Labels

Sunday, August 10, 2003

PERSIDANGAN MEJA BULAT







PERSIDANGAN MEJA BULAT
Persidangan meja bulat:
ah biasa saja...
Meja bulat senang dapat
Di rumah meja bulat
Di ofis meja bulat

Tiba di tempat tercatat,
Diri terkulat-kulat
+Mana meja bulat?
-Apa nak buat?
+Persidangan meja bulat
-Ohh.. di bilik Tok Ampat

Bersidang di bilik Tok Ampat
I: Bilik memang segi empat – sudah adat
II: Meja tersusun rapat, segi empat – meja bulat?
III:Aturcara tak tepat – percaya bulat-bulat
IV:Peserta majoriti tinggi lampai – apa yang bulat J
V: Usulnya terlalu kerap – aktiviti sendat
VI:Keputusan tiada mandat – bulat muafakat?

Di mana bulatnya persidangan ini?
Barangkali round-table lebih sesuai keliling meja
Sebagaimana round-about jadi pusing keliling.

-PersidanganMejaBulatGentingHighland 8-10 Ogos2003



arisel
Aug-10-2003 2:53 AM
PERSIDANGAN MEJA BULAT : sajen ini serius, kalau guna bahasa pasar, longat org Cina/India rasanya akan tumbuh humurnya....atau tengah perah otak, tiba-tiba Chairman kata: Kita minum dulu....., bila semua keluar dari sidang, minuman belum siap lagi.... hah, mana yang suka mulut berasap mesti cepat-cepat ke tandas.... mana-mana yang suka ngomong, mesti tanya rakannya: ada masa, kita naik kereta kabel....


drirwan
Aug-10-2003 6:19 AM
meja bulat yg tak bulat? Teka-teki: kalau sdr tahu, apakah warna kotak "black box"? (kotak hitam yg tak hitam? p/s, sdr dahrie minta adakan ruangan teka-teki).


has1mah
Aug-10-2003 11:36 AM
sdr , tolong pusing lauk atas meja bulat tu. Dari tadi....asyik sambal saja depan saya. Saya nak rendang tok pula. Yuk, tulis sajen lagi?



No comments: