Labels

Sunday, April 30, 2006

BANK ISLAM RUGI LAGI?

ADA orang bertanya, mengapa saya suka sangat menyakat tentang Bank Islam?. Jawapannya cukup mudah, sebabnya saya ialah orang Islam. Saya sayangkan Islam. Saya yakin dan percaya akan perbankan Islam. Saya ada akaun simpanan di Bank Islam. Saya ada akaun semasa di Bank Islam. Sudah tentu saya rasa 'saya ada hak' untuk beri pandangan supaya Bank ISlam tidak terus rugi, malahan untung banyak, sebabnya jika BAnk Islam untung, saya juga yang untung. Mudah bukan?.


Oh ya... saya juga ada saham amanah Bank Islam (ASBI). Dulu (dua puluh tahun dulu kot), saya beli dengan harga RM1 seunit, sekarang harganya rasa-rasanya tak sampai 30 sen seunit. Saya dah malas nak tengok penyata yang dihantar dengan kertas bercetak mahal yang dikirimkan saban tahun. Memang jenis tak sedar diri, berniaga guna duit orang, lepas tu rugikan perniagaan, siapa yang rugi? pelabur juga!. Tak cukup dengan itu, beri lagi perniagaan cetak mencetak broser dan laporan kewangan (yang tak seberapa itu) dengan kertas mahal-mahal. Untung-untung pencetak tu boleh kaya dan pelabur rugi lagi sebab dok tanggung kos percetakan saja. Patutnya kalau berniaga jenis cam gitu, laporan kewangan pakai stensil atau print kertas dot matriks dan fotostat saja. Tak usah berlagak.

Perenggan kat atas tu mengutuk lagi (tanpa niat) sebab tetiba jer ilham timbul.

Entahlah labu..... bagi saya kan adalah tak logik sekali:-

1. Orang kafir berniaga produk Islam.
Orang kafir jual nasi lemak engkau tak beli. Orang kafir jual ayam sembelih engkau kata ayam cucuk. Tapi bila orang kafir bukan bank islam engkau kata boleh pulak. Orang kafir dapat label HALAL engkau yang lebih sengihnya.

2. Buat Yang Haram Promosi Produk Halal
Minum arak tu haram. Makan daging babi tu haram. Dedah aurat tu haram. Tapi cuba tengok .... orang kafir yang minum arak, orang kafir yang makan daging babi, tapi buat produk halal dan orang Islam ramai-ramai lakukan produk 'halal' tersebut. Lepas tu ada juga orang Islam, yang mendedah pusat aurat, jadi juara produk halal. Aci ka lagu tu?.

Apa? apa? ... entahlah Labu!!

Saturday, April 29, 2006

KAFIR, ISLAM, KAFIR = MURTAD ?

TERTARIK membaca sebuah berita @ rumours seorang pegawai kanan Bank Islam akan menjadi orang paling kanan dalam sebuah bank lain. Sebelum menyertai Bank Islam, beliau adalah seorang pegawai terkemuka sebuah bank bukan Islam (baca kafir).

Apakah makna semuanya ini?.

Ia memberi makna kepada saya begini:-

A - Bank Islam ka, bank tak Islam (Kafir) ka ... 2X5 jugak
B - Patutlah Bank Islam rugi
C - Orang kafir juga boleh buka bank Islam
D - Apa ada pada nama, bank tetap bank

Seseorang pekerja dalam institusi perbankan Islam sepatutnya bekerja bukan hanya untuk cari makan, ia juga adalah untuk menegakkan syiar Islam. Jika dari perbankan konvensional (dah tahulah sekarang mengapa ia tidak dinamakan perbankan kafir) ke perbankan Islam, maknanya ia adalah suatu hijrah. Bila perbankan kafir beri tawaran lumayan, hmmmm.... cabut meninggalkan Islam, apakah maknanya?. Macamana perbankan Islam boleh ada roh Islam di dalamnya?.

Jika tukang sapu, tukang kebun, jaga dan yang seumpama dengannya yang bekerja dengan masjid, bila ditawarkan bekerja dengan kuil atau gereja atau tokong dengan gaji lumayan, hmmmmm berlumba-lumbalah mereka akan ke sana sekiranya kerja tersebut semata-mata untuk dunia sahaja. Mungkinkah suatu hari (di akhir zaman nanti) orang jadi imam, jadi bilal, jadi siak hanya semata-mata untuk makan gaji sahaja?. Bila gereja beri tawaran lumayan, bolehlah pindah kepada majikan baru kot....

Adegan yang tak ingin kita lihat ialah, jadi orang Islam juga adalah merupakan satu profesyen. Bila kurang maju, lambat dapat promotion, ah tukar sahajalah kepada profesyen lain (baca ugama lain). Masyaallah.....

Wednesday, April 26, 2006

SIBU

Lepas Subuh hari ini akan bertolak ke Sibu, untuk menghadiri mesyuarat hari esok.



Dari kajang pergi ke Sibu
Singgah sebentar di Putrajaya
Inilah kehidupan saban minggu
bukannya senang ingin berjaya

Orang lain pergi ke Penang
aku seorang pergi ke Sibu
orang lain macam dah nak menang
aku seorang malu tersipu

Tuesday, April 25, 2006

HARI KESIHATAN SEDUNIA

HARI ini, 25 April, adalah merupakan sambutan hari kesihatan sedunia, peringkat Malaysia. Orang ramai dijemput mengunjungi pameran pembangunan sumber manusia dalam bidang kesihatan di PWTC dari 9am - 6pm.




Jumpa di sana!. (booth 57)

Monday, April 24, 2006

WHAT I DID LAST RAYA WEEKEND

ABAH.... Abah.... bangun, dah pukul 6 ni...

Oh dah pukul enam ya... baiklah, lepas sembahyang Isya' oops Subuh nanti bolehlah tidur balik, penantlah.

Eh..eh... hari ini Isninlah, Bah.... bukan hari minggu!.

What I did last weekend?.

1. Pagi Sabtu perlu hantar kereta untuk diservis. Dah cukup haul untuk diservis. Lepas tu ada satu lampu kat dashboard tu asyik menyala saja, entah apa silapnya. Kemudian lampu ABS kadang-kadang menyala. Minta-minta censor sahajalah, jika ABS yang bermasalah, mau RM10k terbang ni.

2. Tengahari, sambil tunggu kereta siap, perancangannya ialah pergi ke KL Sentral untuk sesi BTM. Last BTM dah tertinggal, harap-harap masa BTM nanti dapatlah refresh semula beberapa perkara yang dah tertinggal. Terutamanya moleskin dan getting work done.

3. Sebelah malamnya kena pergi ke pasar borong Selangor, sebab barang dapur dah kehabisan.

Wah.... banyak sungguh perkara yang perlu dibuat. Ini belum masuk lagi sesi cycling keliling kampung dan nak betulkan rantai basikal anak bongsu yang dah lama terlondeh.

Tetapi, kita hanya merancang.....

kring..kring... kring bos telefon.

dan terjadilah episod kita berkampung siang-malam kat ofis dan lupakanlah semua perancangan yang perlu dilaksanakan. Hinggakan Isya' pun terlupa dek tertelan 2 biji ponstan.

Friday, April 21, 2006

SIAPA YANG BOLEH DIPERCAYAI?

ANDAIKATA anda berjalan kaki di Kuala Lumpur, dan anda tersesat, kepada siapa anda harus bertanya?.

A - Lawyer?
B - Majistret?
C - Bapak Menteri?
D - Pegawai Kerajaan?
E - Pak Polisi?
F - Pemain musik? apa?? pemain musik???

Jika ikut survey yang dibuat oleh BEIM (Business Etique of Malaysia), saya tafsirkan kepada tanya kepada penagih dadah yang melepak di tepi-tepi jalan tu adalah jauh lebih baik berbanding dengan tokoh korporat, misalnya. Kalau ditanya pada ahli politik, lagilah ada akan tersesat jalan (harus anda akan sampai ke bulan kot).

Mengikut survey tersebut, jenis manusia yang paling tidak boleh dipercayai di Malaysia ini ialah ahli politik. Ia diikuti oleh ahli perniagaan dan menteri2 kabinet. Kemudian barulah sesiapa saja yang anda temui di jalanan. Lepas tu pegawai kerajaan dan polis adalah di antara yang tak boleh dipercayai.

Manusia yang paling boleh dipercayai ialah doktor, guru dan profesor.

Hmmmmmmm penulis &U pembaca blog boleh caya ka?.

Berikut adalah hasil survey:-




arwah ayah saya dulu, bila dia tak jumpa cari rumah saya di KL, dia tanya posmen. Bila ditanya mengapa tanya posmen, tak tanya polis? Ah.... posmen kan hantar surat ayah kepada mu di alamat rumah ni, mesti dia tahu. Mu bukan orang jahat, polis mana tahu kat mana rumah mung.

Thursday, April 20, 2006

BERITA @ CERITA BODOH ORANG KITA

DIBERITAKAN dalam muka depan sebuah akhbar bahawa anggota sebuah agensi kerajaan telah menangkap anak bigfoot. Ini sudah tentu berita sensasi. Ini pasti suatu operasi elit oleh agensi tersebut. Tapi yang buat spoilnya ialah anggota elit tersebut singgah minum dulu kat kedai kopi. Hmmmm.... dalam tugas ni. Dari selatan ke utara kununnya nak bawa balik anak bigfoot tu, masih dalam tugas, ada ke berhenti minum dulu?. Kalau berhenti tanya arah jalan tu logik juga dek akal. Ini berhenti minum beb!. Dalam operasai sulit @ elit gitu, agaknya anggota tu tak cukup makan kot?.

Lepas tu kan.... dah le berhenti minum, depa cakap pulak yang mereka bawa anak kaki besar tu... Ini memang nak kena ni.... Memang tidak pro langsung! (depa belum lulus PTK kot?).

Itulah berita mengenai cerita tak logik @ bodoh orang kita.

Ini pula cerita orang pada saya:-

Dalam negara kita, pegawai yang bekerja outstation (buat survey misalnya), bila dijemput minum, depa akan kata. 'Bukan saya sorang, ramai lagi dalam kereta tu...'. Baca: Jemput semualah, kami lapar ni.

Dalam negara orang (yang maju), bila dijemput minum, depa akan kata 'sorry I'm on duty'.

Wednesday, April 19, 2006

AKU ORANG BUDIMAN

BARU sat ni terima e-mel dari LHDN. Dah canggih dah rupanya depa ni ya? Dan yang "best"nya e-mel akupun depa dah tahu (mungkin hangpa baca blog juga kot).

Harap-harap kali ini rekod cukai terkemaskinilah. Dua bulan lepas terima surat hutang cukai RMx,xxx.xx. Kena setel dalam dua minggu, jika tidak, tak boleh gi obersi. Tak buat apa-apapun dengan surat amaran tu. TApi bila time minggu cukai baru-baru ini, eh.. encik dah terlebih bayar RMx,xxx.xx . Hmmmm yang mana satu tak betul ni ya?.

BTW ...... mengapa LHDN guna domain .org.my? (itu untuk persatuan & NGO ler!).




Pembayar Cukai Yang Budiman,

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) menyediakan perkhidmatan
e-Filing iaitu menghantar Borang Cukai Pendapatan secara elektronik -
"Mudah, Tepat & Selamat".

2. Bagi membolehkan Borang Cukai anda dihantar melalui internet,
tandatangan anda secara digital adalah diperlukan. Untuk itu, HASiL
memberikan secara percuma Sijil Digital kepada semua pembayar cukai.

3. Anda boleh mendapatkan Sijil Digital ini daripada mana-mana
cawangan HASiL berdekatan. Kesemua perkhidmatan yang diberikan adalah
PERCUMA.

