HARI ini saya tak cuti, tapi kerja saya yang cuti.
Bos kata kalau awak nak cuti, cutilah tapi saya tak mahu kerja awak yang cuti. Orang boleh bercuti, tapi kerja jangan cuti.
Bos saya yang dulu kata:
Awak dibayar gaji 8-5. Bila awak kerja, saya nak tengok awak ada di tempat kerja awak. Bila saya perlukan awak, awak mesti ada. Saya tak kira tentang kerja awak tu, janji awak ada kat pejabat pada masa pejabat. Saya tak mahu awak hilang pada masa kerja dan bawa balik kerja kat rumah. Kat rumah buat kerja rumah, bukan kerja pejabat.
Hari ini kerja saya cuti.
Friday, July 28, 2006
Thursday, July 27, 2006
SETENGAH MASAK
Setengah daripada anda tahu forward e-mel. Setengah lagi memang tidak tahu. Setengah di sini bererti 50%. Itulah yang dinamakan sebagai setengah masak, atau orang cerdik yang bodoh, orang celik yang buta.
Bagi manusia yang tak tahu forward e-mel, maka kemungkinan besar penerima-penerimanya akan lebih senang diserang virus atau mel sampah (junk mel). Sebabnya mudah, segala macam mak nenek dalam mel yang diterima akan diforward kepada orang lain. Ini termasuklah alamat e-mel orang lain. Dari situlah virus dan agen-agennya dengan senangnya menyerang. Lagi pula, mesej yang hendak disampaikan hanyalah sebaris sahaja, akan tetapi e-melnya boleh mencecah 1MB disebabkan panjangnya sampah yang disertakan. Itu membazir namanya. Orang yang suka membazir tu sedara syaitan.
Bagaimana forward mel?.
1. DELETE perkara-perkara yang tak perlu seperti alamat mel orang lain, disclaimer orang lain dan yang seerti dengannya.
2. Jika hantar mel begini kepada ramai orang, jangan gunakan TO: atau CC:, sebaliknya guna BCC. Ia akan membantu mengurangkan sampah bila tiba kepada orang bodoh yang belum khatam cara-cara nak forward mel.
Sekian. Saya benci orang macam ni dan mel mereka masuk dalam filter spam saya sahaja.

Wednesday, July 26, 2006
DOMO ARIGATO LYNN
assalamualaikum
Lynn(Kobe) (7/25/2006 9:45:56 PM): saya sdg edit template mba
Lynn(Kobe) (7/25/2006 9:46:01 PM): saya dah siap
Lynn(Kobe) (7/25/2006 9:46:27 PM): cuma belum publish lagi
Lynn(Kobe) (7/25/2006 9:48:25 PM): ok saya publish dan coding template lama saya dah save, klu tak berminat nanti kabo ye. bye
Lynn(Kobe) (7/25/2006 10:45:24 PM): maaf nampaknya ada error bila publish
Lynn(Kobe) (7/25/2006 10:45:29 PM): so esok saya cuba lagi
Domoarigato gozaimasuta

Tuesday, July 25, 2006
47
SAYA pernah temui beliau beberapa tahun yang lalu. Tika itu usianya sekitar 30-an. Minggu lepas saya bertemu dengannya semula dan dia maklumkan yang usianya adalah 47 tahun. Ya, 47 dan bukannya sekitar empat puluhan atau belum masuk lima puluh dan bukan juga awal empat puluhan. Eh? kita hanya berpisah beberapa tahun sahaja, bukannya sekitar 10 tahun!.
Classmate saya semasa di sekolah rendah juga sudah berumur 47 tahun sekarang. Eh mengapa usia kita berbeza?. Jika classmate kat sekolah menengah, boleh jadi ada express class. Jika classmate kat universiti mungkin lewat masuk dan kerja dulu dan macam-macam. Ini classmate kat sekolah rendah.
Barang kali jika ditanya kepada datukpun, umur atuk dah masuk 70an ya?. Oh.... tak cu, umur atuk baru ampat puluh tujuh tahun!.
Hmmmmm..... lelaki 47 tahun berharap dapat kahwin gadis berusia 27 tahun :)

Monday, July 24, 2006
MENGAPA MENCARI SUSAH?
SUSAH JANGAN DICARI
SENANG JANGAN DITOLAK
Mengapa minta cuti lama sangat ni?
Tiga hari saja bos, bukan lama. Saya nak mendaki gunung Fuji.
Hah?. gunung KInabalu dah naik?
Belum lagi
Gunung lain macamana? gunung Tahan, gunung Ledang, gunung Nuang?
Semuanya belum
Habis tu kau nak cari apa atas puncak gunung tu? Bukan ada emaspun. Apa yang akau akan jumpa hanya penat dan lelah saja. Jika nasib tak baik, boleh cedera lagi.
Entahlah, sayapun tak tau apa yang saya cari.
OKlah, gunung Fuji ni ada lima laluan. Kau boleh pilih salah satu dari lima trek tersebut. Tapi kelima-limanya naik bas saja. Kau buatlah pilihan sendiri
(dalam hati: Apalah dia ni....)
Jomlah kita ke gunung fuji
Nak tengok apa?
Kita boleh tengok matahari terbit
Dah tengok matahari terbit, apa dapat? Buat penat saja
Entahlah....
SELEPAS latihan mendaki semalam, rasa-rasanya betul dan tepatlah ungkapan-ungkapan di atas.
(aku dah tewas ke?).

Sunday, July 23, 2006
BUKIT GASING - KEPALA BERPUSING
peluh mengalir
di puncak bukit gasing
rerama terbang
SESI latihan hari ini adalah di antara yang paling meriah. Erna sediakan 20 helai kemeja-t berjenama Ashworth, sudah tentu dengan cop Cisco. Harga pasaran ialah RM150 sehelai. Hanya 4 helai sahaja berbaki. Sehelai untuk Siti Rusni di KK. Maknanya 3 sahaja yang tidak datang. Kebetulan hari ini Erna melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya. Kami semua hantar wakil dan ucapan terima kasih dan selamat pengantin baru melalui Azam sajalah. Yang lain dah pamcit semuanya.
Ismalia pula bawakan topi IDIS dan yang paling power ialah power bar sebagai pemberi tenaga sepanjang pendakian latihan. Terima kasih daun keladi.
Sesi hari ini tidaklah teruk sangat. Semuanya lulus ujian. Namun ia cuma satu per sepuluh sahaja daripada sesi sebenarnya. Fuh.... jauh lagi perjalanan tuu.... Macam biasalah, ada yang laju, sayup meninggalkan kengkawan, ada yang slow, terlalu slow dan pamcit, namun semuanya berjaya.
Hasil dari sesi hari ini, pihak penganjur telah buat keputusan untuk bahagikan kumpulan ini kepada dua, iaitu A-Team dan B-Team. Team kecil ini mudah sikit untuk dikawal.
Ini foto Sri Diah dalam sesi yang lepas. Foto pelbagai kerenah & muka letih sesi ini akan diupload kemudian hari.
nota: Minggu depan (Ahad) taklimat akhir beserta dengan pemberian windbreaker dan backpack oleh JAL akan diadakan di Taman Tasik, KL 8am.
Friday, July 21, 2006
Wednesday, July 19, 2006
RUMAH KERAJAAN: CAKAP SERUPA BIKIN?
Mengapa ramai pegawai kerajaan yang tidak tinggal di kuarters kerajaan di Putrajaya?. Berikut adalah beberapa alasan yang dinyatakan dan alasan yang tak dinyatakan.
1. Pergi surau jumpa dia, pergi kedai berselisih dengan dia, pergi ofis mengadap muka dia, buka pintu rumahpun nampak dia. Tak kan kita nak bercampur dengan orang gomen saja...
Aku bukan suka ke surau, jika dia tak nampak muka aku kat surau kalu..., dia tahu ler perangai sebenar aku... Kat ofis aku kan bos... tak kan bini aku suruh sidai kain dia buat tak nampak aja. alahai
2. Kuarters kerajaan ni besar sangat. I tinggal berdua dengan wife saja. Anak-anak semua kat asrama. Buat apa nak duduk rumah besar2. Lagipun bila pencen nanti kena duduk rumah sendiri jugak.
You know what.... elaun perumahan I RM1000+ sebulan, jika tinggal di kuarters, habislah elaun tu. Lebih baik I menyewa RM800 kat luar. Ada baki lagi RM200. Rumah I kat KL tu disewa RM1000+ juga. Lagipun jika dok kat dalam tak dapat COLA
3. Rumah kerajaan ni ada kasta, ikut pangkat. I tak sukalah cam gitu
I tinggal di banglo sekarang, walhal kelayakan I jika di kuarters cuma semi-d saja, ah mana boleh jadi....
4. I saja nak bagi peluang kat orang yang lebih memerlukan kuarters, I dok kat luar OK
Tak kan you tak tau, mana ada kuarters yang kosong kat Putrajaya ni....
Tuesday, July 18, 2006
ULANGTAHUN PERTAMA
KELMARIN setahun yang lalu, saya mula melapor diri untuk bertugas di sini
HARI INI sudah genap setahun saya di sini.
SELAMAT ulang tahun yang pertama kepada saya.
SEMOGA semuanya selamat
SEMUANYA BERKAT.
Amin.

Friday, July 14, 2006
HAIKU TERBAIK 2006
sabar menanti
induk pulang ke sarang
bawa rezeki
(waiting patiently
for mother's homecoming
bringing sustenance)
Haiku wins her a trip to Japan
KUALA LUMPUR: She heard about the grand prize of a trip to Japan, so she started from scratch learning how to write a “haiku” and she conquered the judges with her entry.
DREAM COME TRUE: Nur Ashiquin holding up her haiku in Kuala Lumpur on Wednesday, after she won a trip to Matsuyama City in Japan for a week-long Haiku Camp.
Twelve-year-old Nur Ashiquin Maulad Azmiran's persistence with the Japanese verse form of three short lines paid off when she was picked the winner of the 2006 JAL World Children’s Haiku Contest.
“I still can’t believe I’ve won. This is my dream come true!” says the Year Six pupil of SK Manjalara, who was clearly excited about her impending trip to Matsuyama City from July 24 until Aug 1.
She will be joined by 24 primary students from other countries around the world and 20 Japanese students at a week-long Haiku Camp.
“It was very difficult to write a haiku initially but after a lot of practice, it became much easier to create one,” said Nur Ashiquin.
Her winning entry is Sabar menanti, Induk pulang ke sarang, Bawa rezeki (Waiting patiently, For mother’s homecoming, Bringing sustenance).
The five other winners of the contest who won RM100 and a book hamper are: Mohd Hafizi Sidratul Muntaha, 11 from Sekolah Sri Garden, Serene Teo Sing Ning, 11 from SJK (C) Nan Kai, Lim Looi Leng, 12 from SJK (C) Jalan Davidson, Muhammad Atiq Fitri Azmi, 10 from SK Manjalara, and Wong Jung Keet, 12 from Sekolah Sri Garden.
This biennial contest is organised by Japan Airlines (JAL) in collaboration with the Education Ministry.
“We are happy to play a role in the organisation of this contest in Malaysia as it develops our students’ proficiency in Bahasa Malaysia in a different way while encouraging them to appreciate the environment they live in,” said Deputy Education Minister Datuk Hon Choon Kim at the event on Wednesday. Also present was the Japanese Ambassador to Malaysia Tadashi Imai.
The contest saw 730 entries from 59 primary schools in Selangor, Putrajaya and Kuala Lumpur. Fifty-six entries were short-listed, from which six winners were chosen. There were two special entries from partially blind students of SK Pendidikan Khas Cacat Penglihatan Jalan Batu.
Saturday, July 08, 2006
Mt. Fuji: Latihan Ke Puncak
SEMALAM bertemu dengan pakar psikologi dan motivator. Minggu-minggu berikutnya mungkin sesi latihan akan disertai oleh pakar-pakar ini....
Nak mendaki ni bukan perlukan sangat tenaga, tapi yang lebih penting ialah semangat.
Anda bodoh jika tidak pernah mendaki Fujisan, tetapi anda adalah dua kali bodoh sekiranya mendaki lebih dari sekali.
Berikut adalah gambar semasa sesi latihan di puncak Fuji:-
mula2pun dah sayup..... penat tu...!
sib baik ada juga pokok.... Inilah barisan kita....
Tiba juga kita ke puncak akhirnya (baru berlatih beb!).
Dan inilah yang menunggu.....
nasi lemak: licin...... Laksam: bersih!!!!
NOTA: Sesi latihan minggu depan (Ahad) tepat 8am dah mulakan pendakian dan dengan full suite.... Minggu depan juga semua peserta diminta bawa passport, borang viasa, gambar dan borang insuran yg telah ditandatangani untuk diproses...

Friday, July 07, 2006
Mt. Fuji: Hayalan dan Kenyataan
KAMI dibekalkan dengan sebuah backpack dan windbreaker yang ditempah khas oleh JAL. Setiap seorang dari kami membeli tongkat pendakian dan tangki O2 sebagai persediaan awal. Selain daripadanya, bag kami ini berisi air minuman dan air untuk wuduk,sedikit makanan, ubat-ubatan, lampu suluh serta pakaian kami.
KAMI memulakan pendakian dari stesen 5 tepat jam 5:30pm. Cita-cita kami ialah untuk mengejar mentari naik di puncak Fujisan. Cuaca sedikit demi sedikit semakin dingin. Hari kian gelap. KAmi tiba di stesen 7 tepat jam 8pm. Dua setengah jam perjalanan dalam cuaca sejuk dan gelap. Angin kian kencang bertiup. Target kami ialah untuk ke stesen 8, yang sejam lagi perjalanan. Di situ kami akan bermalam sebelum meneruskan 1 jam lagi pendakian untuk ke puncak.
Berehat seketika di setesen 7 dan meneruskan perjalanan. Kami akhirnya tiba di stesen 8 jam 10pm. Kami menuju ke Toyokan hut yang telah ditempah terlebih awal oleh JALPAK. Kami berkumpul dan berehat dan melelapkan mata di sini. Dua puluh orang semuanya berkongsi sebuah dewan yang muat-muat sahaja bagi meluruskan badan dan melelapkan mata. Kami tidak mempunyai sebarang target untuk bangkit pukul berapa untuk mendaki terus ke puncak. Biarlah keadaan yang menentukan. Walau bagaimanapun alarm berbunyi pada jam 2am dan ramai penghuni hut yang lain sudah bersedia untuk meneruskan perjalanan. Akhirnya, pada jam 2:45am kami semua meneruskan pendakian ke puncak. Manusia punyalah ramai...... Mentari mulai menunjukkan diri pada jam 4:35am. Ah kami masih lagi di stesen 8.5. Masih jauh lagi untuk ke puncak dan deretan manusia sudah jam hingga ke puncak.
Saya kembali semula ke hut untuk tunaikan solat Subuh terlebih dahulu. Cita-cita untuk laungkan azan di puncak Fuji tidak termakhbul. Kami akhirnya sampai ke stesen 9 pada waktu sudah siang, sekitar jam 8am. Ramia yang sudah tidak ammpu untuk teruskan perjalanan lagi, lagipun sasaran awal untuk melihat mentari naik dari puncak sudah terlepas. Puncak cuma 741 kaki lagi. Namun..... mentari naik yang kelihatan dari stesen 7, 8, 9 dan 10 adalah sama sahaja. Menarik, comel dan memberikan 1000 kepuasan.
Sekarang macaman pula untuk turun ni..... oh penatnya, malasnya dan rupa-rupanya aku masih lagi dalam sesi latihan....

Tuesday, July 04, 2006
FADER & MADER (FAMA)
MASA zaman saya belajar dulu-dulu, hampir semua daripada kami mendapat biasiswa ataupun dermasiswa daripada kerajaan ataupun badan-badan korporat. Adalah seorang dua sahaja yang tidak mendapat biasiswa atau sememangnya tidak mahukan biasiswa disebabkan tidak mahu ikatan kontrak untuk bekerja dengan kerajaan selepas tamat belajar. Mereka ini mendapat penajaan sepenuhnya daripada ibu-bapa atau FAther & MAma mereka yang kita namakan sebagai FAMA.
FAMA sudah tentu inginkan anak-anak dia berjayakan? Penajaan yang diberikan tidak perlu cagaran atau ikatan kontrakpun. Itu dulu....
Tapi sekarang?.
Famanafi halang 2 beradik berniaga
ALOR STAR: Sejak lebih 30 tahun lalu, dua beradik warga emas dari Kampung Batu Satu, Kuala Ketil, berusaha mencari nafkah sendiri dengan menjual hasil kampung secara kecil-kecilan di Pasar Tani Sungai Petani.
Che An Bahari, 69; dan adiknya, Zaharah, 66, menjual pelbagai hasil kampung seperti pisang, ulam dan pucuk kayu yang dibawa dari kampung ke Pasar Tani setiap Ahad dan memperoleh purata RM30 setiap kali berniaga.
Bagaimanapun, sejak 1 Januari lalu, mereka putus mata pencarian apabila tidak dibenarkan berniaga di Pasar Tani dengan alasan mereka tidak ada permit untuk berniaga di situ.
Che An adalah ibu tunggal dan berniaga kecil-kecilan kerana tidak mahu bergantung rezeki daripada anaknya yang juga hidup sederhana menyara keluarga.
Sebahagian daripada jualan mereka dikutip sendiri di sekitar tempat tinggal dan dibawa ke Pasar Tani menaiki bas sejauh kira-kira 20 kilometer kerana tidak mempunyai kenderaan sendiri .
"Kami hanya menjual hasil kampung kecil-kecilan. Ulam dan pucuk kayu itu ada yang kami kutip sendiri di kampung dan jual di Pasar Tani," katanya yang datang ke pejabat Berita Harian semalam.
Difahamkan, kira-kira 40 peniaga kecil di Pasar Tani itu tidak dibenarkan berniaga kerana tiada permit.
Pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Daerah Kuala Muda, Asrul Mohd Zuki, ketika dihubungi menafikan agensi itu menghalang dua beradik itu berniaga.
"Jika sudah lama berniaga, mereka boleh mendaftar terus dengan Fama Daerah Kuala Muda dan dibenarkan berniaga seperti biasa kerana barang yang dijual memang dialu-alukan oleh Fama," katanya.
Katanya, peniaga berkenaan boleh berhubung terus dengan urus setia Pasar Tani berkenaan untuk mendaftar dan meneruskan perniagaan seperti biasa.
"Mungkin mereka salah faham. Saya minta mereka datang ke pejabat Fama Daerah Kuala Muda untuk menyelesaikan masalah itu," katanya.
Beliau berkata, Fama akan mengekalkan peniaga yang sudah lama berniaga di Pasar Tani khususnya membabitkan hasil kampung.
* Kita pernah baca atau tonton berita pengarah JPN pergi ke rumah warga emas untuk sediakan myKAD kan? Sedangkan dia jika ikut peraturan, "datanglah ke pejabat kami untuk membuat permohonan myKAD atau myKID".
** Bagaimanakah produk pertanian Malaysia boleh maju??
FAMA sudah tentu inginkan anak-anak dia berjayakan? Penajaan yang diberikan tidak perlu cagaran atau ikatan kontrakpun. Itu dulu....
Tapi sekarang?.
Fama

Sunday, July 02, 2006
Mt. Fuji: LATIHAN & PERSEDIAAN
SESI latihan kali kedua ni, agak ramai juga yang datang. Yang tak datang adalah disebabkan oleh uzur syar'i. Aisyamaisara ke China, Azdi ada kenduri kat Johor dan Ismalia ada urusan kat rumah. Yang lain semuanya datang, kecuali Siti Rusni yang berada nun jauh di Kota Kinabalu.
Coach kita, sdr Muzaffar kata, bila berada di tempat tinggi, penyakit altitude sickness seperti sakit kepala, muntah, loya dan mual adalah perkara biasa. Jadi janganlah makan banyak-banyak, sebab lagi banyak makan, lagi banyak muntah dan ia akan menghilangkan tenaga. Untuk itu penggunaan energy bar atau gel adalah digalakkan:
power bar, power gel, power endurance, penahan muntah, penahan gastrik
JAL akan sediakan bag dan juga wind breaker, jadi tak usahlah risau lagi. Bolehlah kita tumpukan kepada perkara-perkara lain pula. Kasut misalnya....
Ini kasut yg Muazlina pakai. Coach kata lulus... dan harga dia kurang RM100. Tanyalah Muaz kat kedai mana...
Oh ya.... coah juga ingatkan, kat atas gunung nanti oksigen memang nipis, jadi mungkin anda akan sesak nafas, semput atau yang sewaktu dengannya. Oleh itu tangki oksegen elok sangatlah dibeli.
Ini Manan punya: tangki o2 ke bocong ni?
baru 150 aanak tangga dah tersepel? ..... jauh lagi tu dik ooiii
Nampak rupa macam Sri Diah, itu... novelis "Jangan Ada Dendam" tu, tapi betul ke diapun nak cari ilham menulis novel di Fujisan?
* Gambar-gambar lengkap training pagi tadi ada di http://jica.fotopages.com

Saturday, July 01, 2006
Mt. FUJI: DARI IDEA KE KONSEP
KAMI akan bertolak ke Jepun pada 3 Ogos dan Insyaallah pada 6 Ogos akan berada di puncak gunung keramat Fujisan ini. Anggota ekspedisi seramai 20 orang ini mula 'berlatih' pada Ahad lepas. Mengikut perancangannya kami akan berlatih secara berkumpulan pada setiap Ahad sehingga ke hari penerbangan.
Sehingga kini, nampaknya program ini adalah yang paling berjaya yang pernah dianjurkan oleh myJICA. Sebabnya, seramai enam orang EXCO turut menghadirinya dan ia juga tidak memerlukan sebarang dana secara langsung daripada myJICA mahupun JICA. Kesemuanya ditanggung sendiri oleh peserta ataupun penaja mereka.
Macamana timbulnya idea untuk mendaki Fujisan atau Fijiyama ini?.
Pada tahun lepas, kami mengadakan program homestay di Nagoya, Jepun. Dari semasa ke semasa kami berjumpa, berkumpul dan berbual-bual. Hasil dari situ muncullah idea mendaki Mt. Fuji ini. Ramai peserta yang memberikan sokongan serta komitmen untuk menyertainya. Akhirnya pada bulan April 2006, sebutharga yang agak menarik dari Japan Airlines (JAL) diperolehi. Peserta minima yang diperlukan ialah seramai 15 orang. Dari sini saya mula menghubungi rakan-rakan, sahabat dan tidak dilupai bekas peserta homestay. Tarikh demi tarikh ditetapkan sebagai sasaran akhir, namun penyertaannya tidak juga rancak. Masih jauh untuk menepati bilangan peserta minima yang diperlukan. Pelbagai strategi dan promosi digunakan. Daripada 15 peserta homestay, ramai yang memberikan komitmen, namun hanya seorang sahaja yang mengesahkan penyertaan.
Akhirnya bilangan 20 peserta diperolehi dan latihan pertama berjaya diadakan. Walaupun ia cuma dihadiri oleh 10 orang sahaja, namun ia adalah kejayaan yang pertama.
berehat seketika sambil mendengar penerangan mengenai Fuji
Apakah persediaan lain yang diperlukan
Oh banyak sekali.... mental dan juga fizikal.
Kelulusan daripada KSU untuk keluar negeri masih belum diperolehi. Walaupun ia adalah merupapakan program peribadi dan perlu mengambil cuti rehat, namun kelulusan dari ketua jabatan untuk keluar negeri adalah suatu kemestian. Namun ia dijangka tidak akan terlalu sulit.
Selain daripada persediaan fizikal dari segi kecergasan, persediaan mengenai apa yang perlu dan sesuai dibawa juga agak memeningkan. Ogos adalah merupakan musim panas di Jepun, namun puncak Fujisan bersuhi di bawah sifar pada masa tersebut. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu dibawa:
- Kasut
Kasut mendaki yang baik. Bagaimana?. Yang ada besi? Yang ringan?. Yang bertapak mencengkam?. Ini paling mustahak, namun masih belum dibeli. Lihat dan tunggu.
RM300
- Seluar
Nasihat umum kata jangan pakai jeans, ia menyiksakan dan membataskan pergerakan. Nak pakai track-suite sahajakah?. Tak lembut sangatkah?. Dalam keadaan sejuk ada yang kata mesti pakai long-john. Yang pernah mendaki menghalangnya sama sekali sebab akan menyebabkan saluran darah tersekat, menyebabkan kejang (cramp). OK saya beli "hiking pants" ini:-
RM59.90
-Jaket
Dalam suhu di bawah sifar degree, walaupun hanya satu malam di puncak, perlulah bersedia dengan jaket yang sesuai. Ini juga dilema, nak yang betul-betul tebal atau sederhana atau yang relaks sahaja. Apa-apapun badan sendiri mau tanggung kan? Jika kita lihat gambar di Fujisan, ada yang pakai tebal ada yang selamba jer dengan seluar pendek. Akhirnya saya beli jaket (wind breaker) yang biasa sahaja dari Reject Shop.
RM39.90 (RejectShop)
-Stoking
Stoking @ sarung kaki yang bagus jangan dilupa
RM25.00
-Sarung Tangan
Sarung tangan ala kadar cukuplah....
RM40.00
* Banyak lagi yang perlu dibawa. Senarai barangan ini akan dikemaskini setalah ia dibeli nanti kay?. Nasib baik bag mendaki ditaja oleh JAL. Tidaklah pening sangat nak fikir beg sebesar mana yang perlu dibawa.
Selain daripada persediaan-pesediaan ini ada lagi perkara yang cukup merisaukan. Ianya bukan soalan samada saya boleh sampai di puncak atau tidak, tetapi masih ramai lagi yang masih belum melunaskan bayaran ni..... Risau tu!!!!.
6D Tokyo / Mt Fuji Adventure in Early August ‘2006
Day 01 KUALA LUMPUR / TOKYO
Overnight flight to Narita on Japan Airlines
JL 724 KUL / TYO 2250 / 0655
Day 02 TOKYO / LAKE KAWAGUCHI ( L,D )
You will be met and assisted at Narita International Airport.
We will drive along the Chuo Expressway to Mt Fuji. We will visit Hakone, famous for its hot spring resorts. Enjoy a motorboat ride on Lake Ashi. After lunch, we check in at Kawaguchi Seigaku Hotel. We will enjoy a traditional steamboat dinner at the hotel.
Accommodation: Kawaguchi Seigaku Hotel or similar class
Day 03 LAKE KAWAGUCHI / MT FUJI 5th Station ( B )
Breakfast at the hotel. We will proceed to the most beautiful Mountain – Mt Fuji 5th station ( altitude 2,305M above sea level ) this will be our starting point to conquer the peak ( altitude 3,776M above sea level ). Please have with you layered clothing, rain gear, sturdy shoes, warm gloves, hat, water, cup noodles/dried food, a flashlight , money (YEN), as well as personal medication. Our final destination for today will be at 8th station. We shall rest here for the night.
Accommodation: Mountain Hut
Day 04 MT FUJI 8th STATION TO PEAK 1OTH STATION –
Lavender or Sunflower Field – Asakusa Kannon Temple – Ginza – Ikebukuro ( L )
Before day break ( approx. 0400HRS ), we shall start to make our way to the peak at about 0100HRS. We will want to catch the su-rise and have photos be taken at the peak. After which, lets walk CAREFULLY round the crate of the peak ( if weather permits ). After enjoying the scenery, we shall descend from Mt Fuji. Next lets visit Lavender OR Sunflower Field ( subject to availability – the seasons of the blooming )
Next, we will head for the famous and oldest temple in Tokyo – Asakusa Kannon Temple. Lets shop for some Japanese souvenirs at Nakamise Shopping Arcade. We will also visit the street of shops located about 5 minutes away from the temple ( near ROX Shopping Centre ) and experience the ambience around this old street which still have shops that sell traditional Japanese items. In the late afternoon, we shall visit the famous Ginza district, a high class shopping area. Later, we will also shop at Ikebukuro.
Accommodation: Hotel Sunshine City Prince or similar class.
Day 05 SHINJUKU – Free & Easy - * Optional Tour ( B )
Breakafst at hotel. We shall travel to Shinjuku and have a feel of Tokyo’s Business District. Shinjuku is also known as a shopping Paradise. The rest of the day is free and easy for your explore Tokyo City.
• Optional Tour to Disneyland or DisneySea can be arrange.
Accommodation: Narita Excel Hotel or similar class.
Day 06 NARITA / KUALA LUMPUR ( B )
Free at own leisure after breakfast till time to transfer to airport.
JL 723 TYO / KUL 1225 / 1835
Twin Sharing per pax :

Subscribe to:
Posts (Atom)