Pada hari-hari biasa, blog saya dikunjungi 100 - 200 pembaca sehari. 80% daripada pengunjung blog saya datangnya dari Malaysia. Setelah negara Taiwan dilanda taufan, dilaporkan kabel telekomunikasi dasar lautnya terputus dan talian Internet tergendala. Capaian Internet menjadi sangat perlahan, khususnya untuk mencapai laman antarabangsa. Namun dimaklumkan juga ada sesetengah laman tempatan juga mengalami kelembapan.
Setelah gempa ini berlaku, laman saya hanya dikunjungi oleh 40-50 orang sehari. Mengapa ya?. Jawapan mudah ialah kerana laman ini diletakkan di USA, sedangkan 80% pengunjungnya dari Malaysia. Mengapa begitu? Mengapa meletakkan laman anda di luar negara?. Jawapannya mungkin begini:-
1. Luar negara percuma, dalam negara berbayar
2. Luar negara laju, dalam negara perlahan
3. Anda perlu jadi super-patriotik untuk letak laman dalam negara
Anda setuju?
No comments:
Post a Comment