Labels

Saturday, January 27, 2007

DUA MINGGU YANG SINGKAT

SEMALAM berakhirlah program homestay warga Jepun yang juga merupakan Sukarelawan Kerjasama Jepun Seberang Laut (Japan Overseas Cooperation Vomunteers - JOCV). Semasa majlis penyerahan dan perkenalan keluarga angkat dan anak angkat, hati kedua-dua belah pihak berdebar-debar. MAsing-masing tertanya-tanya siapa keluarga aku, bagaimana keadaan mereka, apa kesukaan dan pantang larang mereka dan 1001 pertanyaan lagi. Majlis penyerahan menjadi medan lucu apabila sukarelawan ini memperkenalkan diri dalam bahasa Melayu yang jelas dapat difahami oleh semua.

Hari demi hari bersama keluarga angkat. Dari kenal timbul sayang. Bila tiba hari perpisahan, jantung hati lagi berdebar kerana kedua-dua belah pihak tidak mahu dipisahkan. Namun setiap pertemuan mesti berakhir dengan perpisahan jua. Ya empat sukarelawan akan terbang ke Sabah dan Sarawak mulai besok untuk memulakan tugas sukarela mereka selama 2 tahun dan seorang lagi akan bertugas di Pahang.

Selamat bertugas di negara kami.

No comments: