini tidak ada sebarang kelas diadakan. Pensyarah sudah bosan agaknya. Pagi-pagi lagi pensyarah perempuan mengadakan sesi team-building. Ia sungguh fun katanya. Sesi ini ialah berkenalan sesame peserta kursus. Tujuan perkenalan ini adalah untuk membina satu pangkalan data yang sama bagi setiap peserta. Entah di mana fun nya belum kutemui lagi.

Bagi memenuhkan masa, aku rakam gambar-gambar peserta kursus untk tatapan semua.
Jam 3 petang kelas sudah tamat. Pensyarah perempuan ini ingin pulang cepat kerana mahu packing kerana ingin pindah ke rumah baru. Isnin nanti baru dia aakan datang semula.

Perjalanan pulang ke hotel menyusuri jalan lain. Berjumpa dengan tiga buah kedai charity sederet. Tidak ada apa-apa yang menarik. Barangkali esok akan singgah lagi untuk membeli sepasang kot.

Cheers!

Thursday, July 16, 2009

CATATAN BOSAN HARI KE-3

HOTEL DAN LAUT, DEKAT SANGAT


Hari ini ialah hari ke-3 saya bermalam di Worthing, UK. Moto The Kingsway Hotel ini ialah “Arrive as Guests … leaves as Friends”. Hotel ini letaknya beberapa meter sahaja daripada laut. Saya jangka tidak sampai pun 20 meter jarak hotel daripada laut. Jika berlaku tsunami, masyaallah!.

Jika di kampung waktu subuh disahuti dengan kokok ayam. Di Bandar pula barangkali dengan salakan anjing. Di sini, selain daripada bunyi ombak yang menderu-deru, bunyi kokok burung camar laut mengiringi Subuh hingga matahari terbit. Burung-burung ini begitu nyaring sekali kokoknya.

Malam tadi saya tidur pada jam 5 petang. Ia masih lagi dalam waktu Zohor, kerana Asar adalah pada jam 5.30pm. Saya terjaga pada jam 8 malam untuk solat Zohor dan Asar. Hari masih siang kerana Maghrib adalah pada jam 9:15 malam. Lepas itu saya tertidur lagi hinggalah jam 12 malam. Cukuplah tidur bagi saya untuk sehari. Sqaya solat Maghrib dan Isya dan menulis. Pada jam 3.30 pagi solat Subuh dan terus menulis dan akan berhenti pada jam 7 pagi untuk bersarapan pagi di hotel sebelum berjalan kaki ke tempat kursus. Begitulah rutin saya semenjak tiba di sini Ahad lalu.
Semenjak baru sekali bertemu nasi, iaiatu semasa makan tengahari Isnin. Ia disediakan oleh penganjur kursus. Semua makanan di sini halal kata mereka. Pada malamnya saya makan roti dan memanaskan rending ayam Sal’s. saya tidak biasa dengan jenama ini, tetapi Brahim sudah tidak ada rupa-rupanya di kajang, di tempat saya. Sal’s ini sedap jugalah. Usaha mencari beras telah berhasil, namun harganya sangat mahal. Ia itu lebih kurang RM10 untuk sekali masak. Saya putuskan untuk makan roti dan buah sahajalah. Roti juga mahal, iaitu RM7 sebuku dalam ukuran 18 keping yang nipis. Makan pagi di hotel juga tidak ada menu lain selain daripada 2 keping roti toast dan minuman sejuk dan panas. Buah-buahan juga tidak ada.

Kandungan kursus di sini agak mengecewakan. Janji dalam broucher ialah CAHRM, iaiatu Computer Application for Human Resource management. Saya jangka aplikasinya memang canggih dan diikuti dengan serba sedikit teori, tip atau terkini mengenai HR. Namun kami nhajya diajar MS Excel, Word dan Access sahaja selama dua minggu ini. Amat merugikan. Sungguhpun begitu, saya meletakkan diri saya bagaikan kelas yang kosong untuk menadah ilmu.

Semalam ada sesi memperkenalkan diri lagi kerana ada 2 lagi pelajar yang ketinggalan kapalterbang. Saya mengambil peluang ini untuk memberitahu secara paling berkhikmah akan rasa kecewa dan ekspektasi saya yang sangat berbeza bagi menghadiri kursus ini. Setiap perenggan kata-kata saya diberi jawapan oleh pensyarah. Saya tidak mahu berbalah dengan mereka, biarkan sahajalah. Oh ya, pelajar hanya lima orang dan semuanya orang HR, kecuali saya orang IT.

Sebelum pulang, pihak pengurusan kursus membuat temujanji untuk berbincang mengenai ekspektasi saya pada esok hari (hari ini). Kita tengoklah apa kesudahannya nanti.
Bos lama Datuk Dr. Ir. Wahid yang pernah berkursus di sini dulu sempat hantar mesej melalui FB “don’t take it too serious, enjoy your stay over there”

Cheers!

Wednesday, July 15, 2009

MENUNTUT ILMU DI UK


SEMALAM adalah kelas pertama. Hanya saya seorang sahaja dari Malaysia. Selebihnya rata-rata dari Afrika.

Sebenarnya saya blank akan ilmu yang akan saya tuntut di sini. Saya tidak tahu apa perkarapun mengenainya. CAHRM namanya yang bermaksud computer application for human resource management. Saya juga tidak tahu akan adap-adap kursus di sini. Nak pakai macamana, rasmi atau santai. Mel saya mengenainya tidak berjawab. Akhirnya ambil keputusan untuk pakai santai sahaja.

Bak kata orang bijak pandai, bila kita ingin menuntut ilmu, anggaplah diri kita seperti gelas kosong. Tadahlah apa sahaja yang dicurahkan untuk memenuhkan gelas dan dibawa pulang.

Tuesday, July 14, 2009

MALAM PERTAMA DI UK

HARI ini adalah hari kedua kelas... malam tadi tidur seawal jam 5.30pm. Terjaga jam 10.30 untuk solat Maghrib dan Isya. Terlena lagi dan 2.30 solat Subuh dan tidak tidur lagi hingga datang ke kelas.

Malam pertama:
Penat sungguh menunggu malam. Jam seakan perlahan benar berputar.
5.30 masih panas
6.30 masih terang benderang
7.30 panas lagi
8.30 hari masih siang
dan terlena .... jadinya malam dalam mimpi sahajalah malam pertama.

terjaga jam 12am untuk solat Maghrib dan Isya. Kemudian tunggu subuh jam 2.30am.
Selepas solat set alarm jam 6.30am untuk bangkit dan mandi dan makan pagi.
Namun apabila matahari sudah tinggi jam 5.30am, ia terjaga sendiri dan kempunanlah untuk dengan alunan lagu korporat KKM untuk bangun pagi.

Salam untuk semua.

Monday, July 13, 2009

HARI PERTAMA DI UK

Penerbangan MH02 yang dijadualkan tiba di London pada jam 5:05am tersasar dan hanya mendarat pada jam 5:15am. Cuaca sepanjang penerbangan tidak begitu lancer sehinggakan minuman panas tidak disediiakan dalam penerbangan. MAS memberikan kad keutamaan untuk melepasi pemeriksaan imigresen. Ternyata pemeriksaan imigresen UK memang lancer dengan bantuan kad keutamaan ini. Menunggu bag agak lama juga. Hampir 6am baru dapat keluar ke balai ketibaan. Dalam hati tertanya-tanya juga, siapa yang menunggu di luar sana.

Sebaik sahaja melangkah keluar, terpampang nama kita dipegang oleh seorang Mat Salleh berbadan besar, Eric namanya setelah memperkenalkan diri. Ah terima sahjalah. Kami berjalan menolak troli menuju ke tempat letak kereta di tingkat atas. Eric menggunakan teksi Volvo. Pertama kali menaiki teksi Volvo. Dulu moyang Eric menjadi tuan, menjajah negara aku, kini dia jadi drebar aku pula.

“Eric, engkau orang London atau Worthing”
‘Aku orang Worthing. Jam 4 pagi aku sudah keluar rumah dating menjemput engkau”
“Maaflah, kapalterbang terlewat sedikit”
“Macamana penerbangan?. Bagus?”
“Ok lah, tapi saya tidak boleh tidur”.

Eri8c memandu laju melalui lebuhraya ke selatan. Cuca diluar sudah cerah pada jam 6 pagi. Cuma jalan basah kerana baru lepas hujan barangkali. Seawal 6 pagi, sudah banyak kenderaan di jalan. Eric memutarkan lagu-lagu kegemarannya. Kuat sekali. Barangkali dia mengantuk. Maklumlah seawall jam 4 pagi sudah dating ke London untuk menjemput aku.

Tiba di persimpangan, Eric menyusur keluar daripada lebiuh raya. Perjalanan seterusnya adalah jalan kampung. Jalan sempit. Sunyi. Kiri-kanan pokok-pokok hutan. Wah beginikah Worthing?.

Mata melilau juga kalau-kalau terdapat “car boot sale” di sepanjang jalan. Tidak kelihatan walaupun satu. Pekerja sedang meletakkan notis pertandingan lumba basikal di kiri kanan jalan.
“Kita pekena kopi dulu OK?” Kata Eric. Memang sah dia mengantuk.
“OK juga”
Eric membelok ke Mc.D untuk membeli kopi. “cupporcino atau latte?” tanyanya
“Tidak mengapa, saya bayar untuk kamu”. Saya berhelah.
“Tidak, saya belikan. Latte atau cuppocini?”
“Baiklah, Latte”.
Eric memasuki kedai dan sebentar kemudian keluar dengan dua gelas Latte. Kami minum dalam perjalanan ke hotel.

Jam 7 pagi, tiba di Hotel Kingswood. Eric menurunkan barang dan kami bersalaman sebelum Eric pergi untuk menyambung tidurnya di pagi Ahad, barangkali.

Seawal 7 pagi Ahad. Hotel masih lagi tidak bersedia menerima tetamu. Pengurusnya memberitahu “kerani akan dating pada jam 7.30, kamu tunggulah ya”.
Sebaik kerani hotel tiba, saya terus mendapatkannya.
“Selamat pagi. Saya tahu ia adalah terlalu awal. Adakah bilik yang saya tempah sudah sedia?”
‘Maaflah, ikut peraturan check-in ialah jam 2 petang”
“Saya tahu. Jika kamu ada servis check-out lewat, tidakkah kamu juga ada servis check-in awal?”
“Semua bilik telah penuh. Paling awal 11:30 nanti ada yang keluar”
“Saya mahu check-in awal dan saya bayar untuk hari ini”
“Maaf”
“Baiklah. Sementara menunggu jam 2 petang, ke mana saya boleh pergi?”
“Anda mahu ke mana?”
‘Menghabiskan masa. Boleh saya tahu, di mana “car-boot-sale” yang paling hamper dengan hotel ini?”
“Hari ini ada jualan antic. Mari saya tunjukkan jalannya”.

Saya berjalan dan berjalan dan berjalan menyusuri segenap laluan dan lorong di Worthing. Hari masih pagi. Jalan masih sunyi. Cuaca masih dingin walaupun di musim panas. Kaki saya terus melangkah dan melangkah hingga penat dan letih. Ingin sekali mencari kedai yang menjual barang makanan dan beras. Tidak ditermui satupun kedai 24 jam yang dibuka. Akhirnya Cuma dapat beli roti dan susu di stor Wilkinson yang buka pada jam 10 pagi.

Tiba semula di hotel dan bilik masih belum ada yang sedia.
Seorang makcik yang sedang menikmati the pagi menegur.
“kamu buat apa di sini, mahu minum the?”
“Saya ingin check-in, tetapi masih belum ada bilik kosong”
“Oh begitu. Nanti kami akan sediakan bilik kamu sekarang ini juga”. Lagaknya bagaikan dia tuan punya hotel ini, walhal dia hanyalah seorang penghuni sahaja. Inilah orang Inggeris. Beliau seterusnya memanggil pekerja hotel dan member arahan supaya menyediakan bilik untuk saya dengan secepat mungkin.
“Jangan risau, saya telah arahkan supaya bilik kamu disediakan sekarang juga”.
Saya hanya mampu tersenyum dan 15 minit kemudian bilikpun siap dibersihkan dan saya check-in jam 11.30 pagi.

Mandi dan berehat sekejap.

Usai solat Zohor dan Asar, saya keluar lagi ke Bandar jam 4 petang. Lagi jauh perjalanannya. Orang sudah kian ramai. Kereta, motor, Baikal dan orang lalu-lalang di mana-mana. Cuaca sudah terang benderang. Panas, tetapi suhunya sejuk. Angin bertiup kencang, Sejuk. Jam 5 petang kembali semula ke hotel setelah usaha mencari beras gagal. Ingin makan roti dan rending ayam Mama Sal’s sebagai hidangan tengahari.

Jam 7.30pm. Hari masih panas.
Jam 8.30pm. Hari masih siang tetapi beberapa kenderaan telah memasang lampu. Kanak-kanak sudah tidak kelihatan di jalanan.
Jam 9.30pm. Matahari masih belum turun. Masih lambat lagi Maghrib. Saya tidur dulu sementara menunggu Maghrib dan Isya.

Sunday, July 12, 2009

UK; KL-AMSTERDAM


“Jika boleh, cuba elakkan mendarat di lapatnagnterbang Heathrow, London. Ia sangat sibuk. Imigresen di situ sangat tegas. Apatah lagi kamu dating sekeluarga dengan anak-anak kecil. Beg-beg kamu yang berisi bermacam-macam bekalan itu mungkin akan diperiksa 100% oleh pihak imigresen dan kastam”


Berdasarkan pesanan ini, saya meminta kepada pihak JPA supaya mencari penerbangan kami terus ke Leeds. Kerani bertugas di Bahagian Latihan JPA tidak banyak karenah. Kami diberikan tiket penerbangan Kuala Lumpur ke Amsterdam dan Amsterdam ke Leeds.

Penerbangan ini adalah merupakan perjalanan pertama kami sekeluarga ke luar negara. Hari Sabtu jam 8.30 pagi kami telah tiba di lapangan terbang untuk penerbangan jam 11.55 pagi. Di sana kami menemui Ahmad Hussin daripada SUK Johor sekeluarga dan Wan Roshidah daripada SUK Terengganu. Kesemua kami dalam penerbangan yang sama dan menuju ke destinasi yang serupa, iaitu Leeds.

Saya bertujuh, Ahmad berlima dan Cik Wan. 13 orang semuanya. Saya sendiri membawa barangan seberat 210kg. Ia itu maksima untuk 30kg seorang bagi penerbangan kelas bisnes.

Apa yang dibawa?. [bersambung]

Saturday, July 11, 2009

BUKU BUAT DUIT DENGAN FOTO BEST SELLER DI MPH ALAMANDA


ALAMANDA Putrajaya hanyalah sepelaung sahaja daripada pejabat saya. Jika ke Alamanda, saya akan singgah ke MPH. Dua minggu lepas saya ke Alamanda dan ternampak buku saya ada dijual di sana!. Gembira jugalah kiranya. Saya hbilang buku tersebut, ada 11 naskah. Dalam hati berkata, barangkali MPH beli sedozen dan 1 sudah dijual. Minggu lepas saya ke MPH lagi bersama kawan. Agak malang kerana buku tersebut sudah tidak ada lagi. Hampa kawan saya tidak dapat lihat buku kawannya dipamer di kedai. Tadi saya ke MPH lagi dan memang sah buku tersebut sudah tidak ada.

Pulang ke rumah saya layari portal MPH dan mendapati buku saya dalam carta buku tempatan yang "best seller". Patutlah buku tersebut sudah habis, best seller rupanya. Best giler!.

Friday, July 10, 2009

SENARAI BUKU TERLARIS DI MPH KATEGORI NON-FIKSYEN TEMPATAN

1. Najib Razak: Prime Minister of Malaysia
Author : Chamil Wariya

2. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj: His Life Journey Leading to the Declaration of Independence (1903 - 1957)
Author : E. Yu

3.Indahnya Hidup Bersyariat (Panduan Fardu Ain Lengkap Bergambar)
Author : Dato' Ismail Kamus

4.Buat Duit dengan Blog: Rahsia Menjana Wang Cara Mudah (Bisnes & Pengurusan)
Author : Yazid Yahaya

5.Saya Pun Melayu
Author : Zaid Ibrahim

6.Nak Jadi Jadi
Author : Dr H.M. Tuah Iskandar al – Haj

7.Buat Duit dengan Affiliate (Bisnes & Pengurusan)
Author : Azahari Abdul Rahman

8.Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain
Author : Afareez Abd Razak Al-Hafiz

9.Life is an Open Secret: Ramadan Special - 25 Inspirational Stories from Ordinary Life Experiences
Author : Zabrina A. Bakar

10.Rahsia Pemasaran Facebook
Author : Nasrul Amri Samsudin

11.Catatan Hati Nik Nur Madihah: Kesusahan Bukan Penghalang Kejayaan
Author : Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal; et. al.

12.D is for Depression
Author : Choong Khuat Hock

13.Mahathir Mohamad: An Illustrated Biography
Author : E. Yu

14.Aku Terima Nikahnya
Author : Hasrizal Abdul Jamil

15.Quranic Law of Attraction: Serlahkan Potensi Diri Secara Optimum dengan Kuasa Tarikan Berteraskan Quran
Author : Rusdin S. Rauf

16.Murtad: Jangan Pandang Sebelah Mata
Author : Ann Wan Seng

17.Buat Duit sebagai Ejen Insuran & Takaful (Bisnes & Pengurusan)
Author : Sunthara Segar

18.Nation Before Self and Values that Do Not Die
Author : Yuen Yuet Leng

19.I'm Not Sick, Just a Bit Unwell: Life with Neurofibromatosis
Author : Yvonne Foong

20. Buat Duit dengan Foto (Bisnes & Pengurusan)
Author : Muhamad bin Ali

SIKAP BOS YANG KURANG BAGUS

SAYA sudah bekerja 'makan gaji' lebih daripada suku abad. Dalam tahun-tahun pertama perkhidmatan, sayalah bos, sayalah kuli. Semua kerja saya buat sendiri. Sebabnya? tidak ada orang lain. Kini saya mempunyai hampir 100 orang staf.

BIASANYA saya akan berikan tugas kepada staf setelah saya pasti saya sendiri boleh melakukan tugas tersebut. Kayu ukur saya ialah, jika saya boleh siapkan tugasan tersebut dalam masa 2 hari, staf yang mengambil masa 2 minggu untuk selesaikan tugas tersebut masih dikira OK. Namun jika 2 bulan, memang dia mahu kelentong.

MENGAPA kita agih-agihkan kerja?.
a. mahu cepat
b. kita banyak beban
c. mahu melatih orang bawahan
d. nak tunjuk kuasa
e. lain-lain (nyatakan)

Oops .... semasa menaip entri ini, saya terima SMS daripada seorang staf, katanya dia MC hari ini dan semalam. Hari ini ada mesyuarat penting. Semasa saya jadi kuli dulu, saya pernah dapat MC enam (6) minggu. Bila tima masa mesyuarat, saya bertongkat datang ke pejabat untuk hadir ke mesyuarat. Saya tidak pernah ponteng walaupun satupun mesyuarat mingguan yang telah dijadualkan selama enam (6) tahun saya di situ. Seronoknya bekerja!.

KEMBALI kepada bos dan anak buah. Biasanya saya memberi peluang kepada staf untuk buat kerja yang diagihkan. Jika tarikh tamat sudah hampir dan kerja masih belum disiapkan, apa yang perlu bos buat?.
a. Tengking
b. Minta penjelasan
c. buat memo
d. bos yang buat kerja tersebut
e. lain-lain (nyatakan)

SEMALAM saya selesaikan satu tugasan dalam masa 10 minit sahaja. Tugasan tersebut telah diberikan kepada staf 2 minggu lepas dan memang jelas bahawa semalam adalah tarikh luputnya.

Itulah di antara tabiat bos yang tidak bagus.

Thursday, July 09, 2009

REHAT SEKEJAP

Jom tengok foto

Kiwi Mouse Manipulation Photo by hongkiat.com

Wednesday, July 08, 2009

BUAH TEMPATAN DAN BATUK SELSEMA

SAYA mendapat suntikan pencegahan selsema (babi) dua minggu lepas. Ia adalah pencegahan daripada selsema bermusim dan bukannya selsema babi. Mengikut hukum akal, saya tidak diserang selsema selama mana ubat tersebut masih aktif. Ia itu selama setahun.

Walau bagaimanapun, minggu lepas ada "pesta" makan buah-buahan tempatan. Ada durian, manggis, rambutan dan macam-macam. Saya makan dan lepas itu terus sakit tekak, batuk dan selsema. Penangan buah-buahan tempatan ini lagi hebat rupanya. Barangkali ia memerlukan satu vaksin khas bagi pencegahan penyakit akibat memakan buah-buahan tempatan.

Wallahualam.

Tuesday, July 07, 2009

INDAH KHABAR SEINDAH RUPA?

JAM 11 pagi tadi saya ke Imigresen Pusat Bandar Damansara untuk memperbaharui paspot. Mengapa saya menaiki kenderaan sejam dari Putrajaya ke PBDamansara?. Mengapa tidak perbaharui paspot di Putrajaya sahaja?. Putrajaya tidak menyediakan perkhidmatan ini untuk rakyat biasa. Putrajaya hanya menyediakan perkhidmatan untuk VIP sahaja. Perkhidmatan VIP atau atas urusan kerajaan ini boleh diperolehi dengan m3embawa surat rasmi ataupun anda memang kenal atau mengenali orang-orang Imigresen. Saya memilih untuk tidak menggunakan kemudahan tersebut.

Seperkara lagi ialah, semua orang berkata, paspot boleh disiapkan dalam masa 2 jam sahaja. Apa salahnya menunggu 2 jam?. Dalam kiraan saya, tiba jam 11am, jam 1pm sudah selesai dan saya boleh pulang semula ke Putrajaya untuk mesyuarat pada jam 2.30pm. Saya pergi jam 11am dan tidak jam 7am ialah kerana ada tugasan perlu sehingga jam 10am.

Memang benar, pasport boleh disiap dan diserahkan selepas 2 jam. Tetapi bukan 2 jam selepas tiba. Setibanya, kita ke kaunter penyerahan dan diberi nombor giliran. Kemudian tunggu satu jam lebih sebelum nombor ini dipanggil untuk buat bayaran. Tempoh 2 jam ialah selepas bayaran diterima.

Saya dipanggil jam 12pm untuk buat bayaran dan bermakna jam 2pm baru paspot saya siap. Saya pergi makan dan jam 1.30pm ke kaunter penyerahan yang dinyatakan. Perlu ambil nombor lagi dan nombor yang lebih senior masih tidak bergerak. Saya ambil keputusan untuk balik ke pejabat untuk bermesyuarat dan datang semua esok untuk pungut paspot tersebut.

+ "mengapa tidak guna kiosk?. pasti 2 jam sahaja"
- "mengapa tidak buat kiosk di Putrajaya?".
+- entah.

Monday, July 06, 2009

CEKLIS KE LUAR NEGARA

TUGASAN pada kali ini telah mendapat notis beberapa bulan lebih awal. Sebelum ini ada kalanya notis hanya seminggu, malahan ada yang hanya sehari sahaja diberikan. Berdasarkan kepada logik akal, semua persiapan telah dibuat sebelum keberangkatan. Namun oleh kerana kealpaan diri, ia masih lagi dalam proses:-

1. Penginapan
Memandangkan musim panas sekarang, tempat penginapan dikatakan telah penuh semuanya. Apatah lagi bagi tempoh menginap yang lama. Saya akur sahajalah dengan saranan pihak penganjur. Wangpun telah dihantar sebagai bayaran 100%.

2. Pakaian.
Musim panas, tetapi suhunya adalah 19C. Lebih dingin berbanding musim hujan di Malaysia. Tidak memerlukan pakaian panas. Memadai dengan pakaian biasa sahaja dan sehelai jaket. Juga diperlukan suite untuk majlis penutupan. Sudah terima sepasang suite Piere Cardin dari Parkson tadi.

Pihak penganjur juga tidak memaklumkan (walaupun telah ditanya) akan etika berpakaian semasa berkursus. Belasah sahajalah dengan pakaian santai yang ada.

losyen dan lip gloss masih tetap diperlukan.

3. Makanan
Makan pagi disediakan oleh hotel. Pakan tengahari oleh penganjur. Soalnya: halal?.
Brahim, Maggi dan yang sewaktu dengannya perlu ikut serta.

4. Ubat
Panandol dan yang berkaitan dengannya

5. Duit
MAsih belum tukar lagi ke UKP

6. Bag
Telah disediakan oleh agen. Alamak, 5 pasang baju sudah penuh!. Tidak mengapalah, lima sudah cukup. Nanti kita claim dobi.

7. Passpot
Esok atau lusa akan diuruskan. Sibuk!!!

8. Peta.
Masih gagal dapatkan peta UK versi Garmin. Nampaknya terpaksa guna googlemap sahajalah, atau beli peta kertas.

9. London ke Worthing
bercadang untuk menaiki teksi walaupun mahal. Sebabnya jika naik 3 keretapipun, dapat penat sahaja, tuntutan sama sahaja.

10. Worthing Leeds
Masih belum buat keputusan untuk ke Leeds/Sheffields samada dengan keretapi, bas atau sewa kereta. Kemungkinan besar gunakan keretapi dan sampai di Sheffields jam 1 pagi.

11. Eropah?
???

12. Kajian kes
Masih belum difikirkan lagi.

13. Buku
Bercadang untuk habiskan sebuah novel dan sebuah travelog.
Bercadang untuk siapkan penulisan Travelog UK.

14. Selsema Babi
Sudah dapat suntikan pencegahan dan tadi telah terima mask dari hospital. Terima kasih!


15. APA LAGI EK?.

Saturday, July 04, 2009

SABTU TERAKHIR

HARI ini adalah merupakan Sabtu terakhir dalam siri Travelog UK saya. Sabtu lagi satu saya akan terbang ke UK sekiranya semuanya berjalan lancar.

Tiket penerbangan sudah lama di tangan. Beg sudah dihantar oleh agen penerbangan. Yuran pengajian sudah dibayar oleh penaja. Hotel penginapan telah ditempah dan bayaran penuh telah dibuat. Apa lagi yang bakal menghalang?. H1N1. Beberapa kementerian telah membatalkan semua program ke luar negara. Jika saya dikenakan sekatan tersebut, saya akur.

Sebenarnya masih banyak lagi persiapan yang belum saya buat. Paspot masih belum diperbaharui. Mungkin esok (Ahad) ataupun paling lewat Isnin. Nasib baik visa tidak diperlukan. Melihat-lihat suhu di sana, hmmmm 19C. Sejuk jugalah, walaupun dalam musim panas sekarang. Ramalan cuaca dan waktu sembahyang telah dimuat turun.

Sesampainya di London, belum pasti lagi mod pengangkutan untuk ke Worthing. Teksi, bas atau keretapi. Barangkali nak teksi sahaja, walaupun mahal pendahulaun diri mesti dihabiskan juga. Telah meminta penganjur di sana uruskan pengangkutan, tetapi belum mendapat maklumbalas.

Aktiviti hujung minggu nanti ialah untuk ke Leeds dan Sheffields. Beratus batu ke utara. Mod pengangkutan yang ada ialah bas (UKP50), keretapi (UKP100) atau sewa kereta (UKP50 sehari). Kemungkinan besar naik keretapi dan akan tiba di Sheffield atau Leeds jam 1am. Masa inilah kita perlu susahkan kawan di sana. Harap-harap Manan dapat menunggu seawal jam 1am Sabtu itu. Program hujung minggu ialah ke Leeds untuk bertemu kisal silam.

Pakaian yang sesuai, bekalan makanan dan banyak lagi masih belum disediakan. OK ya .... saya hendak ke kedai mencari dua helai seluar.

Jumpa lagi!.

Friday, July 03, 2009

INTIM: INFRA TARAF DUNIA, MENTALITI TARAF?

SELAMA empat (4) hari kami berkursus di INTAN Wilayah Timur atau INTIM. Lokasi ini baru sahaja menjadi tuan rumah kepada persidangan perkhidmatan awam komanwel beberapa hari sebelum itu. Pengarahnya berkata, kilauan lantai masih lagi dapat dirasai oleh kami. Kemudahan yang disediakan kepada kami adalah WOW !. Lebih hebat daripada hotel-hotel di Pantai Timur. Lokasinya betul-betul di tepi Laut Cina Selatan. Kapal-kapal berlabuh bagaikan kereta menunggu di plaza tol lagaknya.

Selepas kursus, saya memandu lebih 100km untuk pulang ke kampung, menjenguk emak barang semalam. Tiba di rumah, saya perasan yang telefon bimbit (kedua) saya tidak ikut bersama. Fikir-punya-fikir punya fikir, sahlah ia ditinggalkan di bilik asrama.

Dipendekkan cerita, pagi tadi semasa dalam perjalanan balik semula ke KL, saya singgah di INTIM dan mengambil semula Treo 680 saya. Jodoh kami masih panjang.

Kebetulan hari ini (Jumaat, hari cuti di Terengganu), beratus-ratus calon PTD sedang menghadiri sesi PAC (PTD Assesement Centre). Pegawai yang menjaga hal ehwal domestik di situ berkata, "memang banyak barang tertinggal dan jarang sangat yang tidak ditemui semula oleh pemiliknya. Insyaallah selamat".

Inilah yang dikatakan Infrastruktur Kelas Dunia, Minda Kelas Planet!.

Terima kasih Tuan Haji Abdul Rahman, Pengarah INTIM.

Thursday, July 02, 2009

APA PERLUNYA KURSUS?

SAYA sedang berkursus. Hari ini adalah hari terakhir. Peserta kursus semuanya merupakan kawan lama, tidak kurang 20 tahun bekerja. Apa perlunya kursus?

1. jumpa kawan
2. keluar dari pejabat
3. rehat daripada kerja di pejabat
4. dapat idea baru
5. makan, makan, makan
6. hadiah daripada bos kerana sudah penat bekerja.

"orang bijaksana datang berkursus menyediakan diri mereka bagaikan gelas yang kosong"

"30% kursus dan 70% pembangunan adalah indikator yang baik bagi sesebuah organisasi"

"Jepun memberi kursus kepada staf mereka yang berkaitan dengan kerja sahaja dan diberi oleh staf dalaman yang mahir"

"terdapat rose dalam sekumpulan kumbang"

Wah penatnya berkursus...

Wednesday, July 01, 2009

BAGAIMANA ENTRI MASUK FACEBOOK?

Saya ingin sebarluaskan entri blog ini ke Facebook. Bagaimana ya?.


1. Rosli Hanip at 10:50am June 30
ada guna method automic blogging, http://www.roslihanip.com/go/autoblog.html

2. Aku Yaman
Aku Yaman at 10:52am June 30
go to "note" ada option utk upload blog trus ke FB ..

3. Hasbullah Pit at 11:18am June 30
Profil, tetapan, pilih icon rss & godek