4. Maklumat berkaitan e-Filing boleh diperolehi dari :-
i. Laman web HASiL https://e.hasil.org.my ; atau
ii. Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 1-300-88-3010; atau
iii. e-mail : e_filing@hasil.org.my

5. HASiL mengucapkan terima kasih kepada pembayar cukai yang telah
menggunakan sistem ini. HASiL juga mengalu-alukan sebarang cadangan/komen
membina bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan.


Sekian. Terima kasih


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

GETTING THINGS DONE (GTD)

DENGAR mengenai GTD ini tidak berapa lama dulu. Ia itu semasa satu sesi BTM yang diadakan oleh kelab Palm. Kemudian ada rakan-rakan dalam Palm User Group yang baru dapat beli buku dari David Allen. Mula-mula rasa ah... malaslah beli buku GTD tu, bukan bacapun....



Suatu hari semasa belek-belek rak buku, aik tengok buku tu memang dah ada tersusun rapi dalam rak. Bila beli?. Kat mana?. Siapa bagi? Berapa harga?. Semuanya tidak terjawab hingga kini. Cuma yang pastinya buku terbitan 2001 ni masih belum dibaca!.

JIka betullah buku ini susah didapati di Malaysia, di mana buku cetakan UK ni saya dapat ya?. Ah.... mungkin masa main-main beli buku melalui pos yang 99 Pence dapat 3 buku tu kot. Ah tak kisahlah....... (masih malas gak nak baca).

Tuesday, April 18, 2006

AMBIL CUTI - TENGOK BOLA

Bagaimanakah caranya supaya Malaysia maju?.
Pekerjanuya mesti produktif.
Macamana nak produktif?
Ambil cuti .... tengok bola!


Let workers take leave, says Fong

PETALING JAYA: Workers should be allowed to take their annual leave to watch football World Cup matches, said Human Resources Minister Datuk Seri Dr Fong Chan Onn.

“This is so that high levels of productivity can be maintained,” he said recently.

Four years ago during the last World Cup, Dr Fong had said workers should be allowed to enjoy matches rather than to give lame excuses for not coming to work by producing fake medical certificates or being late for work.

“It is advisable for those who are on normal working hours to apply for leave rather than be caught falling asleep at their workplaces after watching the matches,” he said.

Dr Fong had also previously suggested factories provide facilities for their workers to watch live telecasts during break time.

This, he said, could help foster better relations between employer and employees and would help boost workers’ performance.

Monday, April 17, 2006

P990 atau E61?


Design = 7.4, Features = 7.7 Performance= 7.7


Design = 7.8, Features = 8.2 Performance= 8.1


..... Dan pemenangnya ialah SE P990

Sunday, April 16, 2006

TIADA BIROKRASI

Tiada Birokrasi. Jangan Tunggu Pekeliling. Baca Akhbar, Dengar Radio, Tonton TV. Laksanakan saja arahan

Berita Harian
KUALA LUMPUR: Jabatan Pelajaran perlu segera melaksanakan apa saja dasar dan keputusan kerajaan selepas diumumkan menerusi media massa tanpa perlu menunggu pekeliling rasmi.


Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata ia sejajar usaha kerajaan mengurangkan kerenah birokrasi dan mempertingkatkan sistem penyampaiannya.

“Kalau Perdana Menteri pun sudah umumkan, laksanakan saja dan jangan tunggu pekeliling. Jangan guna pekeliling sebagai alasan untuk tidak melaksanakan apa yang sudah diputuskan kepemimpinan.

“Alasan itu saya tidak boleh terima, apa gunanya kita adakan sidang media untuk umumkan keputusan jika jabatan tetap menunggu pekeliling,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Ensiklopedia Sains dan Teknologi (EST) di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, semalam.

Beliau mengulas aduan seorang bekas guru bersara bahawa permohonannya untuk mengajar semula subjek kritikal tidak dilayan Jabatan Pelajaran dengan alasan tiada pekeliling berhubung dasar itu diterima.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengumumkan bahawa kerajaan akan mengambil semula bekas guru bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar bagi subjek kritikal.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, orang ramai boleh membawa terus apa saja persoalan berkaitan pelajaran kepada pengetahuannya jika mereka menghadapi masalah pada peringkat jabatan.

“Saya akan melihat dan menangani masalah ini,” katanya.

Mengenai kesediaan kerajaan menimbang permintaan Filipina untuk menubuhkan sekolah di kem tahanan pendatang asing tanpa izin negara itu di Sabah, Hishammuddin berharap ia tidak digembar gembur dengan pelbagai spekulasi negatif sehingga menimbul kekeruhan dalam hubungan dua hala.

Sambil menyokong cadangan itu atas dasar kemanusiaan dan semangat Asean, beliau berkata, kerajaan akan memastikan sebarang kebenaran untuk Filipina berbuat demikian tidak akan menjejaskan kepentingan negara.

Mengenai kedudukan kewangan Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang meruncing, Hishammuddin berkata, perkara itu dalam perhatian kerajaan.

“Malah, Biro Ekonomi Pergerakan Pemuda Umno juga sudah diarah mengkaji permasalahan dan tindakan bagi membantu TNB,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Hishammuddin berkata, penerbitan ensiklopedia itu membuktikan bahasa Melayu boleh dimartabatkan sebagai bahasa ilmu sains dan teknologi.

Sementara itu, di KOTA KINABALU, Hishammuddin berkata, Sabah menerima peruntukan RM2.87 bilion daripada Kementerian Pelajaran dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), iaitu terbesar berbanding negeri lain.

Ketika mengumumkan perkara itu di sini, beliau berkata, peruntukan berkenaan membolehkan negeri ini memajukan lagi sektor pendidikan dengan menyedia prasarana serba lengkap.

Saturday, April 15, 2006

NAPOLEON KERDIL



Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegur sikap segelintir pegawai awam yang suka berdendam, menunjuk kuasa dan menyalah guna kuasa serta berlagak seperti ‘little Napoleon’, sehingga boleh menggagalkan projek kerajaan.


Perdana Menteri berkata, pegawai terbabit sengaja melengahkan keputusan sesuatu projek pembangunan, gara-gara mahu menunjuk kuasa kepada pihak lain kononnya untuk ‘memberi pengajaran’ yang mungkin timbul kerana dendam.

“Ada yang tahan fail, ada yang tahan keputusan. Kita tak nak ada ‘little Napoleon’ dalam perkhidmatan awam, yang menunjukkan kuasa, hanya sebagai satu pengajaran kepada seseorang.

“Tak perlulah tunjuk kuasa dengan melengah-lengahkan sesuatu projek.

”tu bukan caranya, itu sikap tak betul. Kadangkala apabila ada aduan daripada mana-mana pihak, pegawai awam rasa marah hingga tindakan yang diambil lambat semata-mata ‘untuk mengajar orang itu’ (pengadu).

“Jangan apabila ada orang tegur kita, kita anggap orang itu banyak cakap dan kita perlu ajar dia dengan tunjuk kuasa kita pula.

“Jangan ada orang yang tidak boleh ditegur. Saya sendiri pun perlu ditegur,” katanya berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini semalam.

Hadir sama Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop dan dua timbalannya, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Datuk Dr Ng Yen Yen.

Abdullah yang juga Menteri Kewangan mahu pegawai kerajaan membuat keputusan yang cepat dan tepat supaya segala perancangan pembangunan terutama dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) berjalan lancar tanpa sebarang halangan pentadbiran.

Beliau berkata, kumpulan yang bersikap negatif itu meskipun jumlahnya kecil akan menjadi seperti ‘nila setitik, rosak susu sebelanga’.

“Kakitangan awam harus membantu, bukan menggagalkan sesuatu projek pembangunan dan mereka hendaklah bekerja dalam satu pasukan ibarat larian 4 x 400 meter dengan tiap-tiap orang berlari pantas dalam seksyen masing-masing.

“Segala masalah, aduan dan teguran yang dibuat orang ramai berhubung pelaksanaan sesuatu projek pembangunan perlu diteliti dengan baik.

“Saya sendiri menerima banyak teguran dan pendapat orang ramai berhubung RMK-9, walaupun ada yang tidak berasas kononnya ekonomi negara tidak berkembang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sr

Friday, April 14, 2006

Nokia E61 Vs. Treo 650



Bandingkalah sendiri...

NOKIA ATAU SONY ERICSSON?

SEMENJAK tahun lepas lagi menunggu model smartphone Sony Ericsson P990. Kununnya P990 adalah PDA 3G yang pertama di dunia. Tunggu-punya-tunggu-punya-tunggu, tak kunjung tiba juga.


Alih-alih semalam dah jumpa berita bahawa Nokia telah mengeluarkan model E61. Model smartphone ini ialah 3G yang menggunakan OS yang serupa dengan P990, iaitu Symbian.


OS sama
E61 lebih lebar, lebih panjang, lebih ringan, bateri tahan lebih lama dan namanya ialah Nokia.

P990 lebih cute, comel, berat sikit, tebal sikit, bateri kureng sket dan namanya SOnyEricsson.

Yang mana satu ekkk

Thursday, April 13, 2006

SEMINAR @ WORKSYOP

ORANG kata, kerja kat G ni, meeting bermakna jamuan. Outing bererti makan angin. Entah ya, entahkan tidak.

Jika seminar atau bengkel pula, apakah maksudnya?.

A - Bag
B - Door gift
C - Makan
D - Free sampel
E - Lucky Draw

Semalam ambe gi seminar@workshop ler. Penceramah kata dia tak nak buat joke, sebab jijka dia buat joke, katanya lagi, peserta hanya akan ingat joke sahaja dan lupa apa yang dicakapkannya. Tapi memang dia tak der bakat buat joke pun... Kalau takat joke dari buku, dan terpaksa berlatih-latih nak buat joke tu, hahaha jokerlah penceramah tu.

Dia juga kata tak ada makanan istimewa untuk worksyop tersebut. Alasannya takut peserta banyak makan dan mengantuk dan tak masuk apa yang diucapkannya lepas makan. Hmmmmm dahlah seminar tak bagus (teknikal sangat), makananpun tak ada pilihan! (rungut peserta).

Dan yang paling tak boleh diterima akal ialah, seminar ni dibekalkan dengan sebatang pensil tanpa jenama dan dua helai kertas kajang jer. (hahah..... kenapa kertas kajang dan bukan kertas Bangi atau Putrajaya?. Juga, mengapa selalunya diberi kad Manila dan bukan kad penang atau kad Singapura?). Sehari suntuk berseminar, pensilpun boleh jadi kontot.... Fuh kedekutnya penganjur seminar!!!!.

FYI penganjur seminar ini adalah kompeni yang tuanpunyanya paling kaya di dunia. Sebab itu agaknya dia boleh jadi kaya!. Dan kisah anjing dengan bangau dalam entri terdahulu adalah dari kompeni inilah. Hmmmmm seminar ni diberikan kunun sebagai tuntutan maaf atas kesalahan terdahulu.

pui...pui.. pui.

Wednesday, April 12, 2006

B E R N I A G A

RAMAI orang kata, Melayu tak pandai berniaga,
Banyak orang percaya, Cina bijak berniaga.

Mungkin (ya mungkin) salah satu dari ungkapan di atas adalah benar. Mungkin juga kedua-duanya adalah benar. Mungkin juga benar, tetapi tidak semuanya benar, ada pengecualiannya. Maksudnya tak semua Melayu tak tahu berniaga dan tak semua Cina licik berniaga.

Dalam soal berniaga ini, saya memang langsung tidak mempunyai darah perniagaan. Pentingkah darah keturunan ini?. Bukan semua jutawan perniagaan hari ini adalah anak kepada ahli perniagaan yang berjaya?. Berniaga bukannya suatu warisan, tetapi suatu usaha gigih!.

Namun jika kita perhatikan, bagi yang kaki berniaga tu, dicampak di mana sahajapun, asyik menjadi saja.... di mana-manapun ada peluang. Tapi bagi yang tidak berdarah niaga tu, hmmmmm asyik-asyik lesap modal saja.

Berbalik kepada darah niaga ni, teringat saya kepada arwah ayah. Dia juga tidak mewarisi sebarang darah (ilmu) berniaga. Pelbagai usaha yang dia buat semasa zaman budak-budak saya. Semuanya lingkup. Pada musim limau laku, dia tanam limau langkap. Buah begitu banyak sekali, namun tidak dapat dijual kerana tiada pembeli. Lagipun semua orang kampung tanam limau juga. Bila selera dah berubah kepada ayam daging, dia ternak ayam daging dan ayam telor. Daging tidak menjadi dan telur tidak cukup gred. Beralih pula dia kepada menternak ikan. Ala... takat cucu-cucu balik memancing dalam kolam dia, cukuplah.

Teringat saya bila ada pegawai perhutanan datang nak beli pokok petai. Diapun semai benih petai. Lepas tu pegawai itu entah ke mana, anak petai dah lebih tinggi dari rumah dan terpaksa ditebang kerana tidak memberikan hasil. Jika pasa masa itu beliau tanam pokok jati, agaknya kami dah menebang balaklah, akibat janji-janji orang terhadapnya.

Kini anak dia begitulah jugak. Bukan hanya rugi, modal juga hanya tahu pergi saja, tak tahu nak balik rumah.

berniaga buluh kasap
untung hilang, modal lesap

PAKAIAN ALTERNATIF (ALA JELEBU)

Pakaian alternatif, yang dipopularkan oleh YB Dato Rais Yatim telah mendapat perhatian panas di parlimen. Pakaian ini khabarnya akan dibolehkan untuk digunapakai semasa kerja dan lain-lain majlis rasmi.

Berikut adalah pakaian yang dimaksudkan yg dipetik dari laman Kementerian Kebudayaan & Kesenian



Pakaian Untuk Bekerja Dan Majlis-majlis Rasmi
(Nehru Suit dan Kemeja berkolar Baju Melayu dan berkolar Mandarin)


Tuesday, April 11, 2006

SALAM MAULIDUR RASUL



Biarkan blog tanpa pembaca, biarkan comments tanpa diulas, biarkan TagBoard tanpa disapa, tapi jangan biarkan akal sunyi tanpa ilmu, jangan biarkan hati sepi tanpa cinta kepada Allah.

Ukhwah itu bukan terletak kepada kerapnya anda membuat ulasan di blog ini
(namun bacalah blog bila berkelapangan)
Tetapi kepada ingatan seseorang kepada saudaranya dalam doa. "SALAM MAULIDUR RASUL".


kepada semua pembaca blog.

Monday, April 10, 2006

SERBA SALAH

Saya "serba salah" dibuatnya.

Ungkapan ini mungkin membawa maksud sesuatu yang kurang selesa. Hendak dibuat ditakuti salah, tidak dibuat juga ditajuti salah. Perasaan 'serba salah' ini berlaku apabila terdapatnya pilihan untuk melaksanakan atau tidak melaksanakan sesuatu, atau untuk membuat pilihan, yang ini atau yang itu. Serba salah jadinya.

Namun Kamus Dewan mentafsirkan "serba salah" sebagai - salah dalam segala hal; bagaimanapun salah juga.

Itulah yang hendak saya coretkan. Adakah anda pernah mengalami situasi begini?. Katakan bos anda berikan anda satu kerja. Andapun terus buat kerja tersebut. Bos anda tak suka. Sebabnya anda terus buat kerja tersebut. Anda laju sahaja menyiapkan tugasan yang diminta. Ia adalah salah. Dalam kes lain, jika anda tidak (terlewat) melaksanakan tugasan yang diberikan (dengan alasan dalam kajian, menunggu komiti ditubuhkan, mesyuarat panel belum bersidang dan 1001 alasan logik lagi), anda juga adalah salah. Mengapa salah?. Sebab lambat. Yang pertama tadi mengapa salah? Sebab cepat.


lambat salah, cepat salah
laju salah, perlahan salah
betul salah, tipu salah
jujur salah, klengtong salah
semuanya salah
serba salah.

:-( Hari yang malang.

Thursday, April 06, 2006

MAKAN MALAM BERSAMA PAK DUTA

MALAM tadi kami dijemput hadir ke kediaman pak duta untuk makan malam bersamanya. Bagi saya, ini adalah kali pertama hadir ke majlis sepertinya. Pak duta juga katanya tidak pernah 'membuka' rumahnya, kecuali untuk sahabat handai terdekat dan orang dari negaranya sahaja. Diberitakan juga inilah kali pertama dalam sejarah bahawa pak duta terpaksa 'beralah' dengan tetamu. Kami dijemput hadir pada jam 7:30pm. Sayalah orang pertama menolak pelawaan tersebut dan diikuti dengan beberapa orang lain lagi. Saya katakan kepada pegawai yang menjemput, jika A**** jemputpun saya tolak, apatah lagi pak duta. Akhirnya jemputan dipinda ke jam delapan malam. Lepas solat di menara tabung haji, kami bertolaklah ke rumah beliau dan sampai agak 'awal' juga.

Seperti biasa, majlis dimulakan dengan kata-kata pujian, selamat datang, ucap-ucapan dan akhirnya "kampai" sebelum makan. Majlis ini tak ubah seperti jamuan makan koktel di negara pak duta sendiri. Yang berbezanya hanya dari segi menu sahaja. Kami dihidangkan dengan makanan Malaysia, dan bukannya makanan dari negara pak duta.

Kampai utk pak duta!.

Monday, April 03, 2006

KEPUTUSAN PTK DAN YAHOO

KEPUTUSAN peperiksaan PTK telah diumumkan oleh JPA. Barangkali ia adalah merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh penjawat awam yang mengambil peperiksaan tersebut. Keputusan yang dipaparkan di laman web JPA ini memerlukan calon mempunyai password untuk melihat keputusannya.

Dalam tinjauan rambang yang dibuat, didapati 7 daripada 10 calon yang terdiri daripada pegawai ICT tidak mempunyai akaun e-mel peribadi, seperti yahoo, hotmail, gmail dan sebagainya. Apakah maksudnya apabila seseorang penjawat awam (khususnya pegawai ICT) tidak mempunyai e-mel peribadi?.

1. Mereka memang tak tulis & tak baca mel
2. Mereka gunakan e-mel pejabat (rasmi) bagi tujuan rasmi dan peribadi
3. Mereka memang tidak ada PC di rumah

Apakah implikasinya jika mana-mana andaian di atas betul?.

Jawapannya ialah mereka telah melanggar tatasusila penggunaan e-mel kerajaan, iaitu menggunakan kemudahan kerajaan bagi kegunaan peribadi. Jika benar, tak heranlah melbox cepat sangat penuh.

Berbalik kepada PTK tadi, akibatnya ialah mereka kenalah ke pejabat untuk dapatkan keputusan PTK mereka.

Sunday, April 02, 2006

DUA MALAM DI KL

BIASANYA 'orang KL' jarang akan menginap di hotel di KL. Rumah dekat, mengapa nak tidur hotel?. Tapi untuk merasa kelainan, apa salahnya sekala-sekali menginap di hotel di KL?. Malam ini adalah merupakan malam kedua saya menginap di sebuah hotel di KL. Di kawasan Chow Kit lagi!. Bukan kerana nak tukar selera, bukan kerana nak mencari kelainan, namun kerana tugas. Tiga hari dua malam di KL. Esok akan ke Genting 3 harti dua malam lagi dan disambung pula dengan di PJ dalam tempoh yang sama juga. Hmmmmm kerja 8 hari seminggu.


Ini foro KL dari bilik penginapan saya. Nak ambil gambar sebelah malam pula, alahai... KLCC dah tutup lampu. Gelap saja....