Wednesday, August 29, 2012
KOPI ITU RACUN
SAYA perhatikan di negara kita ini terlalu banyak jenama kopi. Macam-macam ada. Ada kopi tongkat ali, kacip fatimah, ginseng, misai kucing, organik, dan 1001 jenis kopi lagi.
Namun saya fikir, tidak ada satu jenama kopi dari Malaysia pun yang berjaya diekspot ke luar negara.
Masyarakat Malaysia memang sukakan kopi, bukan kopi biasa, tetapi kopi "berkhasiat". Sebenarnya menurut doktor saya, peminum kopi begini sangat memudaratkan diri. Kesemua kopi sebegini mengandungi racun berjadual. Ia boleh merosakkan tubuh badan kita. Contohnya begini, kopi tongkat ali misalnya. Dari mana Tongkat Ali diperolehi dengan banyak? dari ladang atau dari kilang?. Jika dari ladang, bagaimana sukatannya dan mana ladangnya?. Kebanyakannya dari kilang dan ketahuilah ia sebenarnya bukan Tongkat Ali (atau apa-apa sahajalah), tetapi bahan kimia (dan sebahagiannya beracun). Begitulah keadaannya.
Dulu saya ada juga minum kopi-kopi begini. Harganya memang sangat mahal. Kononnya untyuk sihat dan cergas. Melancarkan perjalanan darah. Menurunkan darah tinggi, dan macam-macam lagi. Sebahagiannya mungkin benar, tetapi ia memberi kesan kepada yang lain.
Saya sudah membuat ujian darah dan didapati terdapat pelbagai benda-asing yang merbahaya dalam darah saya selepas meminum kopi-kopi begini dalam sebulan dua.
Doktor saya menasihatkan saya, jika mahu minum kopi, minumlah kopi yang asli. Ia itu kopi yang tidak dicampur dengan apa-apa ramuan yang mengarut ini. Pilihlah kopi dari jenama apa sekali pun, mengikut selera dan cita rasa, tetapi bukan yang karut-marut ini. Ia beracun.
* Dunia menghasilkan 100 juta bag (132 lb setiap satu) setahun. Maknanya setiap orang boleh minum 100 cawan kopi setahun.
Saturday, August 25, 2012
SELSEMA
KAWAN-kawan yang mengenali saya mengatakan saya ini selsema sepanjang tahun. Sebenarnya tidak begitu. Dalam setahun, barangkali adalah sebulan yang saya bebas dafri selsema, atau lebih tepat lagi hidung tersumbat.
Beberapa bulan yang lalu, saya bebas sepenuhnya daripada selsema. Namun, saya tidak ingat apa yang saya buat atau makan sebenarnya. Ini adalah kerana saya mengambil dua jenis suplimen secara "proof of concept (POC)" selama 3 bulan. Ia ity Xango dan Juice Plus.
Xango adalah pati (termasuk kulit) buah manggis. Juice plus pula adalah pelbagai jenis buah dan sayur-sayuran.
Kini saya ingin ambil salah satu daripada suplimen ini secara berkekalan. Dari segi logiknya, Juice Plus adalah lebih munasabah rasanya, tetapi entahlah.
Doktor pula berikan saya ubat selsema untuk dimakan dalam masa 6 minggu.
Yang mana satu ya? ....
Beberapa bulan yang lalu, saya bebas sepenuhnya daripada selsema. Namun, saya tidak ingat apa yang saya buat atau makan sebenarnya. Ini adalah kerana saya mengambil dua jenis suplimen secara "proof of concept (POC)" selama 3 bulan. Ia ity Xango dan Juice Plus.
Xango adalah pati (termasuk kulit) buah manggis. Juice plus pula adalah pelbagai jenis buah dan sayur-sayuran.
Kini saya ingin ambil salah satu daripada suplimen ini secara berkekalan. Dari segi logiknya, Juice Plus adalah lebih munasabah rasanya, tetapi entahlah.
Doktor pula berikan saya ubat selsema untuk dimakan dalam masa 6 minggu.
Yang mana satu ya? ....
Friday, August 24, 2012
TERLEBIH POTASIUM
PAGI tadi saya ke hospital dan..
Dr: Potasium dalam darah awak berlebihan, terlalu tinggi, tersangat tinggi. Harap hentikan makan pisang.
Saya: Saya banyak makan pisang apabila saya kayuh basikal Dr.
Dr: Untuk apa?.
Saya: Pisang memberikan tenaga yang segera.
Dr. Mungkin benar, tapi dalam kes awak, carilah cara lain. Jangan makan pisang lagi.
Saya: Baiklah Dr.
+++ Sumber Potasium:
Potassium wujud hampir pada semua bahagian dalam haiwan dan tumbuhan asli, dan terdapat dalam hampir semua makanan yang kita makan. Dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mana kaya dengan potassium dapat menambah pengambilan potassium. Buah-buahan yang kaya dengan potassium termasuklah pisang, limau, jus limau, anggur, jus anggur, tembikai, prun, peach, pear, dan avocado.
Sayur-sayuran yang kaya dengan potassium termasuklah mentimun, ubi kentang. kobis, kacang, kacang peas dan tomato.
Lain-lain sumber potassium yang baik ialah hasil susu dan daging termasuk daging lembu, kambing, ayam dan ikan.
==> Kekurangan potassium boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan.
Tekanan mental, denyutan jantung tidak normal.
Kulit kering, tekanan darah rendah.
Sembab, terdapat protin dalam air kencing, dan kejang otot.
** Jika terlebih Potasium, apakah masalahnya?
--> Terlalu banyak Potasium boleh menyebabkan otot dan saraf rosak, yang membawa kepada denyutan jantung tidak teratur. Tanda-tanda lain adalah kekejangan perut, muntah, cirit-birit, pendarahan gastrousus, kekejangan otot, cepat marah, keletihan, nadi benang dan kegagalan jantung. Ia juga boleh menyebabkan kulit pada tangan, kaki dan lidah untuk menggelenyar dengan sensasi "pin dan jarum".
Sunday, August 12, 2012
PERHIMPUNAN BULAN OGOS
SEBAIK sahaja mendapat undian tugasan ini awal tahun ini, saya agak ligat juga memikirkan tema perhimpunan. Ogos adalah bulan kemerdekaan, puasa dan raya. Apa tema yang sesuai?. CTI - Cepat, Tepat Integriti baharu sahaja diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri. Sesuaikan tema ini?. Ah ia terlalu tinggi, lagi pun ada bahagian yang akan terbitkan buku mengenainya.
Apa kata jika huruf P.E.M.A.T.U.H.A.N dicarikan akronimnya dan dibuat tema?. Terlalu panjang pula.
Saya juga ada buat survey di Facebook mengenai cadangan tema "patuh dan selamat". Ada yang mencadangkan 3M - Mendengar.Mengamal.Mematuhi. Kebanyakannya tidak setuju sebab macam Stop.Look.Go. Akhirnya "Patuh & Selamat" dipilih.
Sebaik sahaja selepas perhimpunan bulan Julai, kami mula bergerak. Terus bergerak. MAsing-masing dengan tugasan masing-masing. Cuma dua kali raptai. Selesai.
Terima kasih banyak kepada semua anak buah yang memang cekal dan dedikasi.
Nyanyian Lagu Negaraku.
Ucapan alu-aluan yang sangat ringkas dari saya
Buku kompilasi Tip Keselamatan ICT oleh ICTSO diserahkan kepada KP
Penyerahan kad raya gergasi warga BPICT
Krew BPICT
Apa kata jika huruf P.E.M.A.T.U.H.A.N dicarikan akronimnya dan dibuat tema?. Terlalu panjang pula.
Saya juga ada buat survey di Facebook mengenai cadangan tema "patuh dan selamat". Ada yang mencadangkan 3M - Mendengar.Mengamal.Mematuhi. Kebanyakannya tidak setuju sebab macam Stop.Look.Go. Akhirnya "Patuh & Selamat" dipilih.
Sebaik sahaja selepas perhimpunan bulan Julai, kami mula bergerak. Terus bergerak. MAsing-masing dengan tugasan masing-masing. Cuma dua kali raptai. Selesai.
Terima kasih banyak kepada semua anak buah yang memang cekal dan dedikasi.
Nyanyian Lagu Negaraku.
Ucapan alu-aluan yang sangat ringkas dari saya
Buku kompilasi Tip Keselamatan ICT oleh ICTSO diserahkan kepada KP
Penyerahan kad raya gergasi warga BPICT
Krew BPICT
Wednesday, August 08, 2012
30 TAHUN KERJA: APA YANG SAYA DAPAT?
DI SINI saya ingin senaraikan apa-apa faedah yang saya dapat selama 30 tahun bekerja. Ia sekadar rekod, bukan untuk tujuan lain. Jauh sekali tidak bersyukur dengan apa yang ada.
1983-1989 JKR:
+Tempat pertama kerja ini saya mendapat banyak ilmu, ramai kawan dan semangat untuk bekerja. Saya adalah pegawai ICT pertama di sini. Saya juga banyak menghadiri kursus di INTAN untuk mengutip ilmu dan kepakaran.
1989-1990 JPA:
+Di sini saya berpeluang naik kapalterbang buat pertama kali. Saya keluar negara buat pertama kali. Saya diberikan peluang hadir kursus System Engineer selama enam bulan di Okinawa International Center (OIC).
+Pulang dari Jepun saya mendapat kenaikan pangkat, memangku Tingkatan Kanan.
1990-1996 JPJ:
+Saya bekerja kuat di sini seperti jabatan-jabatan sebelumnya. Di sini saya perolehi lesen memandu kelas "E". Sayangnya saya tidak sempat ambil lesen "B" kerana semua staf sudah ada lesen "B".
+Di sini saya berpeluang pergi ke seluruh JPJ negeri. Naik kapalterbang. Memandu dan tidur di hotel-hotel di mana mesyuarat atau lawatan diadakan.
+Saya mengakhiri perkhidmatan di sini dengan menyambung pelajaran ke peringkat sarjana di UK.
1997-2002 JAN
+Di JAN saya mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang yang pertama setelah lebih 18 tahun berkhidmat. Di sini juga saya berpeluang bekerja di syarikat swasta selama dua tahun dalam projek pembangunan EGAG.
+Buat pertama kali berpeluang ke USA, menghadiri kursus.
2003 HOSPITAL SELAYANG
+Tempoh perkhidmatan di sini terlalu pendek, namun saya berjaya menyakinkan pihak pengurusan hospital dan mengenali doktor-doktor pakar di sini.
2003-2005 MITI
+Saya berjaya memperkenalkan konsep bari pengurusan projek.
2005-2010 KKM
+Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
*Berpeluang ke bilik Ketua Setiausa Negara (KSN) kerana masalah rangkaian
+Menghadiri kursus CIO di Boston, USA
+Menghadiri lawatan ke MOH New Zealand
+Kenaikan pangkat ke JUSA.
2011-KINI.
?
Tuesday, August 07, 2012
MOOD DALAM PEKERJAAN
SAYA pernah bertanya kepada bos saya "mengapa tidak ambil opsyen betrsara 60 tahun?".
Dia jawab "belilah peluang orang muda pula bekerja. Takkanlah dah tua-tua pun masih nak bekerja. I dah tak tahan lagi dengan tekanan kerja. Mana ada kehidupan jika umur 60 tahun masih bekerja?".
Senior saya dalam perkhidmatan Kerajaan ada berkata "Penjawat Awam di zaman British lagi baik berbanding selepas merdeka. Semasa British, semua kuli kerajaan diberikan tanah. Dapatlah seekar dua seorang. Kini tanah I hanyalah tapak rumah I itu sahajalah yang dibeli dengan pinjaman perumahan kerajaan". Akhirnya beliau berhenti dan menyertai sektor swasta.
Saya bertanya dengan seorang staf saya "Apabila bersara nanti nak buat apa?". Dia memilih untuk bersara awal.
Jawabnya "saya nak berehat, nak belajar agama dan bergiat dalam NGO".
Saya bertanya khabar pula kepada staf saya yang telahpun bersara. Dia juga bersara pilihan. Katanya "saya bahagian sekarang. Tiada lagi tekanan. Tiada lagi deadline. Saya tidak buat apa-apa pun, sekadar menolong anak saya yang buat bisnes online".
Begitulah serba sedikit kisah orang bersara.
Sudah hampir 30 tahun saya mengabdi diri menjadi kuli Kerajaan. Sebahagian besar daripada tempoh tersebut berjalan tanpa apa-apa masalah. Saya suka bekerja. Saya risau jika tidak bekerja. Di awal-awal perkhidmatan saya, saya datang ke pejabat pada hari Ahad semata-mata untuk belajar Komputer Mikro (sebelum PC dikeluarkan). Saya buta kayu langsung pasal PC dan Apple II pada masa itu. Maklumlah semasa belajar, saya menggunakan mainframe.Saya berjaya menguasai kesemua bidang teknikal yang dibawah kawalan saya.
Setelah senior sedikit, saya masih kuat dan rajin bekerja. Saya rindukan kerja. Saya suka datang kerja. Saya tidak pernah tinggalkan satu pun mesyuarat projek. Hatta semasa saya sakit dan diberikan cuti sakit oleh doktor, saya datang ke pejabat bertongkat semata-mata untuk hadir mesyuarat. Saya menguasai segala-gala bidang pekerjaan saya pada masa itu.
Seterusnya apabila menjawat jawatan 'middle management', saya ditukarkan ke sebuah kementerian yang bagi saya terlalu rigid. Serba tak kena. Marah, maki, tengking adalah perkara biasa. Saya tak tahan. Nasib baik tidak lama. Saya ditukarkan ke kementerian lain.
Di kementerian ini saya OK. Sangat OK walaupun ramai berpendapat saya dan siapa sahaja di situ tidak boleh servive. Akhirnya saya dinaikkan pangkat ke pengurusan tertinggi setelah enam tahun di situ. Semangat kerja masih jitu. Masih padu. Sesibuk mana pun, saya tidak pernah sekali pun ponteng mesyuarat pasca kabinet. Saya happy. Sayang cuma setahun sahaja di situ sebelum ditukarkan ke tempat lain.
Kini saya mencari erti sebenar sebuah kehidupan. Di manakah kehidupan. Ramai yang berpendapat, bersara dengan aktiviti kecil-kecilan dan melakukan hobi sendiri adalah merupakan sebuah kehidupan.
Saya sangat setuju.
Monday, August 06, 2012
MOOD DALAM PENULISAN
Subscribe to:
Posts (Atom)