Labels

Friday, February 27, 2009

DARI KL-SENTRAL KE KL-CC

DARI rumah saya menapak ke stesen komuter Kajang sebaik sahaja selesai solat Subuh. Biasanya, jika selepas jam 7am, penompang KTM-Komuter akan bersesak-sesak dan ada kemungkinan untuk terlepas tren. Jika sebelum jam 7am, peluang untuk berjaya masuk ke dalam tren adalah besar.

Dari Kajang ke KL-Sentral mengambil masa kurang 30 minit. Dari KL-Sentral ke KL-CC mengambil Putra-LRT. Pertama kali saya lihat sistem Q di KL-Sentral. Barangkali sudah lama tidak naik LRT dalam masa puncak. Sistem ini memang perlu dipuji. Penompang tidak lagi perlu berebut-rebut. Beratur dan boleh baca akhbar sambil mengunggu tren. Sangat kreatif Putra-LRT. Syabas!.

Di stesen KL-Sentral, NOTIs sistem-Q juga terpampar, namun tidak diikut orang kerana tidak ada penguatkuasaan. Adakah orangnya yang tidak berdisiplin?. Oh tidak! .... sebabnya ia adalah orang yang sama yang turun-naik komuter dan LRT. Kita tidak boleh salahkan penompang dalam kes ini. Ia adalah kekuatan Putra dan kelemahan KTM dalam menguatkusakan sistem-Q.

Bagaimanakah agaknya kita boleh 'memaksa' supaya KTM juga mengamalkan sistem-Q di stesen-stesen besar di waktu puncak?.



Cadangan saya ialah minta KSN sahaja yang beritahu kepada pengurusan KTM. Habis cerita.


(Boleh forward entri ini kepada KSN).

No comments: