Labels

Sunday, May 07, 2017

ORIGAMI



TANPA dirancang, saya masuk ke bengkel orogami yang didakan di Sofa Putih ITBM sempena PBAKL 2017 tadi.

Sebenarnya secara tanpa sedar juga, saya telah terlibat dengan origami lebih 50 tahun yang lalu. Ketika zaman kanak-kanak seni lipat-melipat kertas ini sudah menjadi lumrah. Lipatan kegemaran budak lelaki ialah kapalterbang atau jet dan juga sampan atau kapal layar.

Jumpa sahaja kertas, kita lipat-lipat jadi jet pejuang dan terus menerbangkannya. Jet yang kami buat siap dengan penerbangan aerobatik lagi, sebelum mendarat dengan sempurna. Pemenang dikira berdasarkan kecantikan aerobatik dan jauh jarak penerbangan yang sempurna. Jika jet itu mendarat tidak sempurna seperti terbalik atau tersangkut di atas pokok, ia dikira crashed.

Kapal laut pula kami uji pada air seperti parit, longkang ataupun dalam besen. Ia mesti boleh belayar dengan sempurna dan tidak karam dirempuh gelombang.

Kadangkala jet kami ditambah ekor dan sayap yang menjadikannya sebuah kapalterbang. Untuk memastikan jet kami laju, kami potong bahagian tertentu supaya lipatannya lebih kemas dan badannya lebih ringan. Bakat jurutera penerbangan sudah terserlah semenjak kecil lagi.

Pada masa ini, hanya MBC Perak yang mempopularkan origami di sekolah-sekolah. Selepas ini, MBC Sentral dan Terengganu pula akan mengikut jejak langkah MBC Perak. Berdasarkan beberapa buah buku origami saya saya temui, tidak ada teknik membuat jet atau kapal layar seperti mana yang kami buat puluhan tahun lalu. Barangkali saya perlu mendokumenkannya supaya terperlihara.



* Foto dari FB Lynn Rahman.