Labels

Saturday, May 30, 2009

FOTO PILIHAN CANSTOCK PHOTO MEI 2009 II




FOTO PILIHAN CANSTOCK PHOTO MEI 2009 I




Friday, May 29, 2009

BASIKAL DAN BUKU

Wednesday, May 27, 2009

FOTO TERLARIS DIBELI ORANG



Foto terkini yang terlaris di Istockphoto

Tuesday, May 26, 2009

NASI KANDAR : DI MANA ISTIMEWANYA?


SAYA berada di Pulau Pinang. Apakah yang istimewanya di Penang ini?. Orang kata, jika hendak bawa balik, belilah buah pala jeruk. Jika ingin makan, cubalah nasi kandar. Apakah istimewanya nasi kandar?.

Di sebelah petang, saya beli beberapa jenis jeruk, termasuk buah pala. Pemandu teksi yang kami tumpangi mengingatkan agar jangan makan buah pala atau jeruk-jeruk lain banyak sangat. Ia dijeruk dengan gula aisin, sejenis bahan kimia yang tidak begitu menyihatkan. Begitulah kata beliau.

Di sebelah malam saya ke kawasan makan di sekitar Masjid Kapitan. Makan nasi kandar. Bagi saya, nasi kandar tidak ada sebarang kelebihan berbanding dengan nasi campur yang lain. Semua orang tahu bahawa nasi kandar adalah nasi biasa yang dicampur dengan pelbagai jenis kuah dan lauk pauk mengikut pilihan. Itu sahaja. Ia sangat tidak 'presentable'. Saya fikir nasi kandar akan menjadi lebih enak, lebih istimewa dan lebih menyelerakan sekiranya diberikan pakej dan rupa bentuk yang baharu. Bagaimana?.

Cuba lihat nasi lemak sekarang. Suatu masa dahulu, nasi lemak juga seperti nasi campur ataupun nasi kandar. Kini nasi loemak adalah lebih menarik landscape dan auranya. Tidak mustahil nasi kandar juga boleh dipakejkan sedemikian, mengikut arus zaman. Nasi kandar alaf baru gitu...

Monday, May 25, 2009

MENGAPA KITA BERBASIKAL?


MENGAPA kita berbasikal?. Di antara beberapa jawapan yang kita biasa dengar ialah kerana berbasikal adalah sejenis senaman yang boleh menyihatkan badan. Mengikut pakar, senaman terbaik ialah berenang dan yang kedua adalah berbasikal. Sebab lain ialah untuk bersosial, menjelajah, melihat keindahan alam semulajadi dan yang seumpama dengannya.

Semasa berhenti rehat dan menikmati nasi lemak ikan keli di Lenggeng hari Sabtu lepas, ramai kumpulan kanak-kanak berbasikal yang datang 'mengintai' dan mengurumi kami. Maklumlah basikal kami mahal-mahal agaknya (bagi kanak-kanak kampung). Namun apa yang menarik perhatian saya ialah tentang seorang kanak-kanak cacat yang datang dengan basikal yang diubahsuai khusus (lihat gambar).

Sudah menjadi lumrah masyarakat kita, kanak-kanak cacat begini akan menjadi "bahan hiburan" bagi penduduknya. Usik-mengusik, tegur-menegur dan terburailah gelak ketawa buat penghibur hati mereka dan dia. Jika kanak-kanak sebegini "hilang" dari kampung, sudah tentu suatu kehilangan akan dirasakan oleh seluruh ahlinya.

Oh ya, saya ingin menyeru kepada semua rakan-rakan sebasikal saya. Di masa-masa hadapan, selain daripada objektif berbasikal seperti di atas, kita juga perlu perihatin kepada masyarakat setempat yang miskin, susah, sakit, cacat dan yang seumpama dengannya. Kita boleh buat sedikit kutipan dan memberi sedikit sumbangan. Diharapkan kayuhan kita juga akan bermakna dan bermenafaat kepada mereka.

Sunday, May 24, 2009

PERJALANAN INI


HARI ini saya bertolak ke Pulau Pinang. Bukan dengan basikal, tetapi dengan belon.

Destinasi saya ialah Pulau Pinang. Sekiranya saya tidak tiba di Pulau Pinang, apakah anda boleh agak apa yang akan berlaku kepada saya?. Oh ya, saya ke sana untuk bermesyuarat dan membentangkan dua kertas kerja.

Barangkali, jawapannya ialah:-
A.Mesyarat tidak dapat dilakukan dengan sempurna
B.Kertas kerja tidak dapat dibentangkan
C.Saya akan dimarahi oleh bos

Sekiranya saya sampai ke Pulau Pinang dengan selamatnya dan berejaya membentangkan kertas-kertas pembentangan pula, adakah matlamatnya telah tercapai?. Apakah matlamat saya ke Pulau Pinang?
A. Menghadiri mesyuarat
B. Membantangkan kertas kerja

Sebenarnya, matlamat jangka pendek saya ke sana ialah untuk memberi kefahaman kepada peserta mengenai kandungan kertas yang akan dibentangkan. Matlamat jangka panjang pula ialah supaya para peserta boleh dan berupaya melakukan apa yang dibentangkan.

Ternyata di sini, matlamat saya bukannya ke Pulau Pinang, tetapi membuatkan peserta dari Pulau Pinang memahami apa yang bakal dibentangkan. Apa kata sekiranya saya tidak ke PP?. Mungkin saya ada cara lain supaya peserta boleh dengar syarahan saya dan memahaminya. Apa kata anda?. Jawapannya ialah, saya akan dimarahi dan mungkin akan dikenakan tindakan.

Wah... susah juga ya perjalanan kita!. Dilema di antara sampai ke destinasi dengan cara perjalanan yang betul. Tidak sampai ke destinasi bukanlah suatu kesalahan, asalkan perjalanan dimulakan.

Betul?

Saturday, May 23, 2009

KAYUHAN E21-LENGGENG

From Left: MBA (50), Won (50), Muhaimy (54), Pak Samad (58), Dr. Azmi (41), Pak Kamad (59), Kak Yam(50+), Pak Wan Sabri (54), Kak faridah (50+), Yap (52), Norman(51)

air terjun di bukit puyuh. ramai yg memanggilnya bukit punai sebab tidak tinggi pun!


Di persimpangan Lenggeng kami menjamu diri sendiri dengan nasi lemak ikan keli

Kayuhan Semenyih-E21(LEKAS)-Lenggeng-Broga-Semenyih pada hari ini amat mengujakan. Pertama kerana RV berdekatan dengan rumah. Kedua kayuhan 58km selesai pada jam 10am.

Lain kali bolehlah berkayuh di sini lagi.

Thursday, May 21, 2009

KAYUHAN TANPA MOOD

Apakah perkataan yang tepat untuk "mood" dalam Bahasa Melayu?.

Nikmatilah foto-foto di atas untuk menambah "mood" anda (dan saya).

Wednesday, May 20, 2009

MESYUARAT YANG MENYERONOKKAN

SEMEMANGNYA sudah menjadi sifat semulajadi manusia, mereka mahukan yang indah-indah, cantik-cantik dan menyeronokkan. Bak kata orang tua-tua, "rezeki jangan ditolak, bala (kerja) jangan dicari".

Pada minggu ini sahaja saya sudah menghadiri dua mesyuarat yang sangat membosankan. Sekiranya mesyuarat tersebut adalah berkaitan dengan tugas dan diwajibkan hadir kerana tugas, seronok atau tidak ia memang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun kedua-dua mesyuarat tersebut adalah mesyuarat persatuan yang merupakan kerja sukarela. Kerja-kerja sukarelapun boleh menyeronokkan kita sekiranya perjalannya adalah baik, teratur, tersusun dan dilakukan dengan penuh komitmen.

Pada saya, kebolehan pengerusi mesyuarat adalah sangat-sangat penting bagi membolehkan sesebuah mesyuarat berjalan dengan lancar dan tidak membosankan. Kebolehan istimewa akan membuatkan mesyuarat itu menghiburkan.

Semasa saya bertugas di sebuah jabatan di Kementerian Kewangan lama dahulu, saya tidak pernah ketinggalan walau satupun mesyuarat yang dijadualkan. Saya sangat seronok dan menanti-nantikan mesyuarat tersebut. Mesyuarat ditetapkan pada setiap Isnin jam 10am. Saya akan pastikan saya tidak akan miss mesyuarat tersebut dan apabila saya cuti sakit ataupun terpaksa bercuti atas alasan tertentu juga, saya hadir ke mesyuarat tersebut. Banyak faktor yang menjadikan ia adalah sebuah mesyuarat yang menyeronokkan.

Tuesday, May 19, 2009

FOTO YANG DIBELI ORANG

Puas sudah menanam tomato
pagar tidak juga dibina orang
puas sudah merakam foto
gambar tidak juga dibeli orang

Berikut adalah foto-foto terbaik iStockphoto March 2009

Jika anda berupaya merakam foto sebegini, anda boleh kaya ....

Monday, May 18, 2009

Sunday, May 17, 2009

HARI HIPERTENSI SEDUNIA

HARI ini, 17 Mei adalah merupakan Hari Hipertensi Sedunia. Apa itu hipertensi?. Orang dulu-dulu kata tekanan darah tinggi ataupun darah tinggi.

Di negera kita, sebanyak 4.8juta orang yang bersusia 30 tahun ke atas adalah penghidap hipertensi. 70% peratus daripada penghidap hipertensi ini tidak menyedari bahawa mereka adalah penghidap. Hipertensi adalah merupakan satu faktor utama kepada kejadian sakit jantung, strok dan penyakit ginjal.

Hari Hipertensi Sedunia tahun ini bertemakan "Garam dan Tekanan Darah Tinggi Dua Pembunuh Yang Tidak Disedari".

Pesanan daripada Malaysian Society of Hypertension (MSH)

43% rakyat Malaysia dewasa menghidap hipertensi
Hanya 95 daripadanya dapat dikawal
Perubahan gaya hidup sihat ke arah mengurangkan tekanan darah:
- Tidak merokok
- Bersenam
- Kurangkan pengambilan garam

Cara Mengurangkan Pengambilan Garam

1.Kurangkan penggunaan garam dalam masakan. Ia termasuklah penggunaan kicap, sos, dan kiub stok
2. Kurangkan pengambilan telur masin, ikan masin, dan sayur jeruk/masin
3. Dapatkan perisa tambahan dengan penggunaan herba, rempah ratus, serta perisa spr cili, halia, jus lemon atau limau
4.Periksa label pada makanan dan pilihlah yang kurang garam.

Saturday, May 16, 2009

HARI ICT SEDUNIA

BESOK, 17 Mei adalah merupakan "Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia" ( World Telecommunication and Information Society Day )

Friday, May 15, 2009

KELING

DI ZAMAN kanak-kanak, perkataan "keling" adalah kata-kata biasa yang ditujukan kepada orang berbangsa India. Sehingga sekarang ia adalah kekal dalam minda saya. Setalah berhijrah ke Kuala Lumpur pada akhir 1970-an, saya diperkenalkan dengan perkataan "mamak" dan "hindu" yang juga dirujuk kepada orang India. Rupa-rupanya "keling" itu tidak begitu disenangi oleh orang-orang India di sebelah sini.

Perkataan "keling" telah diminta supaya dibuang daripada Kamus Dewan. Naik turun mahkamah. Namun akhirnya Dewan Bahasadan Pustaka (DBP) menang. Ini bermakna perkataan Keling tetap ada dan ia memang perkataan dalam bahasa Melayu dan bukan bertujuan untuk menghina sesiapa.

Bukankah orang Melayupun ada yang bernama Keling?. Contohnya "Zainal Keling". Tambipun ada, contohnya Rahim Tambi Chik.


Istilah 'Keling' Dibenarkan Dalam Kamus Dewan, Kata Mahkamah

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini, Khamis memerintahkan bahawa penggunaan istilah 'keling' dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga dibenarkan kerana ianya adalah untuk tujuan pembelajaran.

Hakim Lau Bee Lan, yang memutuskan demikian dalam kamar, kemudian menolak rayuan Angkatan Pelopor India Muslim Selangor dan Wilayah Persekutuan (APIM) terhadap keputusan Penolong Pendaftar Kanan (SAR) Mahkamah Tinggi, Nik Isfahanie Tasnim Wan Abdul Rahman.

Pada 29 Dis, 2006, Nik Tsfahanie Tasnim membenarkan permohonan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk membatalkan saman pemula terhadapnya berhubung istilah 'keling' yang difailkan oleh APIM yang didakwa menghina masyarakat India di negara ini.

Menurut peguam DBP Md Radzi Mustafa, Hakim Lau dalam penghakimannya juga menyatakan penggunaan istilah 'keling' dalam kamus itu bukan 'mala fide' (niat jahat) kepada mana-mana pihak dan DBP hanya melaksanakan tanggungjawab yang ditetapkan.

Katanya hakim juga berpendapat saman pemula APIM itu adalah mudah dan tidak mempunyai peluang untuk berjaya.

Ditanya sama ada istilah 'keling' masih digunakan dalam kamus edisi keempat, Md Radzi ia masih digunakan tanpa sebarang contoh perkataan.

Pada 22 Dis 2005, Pengerusi APIM Ramli @ Mohd Othman Ravinthranath Abdullah menyaman DBP dan lima yang lain berhubung istilah tersebut.

Dalam saman pemula itu, Ramli menamakan DBP, Ketua Pengarah DBP, Menteri Pendidikan, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, syarikat pencetak Harian (Zulfadzli) Sdn Bhd dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Antara lain, Ramli memohon supaya istilah itu dipadamkan dari kamus tersebut.

Pada 28 Feb, 2005, DBP mengemukakan permohonan bagi membatalkan saman itu atas alasan istilah itu dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga bukan bertujuan jahat, menimbulkan kacau-bilau, menganggu keamanan, merangsang rasa benci, permusuhan, dendam, tidak harmoni atau perpecahan seperti yang didakwa oleh APIM.

Dalam afidavit sokongan bagi membatalkan saman itu, Timbalan Ketua Pengarah DBP, Abu Bakar Mohamad mendakwa APIM tidak mempunyai 'locus standi' (hak di sisi undang-undang) untuk mengemukakan saman tersebut bagi pihak kaum India Muslim.

APIM diwakili oleh peguam Priyadarshini Nair.

-- BERNAMA

Thursday, May 14, 2009

FOTO TERBAIK BULAN INI UNTUK BUAT DUIT



Foto di atas adalah di antara foto-foto terbaik di agensi iStockphoto. Sekiranya anda ingin buat duit, foto-foto begini boleh dijadikan benchmark.

Wednesday, May 13, 2009

FACEBOOK UNTUK KERAJAAN?



SAYA percaya tidak ada agensi kerajaan Malaysia yang menggunakan FAcebook sebagai salah satu daripada saluran perkhidmatan mereka kepada orang awam. Kemungkinannya, sebahagian besar (jika tidak semua) agensi kerajaan mengharamkan penggunaan Facebook di kalangan staf mereka.

Beberapa buah kerajaan di luar negara telah menggunakan FAcebook sebagai salah satu saluran maklumatnya. BAgi syarikat pula, penggunaan Facebook adalah merupakan perkara biasa.

Terkini, Penerbangan Malaysia (MAS) menggunakan Facebook sebagai salah satu saluran maklumat. Ia adalah kerana MAS menghadapi banyak persaingan. Beberapa buah syarikat besar di Malaysia juga telah menggunakan Facebook.

