Labels

Sunday, February 26, 2006

ISO 9000


MBA hadiri seminar/worksyop ini dari Jumaat hingga Ahad siang dan malam. Dalam kumpulan perbincangan, kami terfikir barangkali inilah perancangan Yahu** untuk melekakan kitga dengan perkara-perkara sebegini. Sebabnya dalam Quran tu dah lengkap, jika kita adakan bengkel @ seminar untuk menggali khazanah Quran misalnya alangkah baiknya.

Mungkin secara kebetulan, lepas tu cikgu bagi tahu, sebenarnya ISO yang terbaik ialah taqwa dan dokumen yang terbaik ialah Al-Quran.

Wallahualam.

Friday, February 24, 2006

HOTEL TAHI BINTANG

DULU kita di Malaya hanya dengar kisah di negara orang putih sahaja ada orang dibuang kerja pasal dia tutup aurat. Sekarang, selepas isu karikatur, mereka uji pula dengan memecat pekerja yang memakai tudung. Ia berlaku di tanah air kita sendiri, namun hotel tahu bintang tersebut kepunyaan orang putih.

Yang menarik mengenai berita ini ialah cara ia dilaporkan. "Adalah dilaporkan bahawa sebuah hotel bertaraf tahu bintang telah memberikan kata dua kepada pekerjanya. Buka tudung atau berhenti. Hotel bertaraf tahi bintang tersebut di jalan Ampang". Mengapa 'pemberita' takut nak dedahkan nama hotel tersebut?. Jika didedahkan nescaya kita tak perlu buat demo, tak perlu buat laporan, tetapi saya jangka lebih setengah sales dia akan merundum. Ini asyik nak rahsiakan saja nama sebab apa?. Jika takut kena saman seba siar nama tahi bintang tersebut, lebih baik jangan siarkan langsung. Bolehlah siarkan berita lain seperti ada majlis tari menari sepanjang malam disebuah hotel tahi biantang di jalan kaki bulan. Contohnya.

Pemberitaan jenis ini nampaknya ada double-standard. Masa akhbar the new strait times siar karikatur, mengapa tak sebut sahaja sebuah akhbar siput bulan yang siar karikatur?.

ayo yo ini macam punya beritapun ada ka?.

Wednesday, February 22, 2006

SATU DUA TIGA

SATU

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri kita telah dianugerahkan ijazah Doktor Kehormat dalam bidang teknologi oleh Curtin University, Australia.

Jadi selepas ini apakah nama gelaran kepada YAB PM?

Datuk seri (Dr.) Abdullah Ahmad Badawi kot?

Mengapa orang yang ada ijazah PhD dipanggil Doktor (Dr.)?

DUA

Big Foot.
Apa ke benda ni?
Logik ke 40 ekor makhluk setinggi 4-5 tingkat bangunan ini wujud di hutan Johor?

macam-macam cerita didengar.

TIGA

Bekas PM kata yang sesiapa yang nak jumpa presiden Bush mesti bayar duit kepada pelobi. Itu bukan rasuah, sebab ia adalah sistem di Amerika dan ia dibuat secara terbuka.

Maknanya rasuah dibuat secara tertutup?

Tuesday, February 21, 2006

CMS



10 soalan untuk ahli panel:-

1. Mengapa gunakan CMS dan tidak HTML biasa? Sebabnya HTML adalah lebih laju berbanding CMS. CMS juga lebih rumit untuk diselenggara.

2. Open CMS dipilih sebab
a. harga murah
b. community based development
c.compliance with standard

ahhh... harga tak menjadi hal. Standard juga dipatuhi oleh commercial software. Yang tinggal hanka komuniti. How strong is your community based?

3. CMS berasaskan PHP ini hanya sesuai untuk SMI atau organisasi kecil atau NGO saja dan tidak untuk enterprise atao gov. Ada komen?

4.Apakah kria penilaian CMS yang bagus?

5.Bagi saya CMS yang bagus, banyak theme. Berapa banyak & (adakah ia percuma) theme CMS anda?

6. Bagaimana pula dengan modules?

7. How easy nak migrate dari portal atau laman web sekarang ke open CMS?

8. CMS mana yang support multisite?

9. CMS anda support workflow?

10. Bagaimana pula pelaksanaan LDAP dan SSO dalam CMS ini?

Monday, February 20, 2006

Sunday, February 19, 2006

SIBUK

SEMUA orang, khususnya orang yang menyara kehidupan dengan 'makan gaji' akan berkata sibuk. Sibuk sana, sibuk sini dan kadang-kala menyibuk. Mengapa kita sibuk?. Mungkin sibuk disebabkan oleh tidak tahu mengurus masa. Sibuk juga mungkin sebab tidak tahu berkata tidak. Sibuk boleh jadi disebabkan oleh memang sibuk. Namun tidak kurang juga yang sibuk hanyalah sebagai alasan. Alasan sibuk supaya dapat melarikan dari tugas. Ah sibuknya!.

Sibuk juga banyak martabatnya. Bos saya dulu jika sibuk dia akan cakap 'saya terlalu sibuklah sekarang, minggu ni saya sekalipun tak main golf lagi, sibuk sangat... banyak benda kena buat.

Bos kepada bos saya pula sibuk bila dia tak sempat baca akhbar harian. Biasanya dia baca hingga 7 akhbar sehari, jika dia sibuk mungkin dia baca 2 akhbar saja kot. Wah bos memang sibuk, baca surat khabarpun tak ada masa.

Kawan saya memang sibuk. Dia memang tak ada masa untuk makan tengahari dan memang tidak pernah buang masa untuk keluar makan pagi. Saya respek kesibukan dia.

Itu sibuk orang, sibuk kita pula bagaimana?. Semalam saya ada dua mesyuarat dari 10am hingga 7pm (ya, semalam hari Sabtu, hari yang telah diberikan cuti). Pada hari sebelum itu juga (Jumaat ler), saya ada meeting pagi petang. Namun yang jelesnya ialah ada kawan saya (yang lain), boleh hilang dari ofis dan pergi main golf lagi. Mengapa saya pula yang menyibuk? Moga-moga dia baca entri ini dan semoga insaf. Sebabnya majikan bayar gaji bulanan untuk lakukan tugas dan amanah, bukan untuk bermain. Jika tak ada kerja sekalipun, duduk sajalah kat ofis, belek-belek apa yang patut, bukan dok belek kayu golf. (kayu golf tu sebenarnya besi/keluli, tapi tatap dipanggil kayu - besi punya kerja, kayu dapat nama). Dosa tu....


Mengikut Kamus Dewan sibuk bermakna:
1. banyak yg dikerjakan atau diuruskan/ asyik mengerjakan sesuatu/ giat dan rajin mengerjakan sesuatu.
2.menyibuk/ mengintai/ mengintip.



OK.... saya sibuk sehingga tak sempat nak kemaskini blog ;-)

Thursday, February 16, 2006

FESYEN RASMI KAKITANGAN KERAJAAN


Sebahagian dari 25 fesyen pakaian rasmi alternatif yang berunsurkan tekstil tenun, songket dan batik yang boleh dipakai kakitangan kerajaan ketika bekerja atau menghadiri upacara rasmi.

FESYEN KAKITANGAN KERAJAAN

KINI apakah fesyen pakaian kakitanganh kerajaan?. Ada ke tidak?. Adakah kakitangan kerajaan "berfesyen"? Bagi kakitangan kerajaan yang beruniform, memang tak ada peluanglah untuk melaram dengan pakaian berfesyen...

Setakat yang saya tahu, kakitangan kerajaan tidak mempunyai fesyen yang tertentu, apa-apapun boleh. Yang ada ialah peraturan berpakaian atau etiket berpakaian seperti contoh berikut:-


PAKAIAN-PAKAIAN YANG DITETAPKAN PADA MASA BEKERJA

2.1 Pakaian Lelaki

2.1.1 Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan A2 dan B3,“lounge suit” atau “bush-jacket” dengan bahan kain yang sesuai; atau seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali leher; dan jika baju tersebut berlengan panjang, tangan baju hendaklah jangan dilipatkan.

2.1.2 Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan C dan D4, seluar panjang beserta baju kemeja dengan warna yang sesuai; baju hendaklah dimasukkan ke dalam; jika baju tersebut berlengan panjang, tangan baju hendaklah jangan dilipatkan.

2.1.3 Pakaian baju Melayu lengkap dengan bersamping; atau pakaian baju yang mirip dengan potongan baju Melayu dan dipakai dengan seluar panjang; pakaian Melayu dengan kain sarung tidak dibenarkan.

2.1.4 Pada hari Sabtu atau hari bekerja separuh hari5, pegawai-pegawai awam yang tidak dikehendaki memakai pakaian seragam boleh memakai baju batik berlengan panjang atau pendek, dengan syarat baju batik yang dipakai itu adalah buatan Malaysia.

2.1.5 “Jeans” atau seluar pendek tidak boleh dipakai semasa bekerja.

2.1.6 Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya. Capal boleh dipakai dengan pakaian baju Melayu yang lengkap dengan bersamping.

2.1.7 Selipar, kasut getah dan kasut sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja.

2.2 Pakaian Wanita

2.2.1. Pakaian Kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing yang sesuai dipakai semasa bekerja. “Jeans”, “slacks” seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka6 tidak boleh dipakai semasa bekerja.

2.2.2 Selipar, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai boleh dipakai dengan pakaian yang ditetapkan; kasut sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja.

2.3 Pakaian Seragam (Lelaki dan Wanita)

2.3.1 Pakaian seragam hendaklah sentiasa dipakai semasa bekerja bagi mereka yang dibekalkan dengannya.

2.4 Pakaian batik (Lelaki dan Wanita)

2.4.1 Pegawai-pegawai awam yang menyertai rombongan ke luar negara atas urusan rasmi ataupun dengan anjuran jabatan masing-masing hendaklah pada masa, tempat dan upacara yang sesuai, dan jika dibenarkan, memakai batik buatan Malaysia. Pegawai-pegawai awam adalah juga digalakkan memakai batik buatan Malaysia jika keadaan membenarkan apabila menyertai rombongan ke luar negara dengan anjuran persatuan, pertubuhan atau koperasi masing-masing.

2.4.2 Pegawai-pegawai awam yang menghadiri sesuatu upacara, perjumpaan atau mana-mana jemputan, jika ditetapkan memakai batik, hendaklah memakai batik buatan Malaysia.

2.5 Pakaian Lain (Lelaki dan Wanita)

2.5.1 Pakaian-pakaian jenis lain termasuk jenis kasut, boleh dipakai oleh pegawai-pegawai awam semasa bekerja jika tugas-tugasnya memerlukan pakaian demikian dan dibenarkan oleh Ketua Jabatan masing-masing.

2.6 Pakaian Yang Menjolok Mata (Lelaki dan Wanita)

2.6.1 Pegawai-pegawai awam tidak dibenarkan memakai pakaian yang menjolok mata.

3. PAKAIAN-PAKAIAN SEMASA MENGHADIRI UPACARA-UPACARA RASMI

3.1 Pakaian Rasmi (Formal) Untuk Lelaki

3.1.1. Seseorang pegawai awam, yang berhak memakai uniform ataupun dikehendaki memakai uniform yang khas hendaklah memakai uniform tersebut apabila menghadiri upacara-upacara rasmi. Peraturan-peraturan pakaian seperti yang telah ditetapkan melalui surat edaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA. SULIT, 2578/Pt.1 35 bertarikh 8hb. Jun 1970 di Lampiran “A” mengenai Pakaian Seragam Pegawai-Pegawai Tadbir dan Professional dalam Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas seperti dipinda oleh Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 tahun 1975, hendaklah dipatuhi pada masa menghadiri istiadat-istiadat rasmi yang menetapkan dif-dif jemputan memakai pakaian seragam atau pakaian rasmi kebangsaan. Sekiranya pegawai itu tidak mempunyai uniform, maka “lounge suit” bolehlah dipakai kecuali jika peraturan pakaian khas ditetapkan.

3.2 Pakaian Untuk Upacara Separuh Rasmi (Lelaki)

3.2.1 Untuk upacara-upacara separuh rasmi yang lain, seperti menghadiri upcara-upacara pembukaan seminar, adalah diputuskan bahawa bagi peringkat kebangsaan (national), di mana tidak ada perwakilan daripada luar negara, maka pakaian waktu bertugas di pejabat seperti yang ditetapkan di dalam pekeliling ini hendaklah dipakai. Untuk upacara-upacara peringkat antarabangsa (International), maka pakaian “lounge suit” hendaklah dipakai.”

Tuesday, February 14, 2006

KABINET: SELAMAT JALAN


Shafie

Michael Toyad

Adnan Satem

dan....





(sebut betoi perlu betul)

Sunday, February 12, 2006

ARTIS (ADA KE YANG BAIK?)


gambar hiasan

SEMALAM ke Loy Yatt kerana ada urusan menaiktaraf komputer riba. Macam biasalah di kawasan starhill tentulah penuh dengan pelbagai jenis manusia. Dalam ramai-ramai manusia tu Suri ternampak seseorang yang sedang dok minum-minum di sebuah restoran terbuka di situ.

Mak: Rasa macam kenallah mak datin ni, yang pakai spek hitam tu.

Pak: Ah itu pelakon filim Melayu.

Mak: A'alahai, bukankah dia berlakon cerita-cerita baik, jadi orang baik saja.
Pak: Yalah, tapi mengapa?. Apa salahnya berlakon jadi baik dalam cerita baik?. Skrip dia memang macam tu.

Mak: Tak sangka ya, sebenarnya dia macam ni.

Pak: Ngapa pulak? Apa yang tak baiknya dia? Tapi kan, ada ke pelakon yang baik? Dari dulu hingga sekarang, boleh berikan contoh?. Jika dulu, pelakon ni agak ekslusif, depa tak melaram di tempat terbuka macam ni. Jika nak 'berjahat'pun orang lain tak tahu, sama-sama depa saja. Ini dah secara terbuka, depan public. Reporterpun tak hingin nak dedahkan, sebab ia bukan lagi suatu berita. Semua artis begitu... KAlau setakat tengok anjing menyalak, apa nak heran. Memang tabiat anjing, tapi jika terjumpa kucing yang menyalak, baru ia jadi berita.



TAPI punyalah ramainya manusia kat Low Yatt.... jika begitu halnya dah celik ITlah rakyat kita agaknya ya?.

Saturday, February 11, 2006

LUNCH @ KOMURA

TADI dapat lunch percuma kat restoran Jepun, Kimura di Hotel Corus. Menu dia boleh tahan gak:-

Edamame, Hijiki, sashimi (maguro, shake, tako, tai), yakimoto (saba shioyaki, tori teriyaki), agemono, sushi, nabe dan teppanyaki. Wow! tersadai den dibuatnya.


California roll

sashimi

tempura

yakimomo


[Nota tangan]
1. Jika nak tengok foto yg lebih jelas, boleh ke mba2u.textamerica.com
2. Mengapa dapat makan free?. oooo sebab kami (myJICA) booking 15 meja untuk jamuan makan malam percuma kpd ahli-ahli myJICA. Nak ikut serta? Tunggu pengumumannya kemudian

Friday, February 10, 2006

AHLI YANG BUKAN AHLINYA

AKHIR-AKHIR ini rupa-rupanya banyak sekali perlantikan ahli dibuat di kalangan orang yang bukan ahlinya. Bukan setakat bukan ahlinya sahaja, malahan adalah merupakan seteru atau penentang kuat yang menjadi ahli kem lain.

Misalnya ahli @ pakar dalam bidang komputer dilantiknya dari individu yang langsung tak kenal IT. Malahan dalam budaya hidupnya adalah seorang 'penentang' kuat penggunaan IT.

Contoh lain ialah ahli, penasihat @ pakar open source dilantik dari orang yang sememangnya penentang kuat open source, malahan merupakan penyokong nombor satu kepada M$.

Apa agaknya yang akan terjadi kepada nasihat,keputusan dan polisi yang dibuat oleh kumpulan yang keahliannya terdiri daripada meraka dari jenis ini?. Rasa-rasanya kesemuanya akan menjadi skrip lakonan semata-mata. Nampak akan bersungguh-sungguh benar (terutama bila ada bos besar), namun ianya hanyalah merupakan sebuah lakonan sahaja. Apa yang akan terjadi seterusnya?.


"Maka bertanyalah kepada orang-orang yang mempunyai keahlian jika kamu tidak mengetahui" (QS. An-Nahl : 43). "Tiap-tiap orang berbuat menurut profesinya masing-masing, maka Tuhan-mu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya" (Al Isra : 84). "Apabila sesuatu perkara dikerjakan oleh yang bukan ahlinya maka tunggu saja akan ada kehancuran". (HR. Thabrani)

Thursday, February 09, 2006

HARI ASYURA

Hari Asyura - 10 Muharram (Khamis 9/2/06)


Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura'. Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa.

Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10
Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI

Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.

Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
Diterima taubat Nabi Adam a.s.
Dicipta Adam a.s.
Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
Selamat Musa dan pengikutnya.
Lemas Firaun.
Dilahirkan Nabi Isa a.s.
Diangkat Nabi Isa kelangit.
Diangkat Nabi Idris ke langit.
Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura :

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menahan marah fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha
4. Menunjukkan orang sesat fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya 5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat :
sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
11. Sembahyang sunat empat rakaat fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru"
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini
13. Menjamu orang berbuka puasa fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji,seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

[WALLAHUALAM].

Wednesday, February 08, 2006

BOTAK DALAM BUDAYA MELAYU



BOTAK.

Budak botak

Botak Chin

Megat Komeng

Salleh Kamil

adalah beberapa watak dalam sandiwara kita pemegang wataknya adalah botak. Botak dalam budaya kita ditafsirkan sebagai jahat, samseng atau yang seerti dengannya. Walau bagaimanapun kanak-kanak Melayu biasanya akan dibotakkan sekurang-kurangnya sekali semasa kecil, iaitu semasa mencukur jambul diadakan.


Adapun botak asli @ kepala tidak ditumbuhi rambut tu orang Melayu panggil otak geliga atau kuat berfikir. Akan botak di tengah pula orang Melayu gelarkan sebagai kuat xxx. ha ha ha.

Kini botak mungkin salah satu fesyen sahaja, namun ada tempat-tempat tertentu yang tidak membenarkan manusia berfesyen botak dari memasukinya. Juga ada tempat-tempat yang mesti dipakaikan fesyen botak, barulah sah ia graduate dari situ. Contoh terbaru ialah mengenai 11 orang penjudi baru-baru ini.

Perempuan botak bagaimana pula ya?

Tuesday, February 07, 2006

BM = BAHASA MUDAH

TERINGAT semasa zaman sekolah dulu-dulu. Cikgu BI saya adalah Mat Salleh dari UK (hmmm tapi muridnya tak pandai2 jugak speaking). Semasa bulan-bulan awal kedatangannya di Malaya, dia kata BM cukup mudah dan dia cintai BM. Di antaranya ialah:-

Jika pertanyaan apa khabar? jawapannya ialah khabar baik
Bila diucapkan selamat pagi, jawapannya juga ialah selamat pagi.
Bila ditanya apa macam? jawapannya ialah macam-macam
Jika diucap terima kasih, jawapannya ialah kasih-kasih atau kasih terima
(seisi kelas gelak dengan ungkapan beliau, entah siapalah cikgu BM dia. Tapi bila lama-lama rasanya ungkapan tersebut ada benarnya).

Jika buah yang ada rambut, namanya rambutan
Buah yang ada duri namanya durian

Jika bawang warna merah namanya bawang merah
Bagi bawang warna putih namanya bawang putih
Jika saiz bawang itu besar, namanya bawang besar.

mudah bukan?

Monday, February 06, 2006

OH BUKU TEKS .....!

DUA tahun lagi semua pelajar akan dapat buku teks percuma di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Oh dua tahun lagi? mengapa bukan tahun lepas?.

SPBT ini hanya diberikan kepada pelajar yang pendapatak keluarganya kurang daripada RM2,000 sebulan, ataupun yang mempunyai adik-beradik yang ramai. Kemudian pada tahun ini polisi telah menetapkan bahawa semua akan guru, tanpa mengira gaji ibu-bapa mereka juga layak menerima SPBT. Dengarnya juga semua anak pegawai & kakitangan Kementerian Pelajaran juga layak. Hmmmm.... orang kementerian lain dapat apa agaknya?.

Yang menghairankan saya ialah, 90% daripada pelajar menikmati SPBT ini. Cuma 10% sahaja yang tidak dapat dan masa selama dua tahun itulah diperlukan untuk menjadikannya 100% dapat.

Kehairanan berikutnya pada saya ialah betapa ramainya anak-anak termiskin di sekolah kita, iaitu pendapatan keluarga kurang dari RM2,000 sebulan. Setelah ditolak anak cikgu dan anak orang kementerian rasa-rasanya terlalu ramai penduduk termiskin di negara kita ini ya?.

Saya ada 5 anak yang bersekolah dan tidak pernah mendapat SPBT kerana tidak pandai menipu borang permohonan dan meminda slip gaji mengatakan pendapatan kurang RM2,000, walaupun saya dengar dan memang tahu orang bergaji berkali ganda dari sayapun turut menyapu SPBT ini.

Moga-moga Allah berilah buku 'SPBT' saya di akhirat kelak ikut kanan.
(oh pedasnya bagi yang termakan cili)


Amin.

Sunday, February 05, 2006

KLIK SAMBIL BELAJAR @ AFM

HARI ini sambil klik-klik, terjumpa dengan laman Arthritis Foundation of Malaysia (AFM) di http://www.afm.org.my/current_feature.php?id=44

Apa NGO ini kata mengenai perubatan alternatif @ tradisional untuk mengubati gout?. Ianya munasabah sekali:-

Rawatan Alternatif-Pandangan Dari Segi Perubatan

“Anda mengidap artritis? Saya kenal seorang tabib Cina yang bagus dan dia telah berjaya menyembuhkan ramai pesakit artritis!” Pastinya pernyataan ini tidak asing kepada anda. Daripada rawatan tabib Cina kepada tampalan kaki sehinggalah kepada homeopati, perubatan alternatif telah wujud selama wujudnya perubatan. Persoalannya, adakah mereka selamat dan berkesan?

Pakar reumatologi menegaskan bahawa artritis bukanlah satu penyakit yang boleh disembuhkan sepenuhnya dan sesiapa yang menyarankan kepada anda rawatan atau pengubatan yang sedemikian adalah tidak benar sama sekali. Bagaimanapun, artritis boleh dikawal dengan berkesan jika pesakit telah diberikan pendidikan serta rawatan yang berpatutan.

Tetapi bagaimanakah seseorang boleh mengetahui jika sesuatu rawatan itu sesuai? Ada kalanya kita mudah terpengaruh dengan strategi pengiklanan yang agresif serta nasihat daripada para sahabat dan sanak-saudara. Oleh itu seseorang pesakit harus dilengkapkan dengan maklumat yang tepat agar mereka boleh membuat pilihan yang sesuai.

Kebanyakan barangan pada hari ini dilabelkan sebagai asli atau bebas bahan pengawet. Walaupun semua barangan adalah lebih baik dalam keadaan asalnya, ia mungkin tidak sedemikian untuk sesetengah herba. Para penyelidik sering menegaskan bahawa kebanyakan herba ialah racun secara sendirinya dan pembuatan barangan berasaskan herba atau ubatan tidaklah semudah mengambil beberapa helai daun dan mengisinya ke dalam kapsul. Ubatan yang telah diluluskan oleh pihak kerajaan hanya akan dijual setelah beberapa tahun menjalani ujian klinikal dan penyelidikan yang ekstensif. Ini merupakan sesuatu yang amat kurang dalam ubatan tradisional.

Satu lagi isu yang membimbangkan ialah kebanyakan barangan tradisional sebenarnya adalah samaran. Sebagai contoh, satu kajian yang dibuat di Universiti Malaya menunjukkan bahawa kebanyakan ramuan berasaskan herba untuk pesakit kencing manis sebenarnya mengandungi ubat anti-kencing manis dan steroid, yang mengelirukan pesakit untuk berfikiran bahawa mereka telah mendapatkan rawatan semula jadi.

Ini pula membangkitkan isu kandungan kerana kebanyakan ubatan alternatif tidak dijual dalam bentuk asal tetapi telah ditambah dengan kandungan yang meragukan. Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian ialah kebanyakan ubatan dijual sebagai pemakanan tambahan dan bukan sebagai ubatan. Ini adalah kerana barangan yang dilabelkan sedemikian adalah tidak tertakluk kepada pelbagai ujian oleh Pentadbiran Makanan dan Ubatan seperti yang dilakukan ke atas ubatan.

Tetapi ini bukanlah untuk mengatakan bahawa semua ubatan tradisional dan berasaskan herba adalah palsu. Malah kebanyakan ubatan berasal daripada tumbuh-tumbuhan; contohnya, ubat aspirin dan ubat penahan sakit dibuat daripada kulit kayu pokok willow, manakala colchicine, ubat untuk penyakit gout, pula dibuat daripada pokok colchicum autumnale. Di Universiti Malaya, Universiti Putera Malaysia dan MARDI juga terdapat ladang herba di mana kajian berterusan dibuat untuk mencungkil rahsia herba tempatan.

Pokoknya, pesakit perlu berhati-hati semasa mengambil ubatan alternatif kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diketahui atau is boleh berinteraksi secara negatif dengan ubatan yang sedang mereka ambil. Maklumkan kepada doktor anda sekiranya anda mengambil ubatan alternatif kerana ia mungkin berinteraksi secara negatif dengan ubatan yang doktor bercadang untuk berikan kepada anda.

Bagaimana pula dengan rawatan alternatif seperti akupunktur? Kebanyakan terapi-terapi ini telah diamalkan di negara Cina berabad lamanya dan ia sekarang telah diterima oleh negara Barat sebagai rawatan yang terbukti secara saintifik untuk mengurangkan kesakitan tetapi bukan menyembuhkan arthtitis. Persoalannya ialah sama ada ia dilakukan oleh pengamal yang bertauliah.

Sebagai ringkasan, selalulah beringat bahawa sesuatu yang terlalu bagus untuk dipercayai berkemungkinan besar adalah hanya cakap kosong. Kebanyakan penyakit berkembang secara progresif tahun demi tahun di dalam badan kita. Oleh itu apa-apa rawatan yang boleh menyembuhkan atau menghilangkan sakit dan simptom secara serta-merta sepatutnya menimbulkan syak wasangka.

Kaji latar belakang rawatan atau pengamal dengan berhati-hati sebelum membuat keputusan tentang jenis rawatan kerana satu pilihan yang salah mungkin akan menyebabkan kesakitan yang lebih atau mungkin juga meragut nyawa anda.


Dipendekkan cerita, berikut adalah makanan yang perlu dielakkan:-

* Sardines
* Anchovies
* Kidney, liver, brain or internal organs
* Meat and meat extracts
* Asparagus
* Cream sauces
* Cauliflower
* Lentils
* Beans
* Beans
* Spinach
* Mushroom
* Oatmeal
* Whole wheat cereal
* Fish
* Seafoods

Siapa tahu, apakah makanan yang boleh dimakan/patut dimakan/mesti dimakan?.

Saturday, February 04, 2006

BACA BUKU DAN JADI JUTAWAN!

ADAKAH manusia boleh menjadi jutawan dengan (hanya) membaca buku?.



Buku ini memberikan beberapa tips untuk membolehkan perniagaan anda dikembang-maju menggunakan Internet. Jika anda memang telah mempunyai perniagaan dan ingin mengembangkan lagi perniagaan anda melalui Internet, buku ini memberikan beberapa tips bagaimana menggunakan Internet dengan betul (itu sahaja).

Bolehkah anda menjadi jutawan setelah membaca buku ini?. Itu terpulang kepada jenis perniagaan anda. Jika dalam keuntungan perniagaan anda sekarang sudah mencapai angka RM990,000.00 insyaallah anda boleh menjadi jutawan setelah melaksanakan apa yang tertulis dalam buku ini. Nak dapatkan RM10,000 lagi setelah ada RM990,000 rasa-rasanya tidaklah mustahil.

Jika anda tiada perniagaan macamana?. Jawapannya mudah, carilah perniagaan, berniagalah!.

Yang pastinya anda boleh menolong penulis buku ini menjadi jutawan dengan membeli buku beliau ;-)

Friday, February 03, 2006

Treo650 --> Dopod900 -->SE P990i

DULU saya menggunakan Treo 650. Bagi saya PDA adalah Palm dan Palm adalah PDA. PDA-phone ini memang banyak faedah dan jasanya. Banyak sekali perisian yang berfaedah boleh didapai bagi PalmOS. Sebelum Treo 650, saya menggunakan Treo 600, WordPad505, dan Palm IIIc. Di antara masa tersebut, sempat juga mencua iPaq sebelum dicuri orang di pejabat dan Nokia Communicator dan menjualnya kerana saiznya yang terlalu besar serta Sony Ericsson P910 sebelum melepaskannya kerana didapati ia terlalu perlahan.



OLEH kerana perlukan PDA 3G, saya beralih kepada Dopod 900 yang saya kira satu-satunya PDA yang mempunyai perkhjidmatan 3G. PDA ini menggunakan perisian Windows Mobil 2005 atau WM5. Dulu agak janggal untuk menggunakan Windows kerana pelbagai cerita mengenainya. Namun selepas sebulan, ia tidak pernah 'reset', terutamanya 'hadr reset'. Namun saiz Dopod ini boleh tahan juga dan masa tindakbalas tidaklah begitu pantas. Agak sukar untuk mengendalikan Dopod, khususnya semasa memandu.


WALAUPUN pernah gagal dengan SE P910i, namun saya tetap menantikan SE P990i yang akan ke pasaran di penghujung Q1 2006 ini. Mungkin Symbian 9.1 ini ada sedikit kelainan. Selain dari 3G, rupabentuk PDA ini adalah yang paling menarik (bagi saya) berbanding dengan Treo dan Dopod. Mungkin ia perlahan kerana processor yang rendah, biarkanlah... Jika TReo macam telefon, Dopod bagaikan PDA, maka P990i adalah kombinasi antara kedua-duanya dari segi paras rupa.


Berikut adalah perbandingan antara Treo 650, Dopod 900 dan SE P990i:-


Thursday, February 02, 2006

SELAMAT

YAB Perdana Menteri menyarankan agar 'ucap selamat' terus dijadikan sebagai budaya oleh masyarakat Malaysia. Selamat pagi, selamat petang, selamat jalan, selamat belajar, selamat datang dan selamat selamat.

Selamat Hari Wilayah
Hari ini pekerja di Wilayah Persekutuan masih bercuti kerana cuti ganti hari Wilayah.

Selamat Tahun Hijrah 1427

5 ubat hati:-
- membaca Quran
- berpuasa
- sembahyang sunat tengah malam
- beristigfar
- suka menziarahi ulama

--> dari Awang Selamat ;-)

Wednesday, February 01, 2006

test sekali lagi

testing ini perlu kerana selepas tukar make-up, blogger perlukan verification.

posting dari dopod 900

SELEPAS 30 TAHUN



SELEPAS 30 tahun meninggalkan sekolah, akhir Disember lepas kami bertemu semula buat pertama kalinya. Pertemuan di restoran Nelayan ini meninggalkan pelbagai rasa. Pada mulanya kami langsung tidak dapat mengecam wajah rakan-rakan lain. Namun lama kelamaan, satu demi satu kenangan yang ditinggalkan lebih 30 tahun kembali dalam ingatan semula. Semua yang datang pada malam itu ialah lelaki. You all tahulah, apa cerita kaumj lelaki kan?. Semasa di SESMA, kami ada 4 kelas semuanya, 2 English medium dan 2 Malay medium. Dan malam itu.... seperti biasa jugalah minyak dan air tidak begitu mesra percampurannya.