Labels

Monday, May 31, 2010

PIZZA


hidangan untuk dua orang

aiskrim ...

Volcano ...

bila volcano sudah meletup...

Sunday, May 30, 2010

D'MUAR

SUDAH lama benar hali keluarga saya mahu datang makan-makan di D'Muar. Tempatnya dekat sahaja dengan rumah. Tiap-tiap hari kami lalu-lalang di situ semasa pergi dan balik bekerja, namun masanya tidak sesuai.

kawan saya kata, D'Muar menyajikan "mee bandung" terbaik di luar daerah Muar. hari ini kami berpeluang ke sana.

Saturday, May 29, 2010

KAYUHAN PUTRAJAYA

Hari: Ahad
Tarikh: 30 Mei 2010
Masa: 8.30am
Tempat: Jambatan Putera

Thursday, May 13, 2010

BUILD BETTER RELATIONSHIP

1. Be the most positive person you know

2. Be a candid; speak truthfully

3. Be on time

4. Say please and thank you

5. Underpromise and overdeliver

6. Leave people better than you found them

7. Be nice

8. Be a world-class listener

9. Become wildly interested in other people

10. Smile

-- Robin Sharma

Wednesday, May 12, 2010

KATAKU KEPADA MEREKA

INILAH kata-kataku kepada mereka. Selepas ini aku perlu pantau jika terdapat sebarang perubahan di sini.


i. Komitmen (Commitment )

ii. Tindakan susulan (Follow-up)

iii. Sentiasa menjangka isu masalah (Anticipating of problem issues)

iv. Saling mempercayai antara satu sama lain (Trust in each other)

v. Usaha yang lebih (Giving extra effort)

vi. Tindakan proaktif (Proactive action)

vii. Saling menyokong satu sama lain (Supporting one another)

viii.Organisasi (Organization)

ix. Kematangan (Maturity)

x. Semangat berpasukan (Teamwork)

xi. Kepimpinan yang positif (Positive leadership)

xii. Mentaliti “Saya boleh” (“I can”mentality)

Tuesday, May 11, 2010

WATIKAH





WATIKAH ini saya terima 29 April 2010. Kini ia telah berjalan selama 48 hari. Barangkali saya perlu buat sedikit pengukuran bagi 100 hari pertama melaksana amanah dalam watikah ini.

Monday, May 10, 2010

Sunday, May 09, 2010

100 KM PERTAMA




SUDAH lama benar kami ingin berkayuh ke Port Dickson (PD). Namun pelbagai halangan menjelma. Di antara halangan utamanya ialah tidak cukup peserta, tidak ada ketua yang telah biasa ke sana dan tidak ada kenderaan sokongan. Namun semalam, kami nekad sahaja berkayuh ke PD. Jemputan dibuat melalui FaceBook dan 3 orang sanggup ke sana.

Bermula jam 7.00am, kami bertiga memulakan kayuhan agak santai menuju ke PD. Setelah tiba di Salak Tinggi, kami bertemu dengan Encik Razak yang berkayuh sendirian. Katanya dia adalah bekas pengayuh daripada pasukan kebangsaan. Dia menyertai kami dan kami mengikutinya rapat. Tanpa rasa penat dan lenguh, apatah lagi 'ditarik' oleh kayuhan Razak ini, kami tiba di jeti PD sekitar jam 10.30am. Kami berehat di kedai Pak Lang, minum, makan roti bakar.

Kayuhan pulang bermula jam 11.30am. Hari kian panas. Kami putera-putera lilin, tidak tahan panas dan berhenti rehat. Razak ingin pulang cepat kerana perlu menghadiri kenduri. Kami berehat bertiga dan kayuhan pulang mengikut rentak kami sendiri sambil berperang dengan panas dan terik mentari.

Dipendekkan cerita, kami hanya tiba semula di taman Warisan Pertanian untuk menjamu selera padajam 5pm. Itupun setelah berhenti rehat dan solat Zohor di tempat kuda berlatih dan ditimpa hujan lebat dalam 2km terakhir kayuhan.

Bagi saya dan Muhaimy, inni adalah kayuhan terus 100 km pertama bagi. Ia mencatatkan 130km.

Apakah rasanya?.
1. Dari Putrajaya ke PD, sangat seronok, santai dan tidak ada sebarang masalah
2. Dari PD ke Putrajaya, sangat panas. Selain daripada itu, masih boleh bertahan walaupun sedikit-sedikit penat, sakit tengkok dan sudah semestinya sakit pungg**g.

Friday, May 07, 2010

Mt. FUJI 2010





Package inclusive of:
Return economy class air ticket to Narita Japan

1 night accommodation at Kawaguchiko Inn

1 night accommodation at Taishikan Mountain Hut

2 nights accommodation at Shinjuku Washington Hotel or similar

Limousine bus or Narita Express train to Tokyo

Highway bus to Kawaguchiko & 5th station of Mt fuji

Mountain ranger accompany from 5th station to the top

Tour leader from Impian Holidays

Package price: RM 4500.00 per person (including airport tax& fuel surcharge)

Dates of departure :a)11July-16July b)25July-30July

For enquiries feel free to call: Mr Azhar – Impian Holidays
019-273 9390 or email: impianhs@gmail.com
Grand arrangement by Feel Japan with K Co.,Ltd.

Tuesday, May 04, 2010

LEBIHAN





Lebihan itu adalah baki
namun le bihan adalah sesatu yang lazat.

Monday, May 03, 2010

SAYONARA SAKURA


SAKURA pun sudah di hujung-hujung,
bagaikan mengucapkan sayonara kepada
pengunjungnya.