Saturday, February 28, 2009
KAYUHAN GAZA : PCM TERAKHIR
Date: 27 February 2009
Venue: Palace of Justice
Meeting time: 8.30 PM SHAAAAAAAAAAAAAAAAARP!
Ride time: 9.00 PM
Distance: About 20km
Ride speed: 15-25km/h
Apakah maknanya "sharp"?.
8.30pm tidak ada seorangpun di POJ. Pihak penganjurpun tiba selepas jam 9pm. Sharp?.
Dipendekkan cerita, PCM kali ini (sama seperti yang dulu-dulu juga), hanya bermula selepas jam 10pm. Jika begitu elok sangatlah ubah sahaja waktu, kepada berkumpul 9.30pm dan berkayuh 10pm. Dulu memang sudah elok mengapa ditukar menjadi lebih awal?. Jika 9.30 dan 10, bukankah sempat kita solat Isya terlebih dahulu?.
PCM kali ke-11 barangkali adalah merupakan PCM terakhir untuk saya sekiranya pihak penganjur masih tidak mampu untuk menggunakan jam. Mengapa lewat? Siapa yang kita tunggu?. Jika memang sudah dijangka lewat (sudah 10 kali, malam tadi kali ke-11), mengapa masih mempercepatkan waktu?.
Malam tadi juga menyaksikan beberapa orang basikalis pulang ke rumah sebaik sahaja PCM bermula ...
Friday, February 27, 2009
DARI KL-SENTRAL KE KL-CC
DARI rumah saya menapak ke stesen komuter Kajang sebaik sahaja selesai solat Subuh. Biasanya, jika selepas jam 7am, penompang KTM-Komuter akan bersesak-sesak dan ada kemungkinan untuk terlepas tren. Jika sebelum jam 7am, peluang untuk berjaya masuk ke dalam tren adalah besar.
Dari Kajang ke KL-Sentral mengambil masa kurang 30 minit. Dari KL-Sentral ke KL-CC mengambil Putra-LRT. Pertama kali saya lihat sistem Q di KL-Sentral. Barangkali sudah lama tidak naik LRT dalam masa puncak. Sistem ini memang perlu dipuji. Penompang tidak lagi perlu berebut-rebut. Beratur dan boleh baca akhbar sambil mengunggu tren. Sangat kreatif Putra-LRT. Syabas!.
Di stesen KL-Sentral, NOTIs sistem-Q juga terpampar, namun tidak diikut orang kerana tidak ada penguatkuasaan. Adakah orangnya yang tidak berdisiplin?. Oh tidak! .... sebabnya ia adalah orang yang sama yang turun-naik komuter dan LRT. Kita tidak boleh salahkan penompang dalam kes ini. Ia adalah kekuatan Putra dan kelemahan KTM dalam menguatkusakan sistem-Q.
Bagaimanakah agaknya kita boleh 'memaksa' supaya KTM juga mengamalkan sistem-Q di stesen-stesen besar di waktu puncak?.
Cadangan saya ialah minta KSN sahaja yang beritahu kepada pengurusan KTM. Habis cerita.
(Boleh forward entri ini kepada KSN).

Thursday, February 26, 2009
DALAM TREN
SAYA kini sedang berdiri @ bergayut dalam tren. Teringat zaman berebut dan bersesak dalam tren di Jepun. Bezanya ...
1.Dalam tren Jepun dipenuhi iklan, di sini kosong sahaja.
2. Dalam tren Jepun, penompang biasanya buat 3 aktiviti, iaitu membaca, mendengar muzik atau tidur
3. Dalam tren di .malaysia penompang sekadar termenung kosong
4.
5.

Wednesday, February 25, 2009
Sunday, February 22, 2009
KAYUHAN UNTUK GAZA
Thursday, February 19, 2009
Wednesday, February 18, 2009
SAYA DISERANG LAGI
SETELAH sekian lama berada dalam zon selesa, kini saya diserang lagi dan terus GO OUT. Petang semalam, pelipatan sebelah kiri terasa sengal dan saya sudah mengetahui serangan datang lagi. Malam tadi dia mula berdenyut dan pagi tadi satu suntikan penahan sakit diberikan. Alhamdulillah bolehlah bertahan untuk melawannya.
Ramai orang berkata bahawa gout adalah penyakit orang kaya. Raja segala penyakit dan penyakit raja-raja. Kononnya sebab makan yang sedap-sedap dan berlebihan protin, sebab itu dapat sakit. Semuanya saya nafikan, sebabnya saya tidak begitu. Latarbelakang saya tidak langsung sedemikian. Namun tadi saya temui satu pernyataan baru mengenai penyakit ini. Badan terlalu gemuk (obes), banyak minum minuman keras dan tidak cukup makanan dari segi kuantiti dan kualitinya. Saya tidak obes dan saya tidak minum arak. Apa yang tinggal ialah .... tidak cukup makan dari segi kuantiti dan kualiti. Ini saya akui sangat. [Saya akan menulis secara panjang lebar dan tanpa berselindung akan kehidupan silam saya dalam sebuah jibunsyi nanti]
Jadi sekarang adalah masa untuk berehat dan GO OUT ..... gara-gara gout.
Gout dari Wikipedia:
The high levels of uric acid in the blood are caused by protein rich
foods. Alcohol intake often causes acute attacks of gout and
hereditary factors may contribute to the elevation of uric acid, e.g.
inborn errors of purine-pyrimidine metabolism. Typically, persons with
gout are obese, predisposed to diabetes and hypertension, and at
higher risk of heart disease. Gout is more common in affluent
societies due to a diet rich in proteins, fat, and alcohol. It is not
rare, however, to find gout among the poorer classes, who drink large
quantities of malt liquors, and whose food is insufficient in quantity
and quality. This is known as "poor man's" gout.
Sunday, February 15, 2009
KAJIAN SEMULA KAYUHAN BASIKAL
BUAT masa ini saya mengayuh basikal secara regular sebanyak lima (5) hari seminggu. Sabtu (Putrajaya Away Ride - PAR), Ahad (Putrajaya MOrning Ride - PMR), Isnin, Rabu dan Jumaat (Putrajaya Night Ride - PNR). Hujung minggu dipenuhi dengan acara kayuhan dan hari biasa cuma Selasa dan Khamis sahaja yang lapang.
Rasa-rasanya program kayuhan ini perlu dikaji semula dengan mengurangkan bilangan kayuhan tetapi meningkatkan jarak kayuhan. Barangkali 3 kali seminggu sudah memadai dengan jarak kayuhan yang sama. Ini bermakna saya patut gantung Mountain Bike dan hanya menggunakan Road Bike sahaja. Mungkin MTB hanya sebulan sekali ...
Tuesday, February 10, 2009
KOKO
Anak: Abah tahu tak koko?
Abah: Memang tahu. Rumah Tokki dekat dengan ladang koko
Anak: Koko ada ladang ke?. Kat sekolah ada koko, tapi tak ada ladangpun
Abah: Koko itu bila diproses dibuat Milo
Anak: BUkan koko yang itulah abah.... ini koko yang main-main masa petang kat sekolah tu.
Abah: Ooooo... itu Ko-Korikulum. Masa abah sekolah dulu tak ada koko ini. Apa yang ada ialah sukan sahaja.
Tokki: Jamang Tokki dulu tak ada sokan-sokan ini semua, time tu kita orang ada spot jer kat sekolah....

Monday, February 09, 2009
DOK SENDEK LAGI
Saturday, February 07, 2009
HILANG?
Sunday, February 01, 2009
SEDANG MENANTI
Subscribe to:
Posts (Atom)