Labels

Wednesday, June 15, 2005

HEY KAWAN! .... LU SAPA? KITA KAWAN KA?

MELIHAT akan iklan KFC terbartu di kaca TV "hey kawan, lu sapa?. Bila kita berkawan?". Ia mengingatkan saya kepada seorang kawan dalam tahun 1980an dulu di tempat pertama saya bekerja. Pada masa itu tukan cuci, tukang lap dan tukang sapu pejabat telah dimonopoli oleh orang Indon. Ada seorang cewek Indon ni, selalu membahasakan kami sebagai abang. Selamat pagi abang. Boleh saya sapu kat sini abang. Boleh saya lap sini abang?. Kawan saya itu dengan serius bertanya "Bila emak engkau kahwin dengan bapak aku?. Mengapa panggil aku abang?. Sejak bila kita bersaudara?. Kami ni pegawai tau?. Panggil aku encik dan bos aku ni tuan. Faham tak?|.

Cerita lain pula ialah bos saya tidak boleh berbuat apa-apa dengan office boy kami (dia membahasakan dirinya officer boy) yang memanggil pengarah kami dengan panggilan nama sahaja. Saya panggil pengarah "tuan" tau?. Awak boleh panggil dia dengan nama saja? (Pengarah tu dah jadi Ketua Pengarah dan dah bergelar Tan Sri). Officer boy tu menjawab "Saya juga panggil saya tuan. Bukan saya tak tahu protokol. Saya tahu siapa tuan, siapa encik, siapa Dato', siapa Tan Sri. Tetapi masa boss dengar tadi, saya cakap agak laju, itu pasal "tuan" sudah tinggal luar (bilik) dan "nama" dia juga dengar dalam bilik. Itupun saya punya salah ka?.

Kedua-dua cerita tersebut kini hanya tinggal kenangan. Officer boy tersebut kononnya telah menjadi taukey tempat letak kereta dan bos saya menjadi pelanggannya. Bos itu terpaksalah memanggil officer-boy tersebut dengan panggilan "tuan" pulak.

Berikut adalah dialog (yang telah diubah suai) di antara saya dan kawan saya dari sektor swasta tidak berapa lama dulu.

kawan: Hari tu I jumpa kakak yang kerja kat J*M tu. Tapi dia buat tak kenal saja bila saya tergur dia.

saya: Kau panggil dia kakak ke?

kawan: Ya lah. Kan dia lebih tua dari aku.

saya: Patutpun dia buat tak kenal. Padan muka kau. Dia tu pegawai tinggi kerajaan tau!. Kau pulak datang nak jual barang (cari projek). Bila kau panggil dia kakak, terasa sangatlah yang dia tu tua. Walaupun kau memang muda dari dia, janganlah panggil kakak kepada pegawai kerajaan. Apatah lagi kau tyu lelaki. Kalau perempuan dgn perempuan, boleh maaf lagi.

kawan: Eh tak kan teruk sangat. Kat tempat kerja aku biasa jer panggil direktor aku dengan panggilan kakak.

saya: Lain padang lain belalang. Kau kenalah buat apa yang patut jika kau nak jual barang. Jika perempuan, panggillah dia puan. Jika kau yakin dia belum kahwin, panggillah dengan sebutan Cik. Jika kau tahu nama dia eloklah letakkan Puan atau Cik dan namanya. Itu menampakkan yang kau memang kenal dengan dia. Bukan main bantai kakak saja....

kawan:Oooo jika pegawai lelaki nak panggil apa pulak?.

saya: Suka hati kaulah, tapi jika kau panggil aku abang, aku sekeh kepala kau kang!.


disclaimer:Panggilan tersebut tidak semestinya begitu, namun biasanya begitulah. Pengecualian biasanya adalah disebabkan oleh seseorang individu, bukannya umum.

cuba teka
Cuba teka apa panggilan yang sepatutnya yang betul dalam surat ini:

Kepada
Ketua Pengarah ABC
Kuala Lumpur
(u.p Cik Laila Majnun)

Tuan atau Puan yangg betul? (cuba teka dan berikan dalilnya ya....)

Merujuk kepada bla bla bla ....

No comments: