Labels

Tuesday, August 10, 2004

BUDAYA TAICHI


TAICHI ialah sejenis senaman atau seni mempertahankan diri yang berasal dan banyak diamalkan oleh orang-orang Cina, khususnya yang sudah berumur. Taichi dikatakan baik untuk senaman jantung, perjalanan darah, pernafasan dan banyak lagi. Dulu-dulu kita boleh tengok apek-apek atau nyonya-nyonya melakukan taichi di kawasan-kawasan lapang. Nampaknya mereka bersenam pakai tolak-tolak. Entah apa yang ditolakkan, mungkin tolak angin, mungkin tolak pengaruh jahat, mungkin tolak hantu malas. Kebanyakan dari pengamal taichi ini adalah dalam kumpulan POP (Persatuan Orang Pencen). Itu dulu! tetapi kini tidak lagi. Taichi kini telah digemari oleh orang muda juga dan oleh orang Melayu juga.

Ke surau Maghrib tadi ada terpampang di papan kenyataan tentang aktiviti senaman taichi yang akan diadakan di perkarangan surau pada setiap Ahad. Wow taichi sudah masuk surau sekarang!.

Walau bagaimanapun secara sedar atau tidak, budaya taichi sudah lama meresap ke dalam pejabat. Budaya taichi di pejabat biasanya bermula dalam bilik mesyuarat. Apabila pengerusi mesyuarat tolak satu idea untuk dilaksanakan, maka setiap yang hadir mesyuarat akan mulalah bertaichi. Tolak sana tolak sini dan akhirnya semuanya main taichi. Bagi yang kurang cekap taichi, atau main silat pulut atau silat papan sekeping sahaja, maka dialah yang disinggahi oleh bebanan kerja tersebut. Keluar dari mesyuarat biasanya dia akan main silat pulut dengan anak buah dia pulak. Sekali lagi permainan taichi akan bermula dari seorang ke seorang.

Hebat sungguh budaya taichi ini.

1 comment:

Anonymous said...

baru nk tahu budaya taici ni bkn just ada dkt golongan umum tp golongan vip n yg pnting menterin pemerintah negara,kalau guru kencing berdiri x salah jika anak murid pula kencing berlari.ada mata pandang,ada telinga dengar n ada otak kena berfikir.