Labels

Monday, June 20, 2005

HURUF TANPA BUNYI

HUJUNG minggu lepas saya mengembara dengan memandu kereta sejauh 1,000km seorang diri. Ia itu 500km pergi dan bakinya kembali semula ke KL. Macam-macam perkara timbul bila memandu bersendirian begini. Umpamanya rasa bosan, mengantuk, kesunyian dan yang seerti dengannya. Namun saya enjoy dalam pemanduan ini. Indah sekali alam semesta sepanjang perjalanan.

Dalam perjalanan pulang, kira-kira 50km lagi nak sampai ke destinasi, saya memilih untuk memberhentikan kereta berhampiran dengan huruf H yang besar (tanda pili bomba). Ini ialah kerana meter pada kereta menunjukkan radiator kehausan dan memerlukan sedikit air. Lama juga waktu menunggu sehingga enjin sejuk berhampiran dengan huruf H ini:-

Saya fikir-fikirkan kemudian congak-congak campur tolak tentang huruf H ini. Setakat yang saya tahulah, huruf H tidak dibunyikan di Terengganu, kecuali beberapa sebutan sahaja. Contohnya begini:-

hamba - amba
hamid - amid
halim - aling
hasan - asang
hamis - amih
habis - abih
haruan - (ikang) ruang
hajat - ajat
haji - aji
hampas - apah
hampir - dekat
hangus - anguh
hantu - antu
hanyut - anyut

dan banyak lagilah... Cuma biasanya yang mempunyai satu suku kata, H tidak dibuang, misalnya:-

hak - hok
hon - hong


Eh-eh entah-entah seluruh Malaysiapun begini jugak kot?.

No comments: