Labels

Monday, March 29, 2010

RAKYAT DIDAHULUKAN


SEMENJAK slogan 1Malaysia diperkenalkan, pelbagai gelagat 'rakyat' yang berurusan dengan pegawai kerajaan dapat kita perhatikan.

Bagi rakyat yang berstatus peniaga, mereka ingin didahulukan bagi mendapat kontrak dan urusan perniagaan mereka. Bagi rakyat yang mempunyai anak atau kaum keluarga, mereka ingin didahulukan supaya anak mereka mendapat pekrjaan dalam kerajaan. Setelah memperolehi pekerjaan, mereka mahu didahulukan supaya dapat memilih sendiri lokasi tempat kerja mereka. Jika boleh pejabat biarlah di sebelah rumah sahaja.

Rakyat tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya terhadap permintaan supaya didahulukan ini. Namun begitu, para penjawat awamlah yang harus memainkan peranan yang berkesan supaya rakyat boleh didahulukan, namun segala peraturan tidak perlu dilanggar. "jika terdapat peraturan yang menghalang, jangan dilanggar peraturan tersebut. Jika boleh, buatlah pindaan terhadap peraturan tersebut".

Sungguhpun begitu, mendahulukan rakyat bukanlah suatu kerja mudah dalam kapasiti seseorang penjawat awam. Kami bekerja secara berpasukan dalam satu relay. Misalnya dalam larian 4X400 meter. Terdapat empat pelari yang berlari sendiri dalam sempadan 400 meter mereka secara berpasukan. Kadangkala pertolongan yang diminta adalah bagi slot pelari pertama sedangkan kita berada di slot ketiga. Lebih parah lagi apabila pertolongan yang diminta adalah bagi acara lompat galah, sedangkan kita hanya boleh berlari.

Hmmmm...

Sunday, March 21, 2010

PESTA BUKU 2010


Balqis MZ. Penulis KarnaDya. Kawan lama. Kawan sekelas. Kawan serumah. Lama tidak jumpa.

Anis Ayuni dan Aisha Sofea. Alaf 21.

Baju kami serupa.
Apa kata Alang Bidara (Penulis PTS) "Sebab kenapa saya dan Tuan MBA memakai baju yang serupa menjadikan nostalgia pesta buku sebelum ini kembali menerjah memori."
Saya: Seronok hingga tiada kata-kata

Friday, March 19, 2010

HARI INI PESTA BUKU BERMULA

HARI ini 19 Mac 2010, bermula lagi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) buat kali yang ke-29. Pertama kali saya menyertai PBAKL sebagai penulis adalah pada tahun 2008. Cukup ramai kawan-kawan yang turut membantu. Foto-foto berikut adalah sebahagian daripadanya:

Azhar, Manan & Zamri di kaunter pembayaran
SMD dengan buku kerjaya ICT
Nak tulis apa dalam buku ini?
Isteri I pensyarah ICT di IPTS, mengapa universiti dia tidak ada dalam buku U?
Ehhh... nama I pun ada dalam buku ni.... Terima kasih...
Dah penat melayan karenah, dah lapar, kami makan...


Ya ... itu 2008.

Wednesday, March 17, 2010

FOTO PILIHAN MAC 2010



SENANGnya merakam foto. Semua foto-foto di sini cantik-cantik belaka. Namun foto yang cantik tidak bermakna jika tidak dapat hasilkan wang...


Buku "Buat Duit Dengan Foto" menceritakan bagaimana duit boleh diperolehi melalui foto. Buku ini bukan panduan mengambil foto atau menggunakan kamera, tetapi buat duit daripada foto.

Sunday, March 14, 2010

60 IPTS DITUTUP ?

BERITA akhbar menunjukkan bahawa lebih 60 buat IPTS (Institut Pengajian Tnggi Swasta)telah dibatalkan pendaftarannya. Antara sebabnya ialah kerana kekurangan pensyarah.

Pembatalan dan penutupan IPTS ini sudah tentu merugikan banyak pihak. Barangkali kekurangan pensyarah boleh diatasi dengan banyak cara. Di antaranya ialah dengan berkongsi pensyarah sesama IPTS ataupun IPTA. Selain daripada itu, saya fikir sudah tiba masanya agar pekerja di sektor awam mahupun swasta yang berkelayakan diberi peluang untuk mengajar di IPTS. (Amalan pegawai kerajaan mengajar secara sambilan di IPTA talah lama dilakukan). Para pegawai profesional seperti jurutera, arkitek, juruukur bahan dan pegawai ICT yang berkelayakan misalnya boleh ditawarkan untuk mengajar di IPTS secara sambilan. Mereka dibolehkan untuk mengajar 2-3 kali sebulan atau sekali seminggu contohnya. Ia seperti lokum yang diberikan kepada pegawai perubatan dan pergigian.

Dengan cara ini IPTS tidak akan kekurangan pensyarah dan penjawat awam mahupun swasta dapat berkongsi ilmu di samping mendapat sedikit imbuhan 'lokum'.

Moga-moga dapat dipertimbangkan di masa hadapan.

Tuesday, March 09, 2010

myJICA: KEPIMPINAN BARU YANG LAMA



Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-23 myJICA telah berlangsung dengan jayanya. AGM pada kali ini nyaris-nyaris dibatalkan kerana kekurangan korum. Pelbagai usaha telahpun dibuat oleh para EXCO untuk mempastikan seramai mungkin ahli datang menyertai AGM tersebut. Ia meliputi surat panggilan, e-mel, blog dan FaceBook.

Akhirnya kepimpinan baru sesi 2010-2012 berjaya dipilih dan seperti biasa, kepimpinan utama yang baru adalah daripada yang terdahulu. Sungguhpun begitu, banyak muka baru terpilih sebagai EXCO. Semoga gandingan muka baru dan lama ini akan memantapkan lagi myJICA.

Monday, March 01, 2010

RAYUAN AGM myJICA


SEMUA ahli JICA Alumni Malaysia (myJICA) dan juga bekas peserta kursus JICA adalah dipelawa untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-23 seperti berikut:-

Tarikh: 7 Mac 2010 (Ahad)
Masa: 10pagi
Tempat: Kelab Tasik Putrajaya
(No.2 Jalan P8).

AGM pada kali ini akan mengadakan pemilihan EXCO baru. Sehubungan dengan itu semua ahli adalah dijemput hadir bagi melicinkan proses mesyuarat dan pemilihan ini. Semenjak 22 tahun yang lalu, AGM myJICA sentiasa meriah dengan kehadiran ahli, kecuali 2 AGM yang terakhir.

Bagi menggalakkan kedatanga ahli, EXCO bercadang untuk membuat cabutan bertuah berupa tiket penerbangan ke Jepun. Walau bagaimanapun setelah perbincangan lanjut diadakan, EXCO memutuskan untuk memberikan wang tunai kepada pemenang cabutan bertuah ini. Dengan nilai melebihi RM1,500, para ahli boleh menggunakannya untuk apa sahaja.

Jom semua ahli dan para sahabat myJICA ke AGM ke-23. Ahad ini di Kelab Tasik Putrajaya.