Labels

Sunday, February 10, 2008

HARAM BERINAI



AKHBAR-akhbar hari ini melaporkan bahawa tokoh-tokoh agama di negara kita mengatakan bahawa ISlam melarang umatnya memakai inai ala tatu (lihat gambar) kerana ia bercanggah dengan agama dan mencerminkan budaya Barat.
1. Dr.Asri Zainol Abidin (Mufti Perlis) - Ia jelas dilarang dalam hadis terutamanya jika menggunakan inai yang kekal lama di anggota badan
2.Datuk Abu Hassan Din (Ulama terkenal) - Pemakaian inai ala tatu di tangan jelas melanggar hukum syarak.
3.Ustaz Daud Che Ngah (pendakwah bebas) - pemakaian inai yang bersifat lebih kepada tatu adalah dilarang
4.Prof. Dr.Siti Zainin (Budayawan) - pemakaian inai adalah mewakili adat perkahwinan yang memberi maksud tersendiri kepada masyarakat.

Adakah memakai inai budaya Barat?. Jika budaya Barat adakah ia bertentangan dengan Islam?. Bukankah memakai kot dan talileher adalah budaya Barat?. Adkah ia bertentangan dengan Islam?

Barangkali umat Islam di sini memerlukan Code of Conduct yang khusus dalam pelbagai perkara.


Wallahualam.

2 comments:

Puan Ainon Mohd. said...

Code of Conduct Nombor 1: Jangan sibuk menyiapkan diri untuk "majlis persandingan". Fokuskan pada "perkahwinan".

Anonymous said...

Assalam. maksud 'mencerminkan budaya barat' tu bukannya semua budaya barat mencanggahi Islam, tp ialah tattoo barat tu membawa lebih byk mafsadah. Cthnya, kcenderungn utk tayang body parts, riak, bazir dsb. Malah, kajian dpti bertattoo boleh undang penyakit spt hepatitis. so, berinai ala tattoo ni meniru/membawa ke arah/kondisi2 tu (tattoo).

Pemakaian tali leher pernah diharamkan oleh ramai 'ulama sedunia, tp fatwa tu ditarik balik.

code of conduct? sunnah kan ada...