Labels

Saturday, November 29, 2008

PUTRAJAYA CRITICAL MASS bersama REDTONE







Putrajaya Critical Mass (PCM) diadakan setiap Jumaat terakhir setiap bulan. Malam tadi sedozen ahli Putrajaya Easy Riders (PER) telah turut hadir bagi memeriahkan lagi PCM bagi bulan November. Penyertaan dalam PCM kali ini tidaklah seramai mana. Namun ia tetap meriah. Barangkali kerana hujan lebat di sebelah petang yang membuatkan riders tidak ramai yang datang.

Paling menarik kali ini ialah apabila semua ahli PER mengenakan t-shirt merah sumbangan RedTone. Seragam!.

Sepanjang perjalanan, kami berkumpulan dan dipanggil geng baju merah. Kami memang mendapat perhatian dan tumpaun kerana seragam merah. Apatah lagi kami konker sebaris meja di restoran mamak double-trouble selepas kayuhan sehingga jam 1 pagi.

Rupa-rupanya ramai orang yang tidak mengenali RedTone dan malam tadi adalah merupakan kali pertama melihat dan mendengar apa itu RedTone:-

Soalan-soalan mereka ialah:-

1. RedTone ni apa sebenarnya?.
2. Di manakah pejabat RedTone di Putrajaya?.

Hmmmm.... Nampaknya Redtone perlu lebih banyak membuat khidmat bakti. Lepas ini kami ada PMR (Putrajaya Morning Ride) pula.

p.s Barangkali itu untuk GreenPacket pula. ;-)

Friday, November 28, 2008

BASIKAL KU



Aku berangan,
Sepatutnya hari ini aku sedang mengikuti persidangan pengurusan
Rupa-rupanya aku ini tidak tergolong orang pengurusan
(walaupun pangkat lebih tinggi & gaji lebih banyak - semoga berkat)
Aku dipanggil orang teknikal.

Entahlah labu.

Thursday, November 27, 2008

PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI



Keperluan harian: 2000 Kalori

Menu 2:
Srapan Pagi.
Nasi lemak - 1 cawan
Telur masak - 1 ½ hiris
Sambal ikan bilis tanpa kepala - 2 ½ sudu makan
Timun - ¼ hiris
Kangkong 1 cawan
Kopi dengan susu rendah lemak

Minum Pagi
Karipap daging - 1 biji
Susu rendah lemak dengan 1 ½ sudu teh gula 1 gelas

Tengahari
Bihun goreng dengan udang, ayam, sawi dan taugeh - 2 cawan
Belimbing (sederhana) - 1 biji
Air kosong - 1 gelas

Petang
Kuih Lapis - 2 keping
Epal - 1 biji
Teh / Kopi dengan 1 sudu teh gula 1 cawan

Malam
Nasi putih - 1 ½ cawan
Ikan selar masak lemak - 2 ekor
Kangkong masak cili - ½ cawan
Sayur campur - ¼ cawan
Tauhu - ½ keping
Tembikai - 1 hiris
Air kosong - 1 gelas

Tuesday, November 25, 2008

UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI



ADA kalanya kita ini terlebih-lebih.
Pernahkah anda mendapati situasi di mana anda kecundang di peringkat bawah dan berjaya di atas?. Misalnya gagal di sukan SEA tetapi berjaya di sukan Asia. Kantul di peringkat kampung tetapi berjaya di peringkat antarabangsa. Ala-ala begitulah. Perkara begini banyak berlaku.

Misalan lain ialah sebuah filem yang kecundang di negara sendiri tetapi meraih pelbagai anugerah di luar negara.

Apa kena-mengenanya dengan "ukur baju di badan sendiri?". Entah.

KAYUHAN ANGGERIK


Dari kiri: Dr. Azmi, Pak Adib, Prof Fuad, Prof Sani, Taufik, MBA, Won, Anak Muhaimy & Muhaimy



Sunday, November 23, 2008

TIGA KAYUHAN BERTURUT-TURUT





BAGI meraikan Pak Shahrudin dari Shah Alam, saya menyertai Kayuhan Anggerik pada malam Sabtu (22 Nov). Tiba ke rumah jam 1 pagi dan pada jam 7.30am berikutnya sudah berada di Taman Warisan Pertanian untuk kayuhan menawan puncak Precint Diplomatik bersama Kol. Azudin. Jam 7.30am hari ini (Ahad 24 Nov) pula menyertai Dr. Taufik dalam kayuhan recce Tepian Sungai Langat.

Ketiga-tiga kayuhan ini adalah berbeza sama sekali.
1. Kayuhan Anggerik cuma mengambil shortcut sejauh 7km. Ia adalah kayuhan untuk semua. Kecil besar, tua muda tanpa mengira jantina. Kayuhan sosial dengan diiringi oleh marsyal dan polis trafik.


2. Kayuhan Precint Diplomatik melalui lorong-lorong kuda di puncak bukit. Ini adalah kayuhan jantan. Dengan jarak lebih kurang 17km sahaja, kayuhan ini telah memberikan "taubat nasuha" kepada sekurang-kurangnya seorang daripada peserta. Yang seronoknya, kayuhan ini tidak mempunyai jalan pulang secara shortcut ataupun separuh jalan. Walaupun nampak puncak bukit begitu curam, kayuhan tetap perlu dilakukan. Jika tidak larat, tolak sahaja basikal. Begitu juga bila curam dan cerun terlalu tajam, ia perlu dituruni juga dengan bermain brek atau menapak. Kerahan tenaga teruji dalam kayuhan ini.


3. Kayuhan Tepian Sungai Langat adalah yang paling baik.Ia buat pertama kalinya benar-benar mencabar keupayaan Proton T-Bolt. Semua pemilik T-Bolt tersenyum puas. Di kayuhan ini road bike pasti kecundang awal lagi.

Wah seronoknya berbasikal!.

Saturday, November 22, 2008

KHASIAT MENGKUDU ?



BENARKAH mengkudu mempunyai khasiat kesihatan?.
Mengikut bahan bacaan, pelbagai khasiat disediakan oleh mengkudu.
Di antara lain, apa yang menarik minat saya ialah mengkudu sebagai ubat penahan sakit. Ia setaraf dengan penadol dan ponstan, malahan lebih baik lagi. Benarkah begitu?.

Biasanya apabila sakit kepala, saya akan telan panadol ataupun lebih power lagi ponstan. Walau bagaimanapun seorang rakan FB memberi nasihat supaya menjauhkan ponstat dan sebaliknya menggunakan mengkudu. Samada akar atau buah mengkudu sebagai ubat penahan sakit. Hmmmm mana nak dicari benda itu. Kopi radix juga OK katanya.

Dua tiga hari yang lepas, saya sakit kepala lagi dan saya cuba sepaket kopi radix dan alhamdulillah sakit kepala 'hilang'. Adakah memang khasiat mengkudu ataupun secara kebetulan sahaja?.

Perlu dicuba lagi.

Friday, November 21, 2008

Thursday, November 20, 2008

MOOD


SEBENARNYA saya tidak ada mood untuk menulis dalam sehari ini. Banyak sebabnya. Tarikh mati (deadline) untuk buku saya yang seterusnya ialah 11 Nov. 2008. Ia telah berlalu, namun editor telah lanjutkan hingga ke hujung bulan ini. Masih ada beberapa hari lagi. Sekiranya mood ada, ia memang boleh disiapkan.

Masalahnya ialah mood.... Setiap kali saya masuk ke bilik bacaan untuk menulis, taip sahaja setengah ayat, mood hilang. Mengantuk datang. kaki-tangan kejang. Apa nak buat?. Bukupun melayang entah ke mana.

Hmmmm.... sepuluh hari yang akhir ini moga-moga mood datang dan buku tersebut boleh disiapkan.

Bagaimana dengan anda?. Adakah anda sentiasa mempunyai mood yang baik?.

Dalam dunia ini saya kenal hanya seorang sahaja yang sentiasa mempunyai mood. Beliau adalah rakan sekolah saya semasa di Alam Shah pada tahun 1970an dahulu. Nama beliau ialah Che Mood. Beliau kata memang dia sentiasa ada mood.

entah ke mana Che Mood sekarang....

Tuesday, November 18, 2008

KAYUHAN ANGGERIK



PADA 31 Oktober yang lepas, saya tiba agak awal untuk menghadiri Putrajaya Critical Mass. Ini adalah kerana langsung dari ofis ke lokasi kayuhan. Ramai sekali bertemu rakan-rakan Proton T-Bolt. Dalam kesibukan basikalis yang ramai ini, saya didekati oleh seorang veteran yang meminta nama dan nombor telefon. Beliau memperkenalkan diri sebagai Shahrudin daripada Shah Alam. Rupa-rupanya beliau bertanya beberapa orang di situ, bertanyakan siapakah ketua kumpulan Proton. Entah bagaimana mereka menuding kepada saya, dan sayalah yang menjadi "ketua" pada anggapan En. Shahrudin. Oh ya... En. Shahrudin, kini berusian 69 tahun dan masih aktif berbasikal. Beliau adalah pemenang pingat emas sukan SEAP (kini SEA) pada tahun 1962 (sebahagian besar basikalis pada malam itu belumpun lahir lagi).

En.Shahrudin berbaju kuning
Dipendekkan cerita, beliau menghubungi saya semula untuk mengadakan mesyuarat mengenai program berbasikal. Tujuh orang "ketua" telah dikenalpasti katanya. Saya menghantar Mr.Won sebagai wakil T-Bolt. Dari mesyuarat tersebutlah munculnya Kayuhan Anggerik.

Nama: Kayuhan Anggerik
Program: Critical Mass
Tempat: Dataran Shah Alam
Tarikh: 21.11.2008 (Jumaat)
Masa: 8.30pm
Jarak kayuhan: 20-25km (alternatif 12km)

Apakah Critical Mass?. Ia adalah program kayuhan basikal di seluruh dunia. Tujuannya untuk mewujudkan bandar yang mesra basikal. Maklumat terperinci mengenai Critical Mass boleh diperolehi di sini

Jadi, bagi sesiapa yang tinggal berdekatan dengan Shah Alam (berjauhan juga boleh hadir), semua adalah dijemput hadir untuk sama-sama merai dan menjayakan Kayuhan Anggerik. Insyaallah saya dan kawan-kawan akan datang bagi meraikan jemputan daripada En. Shahrudin dan rakan-rakan beliau.



Setakat yang diketahui, di Malaysia sudah terdapat Critical Mass di Putrajaya, Shah Alam (21.11.08) dan Kuala Lumpur (akan datang).

Jumpa di sana!.

Monday, November 17, 2008

NORMAN HAKIM + MEMEY - ABBY ABADI = ?



SAYA tidak berhasrat langsung untuk menulis mengenai perkara ini pada asalnya. Tidak mahu ambil pot langsung kata orang sekarang. Namun isu ini telah menjadi-jadi.

1. Norman Hakim dan Memey ditangkap khalwat
2. Abby Abadi menyerang Norman di lokasi penggambaran
3. PDRM berpendapat Norman telah mencemarkan nama baik Polis
dan macam-macam lagi.

Masyarakat kita dihidangkan oleh wartawan kita dan oleh media kita mengenai rumahtangga orang. Itulah yang masyarakat kita suka. Itulah yang wartawan kita cari. Itulah yang boleh melariskan media kita. Salah siapa?.

Hari ini wartawan sama wartawan mempertahankan pekerjaan mereka melondeh dan membogelkan mereka untuk dipertontonkan ke khalayak ramai atas nama berita. Perkara sudah berlaku, mereka laporkan sahaja. Itu alasan mereka.

Namun, kembalilah kepada Islam. Ia melarang sama sekali mendedahkan aib orang lain. Apa yang sudah berlaku itu sudahlah. Wartawan tidak perlu bersusah payah untuk mendedah, melondeh dan membogelkan lagi keaiban ini.

Barangkali sudah tiba masanya bagi akhbar, radio dan TV di negara kita yang tercinta ini mendapat pengesahan "halal" ataupun "syariah compliance" sebelum tayangan. Berita-berita begini perlu masuk "cencor board" terlebih dahulu. Pihak berwajib perlu melulus atau mengharamkan apa yang patut, demi untuk pembangunan negara. Biar ia memberi faedah kepada semua generasi.

MBA - Semoga selepas ini akan keluar fatwa ataupun pendapat yang muktabar.

Sunday, November 16, 2008

ANATOMI SEBUAH BASIKAL



Label/ Label Deskripsi/Description Label/Label Deskripsi/Description
1 Bar hendal/handle bar
2 Penukar gear/Shifter
3 Tuas brek/Brake lever
4 Kabel/Cable
5 Tiub kepala/Head tube
6 Sepit udang, semanggang/Fork
7 Kaliper brek cakera/Disc Brake Caliper
8 Cakera brek/Brake disc
9 Gelendong, buyong/Hub
10 Jejari/Spoke
11 Injap/Valve
12 Rakap/Pedal
13 Engkol/Crank
14 Gegancu/Chain ring
15 Rantai/Chain
16 Palang rantai/Chain stay
17 Gear belakang/Rear derailer
18 Kaset/Cog, Cassette
19 Roda/Rim
20 Tayar/Tire
21 Palang pelana/Seat stay
22 Brek-V/V-brake
23 Gear hadapan/Front derailer
24 Tiub pelana/Seat tube
25 Batang pelana/seat post
26 Pelana/Saddle
27 Ampaian belakang/Rear shock
28 Tiub atas/Top tube
29 Tiub bawah/Down tube
30 Set kepala/Head set
31 Stem/Stem

* Foto dan penerangan daripada http://kelolo.blogspot.com/2007/12/anatomi-sebuah-basikal-gunung.html

Saturday, November 15, 2008

Putrajaya Cycle



Ini trail 081108. Esok ikut tasik di sebelah dalam.

Tuesday, November 11, 2008

MOTIVASI PEKERJA TANGGUNGJAWAB SIAPA?

Pekerja ataupun staf adalah merupakan aset terpenting sesebuah organisasi. Aset-aset lain seperti bangunan, tanah, mesin dan komputer juga penting.

Mesin dan komputer diselenggara secara berkala. Ada penyenggaraan pencegahan, ada juga penyenggaraan pembaikan. Bagaimana pula dengan aset terpenting organisasi, iaitu staf?

Bila kali terakhir ia diselemggara? Bagaiman?

Monday, November 10, 2008

TEAM BUILDING

SUDAH menjadi suatu kebiasaan, setiap jabatan akan mengadakan program 'team building' untuk staf mereka.

Adakah 'team building ini perlu?. Adakah ia bermenafaat? adakah ia tidak membazir?

Kita ikut siapa dalam melaksanakan program sebegini?. Ikut nabi?.

Biasanya bos tidak datangpun. Program diserahkan kepada perunding untuk dilaksanakan. Tercapaikah hasrat jabatan? Ke arah mana pasukan alan dibawa?
LUAR PEJABAT

SEMENJAK semalam saya berada di luar pejabat. Memandu sendirian sejauh 330km. Menghadiri sesi 'team building' bagi gred atasan bagi pegawai seluruh negara.

Kejutan pertama ialah saya hanya membawa pakaian sukan. Tidak sehelaipun pakaian pejabat yang dibawa. Ah namapun 'team building'. Dalam 30 orang peserta, hanya saya seorang yg tidak berkot bertai. Alamak. Janggalnya. Asingnya.

Dalam ucapan pertama, instruktor minta semua peserta tanggalkan kot dan tie. Ia program santai. Ia program relax. Hmmmmm 29 Vs 1, akhirnya saya tidak lagi nampak janggal.

Saturday, November 08, 2008

08.11.08


SEBELUM memulakan kayuhan di Taman Warisan Pertanian, Putrajaya.

Semalam saya menemuinya di Anjung. Sempai bertukar senyum dan melambai-lambai tangan. Hari ini semasa sedang berkayuh, terima SMS mengatakan dia telah kembali ke hidrat Ilahi. Alfatihah buat sdr Hamzah dan salam takziah buat Noribah sekeluarga.

Friday, November 07, 2008

PUTRAJAYA CRITICAL MASS


memang perasan, ada awek dalam kereta yang ambil foto ini. Dorang tanya, kat mana beli lampu, sebab ia memenangi lampu paling terang dari belakang (bila aku di depanlah depa nampak tu);)Foto daripada putrajayacriticallmass.blogspot.com semasa PCM 31.10.2008

Putrajaya Critical Mass yang diadakan pada Jumaat terakhir setiap bulan kini sudah merebak ke Shah Alam dan Kuala Lumpur.

Program di Shah Alam dinamakan Kayuhan Anggerik (Shah Alam BAndar Anggerik) akan diadakan pertama kali pada Jumaat 21.11.2008 mulai 9pm di Dataran Shah Alam.

Kuala Lumpur pula akan memulakan kayuhan pagi pada 7.12.08 mualai 7.30am bermula di Dataran Merdeka.


Hmmmmm..... setiap Sabtu/Ahad jika tiada aral, geng kami memulakan kayuhan daripada Taman Warisan Pertanian, Putrajaya mulai jam 7.30am.

Thursday, November 06, 2008

BUAT DUIT DENGAN BERBASIKAL



BARANGKALI semua orang tahu bahawa Proton adalah jenama kereta nasional Malaysia. Ramai juga orang tahu bahawa Proton juga pernah mengenlurkan motosikal. Namun adakah anda tahu bahawa Proton juga adalah pengeluar dan pengilang basikal jenama Proton?. Tiga model basikal Proton ialah T-Bolt, T-blaze dan T-blaze AL3+. Harga jualan sebuah T-Bolt ialah RM2,700.00 Ia adalah cukup murah berbanding dengan basikal-basikal keluaran BMW, Mercedes ataupun Peugeot. Bila agaknya Produa akan mengeluarkan basikal pula?. Namun Proton telah menutup kilang basikalnya dan menjual kesemuanya. Harga lelaong T-Bolt sekarang ialah dalam RM900 sebuah.

OK, kembali kepada tajuk. Satu sesi teori dan praktikal "Buat Duit Dengan Berbasikal" akan diadakan sepertiu berikut:-

Tarikh: 8 Nov. 2008 (Sabtu)
Tempat: Sekitar Tasik Putrajaya
Tempat berkumpul: Taman Warisan Pertanian Putrajaya, jam 7.30am
Tempoh masa: 2-3 jam
Bayaran: PERCUMA
Kelengkapan: Basikal dan kamera (sila bawa sendiri)

Kandungan sesi: Teori dan Praktikal SATU daripada LIMA PULUH tip daripada buku "Buat Duit Dengan Kamera" (yang masih belum berada di pasaran).

Selamat bertemu di sana untuk sama-sama buat duit.

Wednesday, November 05, 2008

SAYA KEMBALI



WALAUPUN saya telahpun berpindah sepenuhnya ke rumah baru, namun masih ramai pengunjung ke rumah ini. Oleh itu saya akan kembali semula ke sini.

Bertemu lagi.