PERSIDANGAN MEJA BULAT Persidangan meja bulat: ah biasa saja... Meja bulat senang dapat Di rumah meja bulat Di ofis meja bulat Tiba di tempat tercatat, Diri terkulat-kulat +Mana meja bulat? -Apa nak buat? +Persidangan meja bulat -Ohh.. di bilik Tok Ampat Bersidang di bilik Tok Ampat I: Bilik memang segi empat – sudah adat II: Meja tersusun rapat, segi empat – meja bulat? III:Aturcara tak tepat – percaya bulat-bulat IV:Peserta majoriti tinggi lampai – apa yang bulat J V: Usulnya terlalu kerap – aktiviti sendat VI:Keputusan tiada mandat – bulat muafakat? Di mana bulatnya persidangan ini? Barangkali round-table lebih sesuai keliling meja Sebagaimana round-about jadi pusing keliling. -PersidanganMejaBulatGentingHighland 8-10 Ogos2003 |
arisel Aug-10-2003 2:53 AM PERSIDANGAN MEJA BULAT : sajen ini serius, kalau guna bahasa pasar, longat org Cina/India rasanya akan tumbuh humurnya....atau tengah perah otak, tiba-tiba Chairman kata: Kita minum dulu....., bila semua keluar dari sidang, minuman belum siap lagi.... hah, mana yang suka mulut berasap mesti cepat-cepat ke tandas.... mana-mana yang suka ngomong, mesti tanya rakannya: ada masa, kita naik kereta kabel.... drirwan Aug-10-2003 6:19 AM meja bulat yg tak bulat? Teka-teki: kalau sdr tahu, apakah warna kotak "black box"? (kotak hitam yg tak hitam? p/s, sdr dahrie minta adakan ruangan teka-teki). has1mah Aug-10-2003 11:36 AM sdr , tolong pusing lauk atas meja bulat tu. Dari tadi....asyik sambal saja depan saya. Saya nak rendang tok pula. Yuk, tulis sajen lagi? |
Pages
▼
No comments:
Post a Comment