Labels

Tuesday, January 08, 2008

BAGAIMANA NAK HALAU KUCING?


NABI sayangkan kucing. Ini umatnya pula yang bertanya bagaimana nak halau kucing!.
Itulah hakikatnya. Bukan pasal tidak mahu ikut sunah Nabi, cumanya kita baru sahaja tanam rumput karpet dan di situlah tempat kucing-kucing jiran berak!. Wah geram rasanya...

Mula-mula ingatkan kucing itu masuk ikut pintu pagar depan, jadi dah cadang nak beli dawai mata punai nak tutup lubang pintu pagar yang besar-besar itu. Kemudian dia masuk ikut lubang di pagar belakang. Lubang itu sudah diletak dengan sebotol air. Setakat ini ketiga-tiga lubang itu tidak dimasuki kucing lagi. Tapi, melalui CCTV, nampaknya kucing itu panjat pagar pula.

Apa nasihat anda?.

1. Letak botol air sederet atas pagar macam orang Jepun selalu buat.

2. Letak belerang sekeliling tempat lintasan kucing

3. Letak racun tikus biar semua kucing itu gol

4. Saya ada tengok dalam TV teknik mengelak kucing dari datang ke rumput karpet. Rasanya macam letak kulit telor, tapi sudah lupa caranya. Ada sesiapa yang tengok dan masih ingat caranya?

5. Apa cadangan anda?

5 comments:

Anonymous said...

pernah mengalami masalah mcm ni. bezanya kucing tu suka berak atas tanah depan rumah (tempat park kereta). saya spray kan minyak tanah yang dah dicampur air. spray kat tanah kawasan dia berak dan kawasan sekitarnya. biasanya saya spray lagi kalau 3 atau 4 kali hujan. lama2 kucing dah tak datang berak.

Anonymous said...

Letakkan najis harimau di sekeliling rumah. Bukan sahaja kucing yang lari, haiwan-haiwan lain pun tidak berani datang dekat.

mba2u said...

Saya ingat nak cari harimaulah seekor dua nak letak kat taman tu biar dibahamnya kucing2 yg cuba melintas. Nak cari tahi susah kot.

Mungkin jika ada harimau mainan atau robot harimau, tentu boleh ni ;-)

Sri Diah said...

Eh, itu bukan kucing saya!

mba2u said...

Tapi saya ada nampak tag nama tertulir "Datin Saerah" kat kucing tu!. Dato' mana pula yg terlepas kucing ni?.