Kerajaan kita bila?

Tuesday, May 12, 2009

BUAT DUIT DENGAN FOTO I

SETAKAT manakah keyakinan anda terhadap buku-buku buat duit?
Ramai orang berpendapat ia hanyalah gimik semata-mata. Apatah lagi
jika bukunya bertajuk "menjadi jutawan dengan foto" atau yang seumpama dengannya.

Berikut adalah cakap-cakap yang pernah saya dengar berkaitan dengannya:-

Buat duit dengan foto?
- Alamak apa kamera awak pakai?
- Sudah berapa ribu awak dapat duit?
- Boleh percaya ke ini?
- Ah ini karut!. Yang pasti penjual buku yang buat duit, pembeli buang duit sahaja
- Saya tidak percaya

Saya juga begitu. Mana ada buku yang boleh buat duit untuk pembacanya. Buku hanya boleh memberi panduan atau tip sahaja. Selebihnya adalah terpulang kepada pembaca. Misalnya tertulis di dalam buku "kerjalah bersungguh-sungguh untuk menjadi kaya" atau "jangan buang masa, ia adalah merugikan". Adakah anda akan menyangkalnya?. Barangkali tidak. Cumanya ialah, mungkin anda tidak larat atau tidak mahu untuk mengikutinya. Salah buku atau salah pembaca buku?.

Berbalik kepada buku "Buat Duit Dengan Foto", saya sedang merangka satu pelan supaya setiap pembeli buku saya memang benar-benar buat duit. Anda beli buku saya dan saya akan beli foto anda dengan duit. Anda akan benar-benar buat duit dan ia dijamin.
Tunggukan pengumuman lanjut mengenainya.



Selamat membaca.

Monday, May 11, 2009

GOLDEN LOUNGE - CADANGAN KPD IDRIS JALA




DULU tidak ramai rakyat jelata yang mampu menaiki kapalterbang. Semenjak AirAsia dilancarkan dengan slogan "Everybody can fly", menaiki kapalterbang sudah menjadi lebih murah dan lebih ramai yang mampu menaikinya. Golden Lounge atau yang setaraf dengannya masih lagi menjadi hak ekslusif sebahagian kecil daripada penumpang kapalterbang sahaja. AirAsia tidak mempunyai lounge. MAS pula menyediakan lounge kepada penumpang kelas perniagaan dan pemegang kad Enrich Emas sahaja.

Pada hakikatnya ramai penumpang dan orang awam yang sangat berkeinginan untuk memasuki Golden Lounge. Namun oleh kerana ia adalah ekslusif, maka keinginan ini hanyalah menjadi impian sahaja. Saya berpendapat impian dan keinginan orang awam ini boleh mencipta peluang perniagaan yang baik.

Apa kata sekiranya MAS membuka Golden Lounge ini secara francais di luar lapangan terbang. Katakan di tengah-tengah bandar, di kompleks membneli belah dan sebagainya. Ia bukan lagi ekslusif kepada penumpang kelas perniagaan sahaja, malahan kepada sesiapa sahaja yang mahu (mempunyai wang sudah semestinya). Saya fikir francais Golden Lounge atau yang setaraf dengannya tidak terdapat di mana-mana bandaraya di duniapun. Apa salahnya jika Malaysia mempeloporinya dan menjadi yang pertama. Mungkin francais ini menjadi ekslusif untuk Malaysia dan MAS bagi seluruh dunia!.

Saya fikir francais Golden Lounge di luar lapanganterbang adalah laku kerana banyak faktor.

Apa kata anda? Perlukan saya menulis surat kepada Dato' Sri Idris Jala mengenai idea ini?.

Sunday, May 10, 2009

VEGI

RUMAH saya menjadi tempat mesyuarat EXCO persatuan penduduk semalam. Beberapa orang EXCO dari pelbagai bangsa, India, Cina dan Melayu hadir. Mesyuarat dibuat secara ad-hoc untuk mencari penyelesaian kepada satu masalah.

Saya hidangkan mereka dengan keropok lekor Terengganu. Kebetulan isteri baru pulang dari bertugas di KT dan keropok yang masih segar lagi itu saya goreng untuk mereka. Saya perhatikan tidak seorangpun yang berbangsa India menjamahnya.

Setelah mesyuarat hampir berakhir, isteri saya pulang ke rumah dan menggoreng mee untuk mereka. Sambil menghidang, beliau bertanya "siapa yang vegetarian?. Saya masak mee tanpa sebarang daging". Ooo barulah saya faham, mereka ini vegi rupanya.

Bercakap mengenai vegi, nampaknya ia sudah dikenali seentero dunia. Bagaimana dengan jenis makanan yang lain?. Penerbangan Malaysia mempunyai menu makanan berikut:-

Hindu (HNML)
Kosher (KSML)
Medical Diet/Soft Meal (BLML)
Diabetic Meal (DBML)
Low Cholesterol/Low Fat Meat (LFML)
High Fibre Meal (HFML)
Low Salt (LSML)
Gluten Free (GLML)
Low Protein (LPML)
Vegetarian Meal (VGML)
Western Vegitarian (VLML)
Asian Indian Vegetarian (AVML)
Non-=Lactose (NLML)

Hmmmm.... banyaknya menu!, sayangnya Muslim meal (MOML) hanya untuk penerbangan bukan MAS sahaja.

Saturday, May 09, 2009

BERBASIKAL DAN JUAL BUKU





A: Kayuh malam ini?

I: Insyaallah. RV tempat biasa jam 9.00pm, tayar golek 9.30pm

A: Bawa 3 buah buku, autograf sekali.

I: OK

B: Salam. Semasa berkayuh malam ini, boleh autograf buku?. Saya beli semasa PABKL tempoh hari.

I: Insyaallah.

C: I nak sebuah buku. tt sekali.

I: Baiklah. Jumpa di sana.

D: Buku ada lagi?.

I: Ada. Berapa buah mahu?.

D: Sebuah sahaja, sebagai menghargai kawan.

I: Terima kasih banyak atas sokongan.

D: Tida tulis buku berbasikal?

I: Boleh tulis, cuma kurang liputan dan pasaran kecil. Tidak balik modal. Tidak ada penerbit mahu.

D: Terbit sendiri?

I: Saya perlukan RM10k. Banyak tuu...

E: saya mahukan 2 helai lagi jersey. Saya cukup suka jersey yang dahulu.

I: Insyaallah...

Thursday, May 07, 2009

KEPAYAHAN PEJABAT

ENTRI kali ini adalah berkaitan dengan kemudahan yang tidak mencukupi untuk menjalankan kerja di pejabat. Lantaran itu "kemudahan" ditukar menjadi "kepayahan".

Sedari dulu, saya mewmpunyai komputer sendiri di rumah. Ini adalah kerana:-
i. komputer yang disediakan di pejabat tidak mencukupi
ii. Masa berada di pejabat adalah terbatas
iii. Perlu menjalankan kerja di rumah

Dulu, saya pernah ditegur oleh bos supaya jangan membawa komputer milik peribadi ke pejabat. Gunakan komputer pejabat, walaupun hanya tiga butir yang disediakan. Deraf guna pen dan serahkan kepada staf untuk menaip. Jika saya ikut nasihat beliau, sudah tentu hingga sekarang saya tidak tahu menggunakan aplikasi komputer (seperti beliau).

Setelah adanya Internet, keperluan untuk mempunyai komputer sendiri (desktop atau laptop) semakin dirasakan. Bukan setakat komputer sahaja, malahan talian internet juga perlu dilanggan dan dibayar sendiri. Sebabnya ialah:-

a. Talian internbet di pejabat lebih perlahan berbanding dengan di rumah
b. Banyak sangat pantang larang di pejabat. Itu tak boleh, ini tak boleh. Walaupun ia adalah suatu keperluan untuk menjalankan tugas.
c. Faktor masa

Alat untuk bekerja ini adalah berbeza dari seorang ke seorang yang lain. Ada orang yang dapat komputer desktop dan laptop atyau notebook. Dapat handphone dengan kemudahan broadband dan macam-macam lagi. BAgi saya, sejak dari dahulu tidak pernah menikmati kemudahan tersebut. Oleh itu ia dinamakan kepayahan. Barangkali kerana saya bekerja di jabatan. Kini apabila bekerja di kementerian pun, masih begitu juga. Orang yang bekerja di jabatanpun dapat.

Sekali-sekala apabila notebook sendiri kaput, susahnya nak buat kerja pejabat. Masakan malam2 atau hari minggu perlu berada di pejabat sedangkan dengan berbelanja sedikit (beli notebook), ia dapat dibereskan di rumah sahaja. Pokoknya pejabat tidak menyediakan kemudahan tersebut, melainkan kepayahan jua. Mengapa ya?.

Sepatutnya pejabat perlu menyediakan segala kemudahan bagi pekerjanya. Malahan bagi pekerja yang belum kahwinpun, pejabatnya perlu mencarikan pasangan dan mengatur perkahwinan untuknya. Ada hadis yang menyebut begitu. Tapi kini?. Engkau bujang ke, duda ke, dadu ke, apa peduli?. Kerja-kerja-kerja. Malahan ada bos yang marah-marah bila anak buah cuti di musim cuti (cuti sekolah, hujung tahun, perayaan dll) hatta untuk bertemu ibu bapa sekalipun. Mengapa ekk?.

Wednesday, May 06, 2009

iPHONE ATAU E71?





BERDASARKAN jadual penilaian di bawah, iPhone memang kalah dengan Nokia E71.


Tuesday, May 05, 2009

BENCI ATAU RINDU

BAGI orang yang bercinta, setiap ketika memang ingin bersama dengan pasangannya. Kata orang tau-tua dan orang-orang tua, tidak dapat jumpa orangnya, tengok bayangpun sudah memadai. Tidak dapat masuk ke rumah, tengok tangga rumahpun sudah mencukupi.

Dalam dunia pekerjaan kita, ya, lah tempat di mana majoriti daripada masa kita ditumpahkan, dan organisasi di mana kita mencari makan, membesarkan (perut) diri dan keluarga, adakah anda rasa begitu?. Maksudnya rindu kepada pejabat?. Teringat-ingat akan bos, miss rakan sepejabat dan yang seumpama dengannya?.

Jika anda ada mesyuarat di luar pada jam 10am, adakah anda akan datang ke pejabat terlebih dahulu pada jam 9am?. Jika aturcara selesai pada jam 2pm, adakah anda akan terus pulang ke rumah, ke departo ataupun bergegas ke pejabat anda?.

Semua tindakan anda adalah kesan kepada rasa rindu ataupun benci kepada organisasi anda.

Saya?.

Monday, May 04, 2009

JALANRAYA MALAYSIA PALING SELAMAT

Minggu Ini MBA membuat perjalanan melebihi 1000km. Sepanjang jalan didapati memang ramai sekali pembunuh berkeliaran. Mereka ini ialah yang memandu atau menonggang secara khinzir buta. Mengapakah jalanraya malaysia dipenuhi pembunuh?. Tidak bolehkah kita jadikan jalan dan lebuhraya kita sebagai yang paling selamat di dunia?

Pada mengamatan saya, cuma satu sahaja: iaitu penguatkuasaan. Tangkap,denda, sumbat dalam jel dan yg seerti dengannya. Haramkan pembunuh menggunakan jalanraya. Jadikan jalanraya sifar pembunuh.

Pendidikan dan kempen nampaknya kurang berkesan.

Ya tangkap saja, Kasi makan rumput!!!

Friday, May 01, 2009

SELSEMA BABI

Langsung dari Bilik Gerakan Selsema Babi: