Labels

Tuesday, July 30, 2013

REKABENTUK JERSEY KAYUHAN BIWAKO, JEPUN

A

B


C


D

Wednesday, July 17, 2013

PENGHORMATAN SEBELUM BERSARA

ADALAH menjadi suatu kebiasaan bagi bos-bos akan membuat lawatan ke seluruh cawangan jabatannya sebelum bersara. Jika cawangannya terdapat di setiap negeri, maka setiap negerilah bos akan buat lawatan kerja. Jika di setiap daerah, maka setiap daerahlah.

Bagi saya, saya tidak memimpin sebuah jabatan, jauh lagi sebuah kementerian. Tempat saya bekerja cuma mempunyai empat cawangan sahaja, ia itu Putrajaya, Cyberjaya, Sabah dan Sarawak. Sungguhpun begitu saya tidak berpeluang untuk ke Sabah atau Sarawak kerana tidak ada sebarang program yang diadakan di sana yang membolehkan saya turut serta. Jika saya bekerja di tempat lama, sudah tentu saya berpeluang untuk membuat lawatan kesemua hospital di seluruh negara, jika saya mahu.

Beberapa bulan sebelum bersara, saya menyertai pasukan audit Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) membuat lawatan audit ICT ke mahkamah syariah di Johor dan Melaka. Itulah kali pertama saya ke mahkamah syariah tersebut. Itulah suatu penghormatan kepada saya yang peluangnya diberikan oleh sebuah jabatan lain.

Semasa dalam tempoh saya bercuti sebelum bersara pula, saya telah diberi peluang oleh INTAN untuk menyampaikan ceramah bagi modul ICT kepada Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang menghadiri kursus. Saya berpeluang ke INTIM (INTAN Timur) dan dua kali ke IKHWAS (INTAN Selatan). Mengajar PTD bagi subjek Keselamatan ICT pada saya bukanlah suatu perkara mudah. Subjek Keselamatan ICT adalah merupakan 'dry subjek', yang kadangkala membuatkan pensyarahnya bercakap seorang diri. Sebanyak 40 slaid disediakan dengan bantuan pegawai-pegawai saya.

Semasa di INTIM, ceramah 4 jam hanya menggunakan 10 slaid sahaja. Ini adalah kerana banyak interaktif dan soal jawab dari para peserta. Empat jam berceramah diikuti dengan dua jam latihamal tidak sedikitpun meletihkan saya. Seronok dan teruja. Semasa sesi pertama di IKHWAS, lebih kurang 20 slaid digunakan. Semasa sesi kedua di IKHWAS pula sekitar 30 slaid digunakan.

Pada awalnya seribu persoalan timbul di fikiran mengenai pengendalian kursus ini. Namun saya bertekad untuk melakukannya sahaja di depan 850 para peserta yang merupakan bakal KSU dan KSN di masa hadapan. Berbanyak terima kasih kepada INTAN, khususnya Puan Estia Emy Lopieh kerana memberi penghormatan ini kepada saya sebelum persaraan saya.
IKHWAS



Tuesday, July 16, 2013

PROGRAM BERBASIKAL DI JEPUN

PADA 25 September hingga 1 Oktober ini saya bercadang untuk mengadakan Program Kayuhan Basikal Mengelilingi Tasik Bwa (Biwako), di Jepun. Cuma lapan orang ahli sahaja diperuntukkan bagi kayuhan roadbike ini.



Hari 1: Tiba di KIX (Osaka). Bergerak ke Kyoto atau Otsu menggunaan keretapi. Bebas.

Hari 2: Kayuhan bermula dari Kyoto/Otsu menuju ke Nagahama. Bermalam di Nagahama.

Hari 3: Kayuhan dari Nagahama menuju ke Takashima dan bermalam di sana.

Hari 4: Kayuhan dari Takashima ke Otsu/Kyoto dan bermalam.

Hari 5: Kyoto ke Osaka.

Hari 6: Berlepas pulang.

* Jarak kayuhan ialah lebih kurang 100km sehari.
* Basikal (roadbike) dibawa sendiri

Tasik Biwa atau Biwako adalah tasik terbesar di Jepun.






Hubungi sales@tomodachi.my untuk keterangan lanjut.




Monday, July 08, 2013

HADIAH PERSARAAN: CENDERAHATI ATAU CEDERA HATI ?

SEMUA sudah maklum bahawa hari ini, 8 Julai 2013 saya sudah bergelar Yang Bersara (YB). Ramai juga maklum bahawa saya telah diberikan hadiah persaraan seperti di bawah dalam satu majlis 'gilang-gemilang' di PICC.


Saya bersara dari jawatan Pengarah dalam gred JUSA C.

Ayah saya bersara sebagai boroh kasar di MARDI telah mendapat sebuah jam tangan, sebuah jam dinding dan sekeping sijil penghargaan. Dia guna jam itu. Dia gantung sijil itu sehingga akhir hayat dia. Dia sangat menghargai penghargaan yang diberikan.

Berdasarkan kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2011: Peraturan Mengenai Perbelanjaan Untuk Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Bersara:

3.1 Jamuan
Kadar penyediaan jamuan untuk pegawai bersara dan jemputan adalah tidak 
melebihi RM30 seorang. Bilangan jemputan hendaklah dihadkan kepada 
mereka yang benar-benar perlu sahaja.


3.2 Cenderamata
Pegawai yang bersara boleh diberikan cenderamata yang sesuai atas kadar 
keseluruhannya tidak melebihi RM400 seorang.


3.3 Sijil Penghargaan
Pegawai yang bersara boleh diberikan sijil penghargaan.


Tiga puluh tahun berkhidmat dengan penuh semangat dan pengorbanan tanpa sebutir pingat mahu pun bintang. Mengapa perlu diungkit akan keikhlasan orang dan keikhlasan diri sendiri berkhidmat? Bukan mengungkit, cuma jika sebuah jabatan yang maha hebat, tidak mengikut Pekeliling Perbendaharaan (barangkali ia sudah digantikan dengan yang baharu?), apakah maknanya?.

Saya pernah tahu, bos saya meminta dan diberikan sebuah komputer baharu bernilai RM10 ribu sebagai hadiah persaraannya. Ia tidak melanggar Pekeliling Perbendaharaan kerana ia dihadiahkan. Besar jasanya kepada negara.

Memandangkan selama 30 tahun itu saya tidak memberikan apa-apa jasa pun kepada kerajaan dan rakyat, maka layakkah saya dihadiahkan dengan sebuah mug?. Jika tidak layak, barangkali saya perlu pulangkannya semula kepada kerajaan.

Pada asalnya saya ingin membuat cadangan penambah baikan di sini. Misalnya pegawai yang diperuntukkan komputer (PC atao notebook atau iPad) semasa perkhidmatannya diberikan tawaran untuk membeli peralatan tersebut sebagai hadiah persaraannya. Kerajaan pun tidak dibebankan dengan proses pelupusan akan barang-barang buruk ini. Cuba lihat, pegawai yang diberikan kereta, ia ditawarkan untuk membeli kereta itu bukan?. Memandangkan Pekeliling Perbendaharaan sudah ada,  maka saya tidak mahulah membuat cadangan yang berlebihan.

cenderamata atau cenderahati janganlah jadi cederahati.


Sekian terima kasih.




Sunday, July 07, 2013

HARI TERAKHIR BEKERJA


Hari ini, Ahad 7 Julai 2013 adalah merupakan hari akhir saya bergelar Penjawat Awam. Mulai esok, 8 Julai 2013 saya merupakan seorang YB (Yang Bersara). Ia itu pemegang Kad Pesara 1Malaysia.

Ramai orang bertanya, mengapa saya bersara awal?.

Jawapan standard saya ialah:-

Saya sudah berkhidmat selama 30 tahun 6 bulan dengan penuh tekun dan dedikasi. Kerana tugas itu saya jarang dapat ambil cuti rehat (tidak diluluskan atau sebab-sebab lain). Kerana dedikasi saya dengan tugas, saya telah banyak mengabaikan diri sendiri secara fizikal dan juga mental. Kini berilah peluang kepada saya untuk menikmati kehidupan. Saya sudah boleh melihat matahari naik. Saya sudah boleh menikmati matahari turun.


Monday, July 01, 2013

MESYUARAT DENGAN JEPUN

SAYA kerap memerhatikan delegasi Jepun apabila mereka hadir mesyuarat. Mereka akan hadir lebih awal dari masa yang ditetapkan. Dalam mesyuarat mereka akan duduk mengikut keutamaan kekananan. Kecualilah jika tempat mesyuarat telah ditandakan dengan nama.

Semasa mesyuarat berjalan, pegawai paling senior atau ketua delegasi akan bercakap. Pegawai junior tidak akan bercakap ataupun menjawab soalan. Jika ada pun jawapan kepada soalan, ia akan diberikan kepada pegawai senior. Lainlah jika pegawai senior yang minta dia yang menjawab.

Walau pun pegawai senior cakap salah, pegawai junior tidak akan membetulkannya di dalam mesyuarat. barangkali setelah habis mesyuarat dan dibuat post-mortem baharulah mereka bersuara. Agaknya.

Akan tetapi lain sekali halnya dengan pegawai Malaysia. Susunan tempat duduk, masih OK lagi. Apabila tiba bab bercakap, pegawai junior tidak akan melepaskan peluangnya untuk bercakap bagi pihak delegasi. Kadang kala apa yang dicakap itu tidak semestinya betul pun ...


BUAT DUIT DENGAN FOTO

SEMPENA bulan Ramadan ini, dan selepas itu balik kampung di bulan Syawal, tuan dan puan rakamlah foto banyalk-banyak. Rakam apa sahaja foto. Foto pemanangan. Foto jerebu. Foto kereta. Foto kucing. Foto anak-anak. Rakamlah apa sahaja foto.

Selepas pulang dari berhari raya, saya akan ajarkan tuan dan puan "buat duit" dengan foto yang telah dirakam.

Kelas akan diadakan di Kuala Lumpur atau Putrajaya atau Bangi atau Shah Alam.

Tunggukan pengumumannya nanti.