Labels

Saturday, May 10, 2008

PROMOSI BUKU: MBA JAWAB ZAMRI

SAYA menghadapi masalah untuk menulis komen dalam blog UNIKA, lantaran itu saya berikan pandangan saya terhadap komentar sdra Zamri di sini:-

Tuan MBA memberi saingan kepada penulis PTS


Ketiga, saya seronok melihat Tuan MBA mempromosi buku, bermula dengan cabutan bertuah sehinggalah kewujudan laman web Tuan.

Apa yang Tuan lakukan saya lakukan dengan mengadaptasi kaedah. Cuma cara saya rendah sedikitlah mengikut cara penulis bawah tanah seperti saya ini.

Tuan MBA memberi persaingan kepada kami untuk sama-sama bekerja kuat mempromosi buku.

Tahun lalu Puan sudah beduk saya, “Ada penulis datang ke Pesta Buku menyorok belakang rak buku!”

Tahun ini saya buat gila. Rupa-rupanya, ada juga penulis yang mahu gila-gila dengan saya. Gila-gila ambil peluang ala cara bisnes Cina kedai buku Popular dan ala Billy Ps Lim Dareto Fail.

Di situlah timbul idea pakatan penulis di Pesta Buku (Tuan MBA mahu turut serta tahun hadapa?)dengan poster buku, poster web yang diedarkan terus ke tangan mereka. Cuma poster kami hitam putihlah, biasalah kerja-kerja gerila. Tembak dan lari, kemudian datang lagi. Hahaha!

Tahun hadapan pasti ramai penulis PTS akan mengikut jejak Tuan MBA. Saya sudah nampak seorang yang bernama Tuan ----.

Apa yang kita lakukan ini semua adalah penjenamaan karya, penjenamaan penulis dan penjenamaan budaya buku melalui pendekatan pemasaran gerila.

Cuma kita bermain permainan ini dalam masa yang singkat untuk melakukan semuanya.


Tuan Zamri;

Ada satu lagi yang saya buat yang tuan boleh ikuti. Iaitu melelong buku di www.lelong.com.my dengan harga RM1 dan tanpa harga minima.

Setakat ini saya dapati ia amat berkesan ke atas barangan lain. Cuma buku saya di situ masih belum laku lagi.

Katakan buku kita harganya RM20 di pasaran. Kita beli dengan PTS (35% diskaun) dengan harga RM13. Lelong sahajalah dengan harga RM1, TETAPI disyaratkan bayar belanja pos RM15. Dengan harga RM16 yang kita perolehi, tidaklah untung setelah ditolak belanja pos, namun ianya menyeronokkan.

Biasanya pengguna tidak perasan, atau tidak ambil kisah tentang harga pos ini dan mereka akan mematuhinya. Lagi pula jumlah yang dibayar, RM16 adalah lebih murah daripada harga pasaran.

Cubalah Tuan Zamri.

p.s Memberi hadiah laptop berharga RM1,800 bagi jualan buku RM18.50 adalah suatu kerja paling tidak senonoh yang pernah dibuat orang. Ia memang tidak logik di mata orang awam, khususnya akauntan seperti Tuan Shamsuddin Kadir ;-).

Harga buku RM18.50
Harga Laptop RM1,800
Harga Kepuasan: Tidak ternilai
Harga Networking: Syyyyyy!!!

No comments: