Labels

Thursday, January 03, 2008

YURAN SEKOLAH DIMANSUHKAN, TETAPI PERLU BAYAR "BAYARAN" YANG LEBIH MAHAL

Dalam ucapan bajet 2008, YAB Perdana Menteri @ Menteri Kewangan telah membuat pengumuman bahawasanya yuran sekolah di semua peringkat telah dihapuskan. Senyum lega orang kampung mendengarnya. Kemudian daripada itu, PM menambah lagi, iaiatu semua pelajar tanpa mengira latar belakang dan depan ekonomi keluarganya adalah layak mendapat pinjaman buku teks. Tidak perlu beli buku teks lagi. Senyum legaaa orang kelas menengah yang saban tahun kena beli buku teks sendiri untuk anak-anak sendiri.

Hakikatnya?
Perkataan "yuran" atau "yoran" sebagaimana disebut di parlimen memang dihapuskan. Namun duit tetap dipungut juga, tetapi ia dinamakan sebagai "bayaran". Siapalah hamba Allah yang mencipta istilah ini?. Bukankah "bayaran" bermaksud 'wang yang dibayar'?. Entah labu.... Namun bukan soal istilah yang ingin ditimbulkan, melainkan jumlah wang yang perlu dibayar bagi "bayaran" adalah lebih tinggi berbanding dengan "yuran".

Apakah maksud semua perkara ini?
Siapa tipu siapa?
Siapa kena tipu?

Kita semua ni siapa?!

2 comments:

Leyla Shuri said...

salam pagi jumaat tuan rumah,
wah, untung sesiapa jadi guru sekolah selepas thn ini.
Mungkin kenaikkan bayaran itu untuk membayar buku dan gaji guru2.
Ada saya baca dlm berita kata dalam perkerja sektor awam, guru-guru lah yang banyak sakit jiwa.
Mungkin ini satu cara untuk membaiki keadaan itu.

Zareda Norman said...

sistem pendidikan kita dah dokomersilkan sekarang.. segalanya mengenai bayaran.. bukan lagi mutu pendidikan