Labels

Saturday, June 29, 2013

JERUBU, BURUNG TERKUKUR DAN BANO

PADA suatu petang, ketika jerubu masih menebal, saya jumpai seekor burung terkukur tidak berupaya terbang terdampar di halaman rumah. Saya ambil, saya periksa keadaan fizikalnya. Semuanya kelihatan OK di mata kasar saya. Sayap tidak ada yang patah. Badan tidak ada yang luka. Semua sifat fizikal badan baik belaka. Saya fikir dia sakit akibat jerebu. Saya ambil burung ini, letak dalam kotak dan simpan dalam rumah.

Esok paginya, terkukur itu masih begitu. Masih tidak sihat. Lantas saya ambil sebotol bano. Saya spray pada keseluruhan badannya. Dengan serta merta burung ini menguakkan kepak. Barangkali dia sejuk?. Barangkali dia segar?. Saya kurang pasti. Saya usap badannya untuk mengeringkan badannya yang basah akibat disembur.

Saya beri minum air. Saya letakkan dia di gazebo di luar rumah (jerubu sudah semakin kurang). Tidak lama selepas itu, dia mula melompat keluar. Melompat-lompat mencari dam mematut makanan di atas rumput. Selepas itu ia terbang. Ia berkokok. Hingga kini sabab paghi, seperti selalunya ia berkokok.








No comments: