Labels

Monday, May 19, 2008

BAHASAKU MELAYU

- Buat Bapak Baha Zain




Bahasa Melayuku
Akar menunjang ke bumi identiti
Menjangkar tumbesaran pohon tamadun
Menualang mantap di belantara globalisasi

Semenanjung pengkaran mendalam meluas
Semenualang silaraan membuah menuah

Terhasil sudah:
Kembangan Melayu mewangi Hanum
Khuldi Melayu bersari ranum

Menjadi
Penghandalan lebah belantara bermadu cinta
Penghandalan pipit desa bersarang meloka
Penghandalan enggang nusantara memaruh harapan
Penghandalan hud-hud lima benua bersafar tajir.

Tapi sayang!
Tanpa mehu disedarkan
Paritan pamah fikiran nan menyempit kebahasaan menyelut
Pohonan landskap kepemimpinan nan merakus prioritas
menindas
Tunjang nan mendalam mereput pada keasaman lokos
Sekunda nan meluas melonde pada jangkar terputus
hingga
Terlangkalah kehijauan Melayu
Terlangkalah kembangan Melayu
Terlangkalah khuldi Melayu


-Nailun "tukang kebun"

4 comments:

Anonymous said...

Maaf boss, tak terjangkau bahasaku memahami puisimu. Sungguh cetek ilmuku, sekadar boleh menulis ceritera anak-anak, bahasa mudah dan ringkas.

mba2u said...

Qiss;

Terima kasih datang berziarah
Bila mahu datang ke rumah di alam nyata?.

Anonymous said...

ASM Sdr MBA
Hairan bin Ajaib tiba-tiba bersua nama penyair Nailun Tukang Kebun. Ada seorang romantis yang saya kenali bernama Nailun Tuan Kebun. Barangkali kebetulan sahaja nama itu hampir sama. Bagaimana pun terima kasih menziarahi kebun blog saya. Sampai jumpa lagi...

mba2u said...

WSM Dato' Baha Zain;

Saya yakin, Nailun Tuan Kebun yg Dato' kenali tersebut adalah orang yg sama dengan Nailun Tukang Kebun @ Hj. Ismail yg saya kenali. Ini adalah puisi beliau untuk Dato'. Saya cuma menaipkannya sahaja di sini.

Jika Dato' sudi memberi komen ke atas puisi beliau, saya akan sampaikan kepadanya. Memang dia tunggu-tunggukan komen drp Dato'.

Saya tinggal tidak berapa jauh daripada rumahnya, di Kajang.