Labels

Monday, October 10, 2005

benarkah SYAITAN DIRANTAI?

MALAM tadi berterawih di Setiawangsa. Imam mengumumkan sesiapa yang ada kehilangan kasut, sila jumpa beliau sebab katanya memang ada di kalangan jemaah yang memang kerjanya memang nak mencuri.

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Agaknya hari dah malam, maka syaitan dah dilepas semula dari rantaian kot?.

Imam juga mengumumkan kepada jemaah yang datang lewat agar bertimbang rasa kepada yang datang awal dengan tidak meletak kereta dengan cara menghalang kereta jemaahn lain dari keluar. Memang jadi adatlah, yang nak sembahyang 8 rakaat akan jadi mangsa kepada para jemaah yang dengan sewenang-wenangnya sahaja meletak kereta di mana-mana ada ruang dan dengan sengajanya menghalang kereta lain dari bergerak keluar.

Agaknya inilah caranya mereka 'memaksa' supaya semua orang sembahyang 20 rokaat kot ;-)

No comments: