Labels

Sunday, September 30, 2007

AIR ASIA





Beli hari ini.
Baca hari ini
Habiskan hari ini.
ini sejarah.



saya
Tidak pernah naik AirAsia
taPI dapat
kad kredit AirAsia

pandainya pemasaran

Thursday, September 27, 2007

HADIAH HARI LAHIR





David Allen, yang terkenal dengan buku dan kaedag GTD (Getting Things Done) telah mengeluarkan satu lagi produk baru yang dikenali sebagai GTD Trifold Notetaker Wallet.

Sungguh mengancam sekali.... Amat sesuai untuk dijadikan hadiah hari lahir (terutamanya yang sambutan hari lahirnya adalah semalam :).

Harganya tidak mahal, cuma US$99 sahaja. Cumanya ..... barangkali belum terdapat dalam pasaran Malaysia (samada pasaran terang atau pasaran gelap).



Wednesday, September 26, 2007

HAPPY BIRTHDAY TO ME

KELAB PLATINUM









Dengan penuh riaknya mba melangkah masuk ke bank untuk menerima kad platinumnya yang pertama. Platinumlah katakan. Jika emaspun layanannya sudah berbeza, platinum apatah lagi. Semua bank dan institusi kewangan yang mengeluarkan kad platinum dikehendaki untuk mematuhi beberapa tatacara operasi piawai (SOP). Ia bertujuan untuk menampakkan gahnya platinum itu. Bank biasa akan menyediakan kaunter khas bagi pemegang kad emas berurusniaga. Jika platinum kalu, jangan cakaplah... Tapi bank yang ini, platinum ke, plastik ke tidak ada bezanya bagi mereka. Engkau hendak engkau mari, dah sampai engkau cari, tak kuasa aku nak melayannya (bulan-bulan puasa ni agaknya).

Jika bank lain tu, di luar bangunan dah ditunggu (berdok'oh tu). Maksudnya di luar pintu ler. Bank yang ini dah duduk kat kerusipun lum ada pegawai datang memberi layanan perkhidmatan. Itu pasal ada berlonggok-longgok kad yang tidak dikutip kat bank ini, siapa rugi? (jawablah sendiri).

Sesekali fikir, bagus juga bank tu buat macam itu. Hilang riak timbul zuhud. Lagipun itukan kad hutang!.



* logo baru, servis tetap lama (macam dulu-dulu jugak).




Monday, September 24, 2007

Friday, September 21, 2007

IFTAR myJICA





ESOK, Sabtu 22 September, majlis berbuka puasa myJICA akan berlangsung di Hotel Corus, Jalan Ampang. Semua ahli myJICA dijemput hadir. Bayaran RM49++.

Satu majlis pemberian sijil kepada pendaki Mt. Fuji juga akan disempurnakan

TIPAH TERTIPU II



April lepas tipah beli kamera ini di Tokyo dengan harga RM1550. Time tu kat Malaya belum ada jual lagi. Hari ini kamera ini cuma berharga RM800 jer kat Malaya kita.

Pengajaran dari cerita:
1. Harap bersabar
2. Barang2 elektronik cam gini, kat Malaya lagi murah

Thursday, September 20, 2007

PERSAINGAN AWAM-SWASTA

PADA asalnya saya ingin berikan tajuk "perseteruan awam-swasta", namun setelah berfikir banyak kali, ia semacam provokasi pula. Sebenarnya sektor awam dan sektor swasta saling perlu memerlukan, saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Tujuannya ialah untuk memajukan & nenakmurkan negara dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

Namun ada kalanya jika tersilap pakai cermin mata, kita boleh dapati seolah-olah sektor awam dan sektor swasta berseteru. Bukan orangnya. Bukan bosnya. Bukan pemimpinnya. Bukan sektornya. Cuma kadang-kadang barangkali ada perasaan dan sentimennya. Rata-rata orang swasta melihat orang kerajaan adalah penjawat yang (agak) malas, melakukan kerja dengan perlahan, banyak birokrasi, pandai mencari alasan dan tidak mesra pelanggan. Jika boleh memang mereka (dan rakyat jelata juga) tidak mahu berurusan dengan sektor awam. Namun oleh kerana terpaksa dan tidak ada pilihan, maka terpaksa jugalah kena berurusan.

Umumnya sektor swasta adalah berobjektifkan keuntungan. Oleh itu mereka akan memberi fokus kepada keuntungan dalam apa sahaja tidakan. Ramai juga yang berpendapat, (khususnya peniaga) berurusan dengan sektor aam adalah tidak menguntungkan dan membuang masa (kecuali yang mengharapkan kontrak kerajaan). Kata mereka "kerajaan bukan melihat kepada prestasi saya. Saya perlu melayan individu (tertentu) lebih daripada menunjukkan kompetensi saya dalam bidang saya. Kontrak yang diberikan bukan berdasarkan kepada prestasi, tetapi kepada perkara-perkara lain".

Sesetengah penjawat awam pula berpendapat sektor swasta ini asyik mengganggu pegawai kerajaan kerana hendakkan projek. Mereka akan menelefon, datang, berjumpa dan sebagainya untuk menjual dan mempromosi pelbagai produk atau perkhidmatan untuk emndapatkan projek. Masa orang kerajaan banyak terbuang kerana terpaksa melayan mereka. Entah benar entah tidak, perlulah dibuat ukuran. Berapa banyak masa melayan jurujual. Berapa banyak masa melayan rakyat @ pelanggan. Berapa banyak masa meeting. Berapa banyak masa sembang @ minum. Berapa banyak masa buat kerja (?). Sebabnya barangkali objektifnya kurang jelas. Adakah meeting itu kerja?. Adakah melayan itu kerja?. Adakah minum itu kerja?. Adakah kerja itu ibadat?

Bagi sektor swasta, barangkali ia tidak kisah apa yang dibuat sebab objektifnya ialah ungtung dan boleh buat duit.

Akhir sekali, kakitangan kerajaan dikenali sebagai government servant. Tujuannya untuk mmeberi perkhidmatan kepada rakyat. Siapa rakyat?.

Wednesday, September 19, 2007

DALAM PERJALANAN INI


segala-galanya ternyata di sini

Sunday, September 16, 2007

VEGETARIAN


DALAM bulan Ramadhan ini, kita bercakap sedikit soal makanan, iaiatu Vegetarian. Semasa saya diminta datang bertugas di US baru-baru ini, pihak tuan rumah bertanya adakah saya a).Vegetarian atau b).Tidak. Oleh kerana yang ada cuma Ya atau Tidak sahaja, maka saya terpaksalah menumpang Vegetarian dan memberikan jawapan Ya. Saya percaya orang lain juga berada dalam situasi yang sama. Ia itu apabila berada di luar negara yang mana makanan halal tidak ditemui, maka mereka akan menjadi Vegetarian.

Vegetarian dimaksudkan didefinisikan sebagai suatu amalan tidak makan daging, unggas, ikan, ataupun produk sampingannya, dengan ataupun tanpa penggunaan dairy atau telur.

Saya kira ia adalah pilihan yang lebih selamat berbanding non-vegetarian kerana dengan ketiadaan unsur daging, bermakna taraf halal adalah lebih terjamin. Makanan dalam vegetarian tidak perlu disembelih kerana tidak ada unsur binatang. Namun dalam ISlam, semua makanan laut juga tidak perlu disembelih dan ia adalah halal. Sungguhpun begitu, dunia antarabangsa seolah-olah tidak mengiktiraf wujudnya kategori makanan dalam Islam, iaiatu makanan Halal. Mengapa?. Jawapannya berada pada kita sendiri, orang Islam.

Vegetarian ini ada beberapa peringkat dan melangkaui pelbagai agama dan ada persatuan tersendiri yang memperjuangkan Vegetarian. Barangkaliperlu ada juga suatu persatuan yang mempromosi dan memperjuangkan "Halal Food". Barangkali.

Berikut adalah takrif Islam mengikut Wikipedia:

Islam membenarkan pemakanan daging, jika ia adalah "halal". Ia itu disembelih mengikut standard Islam. Selain daripada itu daging adalah "haram" dan tidak dibenarkan untuk dimakan. Vegetarian dalam Islam adalah jarang-jarang berlaku kerana pemakanan daging dalam Islam berkait rapat dengan ugama, iaiatu ibadat kurban semasa Eid ul-Adha. Lagi pula Islam melarang umatnya mengharamkan apa yang dihalalkan. Apabila berpergian di tempat yang sukar untuk memperolehi daging halal, Muslim akan memakan ikan atau sayuran tetapi dengan mempastikan ia tidak dicampur dengan wine atau alkohol. Walau bagaimanapun memakan daging tidak dimestikan dan ia bergantung kepada selera dan keadaan kesihatan seseorang.

Tepat sekali rasanya takrifan Wikipedia, cuma ia tertinggal anjing dan babi sahaja.

Namun, walaupun sudah menjawab Vegetarian, saya masih juga tidak disedia/dihidangkan dengan makanan vegetarian. Maggi dan Brahim jugalah yang jadi penyelamat. Alahai susahnya nak cari makanan halal bila keluar dari negara sendiri.

Saturday, September 15, 2007

Friday, September 14, 2007

KEPALA BUDAK SEKOLAH SIAM

ADA satu usul telah dibuat supaya budak-budak sekolah di Malaysia diwajibkan berfesen rambut macam budak-budak sekolah Siam (Thailand). Ini adalah supaya mereka dapat dikenali oleh masyarakat walaupun mereka telah menukar pakaian seragam sekolah ke pakaian biasa @ ponteng sekolah dan sebagainya.

Berikut adalah foto rambut seragam budak lelaki Siam:



pandangan sisi:


Apa pendapat anda?

Thursday, September 13, 2007

UPLOAD & DOWNLOAD

BANYAK sekali ucapan-ucapan Salam Ramadhan berlegar-legar melalui SMS. Di antara yang menarik minat saya ialah:

Sentiasalah setting NIAT
upgrade IMAN
download SABAR
upload USAHA
delete DOSA
update DOA
dan
topup ILMU
agar kita sama-sama
lebih hampir pada Ilahi Rabbi
Selamat Menyambut
Kedatangan Ramadhan

Wednesday, September 12, 2007

SALAM RAMADHAN


SALAM RAMADHAN

Amalan-amalan di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10)Sahur diwaktu akhir
11)Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12)Mandi Janabat sebelum Imsak
13)Kurangkan tidur
14)Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15)Tunaikan Solat Dhuha
16)Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17)Tunaikan solat Rawatib
18)Jaga pacaindera
19)Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20)hadiri majlis ilmu
21)Buat baik pd ibubapa
22)Isteri hendaklah taat pd suami
23)Banyakkan bersedekah
24)Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25)Berbuka bersama org tua
26)Jemput tetamu berbuka
27)Kurangkan berat badan
28)Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29)Baiki hubungan suami isteri
30)Baiki hubungan jiran
31)Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32)Elakkan berbelanja berlebihan
33)Kuatkan kesabaran
34)Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35)Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36)Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37)Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38)Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39)Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40)Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41)Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42)Melazimkan solat waktu
43)Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44)Elakkan banyak berhutang
45)Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu
lagi dengan Ramadhan akan datang
46)Tunaikan zakat fitrah

Semoga Ramadhan Tahun Ini Lebih Baik Daripada Ramadhan Yang Lepas
Sedlamat Berpuasa.

Tuesday, September 11, 2007

MALAYSIA AIRLINES HADHARI


SEMBILAN jam berada di lapangan terbang Newark, New York macam orang bodoh rasanya. Mremang bodoh yang dicari sendiri. Ya, lah. Hotel kena check-out paling lewat jam 1pm. Flight pukul 10pm. Nak ke mana-mana dulu sebelum ke airport takut nanti ada yang hilang pulak, termasuk diri sendiri. Kaunter check-in penerbangan Malaysia hanya dibuka jam 7pm. Memang logiklah tu. Masakan kaunter perlu dibuka subuh-subuh hari hanya untuk satu penerbangan sahaja. Tapi yang bengang sikitnya, lepas dah check-in, diberi kupon $20 suruh pergi makan kat mana-mana. "Kita tidak ada lounge di sini".

Dalam masa 9 jam di Newark ini, banyaklah peristiwa yang boleh ditengok. Satu peristiwa menarik ialah sesi pertukaran krew yang baru tiba (dari Stockhom) dengan krew baru dari New York. Walaupun mereka bertemu dan hanya dipisahkan melalui cermin, mereka macam buat dek saja. Adalah sorang dua yang sekadar lambai-lambai kawan mereka. Yang lain buat hal masing-masing.

Saya pernah tengok krew shinkansen (keretapi laju) Jepun bertukar syif. Tabik gilerlah kat depa ni. Berikut adalah skrip rekaan saya terhadap pertukaran krew Malaysia Airlines jika krew dan pengurusan diberi kepada Jepun.

Ketua Krew lama:
Ah. Maafkan saya kerana terlambat sedikit. Semuanya berjalan dengan baik. Semoga anda dan semua krew akan bawa kapalterbang ini dengan lebih baik lagi. Maafkan saya.

Ketua Krew baru:
Ah... Maafkan saya jika membuat anda rasa bersalah. Anda tidak lewat. Anda memang tepat pada masanya. Anda memang hebat. Tahniah kepada semua krew kerana anda telah mendarat dengan selamat. Semuanya selamat.

Ketua Krew Lama:
Terima kasih. Terima kasih. Sekarang saya serahkan kapalterbang ini kepada anda. Saya yakin ia akan lebih baik daripada kami. Selamat menjalankan tugas.

Ketua Krew baru:
Terima kasih. Terima kasih. Kami akan uruskan dengan baik. Tahniah untuk anda. Jaga diri baik-baik. jaga kesihatan. New York ini abunai.

HA ha ha itulah dialog yang dibaca dan dihafal oleh krew MAS. Kemudian doa dibacakan untuk menyerah dan menerima kapalterbang.

**** Agenda dalam kapalterbang

Kesian anak-anak dara yang tidak berapa comel dan anak-anak bujang yang agak handsome dalam penerbangan ini. Sepanjang kerjaya, mereka perlu tuang arak kepada penumpang. Arak itu haram dan semua perkara yang berkaitan dengan industri arak adalah haram. Tuang orang minum arak memang haram. Tapi itulah yang galaknya pramugari dan pramugara kita lakukan. Arak dalam MAS adalah melebihi dari mana-mana kapalterbang dalam dunia. Kawan saya orang Jepun akan balik terus ke Jepun hujung bulan ini. Dia tidak mahu naik JAL, tapi mahu naik MAS kerana dapat minum arak free. Itukah sebuah syarikat penerbangan Malaysia Hadhari?. Tidak mungkin!. Jika MAS bukan syarikat penerbangan negara, lantak pii lah. tapi bila susah, minta duit rakyat. Minta duit rakyat untuk belanja arak kepada penumpangnya. Terbang 20 jam boleh pulak tak bagi orang hisap rokok, ,mengapa minum arak tidak boleh tidak?.

Adegan yang ingin kita dengar. "Ini adalah penerbangan Malaysia. Penerbangan ini adalah bebas merokok. Meminum arak dalam penerbangan ini adalah diharamkan. Memang arak itu haram".

Adakah MAS akan tutup kedai semata-mata kerana tidak ada arak?. Belum cuba belum tentu. Dalam dunia ini bukan semua penerbangan hidang arak. Saudi Air, Brunei Airlines mana ada hidang arak. Tidak tutuppun mereka. MAS yang galak hidang arak, dapatlah anugerah "the best cabin ler, the best itu ler, D best ini ler", tapi buat duit ke buang duit?. Kumpul award menimbun, flight delay memanjang, rugi memanjang.

Tidak berkat.

Monday, September 10, 2007

OKINAWA DI NEW YORK



SEHABIS mesyuarat di Boston, saya singgah di New York sementara menunggu penerbangan pulang ke Malaysia. Penganjur mesyuarat mentediakan saya sebuah limosin mewah dari hotel Royal Sonesta ke lapanganterbang Boston. Terkejut beruk dibuatnya. Pertama kali tengok limosin enam pintu begitu. Macam-macam kemudahan ada kat dalam. Mewah rupanya limo begini. Jika dibawanya dari Boston ke New York OK juga tu... dalam 4 jam boleh sampai.

Oh ya sepanjang dua hari mesyuarat, saya berkawan dengan orang Jepun sahaja. Saya hanya seorang dari Malaysia dan beliau hanya seorang dari Jepun. Kelebihan Jepun ini ialah, beliau datang bersama 30 anggota rombongan lain. 29 daripadanya pergi entah ke mana, atas urusan perniagaan barangkali. Kelebihan lagi Masa (nama dia Masa), ialah dia bawa 2 orang penterjemah, khusus untuk dia seorang. Mewahnya dia. Sembang punya sembang punya sembang, rupa-rupanya dia adalah pengarah Tokyo Disneyland. Jika pergi Disneyland, jangan lupa call saya, pesannya. Diapun respek juga dengan limosin tu agaknya, sebab dia ambil gambar sya naik limosin tu (perasan sayalah tu).

Dua malam di New York sementara menunggu penerbangan balik ke Malaysia agak memenatkan juga. Hari pertama jalan-jalan sendirian di Times Square dan ambil pakej keliling New York. Nak cari masjid, bila terjumpa dah lepas solat Jumaat. Solat Zohor/Asar sajalah. JAlan-jalan lagi jumpa dengan restoran Okinawa. Hebat sungguh Jepun ni...

