Labels

Tuesday, October 31, 2006

HARI RAYA NANG

HARI ini, Selasa bersamaan  8 Syawal adalah Hari raya Nang (Hari Raya Enam), yang lazimnya disambut dengan meriah sekali di Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu, Semenanjung Malaysia. Pada lazimnya, orang Islam di negeri berkenaan akan menyambut kedatangan 1 Syawal seperti orang lain juga, iaitu bersembahyang raya, berziarah, bermaf-maafan dan sebagainya. Pada keesokan harinya, iaitu hari raya ke-2, mereka terus berpuasa Sunat 6 Hari bulan Syawal, selama enam hari berturut-turut. Jadi, pada hari ini, 8 Syawal adalah hari raya buat mereka yang berpuasa enam hari selepas hari raya yang pertama.

Adakah keadaan ini berlaku di negeri anda? (samada negeri Melayu Bersekutu ataupun Negeri Melayu Tak Bersekutu?).



--
http://mba2u.blogspot.com
http://perjasa.net
http://myjica.net

Monday, October 30, 2006

KERJA KERJA KERJA (MAKAN GAJI)

HARI ini kat ofis masih lagi sunyi. Dah ramai yang pulang semula ke pejabat, namun masih ramai yang menyambung cuti lagi. Ah biasalah tu, yang datang bekerjapun masih dalam mood raya lagi. Dan, macam biasa jugalah kerja memang dah menimbun menunggu tuan dia datang bereskan saja. Mengapa kerja bertimbun-timbun untuk dibereskan?. Entahlah labu....

A. Memang banyak kerja
B. Tidak ada orang lain nak buat kerja
C. Awak tak reti kata "NO"
D. Kerja tu memang suka kat awak, nak buat macamana

SEBULAN berpuasa, kononnya nak ambil cuti sehari pada setiap minggu. Namun dalam bulan puasa lagi banyak kerja yang tiba. Ada kalanya sampai lima kali meeting (kerja?) dalam sehari. Mentang-mentanglah tak makan....

INILAH nasib orang yang kerja makan gaji. (Ada kerja ada gaji). NAmun ramai juga orang yang walaupun kerjanya makan gaji, tapi asyik curi tulang (itu anjing namanya) atau asyik goyang kaki saja (tak percaya? cuba tanya tukan jahit).

RAMAI yang tak faham bahawa kerja ini adalah suatu amanah. Dulu pak sedara saya ialah seorang serviceman. Salah satu daripada tugasnya ialah membuka (memasang?) lampu jalan apabila hari gelap (malam) dan menutupnya kembali setelah hari cerah (siang). Dulu di Cabang Tiga, Kuala Terengganu tidak ada lampu jalan yang menyala secara automatik. Walau kemanapun dia pergi, time hari nak gelap dia akan kembali untuk pasang lampu dan menutupnya bila hari siang. Jika ada darurat dan keuzuran, dia akan amanahkan kepada orang lain yang dipercayainya untuk tugas tersebut.

Orang muda sekarang macamana?. Pagi tadi berkobar-kobar nak datang bekerja subuh-subuh hari. Tengok-tengok bilik dikunci dengan kunci yang luarbiasa (untuk keselamatan konon). Dan yang paling bestnya ialah pemegang kuncilah yang datang paling lewat ke pejabat. Di manakah amanah?.

Sunday, October 29, 2006

TAHUN PERSAHABATAN JEPUN MALAYSIA 2007

MENGAPA 2? (BUKAN 3 ATAU 4)

KAHWINLAH kamu 2,3 atau 4. Tetapi jika khawatir  kamu tidak boleh berlaku adil, memadailah dengan SATU sahaja.

Mengapa ada Majlis Perbandaran yang membuat polisi 2 ORANG dari satu keluarga boleh menjadi ahli majlis? Jika dah ada polisi, macamana ada juga 3 sekeluarga yang jadi ahli majlis? (Buat polisi dulu atau lantik dulu dan polisi dibuat kemudian?).

