Labels

Friday, June 22, 2007

BERAMBUS

dah tiga tahun kau tak datang
ingatkan kau memang dan kecundang
namun aku tersilap perhitungan
tiba-tiba kau dah di halaman

biadabnya engkau
masuk tanpa salam
bukannya ke dapur
terus ke kamar tidur

kau tahu
apa yang aku mahu
dah pelbagai orang aku temu
dah pelbagai ubat aku jamu
dah pelbagai ikhtiar aku laku
untuk halau engkau
supaya timbul rasa benci
aku dan engkau
namun hanya aku yang benci
engkau tetap juga sudi
datang ke mari

mengapa engkau masih tak mengerti?
engkau memang aku benci!
pergi! pergi! pergi!

engkau hanya untuk si kaya
engkau hanya untuk raja
aku bukan kaya
aku bukan raja
pilihlah dia
tinggalkanlah aku yang papa
merana
tersiksa
hanya kerana
kau tak bertimbang rasa

sebagai tetamu
terpaksalah kau dilayan
adab bertamu
tiga hari sahaja
taoi kini dah dua minggu
berambuslah
encik gout

3 comments:

Akuro ® said...

Cepat sembuh ya MBA.

;)

Yang bernama Siti said...

Semoga cepat sembuh. Saya simpati. Saya juga menghidapi sakit yang sama, jadi simpati saya berganda. Cubalah minum air timun. Kisar dalam pengisar, tanpa air, tapis, buang hampas dan minum airnya. Saya mendapat petua daripada sebuah buku pemberian kawan tentang jus sayuran. Jika dicampur dengan tomato, lobak merah, 'celery' dan epal hijau ia menjadi lebih mujarab.

Anonymous said...

tuan MBA moga cepat sembuh entry ni leh di label sebagai sajak ;-))

sakura