Friday, September 07, 2007

JALAN-JALAN DI NEGERI ORANG

JIKA anda tinggal di Kuala Lumpur.Jika ada orang kampung datang bertandang dan minta anda tunjukkan jalan. Jalan-jalan ke Muzium Negara, Zoo Negara, Masjid Negara dan apa-apa lagi... Andapun bawalah mereka jalan-jalan. Ya! jalan kaki dan naik bas dan naik LRT. Apa perasaan orang kampung anda?. Mungkin dia berharap nak round-round naik kereta, bukan jalan-jalan naik turun bas dan LRT.Sebenarnya itulah cara terbaik bagi orang KL untuk berjalan. Jika naik kereta pasti jam. Namun cara terbaik kita mungkin tidak dapat diterima sepenuh hati oleh orang kampung kita. Sudahlah tinggal di kampung kena berjalan, datang KL juga perlu berjalan kaki!.

Di Boston ini saya diajak oleh seorang kenalan (baru kenal ni) berjalan-jalan. Dia call saya suruh tunggu kat hotel jam 10.30am. Jam 9.30am saya sudah sedia, takut lewat. Ingatkan orang yang dah lama tinggal kat US memang tepat pada waktunya, macam orang yang dah lama tinggal kat Jepun jugak. Akhirnya dia tiba juga walaupun sedikit lewat. Jalan kaki!. Alamak, first impression saya ialah dia bawa kereta. Namun dia memang tidak memandu di sini. Kamipun jalan-jalanlah naik turun keretapi dari satu tempat ke satu tempat. Dari hujung stesen ke nun hujung stesen lagi satu. Cover satu bandar. Singah-singgah tengok dan tidak beli.

Terima kasih Leo kerana datang bawa jalan-jalan dan belanja makan.

Thursday, September 06, 2007

KAD KUASA DAN KUASA KAD


MALAM tadi saya dengan sengajanya tidak hadir ke majlis welcome Cocktail Reception. Sebabnya saya keletihan setelah berjalan seharian di bandar Boston dan tidak cukup tidur kerana hanya tidur selepas subuh (4am).Hasilnya, mereka menghantar beberapa biji coklat beserta dengan air halal dalam botol haram yang disebutkan semalam.

Disertakan juga dengan sekeping kad yang bertulisan tangan daripada President & CEO syarikat. "Terima kasih kerana datang menghadiri mesyuarat CxO kami yang pertama. Kami tahu bahawa anda terbang beribu batu untuk tiba pertemuan ini". Sejuk rasa hati. Inilah kuasa sekeping kad.

Dulu sudah menjadi amalan KSU saya yang dulu, menghantar kad selamat ulangtahun kelahiran kepada semua staffnya setiap tahun tanpa gagal. Keperihatinan Tan Sri ini amat mengkagumkan dan tidak mampu diikuti oleh KSU atau bos lain selepasnya. Beliau menggunakan kusa kad dan bukannya kad kuasa yang beliau miliki...

Wednesday, September 05, 2007

KENAPA AIR HALAL DALAM BOTOL AIR HARAM?


BARU sebentar tadi room service hantar sebotol air, sepasang gelas dan beberapa biji coklat. Dari seseorang katanya. Terkejut beruk tengok. Apa ke jadahnya engkau bawa masuk arak untuk aku ni?. Tengok punya tengok. Belek punya belek. Rupa-rupanya spring water. Mengapa air halal dibotolkan dalam botol yang menyamai botol arak?.



Saya ada beberapa jawapan:-

1. Ia memang berniat jahat untuk mengelirukan umat Islam. Lama kelamaan, air harampun akan diteguk selama sahaja.

2. Gelas arak sudah lama menjadi gelas "wajib" di hotel, walaupun untuk minum air suam. Apa salahnya dengan botol?

3. Umat Islam tidak/belum ada trademark gelas dan botol untuk air halal. Jadi gunakan bekas air halal bagi air kencing syaitan, apa salahnya?. Hatta untuk minum air Zamzam pun, kita tidak ada trademark gelas/bekas macamana, inikan pula air kosong.

MUNGKIN sudah tiba masanya untuk umat islam ada trademark tersendiri untuk benda-benda macam ini. Ialah, air Zamzam misalnya diminum Muslim sahaja. Buah tamar juga perlu ada trademarknya, jangan nanti ada orang lain campur benda lain dalam tamar yang kita makan untuk berbuka...

