Labels

Thursday, August 07, 2003

CEPAT TAPI TAK TEPAT

CEPAT TAPI TAK TEPAT
Idea bagi tajuk ini timbul aoabila terdapat sedikit kekalutan dan ketidak selesaan di ofis. Ia adalah akibat daripada sesetengah orang membuat sesetengah kerja terlalu cepat. Ibarat kata belum suruh sudah buat, belum panggil dah datang. Cepat kerja ini adalah suatu amalan yang bagus, namun kadangkala ia akan menjadi salah sekiranya ia adalah tidak tepat. Al-kisah, maka kong-sultan kami ini dalam sesetengah hal, kerjanya adalah terlalu cepat. Apabila pengguna menghadapi masalah, dengan cepatnya mereka akan menyalahkan pihak ketiga, antaranya perkakasan, perisian sistem mahupun rangkaian. Semalam perkara cepat ini berlaku lagi dan perkakasan pula jadi mangsa. Oleh kerana sabar juga ada batasnya, maka apabila pembekal perkaksan datang dan membuat pemeriksaan dan memberikan laporan bahawasanya perkakasan dalam sihat walafiat, tidak senak dan tidak pening, maka bertemulah buku dengan ruas. Dalam setengah jam tiga sebab yang diberikan terhadap suatu permasalahan yang masih samar-samar puncanya.

Mengenai cepat yang tidak tepat ini sebenarnya: sebaik sahaja menerima surat tawaran untuk menghadiri PTK4, mba terus sahaja ke kedai buku dan membeli sebuah buku pengurusan. Tindakan itu dinamakan cepat (mungkin juga tepat pada masa iti). Tapi bila melapor diri, dimaklumkan bahawa bukan buku pengurusan (seperti dalam surat) yang perlu diulas, tapi sebarfang buku sistem maklumat. Maka tindakan cepat tadi sudah tidak tepat.

Itu sahaja.

No comments: