Labels

Sunday, June 30, 2013

MASIH ADAKAH ORANG YANG INGIN MENOLONG KITA?

Salam sejahtera,

1. Jika kita susah, barangkali adakah orang yang akan menolong kita?. Mungkin ada, mungkin tidak. Ia bergantung kepada tahap kesusahan kita. Ia juga bergantung kepada besar mana pertolongan yang kita perlukan.

2. Jika kita cari susah, adakah orang yang akan tolong kita?. Misalnya kita sengaja merempit. Semasa merempit itu kita kemalangan. Adakah orang yang akan menolong kita?. Mungkin ada. Mungkin tidak ada. Mungkin juga kita tidak memerlukan sebarang pertolongan kerana kita yang mencari susah itu.

3. Jika kita tidak susah, kita sudah senang, tetapi kita mahu menjadi kaya. Adakah orang yang akan tolong kita jadi kaya?. Barangkali orang miskin tidak boleh tolong kita supaya kita jadi kaya. Barangkali juga hanya orang kaya yang boleh tolong kita jadi orang kaya. Namun adakah orang yang sudah kaya, mahu tolong orang lain supaya jadi kaya seperti dia?. SDaya fikir tidan mungkin...... kecuali bersebab.

4. Apakah sebabnya orang kaya mahu menolong orang lain supaya kaya juga?. Hanya SATU sahaja sebabnya.... ia itu supaya Ornag Kaya Itu Akan Menjadi Lebih KAYA. Mereka berlindung di bawah pelbagai slogan seperti networking, bantu-membantu, fardhu kifayah, jihad ekonomi atau apa sahaja slogan. Anda akan jadi kaya dengan pertolongannya, dengan syarat (yang tidak dinyatakan), pertolongan yang diberikan kepada anda mesti menjadikan si-penolong lebih kaya.

Wallahualam.


Saturday, June 29, 2013

JERUBU, BURUNG TERKUKUR DAN BANO

PADA suatu petang, ketika jerubu masih menebal, saya jumpai seekor burung terkukur tidak berupaya terbang terdampar di halaman rumah. Saya ambil, saya periksa keadaan fizikalnya. Semuanya kelihatan OK di mata kasar saya. Sayap tidak ada yang patah. Badan tidak ada yang luka. Semua sifat fizikal badan baik belaka. Saya fikir dia sakit akibat jerebu. Saya ambil burung ini, letak dalam kotak dan simpan dalam rumah.

Esok paginya, terkukur itu masih begitu. Masih tidak sihat. Lantas saya ambil sebotol bano. Saya spray pada keseluruhan badannya. Dengan serta merta burung ini menguakkan kepak. Barangkali dia sejuk?. Barangkali dia segar?. Saya kurang pasti. Saya usap badannya untuk mengeringkan badannya yang basah akibat disembur.

Saya beri minum air. Saya letakkan dia di gazebo di luar rumah (jerubu sudah semakin kurang). Tidak lama selepas itu, dia mula melompat keluar. Melompat-lompat mencari dam mematut makanan di atas rumput. Selepas itu ia terbang. Ia berkokok. Hingga kini sabab paghi, seperti selalunya ia berkokok.








RAMADAN DI JEPUN



KALI pertama saya ke Jepun, saya mengharungi bulan Ramadhan di sana. Hidup dikelilingi kenshuin antarabangsa, kebanyakan mereka faham atau pernah dengar tentang Ramadan.

Orang-orang Jepun ingin tahu suasana Ramadan di Malaysia. Saya ceritakan kepada mereka dengan serba sedikit tambahan supaya ia lebih kedengaran menarik. Ternyata Ramadan di Saudi dan Mesir lebih menarik dari segi pengisian ibadahnya mengikut apa yang saya faham dari sahabat sekelas saya dari sana.

Orang Jepun tidak hairan mengenai tidak makan, tidak minum di siang hari sepanjang Ramadan. Ingin tahu apakah yang mereka khuatirkan?. "Jika Muslim tidak makan dan tidak minum di siang hari, bagaimana dengan bisnes di negara anda? Sudah tentu banyak peniaga akan rugi". Itulah soalan pertama yang diajukan kepada saya mengenai puasa. Orang Jepun sangat peka mengenai ekonomi.

Seperti mana kita semua maklum, suasana bisnes di bulan Ramadan di Malaysia jauh lebih rancak berbanding bulan-bulan yang lain. Hingga ada peniaga yang "kerja sebulan untuk makan setahun". Bekerja hanya di bulan Ramadan. Perkara-perkara begini tidak dapat dibayangkan oleh orang Jepun.

Tiba-tiba saya teringat akan promosi seorang penjual kurma.

Penjual: Belilah kurma ini, Ia besar. Nabi suruh makan 3 biji kurma jenis inilah.

Saya: Nabi tak suruh makan banyak, Dia suruh makan 3 biji sahaja, kecil pun tak mengapa

Penjual: Jika makan kurma ini 3 biji, tak perlu makan lagi makanan lain. tak perlu makan nasi. tak perlu makan kuih.

Saya: (dalam hati) Inilah penyebar hadis palsu. Demi untuk lakukan produk dia, semuanya nabi suruh. Semuanya ikut sunah.

Jika orang Jepun dengar, sudah tentu mereka haramkan kurma itu dari dijual. Sebabnya dengan memakan kurma itu, maka tidak perlu makan nasi, tidak perlu makan kuih lagi. Ini namanya membunuh peniaga lain. Pembunuh patut dihukum bunuh juga.

Wallahualam.

Sunday, June 23, 2013

JASAMU DIKENANG BUDIMU DISANJUNG














JUMAAT lepas saya menerima e-mel dengan tajuk "Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung". Melihat kepada tajuk itu, ingatkan ia adalah untuk saya. Maklumlah saya akan pencen dan bersara dalam tiga minggu lagi. Program ini dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan tempat saya bekerja. Oh ya, saya sedang bercuti sebelum bersara, sudah sebulan lebih.

ENTAH mengapa tiba-tiba saya rasa malas untuk meneruskan tulisan ini.

Sekian terima kasih.

Saturday, June 22, 2013

GARTNER SYMPOSIUM GOLD COAST AUSTRALIA


MELIHAT kepada broucher ini teringat saya kepada Simposium yang sama pada tahun lepas (2012). Saya dijemput hadir dan segala persiapan telah dibuat sewajarnya oleh organizer. Segala bayaran ditanggung oleh JPA.

Pada awalnya saya tidak berminat langsung untuk ke Australia kerana peristiwa pahit semasa di KKM. Pihak MOH Australia menjemput saya bermesyuarat di sana, tetapi MOFA tidak mahu mengeluarkan visa kepada saya. Tiga kali mencuba, tiga kali gagal. Sebabnya semata-mata kerana nama saya. Saya menarik diri dari dicalonkan oleh JPA. Namun JPA tetap mendesak juga supaya saya pergi dan akhirnya saya akur dengan mereka.

Walau bagaimanapun, tiba-tiba (ya... tiba-tiba, sebabnya kebanyakan program dalam kerajaan dibuat secara tiba-tiba) majlis pelancaran 1MOCC oleh YAB Perdana Menteri akan dibuat pada tarikh simposium. Jawatan saya dalam 1MOCC ialah "Ketua Pegawai Teknologi" (CTO). Jawatan ini besar dan gah. Walau bagaimanapun hampir semua kerja teknikal dilakukan oleh orang lain. Lebih tepat lagi anak buah orang lain. Saya menjadi ketua sahaja.

Dengan itu saya menulis sepucuk emel kepada JPA dengan nekad menarik diri dari menghadiri simposium ini. Emel ini disalinkan kepada bos (ala-ala bodeklah tuuu). Terjumpa bos sebelum pelancaran (alaaa bos terlalu sibuk).

Bos kata "Saya terharu apabila you sanggup tarik diri dari pergi oversea semata-mata untuk pastikan pelancaran ini berjalan lancar. Saya sangat hargainya".

Saya jawab "Tidak mengapalah Bos. Untuk ke negara itu, bila-bila pun boleh. Tapi jika acara ini gagal, sampai pencen pun orang akan ingat dan mengata saya". (dalam hati berkata, entah-entah aku akan dipencenkan).

Bos berjanji " Nanti saya akan rekomen awak pergi kursus yang lagi bagus. Lagi jauh".

Saya kata "terima kasih bos" (budimu dikenang).

Nota: Jangan berangan dengan janji manis bos ya. Sampai saya  pencen pun bos bukan sahaja tidak kotakan janji. Kursus yang ada dicalonkan oeang lain, malahan urusan saya keluar negara untuk mewakili negara pun dicantas. Ya dicantas dan digantikan dengan pegawai lain yang grednya jauh lebih rendah.

Budimu Dikenang.