Labels

Monday, November 17, 2003

PETRONAS TAK PANDAI BERNIAGA?


Pagi ini ke stesen minyak Petronas dekat rumah kerana minyak dah hampir habis. Takut tak sempat sampai ke ofis. Nak gunakan kad kredit tidak dibenarkan pulak, entah apa silapnya. Terpaksa bergegas ke kaunter. Di kaunter ni ada tiga orang petugas. Dua sedang bersembang dan seorang sedang mengira duit. Hulur RM50 dan beritahu pam no.9. Juruwang buat dek saja sambil meneruskan mengira duit, buat-buat tak reti saja. Lama menunggu, layanan tidak diberikan dan nak tunggu dia habis kira duit tu, entah sampai bilalah. Ambil semula duit RM50 tu dan hidupkan kereta untuk ke stesen minyak lain. Dalam hati dah nekad, stesen Petronas walaupun dekat dengan rumah ini tidak akan dikunjungi lagi kecuali terpaksa. Perkhidmatan yang diberikan boleh dikatakan sifar. Sepatutnya mereka ini perlu sedar bahawa kurang satu kilometer dari situ ada lagi stesen minyak Petronas dan Caltex.

Sempena dengan arahan PM supaya kaunter jabatan kerajaan perlu menyediakan "borang kepuasan pelanggan" baru-baru ini, pihak swasta seperti Petronas ini juga wajib melakukannya. Jika di tempat lain, pekerja stesen minyak mengalu-alukan kedatangan pelanggan dari jauh lagi. Bila tiba siap dengan senyum mesra dan bertanya khabar. Terus mencuci cermin kereta dan menawar diri untuk tengok minyak hitam dan sebagainya, mengapa stesen Petronas tidak boleh? (yang inilah, yang lain boleh barangkali ?). Jawapannya mungkin Petronas tidak untung dan tidak glamor dengan menjual minyak sahaja. Tetapi lebih glamor dengan menaja perlumbaan F1 agaknya.

Teringat kata-kata seorang sahabat: Minyak hitam yang terbaik ialah Castrol sebab setiap pagi jurutera Castrol bangun tidur, asyik teringatkan minyak hitam sahaja. Tidak seperti Mobil, Shell dan sebagainya yang terlalu banyak produk yang perlu dikawal (joke saja) :-)

No comments: