Labels

Saturday, June 22, 2013

GARTNER SYMPOSIUM GOLD COAST AUSTRALIA


MELIHAT kepada broucher ini teringat saya kepada Simposium yang sama pada tahun lepas (2012). Saya dijemput hadir dan segala persiapan telah dibuat sewajarnya oleh organizer. Segala bayaran ditanggung oleh JPA.

Pada awalnya saya tidak berminat langsung untuk ke Australia kerana peristiwa pahit semasa di KKM. Pihak MOH Australia menjemput saya bermesyuarat di sana, tetapi MOFA tidak mahu mengeluarkan visa kepada saya. Tiga kali mencuba, tiga kali gagal. Sebabnya semata-mata kerana nama saya. Saya menarik diri dari dicalonkan oleh JPA. Namun JPA tetap mendesak juga supaya saya pergi dan akhirnya saya akur dengan mereka.

Walau bagaimanapun, tiba-tiba (ya... tiba-tiba, sebabnya kebanyakan program dalam kerajaan dibuat secara tiba-tiba) majlis pelancaran 1MOCC oleh YAB Perdana Menteri akan dibuat pada tarikh simposium. Jawatan saya dalam 1MOCC ialah "Ketua Pegawai Teknologi" (CTO). Jawatan ini besar dan gah. Walau bagaimanapun hampir semua kerja teknikal dilakukan oleh orang lain. Lebih tepat lagi anak buah orang lain. Saya menjadi ketua sahaja.

Dengan itu saya menulis sepucuk emel kepada JPA dengan nekad menarik diri dari menghadiri simposium ini. Emel ini disalinkan kepada bos (ala-ala bodeklah tuuu). Terjumpa bos sebelum pelancaran (alaaa bos terlalu sibuk).

Bos kata "Saya terharu apabila you sanggup tarik diri dari pergi oversea semata-mata untuk pastikan pelancaran ini berjalan lancar. Saya sangat hargainya".

Saya jawab "Tidak mengapalah Bos. Untuk ke negara itu, bila-bila pun boleh. Tapi jika acara ini gagal, sampai pencen pun orang akan ingat dan mengata saya". (dalam hati berkata, entah-entah aku akan dipencenkan).

Bos berjanji " Nanti saya akan rekomen awak pergi kursus yang lagi bagus. Lagi jauh".

Saya kata "terima kasih bos" (budimu dikenang).

Nota: Jangan berangan dengan janji manis bos ya. Sampai saya  pencen pun bos bukan sahaja tidak kotakan janji. Kursus yang ada dicalonkan oeang lain, malahan urusan saya keluar negara untuk mewakili negara pun dicantas. Ya dicantas dan digantikan dengan pegawai lain yang grednya jauh lebih rendah.

Budimu Dikenang.



No comments: