Labels

Saturday, June 29, 2013

RAMADAN DI JEPUN



KALI pertama saya ke Jepun, saya mengharungi bulan Ramadhan di sana. Hidup dikelilingi kenshuin antarabangsa, kebanyakan mereka faham atau pernah dengar tentang Ramadan.

Orang-orang Jepun ingin tahu suasana Ramadan di Malaysia. Saya ceritakan kepada mereka dengan serba sedikit tambahan supaya ia lebih kedengaran menarik. Ternyata Ramadan di Saudi dan Mesir lebih menarik dari segi pengisian ibadahnya mengikut apa yang saya faham dari sahabat sekelas saya dari sana.

Orang Jepun tidak hairan mengenai tidak makan, tidak minum di siang hari sepanjang Ramadan. Ingin tahu apakah yang mereka khuatirkan?. "Jika Muslim tidak makan dan tidak minum di siang hari, bagaimana dengan bisnes di negara anda? Sudah tentu banyak peniaga akan rugi". Itulah soalan pertama yang diajukan kepada saya mengenai puasa. Orang Jepun sangat peka mengenai ekonomi.

Seperti mana kita semua maklum, suasana bisnes di bulan Ramadan di Malaysia jauh lebih rancak berbanding bulan-bulan yang lain. Hingga ada peniaga yang "kerja sebulan untuk makan setahun". Bekerja hanya di bulan Ramadan. Perkara-perkara begini tidak dapat dibayangkan oleh orang Jepun.

Tiba-tiba saya teringat akan promosi seorang penjual kurma.

Penjual: Belilah kurma ini, Ia besar. Nabi suruh makan 3 biji kurma jenis inilah.

Saya: Nabi tak suruh makan banyak, Dia suruh makan 3 biji sahaja, kecil pun tak mengapa

Penjual: Jika makan kurma ini 3 biji, tak perlu makan lagi makanan lain. tak perlu makan nasi. tak perlu makan kuih.

Saya: (dalam hati) Inilah penyebar hadis palsu. Demi untuk lakukan produk dia, semuanya nabi suruh. Semuanya ikut sunah.

Jika orang Jepun dengar, sudah tentu mereka haramkan kurma itu dari dijual. Sebabnya dengan memakan kurma itu, maka tidak perlu makan nasi, tidak perlu makan kuih lagi. Ini namanya membunuh peniaga lain. Pembunuh patut dihukum bunuh juga.

Wallahualam.

No comments: