Labels

Saturday, September 03, 2011

SUKA-DUKA RAYA DI KAMPUNG

HARI raya sudah berlalu, bulan raya masih panjang. Mereka yang pulang ke kampung sudah berangsur kembali ke kota.

Rata-rata kawan saya dari kota tidak bertahan lama beraya di kampung, ya walaupun kampung sendiri. Jika kampung mertua apatah lagi.

Pada zaman budak-budak, seingat sayalah, kampung saya sangat meriah, terutamanya pada musim raya. Rumah-rumah di kampung dihias indah semampu tuan punya. Halaman disapu, sampah sarap dibakar. pada sebelah malam, ia diterangi lampu pelita.

Kini? sebuah demi sebuah rumah sudah hilang. Ia bertepatan dengan tuan punya yang sudah meninggal dunia. Ada kalanya anak yang mewarisi hartanya juga sudah pergi. Yang tinggal hanya cucu yang tidak pernah menjejakkan kaki di kampung.

Di sebelah kiri, Tok Ayah sudah berpuluh tahun tapak rumahnya menjadi semak belukar. Di sebelah kanan, Tokki, Rani, Pak Embung semuanya sudah jadiu hutan dara. Begitu juga dengan Tok Mek Tok, Paklong Awang, Tuan Seng dan Pak Wil. Jika ditanam balak pada tanah mereka, ia sudah boleh ditebang.

Sesekali terfikir, elok jika kerajaan buatkan satu akta atau undang-undang supaya tanah terbiar begini boleh dirampas. Teringat saya akan satu negara di Eropah, anak rajanya tinggal di kampung kerana undang-undang tanah menetapkan tuan tanah mesti tinggal atas tanah milik mereka, jika tidak tanah akan dirampas.

Bilalah negara kita akan mempunyai undang-undang begini?.

1 comment:

Anonymous said...

Lihat! Dengar!
lama benar...
Terbiar.

Lihat!
Usah terjegat...
Penat.

Dengar!
Mereka itu tegar...
Kita masih sabar.

Mata! Telinga!
Ya Allah yang Maha Pengampun, Maha Berkuasa...
Ampunkanlah aku yang berdosa.