Labels

Saturday, September 24, 2016

HANG TUAH dah sampai ke OKINAWA

PETIKAN daripada buku saya TRAVELOG JEPUN: Sedesawarsa Bersama JICA di OKINAWA ada dalam majalah Mastika Oktober 2016.

Saturday, September 17, 2016

ADAB SALAM YANG SUDAH BERUBAH ?

SAYA agak, adab bersalaman masa kini sudah jauh berubah.

Di zaman kanak-kanak dahulu saya diberitahu supaya bersama seperti ini:-

1. Hulur dan genggam kedua-dua tangan (satu tanganpun tidak salah)
2. Lihat muka orang yang kita salami
3. Senyum
4. Bersalawat
5. Tarik tangan dan sapu muka atau dada.

Kini adab bersalaman sudah jauh berbeza. Ia bukan hanya pada golongan muda, malahan di kalangan imam, orang alim dan orang-orang tua.

Saya sangat malas bersalam, khususnya setelah selesai solat di tempat saya kerana hampir semua orang (termasuk imam, bilal, ustaz dll) salam tanpa tengok muka, pandang tempat lain, sembang dengan orang lain dan tidak perasan pun sedang bersalaman dengan kita.

Cepat sungguh adat Melayu bertukar. Jika di Jepun, tunduk hormat itu masih utuh di mana sahaja, termasuk masjid.

Layan...

https://www.youtube.com/watch?v=tGycDPuVCC0




Tuesday, September 13, 2016

CERITA KURBAN

1. Saya jarang buat qurban di kampung sendiri, khususnya di surau atau tempat awam. Jika adapun, kami sembelih seekor lembu secara berkongsi adik-beradik.

2. Raya Haji tahun ini, kami pulang ke Terengganu. Sertai qurban bersama orang kampung. Empat ekor di hari raya pertama dan tiga ekor di hari raya kedua. Ia amat memeranjatkan saya. Di kampung saya sendiri sudah ada pusat sembelihan yang sangat lengkap. Jauh lebih lengkap berbanding dengan surau dan masjid di bandar tempat saya tinggal. Lengkap di sini dalam erti kata standard kampung, bukan mahu dibandingkan dengan pusat sembelihan berhawa dingin di luar negara. Setiap kali selesai sembelihan, darah dan kotoran terus dibersihkan. Tidak ada kotoran, tidak ada bau yang kadangkala hingga sebulan masih ada jika di surau tempat saya tinggal.

3. Orang kampung lebih suka menyertai qurban di pusat ternakan dan sembelihan ini berbanding di masjid sebab harga lembu yang lebih murah dan prasarana yang lebih lengkap.

4.  Saya pernah berangan-angan untuk memiliki kediaman begitu. Sebuah rumah dan sebuah ladang. Sebenarnya saya ada sebidang tanah bersebelahan dengan pusat ternakan/rumah sembelih ini. Masih belum berusik, hanya dipenuhi kelapa sawit yang diusahakan oleh emak yang sudah sakit-sakit badan dimamah usia.

5. Setelah melihat proses sembelihan, di mana majoriti orang kampung datang dan betapa padunya tenaga yang diperlukan untuk menundukkan lembu-lembu itu, angan-angan saya mati begitu sahaja. Tidak mampu berangan lagi.

6. Pada ketika yang sama kami melapah daging, anak saya hantar whatsap mengatakan daging qurban bahagian kami di kota telah habis setelah beliau menghulurkan kupon dengan alasan lewat datang. Sebenarnya beliau ke surau sekitar jam 1pm berbanding dengan waktu tutup, ia itu 2.30pm. Tahun lepas saya langsung tidak jenguk daging qurban kerana tidak mendapat kupon. Nampaknya memang tidak ada harapan langsung untuk merasa daging qurban dari Surau al-Hidayah Kajang ini. Jika mahu makan daging, beli sahajalah. Tidak ada seorangpun AJK yang mahu memberi jawapan kepada soalan saya.

QURBAN.