1. 17 sukukata dalam 3 baris dibahagi kepada 5-7-5
2. Tulis apa yang boleh dinyatakan dalam satu nafas.
3. Gunakan perkataan musim (kigo) atau merujuk kepada musim.
4. Gunakan untaian sajak diakhir baris pertama atau kedua, tapi bukan kedua-duanya.
5. Jangan sekali-kali menjadikan semua 3 baris untuk menyempurnakan atau menjadikannya ayat.
6. Adakan dua imej yang berbandingan apabila menerangkan imej ketiga. Contoh: Dalam berehat/ Mencuci tungku hitam/ Ku basuh tangan.
7. Adakan dua imej yang berkaitan apabila menerangkan imej ketiga. Contoh: Suram cahaya/Tika bulan gerhana /Cantik wajahmu.
8. Adakan dua imej yang bertentangan apabila menerangkan imej ketiga. Contoh: dua biji tungku/tiada ruang bersentuhan/api kian marak
9. Hadkan penggunaan kata nama atau jenama khas.
10. Gunakan gantinama dalam huruf kecil. Contoh: saya ialah?
11. Gunakan ayat yang berkaitan dalam kedua-dua rangkaikata.
12. Gunakan pecahan-pecahan ayat.
13. Jadikan baris terakhir sebagai kemuncak haiku anda.
14. Cari ayat paling menarik/menawan di baris pertama.
15. Tulis perkara biasa dalam cara biasa menggunakan bahasa biasa.
16. Gunakan hanya imej yang nyata, bukan abstrak. Ch. Lampu adalah nyata, terang cahayanya adalah abstrak.
17. Cipta ungkapan berlirik untuk imej.
18. Cuba adakan makna berganda. Sekali baca ia hanya imej mudah, yang tersirat adalah falsafah/pelajaran dalam kehidupan.
19. Gunakan imej yang membangkitkan kesederhanaan atau kepapaan yang sederhana. (sabi)
20. Gunakan imej yang membangkitkan elegen klasik yang tersendiri (shubumi)
21. Gunakan imej yang membangkitkan nostalgia romantik/tempat cantik (wabi)
22. Gunakan imej yang membangkitkan misteri bersendirian (Yugen)
23. Gunakan paradoks.
24. Tulis sesuatu yang mustahil dalam keadaan biasa.
25. Gunakan imej yang mulia (bukan perang, seks atau jenayah).
26. Ceritakan seadanya perkara sebenar di sekeliling kita.
27. Gunakan hanya imej daripada alam sekitar (bukan perasaan manusia sahaja)
28. Campurkan alam sekitar dan perasaan manusia dengan cara menghubungkan perasaan manusia tyerhadap alam sekitar.
29. Elakkan merujuk kepada diri sendiri dalam haiku. (aku dsb)
30. Diri sendiri boleh dirujuk secara tidak langsung seperti ?orang tua ini? atau ?mamat itu?.
Untuk lebih memahami ciri sesebuah haiku yang baik, saya perturunkan di sini sebuah haiku yang tersohor yang telah dialih ke BM. Iaitu Katak & Kolam. Pengertiannya ditulis dalam SAJEN (Sajak Jenaka):-
KATAK AJAIB Ini satu hikayat zaman purba Basho berjalan tepi huma Bila penat berhenti dia di tepi telaga Terasa lapar bento turut dibuka. Tetiba dia terdengar sesuatu…. Burrr…. Burr…. Burrrr…. Kecut segala anggota Kerana disangka habu meronta. Eh..eh… rupanya hanya seekor katak Melompat masuk dalam telaga Dan airpun berkocak. Hmmmm…. lima tujuh lima Basho dah dapat satu idea Lalu diapun tulislah di tepi batu perigi Begini adanya:- perigi tua lompat seekor katak air berkocak. Jeng..jeng..jeng…. Enam ratus tahun sudah berlalu Empat Haijin Malaya datang melancong Di tepi telaga Basho mereka bertinggung Riuh-tinggi gegak-gumpita mereka berbicara:- I Pergi tuo itu ibarat isteri kito Katak itu kito punyo awek Berkocak jiwo bini keno kacau kat awek kito Dalam maksud haiku Basho ni….. II Eleh… den tau, haiku ini pasal musim Katak banyak jenis katak Ado katak pisang ado katak puru Katak Basho ni ada ekor… Maknonya ini musim paneh Mano ado katak musim salji? III Sebenarnya begini…. Perigi tua itu maknanya profesor Katak itu adalah ilmunya Apabila ilmu melompat keluar dari mulut profesor: Berkocaklah alam sebab hebatnya ilmu itu IV Oh tak mungkin…. Maksud Basho begini Telaga tua maknanya kekal abadi Katak kurus pulak sementara saja Ini haiku pasal kekal dan sementara …. Andai kata Basho masih hidup Tentu dia senyum kaldai Tidak disangkanya katak itu katak ajaib Jadi perbincangan sepanjang masa Telah melompat ke seluruh dunia tidak seperti pergi itu masih tetap ukurannya 5 kaki lebar 7 kaki dalam 5 kaki panjang |
Nota:
Basho – pelopor haiku
Bento – nasi bekal
Habu – sejenis ular berbisa
Haijin – Penulis Haiku
No comments:
Post a Comment