JIBUNSHI atau jibunsi dalam bahasa Jepun ditulis sebagai jibunsyi dalam bahasa kita. Ia bererti sejarah hidup peribadi. Jibunshi agak berbeza dengan autobiografi kerana biasanya autobiografi adalah kisah hidup tokoh-tokoh besar dan tersohor.
Di Jepun, tradisi menulis dan menerbitkan jibunshi ini telah lama berakar umbi. Ia ditulis oleh orang-orang awam untuk menceritakan pengalaman hidup khususnya saat-saat sukar dan trauma melalui zaman Perang Dunia Kedua. Mereka kemudiannya menjadi saksi mata bagi perubahan radikal dalam masyarakat. Sejarah mereka begitu penting untuk tatapan generasi muda yang tidak pernah melalui `zaman penderitaan'. Sekiranya kisah mereka tidak penting untuk tatapan umum, ia tetap penting untuk tatapan keluarga dan kaum kerabat.
Sehingga kini banyak bengkel dan pertandingan penulisan jibunshi diadakan untuk mencungkil bahan sejarah yang tidak tercatat dalam mana-mana penerbitan.
peserta dalam sebuah bengkel jibunshi.Di antara dokumen yang terkenal dalam penulisan jibunshi ialah "How to jibunshi: Making and Marketing Self-Histories of Showa among the Masses in Postwar Japan"
Di Malaysia penulisan jibunshi atau lebih tepat lagi memoir tidaklah begitu popular dan dianggarkan lebih sedikit daripada 30 judul telah diterbitkan.
Adakah anda berminat untuk menulis dan menerbitkan jibunshi sendiri? Dengan hanya RM10 anda boleh menghadiri bengkel penulisan jibunshi. Klik di sini.
2 comments:
Kalau MBA ada jibunshi, teringin juga saya membacanya ;)
Jika ada yang ingin membaca, memang saya ingin menulis. ;-)
Post a Comment