Tuesday, September 04, 2007

SUSAHNYA MASUK US

5.30am meninggalkan rumah menuju ERL Putrajaya. Penerbangan MAS le LAX terlewat sejam berlepas daripada yang dijadualkan. Akibatnya ia terlewat sejam tiba di Taipe. Transit di Taipe adalah selama 1.5 jam, dipendekkan kepada setengah jam sahaja. Namun sistem pemeriksaan masuk di Taipe yang menggunakan manual sepenuhnya telah melambatkan proses masuk bagi penumpang transit.

Tina di LAX lewat empat puluh minit daripada jadual baru. Ini bermakna terlewat 1 jam 40 minit dari jadual asal. Penerbangan sambungan ke Boston diberi 3 jam. Ini bermakna ada lagi 1 jam 20 minit sahaja. Untuk melepasi imegresen US, Kastam US dan hantar bagasi ke terminal dan check-in ke Boston dan naik pesawat, itulah masa 80 minit yang ada.

Imegresen kat sini bukan boleh buat kawan sangat:
"Engkau datang sini nak buat apa?"
"Nak meeting"
"Meeting apa?"
"Meeting CXO"
"Mana alamat tempat tinggal?"
"Ini dia"
"Nak tinggal berapa hari?"
"xx hari sahaja"
"Ambil cap jari kiri"
"Ambil cap jari kanan"
"Buka cermin mata, ambil gambar"
"Engkau ni dah berapa lama tak datang US?"
"Lama jugaklah"
"Bila last datang"
"Dah lupa.... itu ada dalam passport"

Lepas tu suspen jer..... kat depan dia tu ada 4 cop. Ada kawan yang kena cop merah, 100% screening. Kena masuk lorong. Kena buka segala yang tak patut dibuka. Ada dua sebab, pertama nama dia ada ala-ala orang yang dikehendaki. Keduanya dia muda lagi.

(Nasib baik I dah tua). Sebelum letakkan cop, dia pergi pulak kaunter lain, minta nasihat yang pangkat tinggi sikit. Lepas tu dia dok main-main pilih cop. Tawakallah ajala. Akhirnya dia cop dan beri masuk sebulan.

Pass tu kena gi amik beg, kena clear kastam dan kena berlari untuk screening bag (Bagasi yang telah dicheck-in dari KLIA kena screening lagi dan ditarik sendiri). Lepas tu berlari pulak ke Terminal 4 untuk penerbangan ke Boston. Alamak, masa ada 45 minit saja lagi. Ia adalah masa terakhir untuk check-in sebelum dia bagi kat orang yang standby. Dah selesai check-in, kena screening lagi. Q panjang. Kena berkaki ayam. Abis screening berlari lagi ke Gate 42B. Time dah 3pm. Flight 3:20. Nasib baik.

Patut sampai Boston 11:45pm. Terlewat 40 minit. 12:20 baru sampai. Drebar hotel yang tunggu dah balik. Alamak, teruk betullah depa tu. Naiklah teksi. Sampai hotel, 1.30am dan check-in dan tak boleh tidur (sebab sekarang siang di Malaysia).

Salam dari Boston.

Monday, September 03, 2007

@1


Number 1 @9:40am

BERPERGIAN



Enam perhentian dalam masa enam hari.

Sunday, September 02, 2007

JALUR GEMILANG

?PEMIMPIN /PEKERJA BERPENGARUH


50% personaliti
35% ilmu
15% jawatan

:- Prof. George Gallup

Saturday, September 01, 2007

BADAN PENCEGAH ...


RAMAI orang tahu bahawa pelacur adalah pekerjaan tertua di dunia. Pelacuran adalah industri yang tertua di dunia. Namun barangkali tidak ramai orang tahu apa pula yang kedua?.

Jawapannya ialah rasuah.

Negara kita mempunyai Badan Pencegah Rasuah (BPR), iaitu untuk mencegah atau mengurangkan rasuah di kalangan rakyat dan perkhidmatan awam khususnya. Indeks rasuah sesebuah negara jika naik (?) akan menjadi tidak baik kepada negara. Pelabur tidak akan datang. Pelancong juga tidak akan suka melancong.

Namun mengapa kita tidak ada Badan Pencegah Pelacuran (BPP) yang merupakan profesyen tertua di dunia?. Pelik kan?. Negara yang banyak pelacur dan hebat pelacurannya barangkali lebih banyak dikunjungi pelancong berbanding yang indeks pelacurannya rendah.

Dunia oh dunia.