Lepas ini patutnya kena ada polisi pula, tidak boleh lebih dari 2 orang ahli keluarga yang boleh menjadi ahli kabinet.
ha ha ha ha.

-- posting dari e-mel.


--
http://mba2u.blogspot.com
http://perjasa.net
http://myjica.net

AIDILFITRI JUGA ADA KORBAN

BERATUS orang pengguna jalan raya telah meninggal dunia akibat kemalangan sempena dengan OPS SIKAP yang masih lagi berjalan. Setiap tahun, setiap kali ada perayaan, maka akan adalah (bukan sikit, malahan berkali ganda) kes kemalangan maut di negara kita. Inilah korban perayaan,

nak buat macamana?.

-- posting melalui e-mel.


--
http://mba2u.blogspot.com
http://perjasa.net
http://myjica.net

Saturday, October 28, 2006

KEMASKINI BLOG GUNA E-MEL

1. Compose Mail
2. Send mail
3. SELESAI

--
http://mba2u.blogspot.com
http://perjasa.net
http://myjica.net

TREO 750V DAH TIBA


PALM Inc (Palm), Celcom (Malaysia) Bhd (Celcom) dan Microsoft mengumumkan telefon pintar Palm Treo 750v kini boleh didapati di Malaysia, sekali gus membolehkan pengguna merasai pengalaman pertama Palm pada Windows Mobile 5.0 Windows melalui sistem rangkaian tanpa wayar 3G/UMTS.

Produk berkenaan boleh didapati November ini melalui rakan niaga Vodafone di Malaysia iaitu Celcom.

Treo 750v membolehkan Palm mensasarkan pengguna di sektor perniagaan dengan platform e-mel push sperti MSFP Microsoft yang merangkumi teknologi penolakan terus dan ciri sekuriti yang dipertingkatkan.

Produk tersedia untuk perniagaan itu memenuhi keperluan platform push-email yang lasak yang boleh digunakan secara mudah oleh perniagaan kecil hingga ke enterpris global.

Treo 750v menggabungkan pengalaman Palm hallmark pelbagai ciri telefon mudah alih dengan e-mel, mesej, brouser web dan perisian organisasi dalam semua konsep reka bentuk baru.

Naib Presiden Kanan, Pembangunan dan Strategi Korporat Celcom, Azwan Khan Osman Khan, berkata Treo 750v sesuai untuk pengguna perniagaan dan korporat.

Katanya, produk itu melambangkan komitmen Celcom dalam menyediakan rumusan mudah alih komprehensif dalam memenuhi keperluan komunikasi rakyat Malaysia.

Palm 750v dengan harga runcit RM2,988 ini menambahkan lagi portfolio produk dan perkhidmatan inovatif hasil kerjasama dengan Vodafone.

Perkhidmatan lain yang sudah diperkenalkan Celcom melalui pakatan Vodafone termasuk akses selari ke perayauan antarabangsa Vodafone dan perkhidmatan HSDPA seragam.

Telefon pintar Treo berasaskan Windows Mobile daripada Palm ini menyediakan kepada pengguna dengan kombinasi perisian yang hebat dan penggunaan edisi Windows Mobile 5.0 Pocket PC Phone ini memberikan banyak manfaat kepada pengguna.

Antara ciri itu ialah peningkatan produktiviti dengan Outlook Mobile, penyeragaman menggunakan maklumat Outlook, pejabat mudah alih yang membolehkan pengguna melihat dan menyunting fail Microsoft Word dan Excel.

Ia juga kaya dengan keupayaan multimedia terutama terdapatnya Windows Media Player 10 Mobile untuk muzik dan video di samping A2DP yang menyokong stereo Bluetooth.

Treo 750v mengintegrasikan SMS/MMS, digital kamera dengan 1.3 mega piksel, tersedia dengan teknologi tanpa wayar Bluetooth, skrin sesentuh yang menjadikan mengakses Internet lebih seronok dan slot pengembangan mini-SD.

Friday, October 27, 2006

GADO-GADO HARI RAYA



BIASANYA pada hari raya tidak dihidangkan gado-gado, tetapi sebelum raya ada gaduh-gaduh ke mana nak balik raya.

Wednesday, October 25, 2006

PERJALANAN

Dari utara singgah sebentar di Kajang
Dari Kajang terus ke Timur.

Selamat hari raya, hati-hati di jalanraya.

Tuesday, October 24, 2006

YA ALLAH

YA ALLAH. Rahmatilah pembacaku ini dan keluarganya. Sihatkan ia, panjangkan umurnya dan murahkan rezekinya. Ampuni dosanya dan berkatilah amalannya, semoga bertemu Ramadhan yang akan datang, Insyaallah. Salam Idulfitri. Maaf Zahir Batin.

Monday, October 23, 2006

YA ALLAH

ya Allah, kau ampunilah pembacaku dan keluarganya. Kau panjangkan usia mereka dalam keberkatan, kau murahkan rezeki baginya, kau permudahkan segala urusan bagi mereka. kau rahmatilah hidup mereka, semoga dapat menikmati ramadhan yang akn datang.

slmat hari raya, maaf zahir batin.

Sunday, October 22, 2006

BALIK KAMPUNG

PERJALANAN dari KL utara mengambil masa 2X ganda daripada biasa.
Kesesakan lalulintas macam tahun-tahun lepas juga.

Balik kampung....

BALIK KAMPUNG

ahad: kesesakan lalulintas dari kl ke utara

Saturday, October 21, 2006

KENANGAN RAMADHAN

LIMA tahun di Seri Petaling, lima belas tahun di Keramat dan kali ini Ramadhan di Kajang. Ada sesuatu yang istimewa di sini. HIngga malam-malam terakhir, jemaah terawih masih memenuhi surau. Tidak seperti biasa di lain-lain tempat yang terdahulu, jika di hujung-hujung Ramadhan ini, mungkin tinggal beberapa saf sahaja jemaah.

selamat tinggal Ramadhan

Friday, October 20, 2006

SALAM AIDILFITRI

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
kepada semua pembaca.
kepada yang akan pulang (atau sedang dalam perjalanan)
berhati-hati memandu
Ingat..... hampir semua barang NAIK harga menjelang hari perayaan ini,
kecuali SPEED LIMIT saja yang TURUN
Ingat!..... speed limit di musim perayaan ini ialah 80kmj.


Hari ini MBA masih kerja lagi, sure ofis dah lengang ni.

Semalam bercuti. Pergi mesyuarat kat kedutaan. Meeting pasal "The 50th Anniversary of the Establishment of Diplomatic Relations Between Japan and Malaysia". Meeting ini dihadiri oleh myJICA, PAMAJA, ALEPS, AOTS, KABESA, JLSM dan Fukuoka Consolate.

Selamat hari raya again, maaf zahir batin.

Thursday, October 19, 2006

HATI dan HATI-HATI




SEMUA orang ada hati dan perasaan (ada hati tuuu...)
Jika kita sakit hati orang lain juga begitu. (hati-hatilah sikit kawan...)
Bila bergurau tu berpadalah, nanti ada yg kecil hati
Kalau dah terkena tu janganlah ambil hati
Relaks, cuma senyum..... jangan makan hati


Inilah suara hati saya:-
Saya cuba hati-hati menulis kat sini.
(sampai hati Anynomous komen saya ni busuk hati)
Jika ikut hati, saya delete saja ruang komen tu. Tapi saya tak sampai hati.
Jadi, dengan berat hati saya terpaksa moderate ruangan komen blog Suara Hati ini.

Selamat Hari Raya
Raikan dengan ikhlas hati
Maafkan saya. Jangan simpan di hati
Jangan ambil hati
Hati-hati memandu

Wednesday, October 18, 2006

"TIADA APA YANG PERLU DIRAGUKAN LAGI" TAMBAH MERAGUKAN

SAYA menerima komen bagi entri yang terdahulu yang berbunyi begini "Tiada apa yang perlu diragukan lagi".

SYUKUR Alhamdulillah ia tida lagi meragukan. Kelmarin dulu ia halal, kelmarin ia haram, hari ini tidak meragukan lagi, ia halal semula. Malahan dengan gahnya ia menegaskan bahawa ia memang suci-bersih semenjak dulu-dulu lagi dan sentiasa menjaga kesucian dan kebersihannya. Markahpun dapat A+. Jaminan "tiada apa yang perlu diragukan lagi" diberikan oleh seorang 'ustaz' yang khabarnya menjadi pengguna setianya. Malahan menambah lagi bahawa momokan terdahulu adalah dibuat oleh syarikat pesaing yang iri hati dengan kejayaannya.

Pernyataan sebegitu tambah meragukan saya. Jika ustaz yang terkenal kat kampung saya kata ini halal, ini haram, ia hanya berdasar kepada ilmunya dari Quran dan Hadis yang dia berlajar sahaja. Hukum itu kekal, iaitu yang halal itu jelas yang haram itu jelas, yang syubhah itu mesti ditinggalkan. Selain daripada itu hendaklah diserahkan kepada pakarnya. Jika nak mengatakan bahawa hi-fi itu halal atau haram mestilah setelah diperiksa oleh pakarnya dan pernyataan dikeluarkan oleh majlis atau lembaganya. Masakan orang persaorangan, seperti tok guru kat kampung saya yang ditaja oleh taukehnya boleh beri terus hukumnya. Apatah lagi jika menuduh pesaing yang buat hal pulak. Ia memang meragukan saya.

Saya tak mahu dengar hi-fi lagi. Cukup dengan siaran mono saja.

Tuesday, October 17, 2006

PalmOS


Treo 680 akan dilancarkan pada pertengahan Oktober ini di US dan menjelang Disember dah terjual di Malaysia. Entri-level, tanpa wifi, tanpa 3G. Namun PalmOS adalah segala-galanya.


"Tidak ada mobile OS yang lebih baik dari PalmOS. WindowsMobile5.0 nak jadi macam PC, ah mengarutlah. Symbian hanya sesuai untuk handphone, bukan PDA. Linux? belum pernah cuba".

Seorang kawan telah diberi amaran oleh kawannya setelah dia beli Treo 650. "Kamu tidak akan beralih lagi kepada phone lain setelah menggunakan Palm, melainkan kepada Palm juga".

"PalmOS adalah segala-galanya bagi PDA-Phone. Bukan Phone-PDA"

Monday, October 16, 2006

UNDANG-UNDANG TETAP UNDANG-UNDANG

DALAM perjalanan ke tempat kerja pagi tadi, rasanya enam buah kenderaan terlibat dalam kemalangan. Akibatnya jalan raya sesak beberapa kilometer dan beratus-ratus(jika tak beribu) yang tiba lambat ke pejabat. Mengapa kemalangan tersebut berlaku? Sebabnya mudah: pengguna jalan raya tidak mematuhi undang-undang jalan raya.

Undang-undang menyebut, jika kenderaan dipandu 70kmj, pemandu hendaklah menjarakkan 7 kenderaan daripada kenderaan di hadapan. Kalau-kalau kenderaan di hadapan brek secara mengejut, ada masa untuk kenderaan di belakangnya berhenti dengan selamat sebelum melanggar kenderaan di hadapannya. Namun pemandu manakah di Malaya ini yang sanggup mematuhi undang-undang sedemikian?. Saya rasa tidak ada, kecuali pelajar memandu yang belum tahu lagi nak masukkan gear. Namun undang-undang tetap undang-undang.

Begitu jugalah dengan urus tadbir. Kerajaan kata buat bayaran kepada kontraktor dengan cepat. Ini tidak bermakna untuk melanggar peraturan atau potong Q. Urus tadbir tetap perlu dipatuhi, jika tidak tidak siapa yang dapat menolong anda jika terkena.

Thursday, October 12, 2006

APA KATA SURVEY


SURVEY merumuskan bahawa 50% daripada pembaca blog saya memiliki telefon biasa. 17% menggunakan smartphone Windows, 17% lagi menggunaka smartphone Symbian, 6% menggunakan smartphone Palm dan 6% lagi tidak menggunakan handphone. Wow!

Bagi yang menggunakan sebarang handphone, blog saya boleh dilayari menggunakan handphone saya di alamat http://wap.mba4ever.com

Syaratnya cuma handphone anda perlu wap-enable. Mudah bukan?. Jadi bila balik raya nanti, anda masih lagi boleh bertandang ke sini walaupun tanpa Internet. Memadai dengan handphone sahaja.

Wednesday, October 11, 2006

URUSNIAGA MELALUI INTERNET

SEMALAM saya menerima dua bungkusan pos. Pertama dari Hong Kong, pembelian aksesori telefon dari ebay dan satu lagi dari N.Sembilan, pembelian buku dari Ujanailmu.

Apa yang ingin saya kongsikan ialah mengenai pembelian melalui ebay. Saya membeli sebuah smartphone baru (terbaru) yang masih belum dijual aksesorinya di Malaysia. Lantas saya ke ebay dan menemui beberapa aksesori. Saya klik dan berjaya mendapatkannya dengan harga cuma UKP0.01 Ya dengan 1 pence saya berjaya mendapatkan 2 casing dan diberikan 1 car charger dan 1 holder. Jikan 1 UKP bersamaan dengan RM6, maka saya hanya berbelanja 60 sen untuk membeli aksesori tersebut. Dalam perkiraan saya, car charger yang dihadiahkan tersebut sudah bernilai sekitar RM60. Beruntung sangatkah saya? Tidak juga, sebab saya perlu berbelanja UKP4.95 lagi untuk bayaran pos. Rugikah penjual? Rasanya tidak juga, sebab penjual ini banyak lagi barang untuk dijual dan strategi pemasarannya memang bagus. Walau bagaimanapun setelah dikira dicongak tolak campur, keempat-empat barangan tersebut adalah terlalu murah saya perolehi. Untung!!!.



NAMUN saya juga pernah ditipu semasa membida dan membeli di ebay. Saya telah kehilangan charger bagi kamera digital Sony Cybershot P8. Lantas saya mengitainya di ebay dan bertemu dengan 2 Unit yang dibida dengan UKP0.01. Ya 1 unit charger dan 2 bateri dengan hanya UKP0.01. Setelah membuat bayaran termasuk UKP13 sebagai belanja pos, barang tidak kunjung tiba. Hantar dan berbalas mel dengan penjual dan akhirnya saya give-up. Komplen pada ebay. Akhirnya saya beritahu penjual "saya tidak akan miskin hanya dengan kehilangan UKP13 dan saya doakan anda akan kaya dan berjaya setelah mendapat UKP13 dari saya. Saya benar-benar berdoa supaya anda kaya dan cukup segalanya di dunia ini supaya cukup untuk saya menuntut semula wang saya itu di akhirat kelak". Memang saya betul-betul putus harap. Kemudian penjual minta maaf dan memulangkan semula wang saya.

Itulah kisahnya.

UJANA ILMU



HARI Sabtu saya klik tetikus untuk melanggan empat buat buku dari Ujana Ilmu dan pada hari Isnin buku tersebut telah tiba di rumah. Sungguh pantas!.

Sesiapa yang ingin membeli buku saya ingin syorkan pergi saja ke Ujana Ilmu (www.ujanailmu.com.my)

Apa buku-buku yang saya beli?
1. Perjalananku Sejauh Ini: Sebuah Autobiografi - Shahnon Ahmad
- Nak baca autobiografi Shahnon
2. A Samad Said Kehidupan Seorang Seniman Malaysia
- Nak baca kisah hidup Samad Said
3. Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus - Nisah Haron
- Nak baca kata pengantar A Samad Said
4. Mencari Locus Standi - Nisah Haron
- Nak baca karya Nisah Haron

Tuesday, October 10, 2006

HARI-HARI TUA MBA

MEMBACA blog Pokku perihal dia bersarapan pagi (breakfast) dengan bekas rakan-rakan sekerjanya, yang kini dah jadi rakan sepersaraan, maka MBA tak dapat bayangkan bagaimana agaknya hari-hari pencen yang bakan MBA tempuhi.

Seronokkah hidup sebagai seorang pesara?. Itu terpulang kepada individu rasanya. Seronok atau tidak itu terletak dalam diri individu sendiri. Jika tidak seronok di tempat kerja, boleh diminta tukar kerja. Namun oleh kerana rasa seronok atau tidak seronok tersebut berada dalam diri, ia akan ikut kemana diri tersebut pergi. Samada ke tempat kerja baru atau hatta pencen sekalipun. Ayuh!... seronok bekerja! supaya pencen juga seronok.

Ada seorang rakan MBA yang telah pencen (oops! bersara), memberi tahu ia berasa sungguh seronok hidup di alam pencen, kerana bangun pagi tidak lagi dibebani dengan perlu menghadap bos, perlu pergi meeting, perlu siapkan pelbagai kerja dan deadline. Namun..... keseronokan beliau hanya bertahan setakat 3 bulan sahaja. Selepas itu kebosanan yang menunggu di segenap penjuru kehidupannya. Bak kata SN A.Samad Said "segala perkara yang dihajat tapi tak dapat adalah kenikmatan yang paling padat".

Kembali kepada kehidupan semasa pencen, rasa-rasanya peluang untuk MBA menikmati breakfast seperti Pokku agak tipis..... Kat ofis ini lelakinya memang tak cukup korum :-)

Monday, October 09, 2006

PENARAFAN KEMENTERIAN

IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam) di seluruh dunia ditarafkan melalui THES (Times Higher Education Supplement), iaitu sisipan akhbar The Times, UK. Bagi penarafan terbaru (2006), UKM telah melonjak naik dalam penarafan tersebut meninggalkan UM bagi 200 universiti terbaik di dunia.

Penarafan atau ranking ini adalah berdasarkan kepada:

iPenilaian keserakanan (peer review) - 40 peratus
ii. Kekerapan kajian dirujuk (research citation) - 20 peratus
iii. Nisbah staf akademik dan pelajar (staff to student ratio) - 20 peratus
iv. Penilaian bakal majikan (recruiter review) - 10 peratus
v. Peratus staf akademik antarabangsa (international faculty) - 5 peratus
vi. Nisbah pelajar antarabangsa (international students ratio) - 5 peratus

Khabarnya KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) akan membuat penarafan dengan memasukkan ciri-ciri Malaysia bagi memberi ranking kepada IPTA.

Hmmmmm semua orang tahu bahawa hotel ditaraf melalui bintang. Syarikat penerbangan ditarafkan dengan pelbagai hadiah dan anugerah. Restoran juga ada kelas penarafannya.

Tidak lama lagi, mungkin akan ada penafaran terhadap kementerian-kementerian kerajaan pula agaknya.







p.s dulu semasa program Mawi-Ina (RTM & Astro) bersaing dengan Siti-Dato'K (TV3) ditarafkan dan TV3 menang, ada juga ura-ura pihak tertentu untuk menaraf semula dengan cara lain. :)

Thursday, October 05, 2006

LAMBAT BAYAR: KERJA SIAP(A)?

