HARI PERTAMA Tarawih.
Meninggalkan pejabat selepas solat Maghrib (macam biasa). KLFM memaklumkan MRR2 jem sepanjang jalan, Sungai Besi ke KL jem teruk. Ah jalan mana lagi yang boleh diikuti?. Dari Putrajaya ke tol, macam biasa saja, namun selepas tol jalan mula merangkak. Kalau ikut Jalan Tun Razak ke Jalan Ampang, teramat sesak. Seperti biasa, buat keputusan ikut jalan Istana. Sampai di perkarangan Istana Negara, azan Isya' berkumandang. Nasib baik sempat solat 2 rakaat ikut imam di masjid negara dan menyempurnakan 8 rakaat Tarawih sebelum meneruskan perjalanan ke rumah (belum makan lagi wooo.... kalau esok, maknanya faham-faham sajalah kan?).
Esok bagaimana agaknya?. Ikut ramalan kaji-kesesakan, esok akan lebih sesak dari hari ini. Itu pasai Samy kata, tak perlu lebuh raya, kita semua boleh naik lumbu kereta untuk pergi-balik kerja. Rasa-rasanya esok kena bawa bekal roti banyak-banyak dan sapu saja jem di sepanjang perjalanan untuk berbuka puasa nanti.
No comments:
Post a Comment