Labels

Tuesday, December 02, 2008

PUTRAJAYA EVENING RIDE (PER)




BIASANYA kami buat PMR (Putrajaya Morning Ride), tapi semalam kami buat PER pula. Dr.Taufik sememangnya hampir setiap hari buat PER ini. Semalam saya, Muhaimy dan Won ikut serta. Muhaimy bawa kami dari Masjid Putra ke Parcel D, E, Alamanda dan mengelilingi Taman Botani dan kembali semula ke Masjid Putra apabila azan Maghrib akan dikumandangkan.

Kayuhan santai yang amat menyeronokkan. Apatah lagi apabila banyak spot menarik yang pertama kali kami temui.

Hari ini (Selasa) PER akan berlangsung lagi. Jumpa di persekitaran Masjid Putra jam 5.45pm.

3 comments:

Aliff said...

PER ni,memang Aliff tak boleh ikut sebab jam bekerja hanya tamat sekitar 6.30-7.00 malam. Bila sampai di rumah pun sudah malam.

Kalau PNR-Putrajaya Night ride bolehlah, lepas solat isyak.

aofuad said...

MBA,
Maaf ta dapat join petang ni. Ada mesyuarat.
Esok ada lagi ke?
Apa macam Wednesday night ride? say 9.00 pm.
Jumpa Taman Warisan 9 malam?
Azudin

mba2u said...

Wednesday night should be OK I think.
We should make it regular every week.

Saya setuju.