KENAPA bayaran lewat dibayar kepada kontraktor?. Bukankah kita sudah ada pelbagai sistem ICT bagi mengatasi pelbagai kelewatan ini?


18,000 kontraktor dan kontraktor kecil menghadapi masalah lewat atau belum menerima bayaran bagi pelbagai kerja bernilai RM23.7 bilion yang mereka laksanakan sejak 2000.

- Kerja 2000, sekarang 2006: Jika belum bayar, mungkin sebab kerja belum siap, projek sakit, kontrak dah tamat atau sebab apa?. Perlu kaji.


Daripada 330 kontraktor itu, 273 menghadapi masalah pembayaran, sama ada lewat atau tidak dibayar langsung membabitkan RM877.8 juta.
-273 dari 330 lewat: perlu kaji profail kontraktor yang lewat dan yang tak lewat tu
-tak bayar langsung? kena semak kontrak, kerja dan main-contractor mereka


Waduh-waduh-waduh syusah itu dong!



PM arah percepat bayaran kontraktor
Oleh Kadir Dikoh

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP) di Jabatan Perdana Menteri memastikan setiap jabatan dan agensi kerajaan menyegerakan bayaran kepada kontraktor dan pembekal perkhidmatan.


Perdana Menteri berkata, agensi pusat itu harus sedar bahawa kelewatan membuat pembayaran akan menimbulkan pelbagai masalah serta memberi kesan domino kepada ramai orang termasuk kerajaan serta ekonomi negara.

Abdullah berkata, beliau tidak mahu sebarang kelewatan melunaskan bayaran itu nanti boleh menjurus kepada perasaan marah mereka terbabit kepada kerajaan.

"Bila kontraktor sudah menyediakan perkhidmatan dan bekalan dengan sewajarnya mengikut kontrak, saya tidak nampak sebab mengapa kita harus melengahkan bayaran. Janji seperti dalam kontrak sudah dipenuhi dan jika kerja sudah siap, kita harus bayar.

"Jika kontraktor tidak mendapat bayaran pada masa ditetapkan, dia mungkin menghadapi masalah membayar gaji pekerja, pinjaman bank atau urusan lain," katanya pada perhimpunan bulanan bagi pegawai dan kakitangan Jabatan Perdana Menteri di sini, semalam.

Ia bukan kali pertama, Abdullah membuat teguran itu dan kali terakhir ialah ketika melancarkan pelan induk Program Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani Nasional di Sik, Kedah 17 Ogos lalu, apabila menyatakan beliau menerima rungutan daripada kontraktor mengenai kelewatan bayaran walaupun tuntutan lengkap sudah dikemukakan.

Ketika itu, Perdana Menteri mengarahkan sistem pembayaran kepada kontraktor yang melaksanakan projek kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dipermudahkan dengan menggunakan satu borang berkomputer.

Laporan baru-baru ini pula memetik Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu sebagai berkata sejumlah 18,000 kontraktor dan kontraktor kecil menghadapi masalah lewat atau belum menerima bayaran bagi pelbagai kerja bernilai RM23.7 bilion yang mereka laksanakan sejak 2000.

Anggaran itu berdasarkan kajian yang dibuat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) terhadap sekumpulan 330 kontraktor yang beroperasi di negara ini.

Daripada 330 kontraktor itu, 273 menghadapi masalah pembayaran, sama ada lewat atau tidak dibayar langsung membabitkan RM877.8 juta.

Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata, bayaran perlu dibuat bagi segala perkhidmatan dan bekalan yang diberikan kepada kerajaan kerana wujud kontrak antara pihak berkaitan.

“Berilah bayaran seperti yang mana mereka harapkan. Jangan lengahkan. Kita tidak mahu nanti banyak sangat bil yang kita tak bayar.

“Pihak pembekal yang membekalkan barang keperluan pembangunan pun tentu juga lambat mendapat bayaran. Jadi ia berkait-kait dan ini boleh menyebabkan timbul rasa tak senang hati, mungkin kemarahan kepada kita,” katanya.

Sementara itu, bercakap kepada selepas majlis berbuka puasa di sebuah hotel di Kangar, semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid, berkata Kabinet memutuskan semua kementerian menghantar laporan mingguan berhubung tuntutan bayaran yang dikemukakan oleh kontraktor dan pembekal yang membabitkan projek kerajaan.

Beliau berkata, arahan mengenai perkara itu dikeluarkan Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet, baru-baru ini.

"Kabinet memutuskan bahawa semua tuntutan bayaran oleh kontraktor dan pembekal itu dijelaskan dalam tempoh dua minggu. Kita mendengar rungutan daripada kontraktor dan pembekal yang mendakwa sukar mendapat bayaran daripada kerajaan," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di sebuah hotel di Kangar, semalam.

BLOGGERS BLOCK

Do you suffer from blogger block? Are there just some days where it’s near impossible to post because there is little or nothing happening on your particular subject or niche? Share your thoughts.

Tuesday, October 03, 2006

GULA

RAKYAT Malaysia pada tahun ini dianggarkan sekitar 26 juta orang. Ia bukanlah pertambahan mendadak berbanding tahun lepas. Bilangan pesakit kencing manis (akibat gula?) juga tidaklah berganda-ganda banyaknya. Penghasilan gula oleh kilang-kilang yang beroperasi tidaklah merosot. Namun rakyat Malaysia menghadapi krisis kekurangan gula. Kemana gula menghilang?. Adakah gula dicurahkan ke laut untuk memaniskan air laut?. Sia-sia, ibarat mencurahkan garam ke laut.

Bagaimana nak atasi masalah kekurangan gula?

A: RM20juta tambah anggota penguatkuasa anti sorok
B: RM10juta kempen kurangkan penggunaan gula
C: RM100juta impot gula dari seberang laut
D: RM5juta guna lori askar untuk hantar gula
E: RM0.20 beri subsidi gula-gula kepada budak-budak

Entahlah labu....

Monday, October 02, 2006

MEMUJI DIRI SENDIRI

ENTRI kali ini ialah untuk memuji blog sendiri. Saya mula menulis entri pada Ogos 2002, tetapi cuma satu entri sahaja dan berhenti sehingga April 2004 barulah entrinya berterusan hari demi hari. Kini kaunter sudah menunjukkan lebih dari 200 ribu kunjungan ke sini. Saya telah menulis sebanyak 1013 entri kesemuanya.

BLOG saya biasanya dikunjungi pada hari bekerja dan hari Rabu adalah yang paling tinggi kunjungannya.



SEAWAL jam 7am blog saya sudah mula dikunjungi. Waktu puncak ialah sekitar 11-12 pagi dan kemudian memuncak lagi sekitar 3-4 petang. Maknanya saya harus menyediakan entri di awal pagi untuk menyediakan juadah kepada pengunjung pagi dan eloklah sekali lagi kemaskini pada waktu rehat tengahari untuk pengunjung sebelah petang. Mampukah saya?.

SEBENARNYA kunjungan ke blog saya telah menjunam turun dari tahun ke tahun. Pada 2004 catatan menunjukkan 83,158 pengunjung dan jatuh 25% pada 2005 ke 62,155 kunjungan dan pada tahun ini, jatuh lagi 12.3% kepada 54,498 kunjungan sahaja.



SUKACITA diumumkan bahawa blog saya ditempatkan di tangga 73 dalam 1000 blog di Malaysia yang menggunakan perkhidmatan webstats4u . Sebelumnya ia adalah di tangga ke 58. Kira-kiranya masih dalam lingkungan top 100 gitu.

Sunday, October 01, 2006

Treo 680


mula-mula keluar 700w
lepas tu 700p pula
namun 700p gsm yang dinanti
kini 750v sudahpun dipasarkan
semuanya windows

yang palmOS
yang ada cuma 680p
apa sudah jadi?