Labels

Friday, September 09, 2011

TEKSI PERKHIDMATAN PENUH

[IDEA DARI JEPUN]

HARI kedua saya berada di Jepun, saya memberanikan diri keluar berseorangan dan pulang dengan menaiki teksi. Cuba bayangkan tangan kiri dan kanan penuh dengan bag plastik. Teksi berhenti dan pintu terbuka sendiri. Masuk ke dalam teksi dan pintu tertutup sendiri. Tidak ada tip yang perlu dibayar.

Pemandu memakai seragam, bertopi, sarung tangan putih. Dalam teksi disediakan set karaoke mini yang boleh digunakan secara percuma. Pemandu lebih suka penumpang menyanyi berbanding dengan berborak dan bertanya itu dan ini. Sebabnya pemandu tidak begitu mahir bercakap dalam bahasa lain, selain Nihongo. TV berbayar juga turut disediakan dalam teksi. Sesetengah teksi juga disediakan dengan kusyen urutan.

Suara mengucapkan selamat datang, terima kasih dan sebagainya turut kedengaran.Semasa ingin keluar teksi, suara sila semak barangan anda, jangan tinggalkan apa-apa. Semuanya adalah suara rakaman yang dimainkan oleh pemandu.

Satu perkara lucu yang tidak saya lupakan ialah.... saya cuba bercakap Nihongo dengan pemandu teksi dan pemandu suruh saya bercakap Inggeris. Katanya "my Ingelish is betar then your Japanese".

No comments: